Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Selasa, 4 Januari 2011

Karam Singh Walia hina orang MELAYU??? Serius ke?

Ok..ok....sebelum tu tutup dulu lagu saya yang memekak kat bawah tu yer...

dan buka ni....



Siapa yang tak kenal Karam Singh Walia kan...rasanya semua pun kenal..orangnya yang suka berpantun, malah suka memartabatkan bahasa Malaysia dalam setiap liputan berita beliau...
Bukan untuk memburukkan sesiapa,.tapi saya baru baca dalam KOSMO tentang kisah KARAM Singh Walia yang dah hangat dah diperkatakan dalam blog malah TV3 sendiri sedang mengambil tindakan tu..


PETALING JAYA - Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) telah memulakan siasatan dalaman berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap wartawan dan pengacara televisyen TV3, Karam Singh Walia.
Karam Singh sebelum ini dikatakan mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.
Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd., Ahmad Izham Omar berkata, TV3 memandang serius terhadap apa yang dilakukan oleh wartawan tersebut.
"TV3 akan menentukan tindakan lanjut setelah segala siasatan (berhubung perkara itu) selesai dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.


Macam yang saya tahu, Karam Singh ni kata 'Orang Melayu bukan berasal daripada Malaysia dan Indonesia dan orang Melayu tidak pintar' Opsss....pedas tu ayatnya, tapi masa itu dikatakan dia dalam keadaan MABUK....
Ok..itu dah satu hal...bukan nak burukkan sesiap pun tetapi permasalahannya.... saya rasa macam nak sangat luahkan sesuatu bila tengok video ni....





Bukan apa, Karam Singh Walia pun manusia..Dia memang dah mintak maaf walaupun ada dikalangan orang melayu kat situ MARAH gila dan nak semacam nak belasah Karam Singh tu...Saya tidak bercakap sebagai hanya orang MELAYU semata-mata, tapi juga bercakap sebagai MANUSIA...dan saya sedar agama kita yang tulus, ISLAM sendiri mengajar kita untuk memaafkan orang lain...walaupun pastinya dalam kepala kita selalu ingat apa yang orang tu buat pada kita kan...Memanglah....terlajak motor boleh gostan, telajar ayat, perghhhh,,kena penampor...hmm....

Tapi...kita ni yang beragama Islam..bukan ke Islam mengajar kita supaya memaafkan insan lain?? 
Manusia tak sempurna dan pasti ada khilafnya..Tidak akan terlepas dari membuat kesalahan...
Nabi Muhammad S.A.W mengajar kita supaya memaafkan org yg membuat salah..adakala nya kita sendiri juga perlu meminta maaf..Opsss...bukan bercakap macam Ustazah ke ulamak ke...(saya pun ada kureng banyak part-part lain jugak....)
Langsung tak...cumanya....saya terasa nak cakap camtu...harap tak menyinggung mana-mana pihak..

Saya juga orang Melayu, pastinya saya juga saya sayang orang Melayu juga..Rumpun Melayu yang penuh tatasusila, yang kaya dengan budi bahasa....Semua dah boleh pikir sendiri kan..harap tiada komen rasicst di sini ya..harap maklum.^_^


2 Komen-komen:

Mr. TN_SkY berkata...[Reply to comment]

em..btul tu..tengah mabuk kan? mungkina dye xsedar tu..neway check my entri about sejarah sebenar kita..tiada kaitan dengan ni..tapi mungkin de berguna utk info..i/ALLAH :-) salam kenal dari saya..hee

Norzulaiqha Binti Zulkifli berkata...[Reply to comment]

@Mr. TN_SkY Yer..tol tu..ok..saya singgah yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..