Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Sabtu, 21 September 2013

Misteri Dunia Kita

Dunia banyak misterinya,
Tapi bergantung pada penghuninya..
Siapa lagi kalau bukan kita.

Ya, bukan misteri nusantara ke apa..
Ni kisah benar dunia,
Yang tersorok tak nampak semua ada,

Kadang kita saje buat buta
Konon kata "tak apa, redah saja"
Dengan harapan sementara ada masa
Buat apa segala
Tak kira mungkar pada sang Pencipta
Berharap masa taubat bakal tiba
Untuk balik pada Dia
Itupun kalau ada masa...

Sama ada nak berusaha atau ala kadar sahaja.
Last-last redho beriya..
Tak boleh letak atas nama 'nasib' semata-mata
Atau blame kepada 'tiada rezeki nak kata apa'
Sebab semua yang terjadi bukan salah siapa-siapa,
Semua terjadi tetap salah kita.

Itu saja dari saya
Insan hina penuh nestapa
Bukan nak tunjuk bagus ke apa
Sekadar ingatan bersama...
-Zulaiqha Zulkifli-

Rabu, 18 September 2013

Chin Peng dan Harga Minyak

Assalammualaikum...

Lama juga tak menulis dalam belog saya ni.
Bukan busy kerja ke apa sangat, tapi cuma tiada dialog indah untuk dicoretkan.

Bak kata pepatah, biar diam daripada berkata perkara yang menimbulkan kejelekan belakang hari.

Hari ni kurang produktif sikit hari ni.
Perut sebu, angin naik atas kepala.
Pening menerjah hari ku seharian..
Okey..
Fine.
Tak menarik kisah ku hari ni.
Jom masuk cerita lain jom.
Alkisah nak membahasakan diri untuk entri kali ini dengan kata ganti diri 'aku'. Bukan nak kasar apatah lagi untuk tunjuk ganas ke, tapi nak bagi rasa selesa dan rapat gitu dengan para pembaca. Ahaks.yelah tu kan..haha..(suka hati akulah blog aku) haha

Aku tak kisah apa pun nak jadi dengan dunia sebenarnya (jujur), tapi bila melibatkan diri aku jugak, maka aku berhak untuk bersuara.

Alkisah (alkisah lagi) tentang harga minyak yang melonjak naik RM0.20, memang awal -awal hari tu bukan main kecoh sekali. Semua macam pakat beramai-ramai post di fb masing-masing, hentam kerajaan tu jangan cakaplah kan..hehe..termasuk lah post ekonomi bagai kn. Barangkali memang itulah penangan bila berjanji tapi tak dapat ditepati (aku pun selalu macam tu...aishh...shame on me)

Thats why, kita digalakkan untuk tidak berjanji atau bagi statement berani mati terutama apabila ketika itu kita sedang pegang amanah sebagai ketua. Sebab bila dah namanya ketua, mesti ada pengikut, kalau ada pengikut mesti ada juga yang tak mengikut. JANGAN nak harap sangatlah semua pengikut akan jadi pak turut atau pengurut kita bila kita dah jadi bos sebab perkara itu takkan terjadi pada zaman millenium hari ini..

Kebanyakkannya dah pandai-pandai, segalanya hanya dihujung jari gitu.hehe....
Tak kiralah ketua keluarga ke, ketua kelas ke, ketua kumpulan sorak sekolah ke, yang penting kita kena sediakan payung sebelum hujan (itu pun kalau hujan) atau sebelum kulit terbakar dek cahaya terik matahari (kes panas melampau). Maka, bila dah pegang amanah sebagai ketua, memang berat sikit tangungjawabnya.

Walaupun kita dah cuba sedaya upaya untuk membetulkan dan menyelamatkan keadaan. Kekadang bila jadi ketua ni, ego memang tinggi. Tapi tak salah untuk kita berusaha untuk lebih tawaduq, untuk memaafkan dan memohon kemaafan sekiranya kita tersasar daripada matlamat asal.

Apa nak jadi pada masa depan bukanlah bawah kuasa kita, mana boleh kita halang-halang, mana boleh kita nak minta postpone2. Kita kena harung juga ibarat banjir melanda Kelantan saban hari. MANA ada dorang angkat rumah bawak balik ke Key EL, atau penduduk benci duduk kelantan ke, kerana aku percaya keadaan macam tu tak berlaku. Sebab apa? Sebab kita dah bersedia menerima apa jua cabaran, mental dah set....Maka, bezanya apabila persediaan tu ada, maka keadaan lebih terkawal daripada langsung tak bersedia apa sebab fikirkan dah dengan penuh janji yang ditaburi daripada seorang pemimpin yang disegani.

NAMUN, tiap perkara ada pro and cons, maaflah...aku memang jenis telus.. Yang aku nampak salah, aku cakap salah, dan begitu jugalah sebaliknya. Apa yang penting, kita sebagai rakyat yang dah memang bijak pandai ni... Kena bersabarlah, tak boleh cepat sangat melatahnya... Cepat sangat melentingnya..cepat sangat nak membelasah orang yang dianggap bersalah. Releks......

Sesungguhnya hidup ini hanya ujian untuk kita semata-mata. Dan kita pun takkan mampu lari dari masalah yang menguji kita saban hari. Maka anggaplah ia sebagai cabaran dan peluang.
Pejam celik, pejam celik....tengok-tengok bulan merdeka berlalu pergi. Hari Malaysia muncul pula.
Kecoh pula tengok bila mememasing dengan pemergian Chin Peng yang meninggal pada usia 90 tahun.

Memasing sibuk me'tweet' keburukan beliau semasa hidup.
Malah menganggap mendiang meninggal dunia kebetulan sangat tarikhnya pada hari Malaysia iaitu 16 Sept.
Pendek kata, ada yang marah..ada juga yang kata mayat jangan diaib-aibkan.
Aku pun tak pandai sangatlah bab agama, tapi kalau kita ini bukan maksum, usah cerita sangatlah kisah lampau manusia lain.

Macam pelik sangat dek telinga ku bila perjuangkan kebaikan namun mulut asyik mengutuk....bahkan aku percaya,buku sejarah pun ntah baca ke tidak, ntah ingat ntah tidak...maka jangan kita heboh perkatakan aib mayat yang sudah tak bernyawa angkara mahu membuktikan betapa partiotismenya jiwa kita.
Nak patriotik tu bagus.
Tapi jangan sampai attitude kita hangus...
Okeylah... Pendek betul entri kali ni.
Haha..
Bebel sekali sekala seronok jugak.
Ahaks.
Okeh, terima kasih sebab sudi scroll...scroll sampai habis baca.
Assalamualaikum...salam 1dunia 1akhirat.
okey..ini muka poyo...selfie sekali skala. selfish jangan sekali k.. ahaks....



Selasa, 17 September 2013

Kau dan Aku tiada beza

Kepingin jadi orang lain itu perkara biasa
Sebab lumrah kita tak syukuri apa yang ada
Tapi indah kalau kita belajar kenali siapa kita..
Tak susah pun sebenarnya,,
Terutama bila hanya kata-kata.

Aku tak kata aku kenal diri aku.
Aku manusia
Aku hamba
Aku pelupa
Aku tak berdaya
Selalu jatuh tak kira masa
Selalu patah tak tentu hala...
Tapi aku tahu Allah itu ada..

Aku suka jadi macam2 rupa
Tapi semua tetap serupa manusia yang sama
Iaitu seorang aku yang alpa

Orang kata aku macam cina
Harapan sangatlah untuk aku ada darah jepun atau korea
Aku melayu biasa
Pakai selipar jepun boleh lar
Tak semak kepala
Cuma darah abah ada bugis-siam
Mama pulak minang sahaja

So...aku macam ini jer.
Selalu cari beza tapi suka tengok perkara yang sama antara kita

Kita sama jer..
Aku senyum
Kau senyum..
Kau Aku tiada beza..
Cuma beza atas nama,
Beza atas rupa, harta dan segala isi dunia
Hakikatnya tetap masuk 'lubang' yang sama
Untuk ke sana,,

So.....?
Kan aku dah kata
Kita tak ada beza.
Buka mata, buka jiwa
Usah kecoh pada yang beza
cantum kan titik perbezaan..
Buat satu garis persamaan

Okey der.
Relek relek jer.
Kita tetap member di dunia dan akhirat..

Jumaat, 30 Ogos 2013

Allah itu lebih tahu apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu

Assalamualaikum!!!

Hye everyone! I'm coming...Yeah.. Zulaiqha Zulkifli kembali menulis. Taraa!! hehe...Apa khabar semua? Hopefully everything great....

Muka kontrol ayu. Maaf ya :)

Oraittt,.....setelah hampir 4 bulan berdiam diri, hari ini jari jemari mengetuk-ngetuk dan menekan-nekan papan keyboard kesayangan yang dah berhabuk. (nak mengambarkan betapa tidak dilayannya laptop ini)

Kenapa saya mendiamkan diri? (macam selama ni bising sangatlah kan..hehe)
Kenapa saya macam nampak "busy" sedangkan hakikatnya sebenarnya bukan berniat sebegitu. (cewah)
Ada beberapa perkara mendukacitakan.... lepas saya update tentang saya hadir ke program 3R (Respon, Releks dan Respek) saya terus macam mengalami satu tahap sindrom 'takut nak meluahkan' perasaan, semacam rasa ada BATU penghalang untuk mencoretkan coretan hati. (perghh,..coret-coret gitu ar)

Bukan apa.....
Bila kita share sesuatu, indah sekiranya ia datang dari hati.Before this, saya dengan ikhlasnya bercerita tentang harapan dan impian untuk menempatkan diri dalam bidang pengacaraan 3R TV3. Namun, atas dasar 'jujur' itu, saya merasakan bahawa ada 'panas pipi' bila selepas 3 bulan rezeki saya nampaknya bukan di situ.  (kan dah malu~) Saya malu bila mana saya dah menulis di belog, ramai yang bersahut memberi semangat dan dorongan kepada saya.(thanks!)



Memang saya terharu sangat bila saya dapati ramai kenalan yang mungkin kenal atau mungkin tidak mengenali diri saya sudi memberikan kata-kata positif tentang impian saya. Terima kasih banyak-banyak. Tidak lupa juga nak mengucapkan tahniah kepada semua 12 finalist yang berjaya melayakkan diri dalam program 3R.. U all memang superb!! (cantik-cantik pulak tuhhh!)

Saya percaya pada qada' dan qadar Allah.
Saya tahu itu bukan rezeki saya walaupun pada 24 Ogos yang lalu, bila mana TV3 bersiaran tentang Projek 3R, hati saya diruntun kepiluan.

Saya sedar, saya bukan siapa-siapa. Saya bertemankan kepercayaan "POTENSI MANUSIA ITU TIDAK TERBATAS' maka saya memberanikan diri mencabar diri. Namun, hari ini saya sedar dan cuba menyedarkan bahawa tidak semudah itu untuk mengapai bintang, tak semudah menyebut A-B-C untuk mencapai erti kegemilangan. Pasti ada onaknya, pasti ada durinya.

Kita sering dengar bait kata nasihat tentang Allah tahu apa yang kita PERLU, bukan apa yang kita MAHU.
Maka, saya cuba memerdekakan diri, hati dan segalanya demi melihat masalah itu bukan sebagai satu masalah tetapi satu peluang.

Saya juga bersyukur sepanjang hampir 4 bulan ini, saya belajar untuk mengenali diri saya sendiri, tentang apa yang saya kejar dalam hidup, tentang siapa yang sentiasa mampu menjadi peneman diri ketika susah dan senang, serta bagaimana kita mampu bertindak sebagai hamba-Nya yang bersabar.

Sejurus selepas habis program bersama Kementerian Belia dan Sukan, saya bertindak nekad mencabar kemampuan diri menjadi sebahagian CIMB Wealth Advisor Bhd. Bermentorkan Ikon Belia Malaysia, Millionaire Sisters Akmar, saya belajar banyak perkara, Alhamdullilah. Beliau sangat supportive dan so amazing person. Dan yang paling saya respect ialah walaupun sudah jutawan, dah ada segalanya tapi sangat humble dan rendah diri.

printscreen siap ar..hehe


Saya belajar sesuatu yang tidak terdapat di dalam kertas atau dari sekeping ijazah. Belajar erti bersabar dan bagaimana menjadi insan berminda bisnes, tentang 'law of attraction', bagaimana berdepan dengan manusia dan bagaimana untuk meluaskan networking gituuu...

Antara rakan-rakan seperjuangan CWA


Saya tahu saya masih berdikit-dikit. Saya kadang-kadang rasa keseorangan sedangkan sebenarnya ada insan-insan yang sudi mendengar, menjadi penceria hati saya, memberi semangat ketika saya sedih dan menjadi pemangkin ketika saya dilanda duka. Bukan banyak saya mintak, sekadar sokongan, dorongan dan doa sahaja. (terima kasih awak.....)

Saya sedar saya tidak sempurna sebagai manusia terutama bila hati tidak kuat menerima rejection dalam pelbagai segi. Rejection adalah lumrah. Macam dalam entri saya yang sebelum ini berkaitan rejection, saya tahu saya perlu kembali menjadi Zulaiqha yang kuat. Belajar menerima ketidaksempurnaan diri itu amat tinggi nilainya.(yess..i can do it, InsyaALLAH)

Kebetulan esok tanggal 31 Ogos, saya rasa terpanggil untuk mencoretkan erti kemerdekaan dari kotak kaca mata saya.

Saya percaya merdeka itu bukan sekadar atas kertas..
Erti merdeka itu lebih kepada kebebasan dalam kehidupan yang sentiasa bersulamkan pengorbanan demi mewujudkan kasih sayang.

Orang bila sebut 'kasih sayang' mesti kepala fikir ini minah jiwang atau feeling abes...tapi hakikatnya kita sendiri lahir daripada hasil erti 'kasih sayang' juga..

Kasih sayang ini luas pengaruhnya...Kebebasan yang berteraskan kasih sayang ini perlu ada integriti, kelembutan, toleransi, penerimaan, pemahaman dan kesatuan.

Maka, merdekanya kita bermula dari toleransi kita sesama manusia. Membebaskan pemikiran dari anasir lama dan membuka hijab fikiran tentang kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan, itu adalah lebih baik.

Kuasa hijrah adalah kuasa berubah. Itu adalah hakikatnya. Saya percaya dan yakin, dengan kuasa hijrah ini, kita mampu pergi lebih jauh. Merdeka bukan hanya dengan kata-kata tapi ia lebih kepada percaya dan berusaha dengan perbuatan. Namun, kita kena sedar, bilamana kita masih dalam zon selesa, tiada penolakan dan gelodak untuk buat kita bangkit dan sedar bahawa kita perlu BERGERAK, maka seharusnya kita keluar dari ZON SELESA itu dan bergerak pantas ke arah ZON MENCABAR supaya kita lebih aware dan alert tentang matlamat hidup yang sebenar.

Ini sedikit sebanyak apa yang saya rasa hari ini dan waktu ketika ini.
Agak serius sikit entri kali ini. Mungkin mood serius melanda waktu ini.hehe...tapi bila-bila saya free, saya akan update lagi. I will throwback some previous story and mengaitkan dengan masa sekarang. :)


Saya rindu untuk kembali menulis, InsyaAllah saya akan nukilkan lagi lain kali.
thanks sudi membaca! love u..... Pray For Egypt :) Pray for MALAYSIA!!SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE-56! tanah tumpahnya darahku......

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Assalammualaikum.



Jumaat, 17 Mei 2013

Rancangan 3R kembali dengan pencarian hos baru? Layak ke aku?

Assalamualaikum... dan salam kedamaian semua dan semua!!!


CAKKK!!!

Hai...my name is Zulaiqha...and this is my story! And u can call me Qa!! :) 

haha...senget! Abaikan!

Okey, terasa lama tak menulis. rindu pula rasanya nak bercerita.( bedtime story jom!)
Mungkin ada sudi membaca..(buat-buat perasan macam ada orang membacalah
terima kasih sangat...!! muah..muahh :) 


bibir sampai pucat cium korang...*bluek* haha!



Actually, saya  appreciated sangat bila ada sudi baca blog saya yang tak seberapa ni. siap ada yang suruh update lagi... seriusly macam tak percaya... thanksss..syukran jazilan saudara saudari sekalian... 
Moga Tuhan memberkati kalian..AMINN~



Kadang-kadang memang nak sangat update belog, tapi tulah orang kata "Kerja Bertangguh Memang TAK JADI'..soo dengan seruan INIKALILAH (tertiba) saya pun menekan-nekan punat pada waktu tengah malam ni untuk bercerita berkaitan TAJUK entri kali ni iaitu "3R kembali dengan pencarian hos baru?''


Kali ni saya just nak berkongsi cerita tentang aktiviti hari ni.
Macam biasa saya online facebook (sehari tak online memang bukan Zulaiqha lah tu
So saya ada ternampak tentang ni...

entri kali ini bukanlah tujuan untuk buat promosi tak berbayar untuk program 3R yer, tapi saya menulis sesuatu sebab terasa nak share my feeling bila tengok benda ni...

bukan 'TERASA' OR 'PERASAN' yang ayat-ayat diatas untuk mengatakan saya layak menjadi HOS 3R..mestilah saya dengan rendah hati menyatakan tidak...


Dan tidaklah kerana merasa diri ni pintar ke prihatin ke or segala perkara nak memuji diri. TIDAK SAMA SEKALI.. tapi saya macam suka jer nak try.. Boleh ker?? (tanya pulak...)


Actually.....dan saya suka yang point dia cakap 'SANGGUP keluar DARI ZON SELESANYA SENDIRI'..

walaupun saya sekarang memang tidak lah rasa selesa sangat...masih terumbang-ambing lagi selepas habis program dengan kementerian belia and SUKAN (KBS) dengan CEMERLANGNYA (cewahh..macam cemerlang sangat) hehehe...

memang motif sangat nak tunjuk bukti dah 'graduate' daripada program PLF
hahaha...


lalu..saya termagu-magu la sebentar walaupun sekarang dah kerja sebagai CIMB WEALTH ADVISOR dengan Platinum Wealth Advisor under Millionaire Sisters ...yang seriusly memang superb mentor lah! 

Cuma...bila dapat tahu dalam Internet tentang pencarian hos ni....saya rasa macam 'terdesak' sangat pulak nak join....hahaha.. (over sangat pulak ayat terdesak tu)

bukan apa....saya pernah jer gagal dalam audition yang sebelum ni..yang audition Pencarian Nona hari tu...GAGAL OK! 
Ingat lagi masa tu pihak TV3 tu mintak saya bukak spek mata masa saya start bercakap..dah la rabun teruk. Time tu memang rasa rendah diri sangat...

Saya gagal sebab saya sendiri tahu EFFORT saya kurang sebab komitmen pada program KBS hari tu (alasan~..haha)...

memang banyak kelompangan dengan tak ada persediaan bagai.. malah ramai yang cun-cun dan berbakat belaka di Malaysia yang tercinta nih...

Serius saya cakap, KEGAGALAN tersebut buat saya takut dan sedar diri sebenarnya....

1) Saya masih banyak kekurangan 
2) Saya masih banyak perlu belajar
3) Saya masih kurang berusaha dan berdoa




Dan saya akui 



1) Saya bukanlah cantik sangat macam Shila Hamzah 


2) Saya bukanlah comel sangat macam Nora Danish ke...



3) Saya bukanlah petah sangat bercakap macam FaFau ke...


4) saya bukanlah berkarisma macam Neelofa ke....



5) Saya juga bukan seayu Siti Nurhaliza....



Cantik kan? hebatkan mereka? Sangat memberi inpirasi kan mereka??? 
Seriusly mereka hebat,cantik dan memberi inspirasi buat diri saya....


dan 



SAYA??????



Ermmm.....





Saya....saya ni....yer...saya.....ermm....
saya bukanlah siapa-siapa.....

saya adalah saya....


seorang budak perempuan yang biasa-biasa serta berkaca mata (sebab rabun 500 power kedua-dua belah mata)   berusia 23 tahun..masih belum berkahwin (perlu ke mention?)

dan sedang merangkak-rangkak mengenali dunia..(merangkak macam over hyperbola ayat tu)

dan tambahan *masih belum ada lesen kereta walaupun ambil gambar dalam kereta* 
(minggu depan baru nak amik....#pencintaLRTtegar


tapi satu yang mungkin masih ada....dalam diri saya...
macam you all semua juga...



Saya juga ada IMPIAN lah awak.....





I have my OWN DREAM....



dan.....



dalam ketidaksempurnaan saya ini...


muka bukan cantik sangat...
cakap bukan lancar sangat...
tinggi bukan tinggi sangat...
bijak bukan bijak sangat...

tapi saya sekadar nak mencuba....mencuba sesuatu perkara baru yang saya suka...walaupun saya tak seberapa lah sangat..

Dan saya sentiasa cuba mensyukuri segala apa yang ada...

Malah saya sentiasa cuba menyedari diri ini adalah ciptaan yang cukup baik yang Allah dah ciptakan di muka bumi ini..

Terima KASIH ALLAH! 

Kau adalah PENCIPTA yang MAHA AGUNG...
Dan saya sentiasa bersyukur dengan segala yang DIA berikan...


terutama bertemankan kedua ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu...

abah dan mama..... love u all...:) (nampak gemuk pulak dengan baju tuhh..aishhh!)

Insya-Allah, saya akan cuba untuk audition pencarian HOS 3R (RESPEK RELEKS RESPON) kali ini...
(doakan saya yer... -_-)

sebab saya suka untuk share tentang ketidaksempurnaan seseorang itu adalah pelengkap kepada kehidupan..
Sedangkan jari kita pun berbeza-beza sizenya, ini kan pula kita....

Usah kita malu untuk memberitahu kelemahan kita untuk kita sentiasa baiki dan mendaki mencari kejayaan :)


dan INGATLAH....
setiap orang..setiap insan layak untuk merasai nikmat potensi diri yang ALLAH bagi...

tidak kira siapa diri mereka..
tidak kira apa mereka kerjakan..
tidak kira kaya atau miskin...
tidak kira berapa kali kita pernah gagal...
tidak kira apa jua sekalipun...

setiap antara kita mampu menjadi APA jua yang kita mahu jadi...


dengan melalui program 3R  atau apa jua program televisyen perlu ada pengisian 'intelektual' 
dan 'inspirasi anak muda".... 


Terutama saya SUKA MENULIS... 
dan kalau boleh nak menyumbang kepada program-program kepada anak Gen-Y..
terutama ISU WANITA dan ISU Kemanusiaan...

Kawan-kawan, jangan sesekali ditisu-tisukan isu-isu ini kerana kita anak muda harus sedar bahawa terlalu banyak tanggungjawab yang perlu kita galas bersama......


Saya juga tak kisah kalau kawan-kawan sekalian pun join sekali... (JOMLAHHH!)
Saya suka tengok anak bangsa..anak muda...kaum-kaum hawa menjadi insan yang BERJAYA juga..
terutama berjaya menyumbangkan kebaikan kepada masyarakat.

kerana ALLAH itu sukakan KEBAIKAN...
Kebaikan itu akan juga dibalas dengan kebaikan..
Mendoakan kebaikan kepada orang lain juga adalah antara cara untuk mencapai kebaikan dan kejayaan buat diri kita juga...

So.......


Share with me...
I really want to know!!!


Thanks sudi membaca!
I'll update my blog again and again!
Bye! 
Assalammualaikum!

Isnin, 8 April 2013

World Health Day 2013


Hye everyone!!!

Do you know about World Health Day???

What? Never heard before? 

Yeah....me too :)

But  I realize about it. and i want to share with you something about World Health Day. :)

World Health Day is celebrated every year on April 7, under the sponsorship of the World Health Organization (WHO). 

World Health Day isn't all about hand-washing and healthy eating, this day draws worldwide attention to the importance of good health. 


The theme for this year’s occasion is ‘High Blood Pressure.’ High blood pressure (HBP) increases the risk of Strokes and Kidney failure. If left uncontrolled, it might also cause blindness, irregularities of the heartbeat and heart failure.

 According to the WHO, 1 in 10 people in their 20s-30s and 5 in 10 people in their 50s suffer from HBP. Prevalence of high blood pressure is highest in some low-income countries in Africa. It is estimated that about 40% of adults in many African countries are affected.


Let's do something to our self and our Earth.. 





Sabtu, 6 April 2013

Ayuh Rangkul Anugerah Blogger Prihatin 2013 !!


Anugerah Blogger Prihatin 2013



Bukan mudah untuk menerima hakikat sebuah kehidupan hari ini dalam membentuk masyarakat prihatin dalam kalangan Gen-Y masa kini  kerana kebanyakan kita lebih berebut-rebut mengejar material berbanding membantu masyarakat secara holistik. Ketidakupayaan anak muda mentafsir dan menilai aktiviti kemasyarakatan seperti aktiviti yang melibatkan orang kurang upaya atau anak yatim, menjadi punca anak muda makin leka diulit mimpi duniawi hendonisme yang tidak berpenghujung. 

Tidak dinafikan terdapat segelintir anak muda yang sedar tentang tanggungjawab mereka, namun mungkin kerana beranggapan tiada medium untuk menyalurkan bantuan atau untuk berkongsi pengalaman, maka hasrat murni untuk membantu masyarakat itu dibiarkan tertimbus dek masa dan keadaan. Hal ini demikian telah memberi kerugian kepada negara sedangkan sepatutnya dalam era globalisasi alam maya yang mencetuskan interaksi tanpa sempadan hari ini sepatutnya digunakan sebaiknya oleh generasi Y secara berfaedah dan berguna kepada masyarakat.



Atas dasar keprihatinan tersebut, pada 4 April 2013 yang lepas, telah diadakan majlis pelancaran bagi Anugerah Blogger Prihatin 2013. Anugerah ini bukan sahaja telah mendapat sambutan hangat dalam kalangan anak muda masa kini terutama blogger, malah merupakan satu nafas baru yang bertujuan menarik lebih ramai anak muda untuk lebih bertanggungjawab kepada kepayahan dan kesengsaraan sesuatu komuniti setempat. 

Dengan keprihatinan  Bank Rakyat terhadap masyarakat, tajaan sebanyak RM 10,000 telah diberikan dan disampaikan oleh Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat Bank Rakyat, Encik Rosman Mohamed. Tajaan-tajaan sebegini harus diteruskan bagi membantu komuniti setempat yang rata-rata masih terdapat pelbagai permasalahan terutama  kewangan, tempat tinggal, dan sebagainya.



Projek ini juga merupakan inisiatif Ketua Projek iaitu Mohamad Redzuan Bin Saib yang juga merupakan peserta Perdana Leader Fellowship (PLF) dengan kerjasama Harian Metro dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi melahirkan modal insan yang terbaik dan berguna untuk Malaysia, berkebolehan untuk mentafsir dan membantu mengubah nasib komuniti  dan memimpin perubahan tersebut untuk satu jangka masa secara berterusan. Maka, sesuai dengan kecenderungan generasi Y dengan dunia siber dan IT, maka medium berblogging melalui cetusan idea “Anugerah Blogger Prihatin 2013” amat bertepatan dan sesuai untuk memberi galakan kepada belia untuk membantu masyarakat.



PROSES TARIKH PERTANDINGAN

Tarikh                    :  5 April 2013(Jumaat) – 30 April 2013(Selasa)
Aktiviti                  : Penerimaan Penyertaan Anugerah Blogger Prihatin 2013 secara online.

Tarikh                      : 1 Mei 2013(Rabu) - 10 Mei 2013(Jumaat)
Aktiviti                  : Pemilihan Pemenang Anugerah Blogger Prihatin 2013

Tarikh                     : 15 Mei 2013
Aktiviti                  : Majlis Penyampaian Anugerah Blogger Prihatin 2013


HADIAH (PEMENANG)

Hadiah Pertama = Sijil + Trofi + Wang Tunai      RM 300                                                 
Hadiah Kedua   = Sijil + Trofi + Wang Tunai      RM 200
Hadiah Ketiga   = Sijil + Trofi + Wang Tunai      RM 100

Terma dan Syarat

1.       Terbuka kepada semua blogger dan warganegara Malaysia berumur antara 18-31 tahun.
2.       Penyertaan daripada warga kerja NSTP akan terbatal secara automatik.
3.       Hasil karya perlulah ORIGINAL/ASLI
4.       Karya seharusnya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat
5.       Peserta boleh menggunakan blog sedia
6.       Penggunaan bahasa yang betul akan menjadi satu kelebihan dalam penyertaan.
7.       Link entri perlu dihantar kepada perdanaleaderfellowship01@gmail.com , sertakan nama, alamat, no telefon dan umur anda.
8.       Penyertaan mulai dibuka pada 5 April 2013
9.       Tarikh tutup penyertaan adalah 30 April  2013 dan pemilihan pemenang akan bermula daripada 1 Mei 2013 sehingga 10 Mei 2013


11.   Seorang blogger satu penyertaan sahaja
12.   3 orang pemenang akan dipilih melalui kriteria ditetapkan
13.   Pemenang akan diumumkan pada 15 Mei 2013
14.   Sebarang terma dan syarat yang tidak dipatuhi boleh menyebabkan penyertaan tersingkir dari pertandingan
15.   Pihak penganjur berhak menukar mana mana hadiah dengan nilai yang sama.
16.   Keputusan akhir adalah muktamad dan bantahan tidak akan dilayan

Apa yang perlu ada dalam entri/karya/post

1.       Karya mestilah asli/original
2.       Tidak menyentuh sensitiviti masyarakat
3.       Nama pusat jagaan OKU/Anak Yatim/Warga Emas
4.       No tel. dan nama pengurus pusat jagaan
5.       Bantuan yang diperlukan dan masalah yang dihadapi
6.       Penggunaan bahasa yang betul dan ejaan penuh menjadi satu kelebihan dan sertakan cadangan pertolongan / jenis bantuan yang anda telah lakukan sebagai ahli komuniti untuk membantu pusat jagaan tersebut.
8.       Gambar yang  menarik
9.       Pengolahan cerita melebihi 120 patah perkataan

Mana-mana pihak boleh berhubung terus dengan Ketua Projek iaitu MOHAMAD REDZUAN BIN SAIB PERDANA LEADER FELLOWSHIP melalui talian 013-7573269.


Rujukan : - Harian Metro, Jumaat, 5 April 2013
Dan juga Dr.Lurve

Ahad, 24 Mac 2013

Siapalah daku selepas tamat belajar...

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Lama sebenarnya tidak menulis sesuatu dalam belog ini.
Rindu itu tidaklah sebesar mana namun rasa sedikit kerugian dihati kerana seperti tidak menghargai hari-hari yang berlalu pergi tanpa dapat mencatat dengan jelas detik perasaan ketika waktu itu.

Andai semua dapat memahami dan mengerti hati ini, pasti akan cuba untuk memujuk dan mengatakan masih ada masa untuk menukilkan banyak cerita dan menghargai 'masa'. Namun, kita belum pasti kita ada hari mendatang kan...Eh, ayat sedih pulak kan, huhu...tapi realiti kehidupan kan? *memandang luar tingkap*

Menulis blog sebenarnya banyak kelebihannya,antaranya saya merasakan setiap HARI yang kita lalui itu ibarat menghargai hari-hari kita :)

Pejam celik, pejam celik, rupa-rupanya dah sampai penghujung bulan Mac 2013. Banyak sebenarnya nak dikongsikan perjalananku selepas tamat belajar daripada universiti tercinta, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Bukanlah indah mana, bukanlah buruk mana juga, namun sekadar perkongsian tak seberapa jer :)

Selepas habis praktikal, saya fikir nak cari kerja terus...atau try mana-mana peluang yang ada.

Namun, Allah itu lebih tahu apa yang perlu untuk kita, bukan apa yang kita mahu.

Maka pada bulan Oktober 2012, saya terpilih untuk menjadi peserta Program Perdana Leader Fellowship (PLF).

Apa tu PLF? Mesti ramai yang tak tahu sebab ini bukan program Pencarian Hos ke, Pencarian Bintang ke...tapi pencarian 'LEADER'. Orang kata macam 'best' jer nama program ni,. Actually banyak perkara yang best dalam program ni. Program yang mengambil masa enam bulan ni, mendedahkan saya dengan pelbagai pengalaman dan ilmu.

antara belog kami adalah : - http://plf01.blogspot.com/

saya sendiri ada juga tulis tentang pengisian program ini di sini

Paling seronok masa awal-awal program ni, dapat pergi teambuilding di LUMUT, Perak. Outward Bound Malaysia (OBM) selama seminggu.

GROUP BINTANG : Memang terbaik.


Yang ni 28 peserta PLF yang kena bersiap sedia dengan 'UJIAN' di OBM


This is my TEAM!! :) 

Naik whaler, jauh dan penat yang teramat sangat.....kena mendayung berjam-jam


Yeyy..dah sampai...



Esoknya mendayung lagi...memang terbaik..tapi yang bestnya, semua team member sangat cool dan relaxj jer :) 




Semua kepanasan, apa tak panasnya, memang terik betul matahari atas kepala....saya yang pakai kain tutup muka tu..hehe



Ini antara khemah-khemah yang kami guna....Cukuplah untuk muatkan 3 orang setiap khemah.



Excited mandi laut...hehe....Rindu this moment...



Kami kena masak sendiri....tak adanya pakai dapur gas bagai, kayu api jer semua...susah tapi  BESTT! 



Time ni memang walaupun masing-masing baru kenal, tapi kami memang rapat belaka....mana tak nya, pusing kanan, muka dia, pusing kiri muka dia lagi...hehe


Yang ni group Brinchang. Hehe..kira group pesaing kami la pada awalnya. Sekarang ni bukan pesaing dah tapi dah jadi saing (kawan) dah..hehe.. :)

Memang best kawan dengan dorang..happy go LUCKY!!


Ini time panjat memanjat.memang mencabar, nampak macam senang.tapi try tengok...ehe


Ambil gambar kenangan di Outward Bound...memang serius rasa nak datang lagi nanti :)



Ambil gambar kenang-kenangan lagi...hehe....




Nampak tak tangan saya berbelang..haha..lawaks


Serve to Strive and Not To Yield.....!!! Yeah..Hidup OBM!!



Bulan November 2012, saya meneruskan hari sebagai peserta, terdapat pelbagai program. Konvo. Kedukaan habis belajar dan kegembiraan mendapat segulung ijazah bersatu membuat hati bercampur baur.

Bergambar kenangan bersama abah dan mama ku semasa hari Konvokesyen yang ke-10 di UMT

Alhamdullilah, selepas bersengkang mata menghadap buku dan laptop, menangis penat dan lelah, terhimpit antara amanah dan tanggungjawab sebagai pelajar dan MPP, serta perlbagai suka duka sebagai pelajar, Alhamdullilah.. akhirnya pada 25 November 2013, segalanya terjawap juga......


Berteman abah dan mama yang sentiasa menjadi tulang belakang dan kekuatan buat diri ku, ini sebagai satu tanda dan simbolik kepada satu perjalanan yang lebih mencabar Insya-Allah. Kejayaan yang Allah bagi untuk sementara ini bukan milikku, tapi milik-Nya dan milik keluarga. Saya perlu 'bayar' semula segalanya...



Ini gambar keluarga yang lebih besar, adik lelaki dan adik perempuan ku tak dapat bersama..


Thanks for all yang sudi bagi present bunga dan teddy bear yang comel tu..TQ sooo MUCH.. :)

saya simpan lagi..sayang nak buang bunga-bunga tu walaupun dah layu..I LOVE all my friends and my family yang sudi support me...always  walaupun dalam susah dan senang... :'( (sebak pulak)


November terus berlalu membawa seribu kenangan.....

Pada bulan Disember 2012, meneruskan program Perdana Leader Fellowship. Banyak lokasi yang ku lawati ...antaranya....



Di Jcorp


Di Nusajaya, Johor

Di Johor

Bersama Tun Mahathir di Putrajaya



Tahun baru 2013 segalanya berubah......

Bulan Januari 2013, Mentorship bersama CEO OTAi Franchise Sdn.Bhd

Dan saya ditempatkan bersama mentor yang cukup berilmu, berpengalaman dan hebat dalam bidang perniagaan franchise, iaitu En. Suhaimi Abas. CEO OTAi Franchise Sdn.Bhd.


Bulan Februari 2013, Mentorship hampir habis, sedikit konflik dalam diri sendiri. Dalam mengenali dunia pekerjaan dan sikap manusia.

Bulan Mac 2013, saya dan rakan-rakan diberi peluang untuk menjalani pengantarabangsaan di Perth, Australia selama seminggu.




Selepas itu ,  saya telah selesaikan amanat terakhir untuk mengadakan program mengunakan bajet yang disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Setiap antara kami perlu mempunyai projek yang tersendiri. Maka ku hasilkan 'SMARTGEN-Y Inspiration".




Saya perlu menjalankan program yang berkualiti dan mampu membantu masyarakat. Serba sedikit tentang program ada di sini

Alhamdullilah

Saya telah menjemput saudara Johan As'ari yang tidak asing lagi di Malaysia. Saya tak pernah menyangka saya mampu mengenali beliau, ayah saya yang banyak membantu dalam menjemput beliau tambahan Johan seorang yang sangat sporting, sangat-sangat humble (yang tak mampu saya gambarkan dengan kata-kata), bukan nak mengampu jauh sekali memuji berlebihan, namun itulah hakikatnya.


Beliau sangat islamik dan menekankan tentang IMAN dan ILMU dalam talk yang diberikan kepada para pelajar Sek Men Teknik Kuala Lumpur.


Selain itu, saya turut bersama  2 gadis hebat iaitu Millionaire Sisters...sebelah kiri sekali ialah Sis Akmar dan Sis Elynn.

Respect sangat dengan mereka kerana sangat humble dan cukup hebat. Semoga Allah memberkati perjuangan mereka dan terus berjaya.amin...



Ini adalah warna- warni senyuman pelajar yang hebat-hebat di SMTKL. Rata-rata mereka amat berpuas hati dengan pengisian program. Alhamdullilah. semoga ilmu yang mengalir daripada program SmartGen-Y ini mampu memberi manfaat kepada mereka.

Demikianlah sedikit sebanyak perjalanan cerita tentang diriku yang tak seberapa ini. Banyak lagi yang ingin ku kongsikan, cuma kadang kala masa tidak mengizinkan dan mood menulis yang kejap ada kejap tak ada punca jarang saya update belog ini.

Apa pun, besarlah harapan saya sebagai insan kerdil ini, agar semua pembaca yang mungkin rakan taulan, kenalan atau mungkin baru dikenali, doakanlah perjalanan saya yang masih baru dalam 'dunia luar' ini dapat berakhir dengan penuh keberkatan dalam kejayaan. doa kalian amat dihargai dan saya dambakan.

Tidak lupa juga, saya juga sentiasa mendoakan insan-insan yang diluar sana agar terus tabah dan berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua yang kita lakukan. semoga dapat sama-sama kita kecapi kejayaan di dunia dan di akhirat.

Terima kasih kerana sudi membaca...:)

ASSALAMUALAIKUM....


Perjalanan ku jalan berliku,  mencari hembus bayu,
kadang-kadang hanya mampu membisu dan terkelu,
Disini ku tersedu-sedu......
Sebak dadaku, retak hatiku....
Dihiris pilu.....
Namun tiap pilu itu pasti ada SESUATU..............................





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..