Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Ahad, 2 Januari 2011

Kampus ku...bakal menghadapi masa-masa sukar...

Assalamualaikum semua…salam sukses dari saya…

Tengok-tengok dah 2 hari bulan…kejap je rasa… Semalam jam 10.00 malam saya balik ke UMT dengan bas SANI EXPRESS… dengan kawan baik saya, Siva…Seperti baisa, semua ahli keluarga pun sama-sama tolong hantar saya ke bustop…( ada jugak babak-babak keharuan pada ketika dan jam itu)

Sampai kat UMT, saya pun kemas-kemas barang semua…bersih apa yang patut .. walaupun agak kerimasan dengan habuk-habuk yang halus jalus tu..tapi saya slow-slow kemas….akhirnya..hampir 2 jam, kemas sudah bilik ku…

Lepas dah kemas semua, saya terus ke Cimb…walaupun saya tahu hari ni adalah HARI CUTI PERISTIWA kemenangan bola penyepak…tapi saya tetap tekad nak ke bank..maklumlah nak selesaikan masalah tunggakkan yang saya sendiri tak sengaja ciptakan..Malangnya cimb bank tutup..( asal tutup…tak tau ke aku rindu korang nii..)

So.. saya pergi pulak jumpa bendahari ( bukan bendaharam ok..) Yup..akak bendahari tu baik orangnya (berdasarkan kelakuan  & percakapan dia) Saya rasa senang berurusan dengan akak bendahari tu… Dan dia dengan sabarnya terang satu persatu kenapa duit yuran saya tidak dipotong secara automatic… Actually dia kata bukan salah bahagian bendahari , tapi dorang just terima arahan  daripada PTPTN je sebenarnya.. So…saya tak boleh nak salahkan pihak bendahari (sedangkan aku pernah salahkan dah dulu) ..Hehe..sorry kak..saya sendiri patutnya lebih alert( sambil amik rotan dan rotan tangan sendiri)

Then, saya balik bilik…Kerana jiwa lesu dan pilu, saya terus ketiduran sampai jam 2.00 petang ( perghhh..bapak lama tidur) Maklumlah dalam bus tadi, 8 jam perjalanan, saya tidur hanya tidur 3 jam je…Makan pun tak..kemalasan plus keletihan beb..

Yup…ku sangkakan hujan sampai ke petang, rupa-rupanya ribut di malam hari ( suka-suka petik perpatah sendiri..hehe) Masalah ingat dah selesai. Result masih dalam tahanan dan menjadi tanda tanya yang teramat dalam benak jiwa saya nihh (perghh..dah angau dah ni)……isy..sedih tul… Malah bertambah debaran pulak…( nasib aku tidak mengalami masalah jantung,,kalau tidak…..)

Kawan-kawan lain dah bercerita tentang result masing-masing…dan saya masih termanggu-manggu (sambil buat muka kesian campur mengong-mengong..KONON muka tak bersalah) Yela…nak wat camne kan…redha jela…
Esok ada kelas dah..pagi pulak tu, so sebelum ke kelas saya tekad tuk selesaikan masalah utang ni..dan pergi berdaftar…dan amik result…amik result…amik result…yer..amik result…( muka penuh BERHARAP tapi SERIUSS)

Terus dan terangnya, sememangnya saya rasa debaran sem ke-4 ni makin mendebarkan…Wow…bukan debaran bombastic  Mr.Loba-loba yer…tapi debaran pada CABaRAN yang saya kena berdepan lagi…aduh..saya harap tiada KELEKAAN yang boleh MELEKAKAN saya untuk kali ni..Tiada erti PLAY-PLAY yang boleh melingkupkan hidup saya…Waaa……

Apa yang paling penting adalah PENJAGAAN MASA: Saya akan berusaha untuk elakkan diri daripada melengah-lengahkan masa…Tak mo datang lewat dah ke KELAS  (sudah menjadi TABIAT atau HABITAT diri) huhu….Nak lebih panctual…amin..amin.amin ya rabbal alamin..=)


Time-time ni rasa rindu pulak pada FAMILY yang kat rumah tu..moga-moga semua sihat-sihat belaka yer…
Doakan eqa kat sini k..=) love and miss u all….^_^

4 Komen-komen:

naz berkata...[Reply to comment]

hope everythg in good condition babe u can do it yaw :)

bukan photographer berkata...[Reply to comment]

y dapat result kemudian2 kompom gempak ni..saje umt nak buat surprise..haha

Norzulaiqha Binti Zulkifli berkata...[Reply to comment]

@naz hehe...thanks yaw...huhu....hope like that..=)

Norzulaiqha Binti Zulkifli berkata...[Reply to comment]

@bukan photographer hehe...ada2 je...ntahla..cuak kott..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..