Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Rabu, 9 November 2011

Raya Haji Tahun Ini..

Biasa jer raya hari ini.
Simple jer..tak ada apa nak dikisahkan.
Pengalaman yang mungkin sama dengan orang lain jugak.Bezanya adalah tahap kasih sayang ibu bapa, adik beradik, tahap amal ibadat dan mungkin bilangan cuti.



Mood sebenarnya sangat releks.. cuti bermula dari 3hb November 2011. hari ni dah 9 November.. Kiranya dah genap 7 hari aku duduk, makan, lepak kat rumah. Alhamdullilah sangat tapi yang tak berapa bersyukur banyak lagi kerja bertangguh. Memang budaya balik rumah selalu 'tugas' dilupakan kah? Oh tidak..

Memang terasa masa bergerak begitu pantas macam roller coaster. Baru nak rancang tentang masa depan.Haha.. Tetapi...apa yang penting...



Aku dapat bersama dengan orang yang tersayang...



Dapat makan sedap2..haha... (gila makan aku nih)
Saje amik gambar blur2..try teka..haha



Dengan abahku juga.... Banyak ayat motivasi dilemparkan pada ku...tetapiii...




Aura positif dalam diri pulak masih kurang ... Kenapa pulak nihhhh...Aiyaa..Sebab mungkin kurang motivasi diri kah? banyak berfikir sangat kah? Aku pun tak pasti....

ya ampun...aku dah mungkin tak betul kah? Aku dah buang masa kah?
Camon larr Zulaiqha.......




Jap..nak berfikir.... Kena makan banyak budu aku ni rasanya... Masa muhasabah diri.. Mungkin... aku banyak dosa.. Dosa ..Ye dosa... sedih pulak rasa...


Firman Allah yang bermaksud: “Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika mereka mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu! Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa.” (Surah al-Maidah, ayat 27)

Isnin, 31 Oktober 2011

Masalah

Masalah memang ada..
Ye..akan ada..
dan sentiasa ada...
Nak kata apa?
Nak tak nak kita kene menghadapinya..
Buatlah 'jalan' lain untuk beri 'laluan baru'
Agar masalah tu SELESAI
Bukan salahkan 'jalan' tak siap-siap..
Kerana apa?
Kerana ia hanya mengundang masalah dihari muka...

Orang pandang kita pandang,
orang sayang kita pun sayang
tapi selalu lepas pandang
sebab tak pernah nak pandang belakang
Konon hanya fikir hari mendatang
Sebenarnya hanya masalah yang diundang..

....

Rabu, 26 Oktober 2011

Yey...dapat update blog....Cerita Ringkas 2 Bulan ini..

Dah masuk 2 bulan dah tak dapat update blog (type laju-laju sebab kejar waktu)

Memang lama rasanya nak mencoret cerita, suka dan duka (aceceh..bajet orang baca pulak) hehe....

Apa-apa pun, bila masa berputar punyalah laju..bagai ekpress yang tak leh kalahkah LRT apatah lagi F1..maka memang tak perasan dah masuk 2 bulan dah menjalani kehidupan sebagai student atau lebih tepat lagi sebagai final year student. Masuk tahun akhir sebenarnya sudah saya ni.

Cerita bermula dengan semangat baru masuk semester ke-5... Punyalah stress bila awal-awalnya sudah parah kena sengkang mata untuk dilayan (Minggu Jalinan Mesra) MJM....





Al-maklumlah, bila di rumah jadi kakak sulung, tapi bila di universiti jadi Majlis Pengawas Penyayang pulak (Majlis Perwakilan Pelajar )..hehe..makanya, datangnya adik- adik comel-comel ke kampus, kita as tuan rumah ni kenalah kami sambut dengan jumlah 2103 orang pelajar yang pastinya dah mengamit memori paling sewwweeettt yang mungkin tak dapat dilupakan. Dengan bilangan fasi yang baik-baik belaka memang buat hidup aku kat kampus ni rasa seronok dengan kenangan yang BESSSTTTT sangat..


 Syukur sangat...Pengalaman yang best.Dahla bila jalan-jalan nak pergi kelas ke, atau bawa basikal meronda alam di UMT, pasti ada adik-adik comel ini menegur dengan senyuman yang buat aku jadi gembira di UMT. Thanks adik-adik yang tak sombong...I love u all..=)





Lepas tu diteruskan pulak dengan Final Year Project (FYP) untuk membuatkan aku grad..kalau tak lulus, tak grad beb.Seterusnya bila dah nama pun pelajar, assignment jangan cakap la beb, belambak mcm ikan bilis (kenapa ikan bilis jadi perumpamaannya? ntahla...layankan jer)... Dengan test, presentation FYP yang paling mencabar. Takut beb, takut kena hentam lar sebenarnya..Hehe..Al-maklumla, time nervous, otak asyik bercakap negatif jer sedangkan bila dah buat sebenarnya taklah seteruk yang disangkakan. Alhamdullilah. Cumanya part proposal, dengan kesibukan yang menyibuk dalam diri ni, aku asyik slow motion sangat wat proposal FYP ni.. kena update lagi sebenarnya untuk menambah baikan.

Hasil experiment aku.........


 Maka...Pergi berscuba dengan kepayahan dan kepenatan tapi mengamit memori yg seronok jugak. tapi sedih seribu kali sedih bila tertinggal kamera kalis air dalam kereta supervisor. Makanya aku berscuba tanpa gambar bukti yang cantik atau tampan untuk tantapan umum..(Damn!!)

Kemudian, dah nak sikit lagi selesai, layan pulak Pesta konvo.

Bukan LAYAN sebenarnya, tapi kene BUAT Pesta Konvo. Yang bersyukur sangat sebab ada tenaga-tenaga MPP lain yang banyak membantu tuk menjayakannya. Dengan sekratariat lagi , Event Management Club lagi dan bantuan pihak pengurusan Hepa lagi, maka Pesta Konvo pun dapat dijayakan dengan baik walaupun pastinya ada kelemahan di mana-mana, namun 'kelemahan' tu boleh di' improve'kan tuk masa hadapan.well, tak ada yang perfect k...=)


Handphone kesayangan yang dicintai pulak dah bermasalah. Memory memanjang corrupted, makanya nak update blog pun tak ada mood sebabnya tak ada gambar yang mampu dijadikan sebagai bahan bukti. Aduhai...sedih disitu...Letih pun ada.

Dalam letih tak letih nih, ada yang best jugak.. Sebab dapat pergi SABAH pada 7,8, 10 Oktober 2011... tak gembira ke tu?

Hehe..sebenarnya pergi atas urusan kerja sebenarnya. bukanlah bersuka-ria atau bercanda-candu kat sana, sebaliknya ada mesyuarat MPP disana.Jadi pergi pun kiranya menyelam sambil minum air lah..hehe...
Pergi Muzium UMS kejap..hehe




Ini presiden aku yang poyo-poyo disitu..hehe



Meeting-meeting....




Haha..tapi sempat jer beli barang...jeng..jeng..jeng...


Pergi dalam 4 hari sahaja.. Tetapi pengalaman yang best dan tak boleh dilupakan. Dan pada 8 Oktober 2011.. Genaplah usia saya 21 tahun. Yeayyy..dah boleh mengundi..(haha..tetiba..)

Sebut tentang Birthday, ada 3 kali saya dapat makan kek sebenarnya.
Alhamdullilah sangat sebenarnya. Memula makan kek dengan family, masa balik dari sabah. Jumpa family kejap... Siap kenalkan lagi jejaka-jejaka MPP dengan abah dan mama... (hahaha...tetibe lagi..)

Kek pertama mama dan abah beli kan..

eleh sufi....jeling-jeling pulak ek...

Gembiraaaa...


kek Ketiga...


Kek kedua bila geng terbaik ku di UMT yang diketuai oleh Saudara Azuan..haha...Memang dorang ni terbaik sangat..Baik dan baik....jejaka-jejaka paling sempoi yang suka membantu aku ketika susah dan senang. Semester depan dorang dah tak ada kat UMT sebab Latihan Industri.. sangat sedih.Sure akan rindukan merekaaa... Dan kek yang ketiga ni kek besday orang lain yang buat sama- sama.. (sangat tak malu aku nih) hahaha..



Yeyy...Cerita pendek-pendek sudah.. Walaupun ada orang kata MPP TAK BUAT KERJA!!!! atau apa MPP buat??!!  tapi saya redha jer..Aduan-aduan student, MPP cakna sokmo sebenarnya ( Ayat mcm wakil rakyat..tapi ni serius nih).Bukan setakat CAKNA, tapi buat KERJA..Banyak aduan-aduan MPP setelkan...Kawan seperjuangan MPP saya yang lain dah banyak membantu sebenarnya, cuma tak ambil gambar atau record 24 jam kerja kami jer..(Kang jadi mcm rancangan realiti televisyen pulak kang..naya jer nanti..hehe)Nanti akan saya buat list secara ringkas...Sekarang ni pulak secara ringkas just nak meluahkan, Bukan nak menunjuk-nunjuk atau nak mengungkit-ngungkit.

Segala pengalaman hanyalah memori. Esok hari mendatang yang kena kita hadapi....So chill la guysss.. Jangan asyik carik salah orang jer k..Tengok diri kita, tenung dalam cermin dalam-dalam siapa kita di mata DIA k...

Renung-renungkan dan Selamat Beramal..

dan 


26/10/11 - Hari Deepavali. Makanya selamat beraya yer bagi yang beragama Hindu..Happy selalu...

Ahad, 4 September 2011

Selamat tinggal rumah, selamat kembali UMT

Pejam celik..pejam celik...sekejap jer rasanya masa berlalu.. 
Dah hampir sebulan aku duduk dirumah..bersama keluarga..

Aku letih menanti hari demi hari berlalu sebenarnya. Bila aku hanya mampu melalui hari dengan keluarga, jauh beza aku lalui dengan rakan-rakan di UMT

Aku tahu, aku hanya perlukanrehat jika di rumah. Namun masa-masa indah dirumah adalah masa untuk aku melemparkan senyuman pada abah, mama, dan adik-adik.

Sekarang, dah 4hb September...aku perlu balik ke UMT..
perlu balik..perlu balik...


Minggu Jalinan Mesra (MJM) untuk pelajar baru yang bakal memberi satu pengalaman kedua sebagai kakak senior....membantu sedaya mampu.


Aku kena setelkan banyak perkara bila dah balik UMT ni.
Persediaan kemasukkan pelajar baru dan juga persediaan pesta konvokesyen.

Dari segi akademik, aku akan cuba sedaya-upaya untuk beri masa sebaik mungkin untuk luangkan masa untuk  proposal FYP aku nih..Letih letih..

Raya? Dah tak ada dah  pasni.
Aku kena bahagi masa sebaiknya.Kalau tidak, aku yang stress nanti. 

Dan aku terpaksa kurangkan berbelog dan juga berfacebook. Itu adalah JANJI dan Azam aku..
Please tegur aku kalau aku masih main FB dan belog lagi. (tegur baik-baik tau..hehe)

Waaaa.....macam tak percaya pulak yang malam ni malam terakhir kat rumah..sedih rasa...



Saya perlu menghadapi....tengok..ni muka menghadapi..

ni pulak muka ketakutan..erk?



Tak per...tak per....aku akan try senyum.senyum please..



SENYUMMM...
takpe...Aku tetap senyummmm...=)

Nak wat camne...cabaran yang BESAR sedang menanti.
Esok naik tiket, jam 1030 pagi.
Insya-Allah, sampai dalam jam 5.30 pagi....



Sebaik sampai di UMT nanti, aku plan nak siap-siap terus turun ke kafe untuk jaga bagi ruang pendaftaran untuk para fasilitator yang bakal datang.
Aku sangat berbesar hati sebab mereka sudi datang sebagai fasilitator.Alhamdullilah..


Kemudian, aku akan ambil sedikit masa untuk buat pengambaran untuk video koperat MPP dengan ALI XY


huhu..HARAP dapat selesai dengan sebaik mungkin.

Kena tidur awal esok.Jam 6.00 pagi aku kena bangun dah.

Solat tak boleh tinggal-tinggal..



Rasa keseorangan pulak dah diri ni nanti...
Sedih pulak..
terima kasih kerana sudi baca...


bye semua.....





Khamis, 1 September 2011

Aidilfitri Pertama ku...

Assalammualaikum.....dan Salam Syawal buat semua..

Macam mana raya sayang-sayang semua? 
Mesti best dan berbahagia kan.. Masa ni lah raya bersama keluarga.. Saya pun tak terlepas dari merasai suasana raya..bermula masa malam raya sehinggalah dah masuk hari raya ke-3 dah ni..

Kejap jer rasa..4hb dah kena balik UMT...Memang terasa berat di hati, tapi demi tanggungjawab ku turutkan jugak (cewahh...ayat pancing undi..) hehe...

Walaupun wa tau muka macam amik feel..tapi ini ikhlas punya muka tau...
haha... saya tak tanya pun duit raya pun sebenarnya.. 
Gambar tu cuba fitnah saya jer sebenarnya..






Dengan mama ku sayang...Mama, i love you...

pastu...



kami ziarahi kubur arwah nenek Hawa....




Kami bacakan yasin......dan.....
Sesungguhnya, kami rindukan arwah.......
Al-fatihah................



Eqa ada buat entri khas tuk arwah nenek Hawa...Kalau nak baca, boleh KLIK SINI


Rinduuuuu.....sebak...




Lepas ziarah kubur, kami ke Beranang pulak...
Kami balik kampung.....
Jumpa nenek belah mama pulak.....



Rindu kat nenek juga....
Arwah atuk dah meninggal....tinggal nenek..
Sayang nenek sangat....


Ni mak tam.................
yang baik hati....dan sporting....



This is my mom..hehe...mama, cantiklah dia..hehe



Ok..ini minah pelahap suka kan kuih  tat..hehe







Dengan anak-anak buah........





Dan ada photoshoot poyo sikit..haha..









Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin....


Dengan ini juga..saya share sekali video ini...
Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini, merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan, namun masih tak sedarkah kita tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar? Ceramah daripada Dr. MAZA.




Terima kasih kerana membaca..salam sayang dari saya, Zulaiqha Zulkifli....

Isnin, 29 Ogos 2011

Kesedapan menikmati 8 hidangan enak dari Man Utd!!

I'm not born to be Man Utd player's wife but I was born to be Man Utd supporter ..hehe....

Not like entri before this but just share my feeling right now..Bukan apa...cerita tentang keseronokan hati bila Man Utd kesayangan buat catatan sejarah hari ini..

Yup, my Manchester United continued their perfect start to the season with a spectacular 8-2 win over an increasingly beleaguered Arsenal at Old Trafford.......(sure i'm happy)

With family, we seronok2 together watching Man UTd berlawan dengan Arsengal  Arsenal...hehe..Happy..


We can see from here..




 A brace for Ashley Young,

Yeayyy..2 gol !!!!





HERO SETERUSNYA...





 as well as strikes for Danny Welbeck,....[muka belagak pulak dia..haha]




Hero yang bawak 3 gol pulak.....




Wayne Rooney hat-trick...(cayalahhh..siap bawak balik BOLA okeyy)
Alamak...this time Rooney belum buat yun nam lagi..hehe..

Taraaa...makin kacak bergaya...dengan rambut baru..hehe..





Dan hero jugak adalah NANI




Hebatkan....beliau sangat-sangat hebat part2 pusing memusing ni.. Banyak skill..
Pernah dikatakan ada byk persamaan dgn CR..


Nani, is back in action..Suka flip kebelakang...Perghh...





Hero seterusnya: PARK....

Manchester United midfielder 
from South Korea has great performance setakat ini..=) 
Cayalah..proud as Asian...=)


 Thanks to player-player Man  Utd.. coz perform greatly....

Surely Sir Alex Ferguson very happy and satisfied with this game.....


Yess..aku memang layar jd coach terbaik larr..huhu..gumbire den..






For Arsene Wenge try to better OKey..Don't be temper ok....SABAR ok...
gain some motivation ....(haha..mcm dia baca nasihat aku nih) hehe..

Aku tengah sabar la ni...


Apa-apa pun. Tahniah Man Utd bawa habuan 8 gol tu ek..=) huhu...Happyyy toniteee...
Terima kasih kerana membaca..





Nota jari- jemari:


Group-group

Group A: Bayern Munich, Villarreal, MAN CITY, Napoli.
Group B: Inter Milan, CSKA Moscow, Lille, Trabzonspor.
Group C: MAN UTD, Benfica, Basle, Otelul Galati.
Group D: Real Madrid, Lyon, Ajax, Dinamo Zagreb.
Group E: CHELSEA, Valencia, Bayer Leverkusen, Genk.
Group F: ARSENAL, Marseille, Olympiacos, Borussia Dortmund.
Group G: FC Porto, Shakhtar Donetsk, Zenit, Apoel FC.
Group H: Barcelona, AC Milan, BATE Borisov, Viktoria Plzen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..