Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Khamis, 5 November 2009

Mengumpat....

Assalamualaikum.... Sudah lama juga rasanya aku tidak menulis blog kesayanganku ini...Bukan sengaja aku berdiam diri namun banyak perkara yang aku harus selesaikan lagi...Walaupun ku rasa begitu banyak pengalaman yg ingin ku kongsikan bersama... Hm...mungkin tidak perlu ku ceritakan semua..Tapi bagi yg sudi mendengar luahan perkongsian suka duka aku di sini... Ada yg manis,tak kurang juga diselang seli dgn air mata...Itulah kehidupan...Aku sedar ada masa kita berada di atas,ada masa kita berada di bawah...Tulah orang ada kata,hidup ni ibarat putaran roda...yang dijalani dengan pasang surut...Tapi aku sedar,semua itulah yang menjadi perencah dalam mematangkan diri aku ini... Di sini,aku belajar untuk berhadapan dengan pelbagai jenis manusia..Ada yg insan yg baik,ada yg buat-buat baik dan ada yang mengakui diri tidaklah sebaik mana...Aku hormat pada ketiga-tiga golongan manusia ini...Aku jenis simple,selagi mereka tidak menguriskan hati,selagi itu jugalah aku boleh bersahabat dengan mereka,... Ketika aku menulis blog ini,aku merasakan diri aku tidak ada masalah lagi dengan orang di sekeliling ku di sini..tak tahulah kalo ada yang bermasalah dengan aku pulak...Aku juga ada kepantangan,iaitu aku tak suka dengan orang yang suka sangat mengumpat tak tentu hala...sedangkan orang yang diumpat tu bukan dorang kenal sangat pun...aku jadi jelek dan pelik bila orang-orang seperti ini dengan selamber je mengutuk orang lain tanpa sebab yang konkrit...seperti merasakan diorang yg terhebat dan terbaik...semua orang pulak penuh kekurangan... Aku selalu mengikat pemikiranku,apabila seseorang tu sangat mudah mengutuk,menghina dan mengumpat tentang orang lain...tidak mustahil untuk mereka mengutuk,menghina dan mengumpat tentang diriku juga..sebab itulah..mentaliti aku dah set..'kalo minah ni suka mengutuk orang,sure2 aku pun dia senang2 je nak kutuk walaupun kawan'... Memanglah kadang-kadang kita ni ada yang tak puas hati dengan orang lain,,,,tapi pernah tak kita cerminkan pulak sebab kita tak puas hati tu...adakah kerana cemburu?riak? atau hasad dengki? Tepuk dada,tanyalah minda... Kalaulah kita betul2 profesional,kenapa tak je kita luahkan perasaan tak puas hati tu pada orang tu secara 'gentleman or gentlewomen' je?knp?knp?hehe...tahu takut.... Itu kisah dengan manusia...Aku juga tak dapat dari melakukan kesilapan...Aku juga mengingatkan diri sendiri supaya jangan mengata orang tak tentu hala..cermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum buka mulut untuk uar-uarkan buruk orang lain...kerana saya percaya kita sendiri juga tak suka diburuk-burukkan..so bersamalah kita bersangka baik dengan orang lain....Memaafkan orang lain... Bila kita jaga aib orang,Allah pelihara aib kita....

Selasa, 22 September 2009

Sejenak luahan rasa dari hati ku...

Assalamualaikum...salam satu Malaysia...
Sudah lama rasanya saya tidak meng'update' blog saya ini,rindu terasa di kalbu..
Tiada banyak yang ingin saya luahkan di sini..Sekadar ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri...Maaf zahir dan batin jika ada sebarang salah dan silap,terlanjur kata atau perbuatan..atau apa sahaja kekilafan saya pada kalian semua..
Sayu rasanya bila terpaksa meninggalkan bulan Ramadhan yg memberi ribuan makna yg tersirat..Tiada lagi perkumpulan manusia untuk solat terawih,tiada lagi sautan si ibu mengejutkan si anak untuk bersahur di pagi hari...Tiada lagi penantian Lailatul Qadar yg menjadi idaman setiap muslimin dan muslimat di bulan puasa,dan yang pasti melenggangkan keadaan masjid yang sentiasa dipenuhi umat manusia di bulan Ramadhan..Sesungguhnya,bulan puasa bulan yg sungguh hebat..Luar biasa hebat sebenarnya..
Kadang-kadang,terdetik suara hatiku.."Moga bulan Ramadhan ini bukanlah Ramadhan terakhir buat diri ku"...Aku nak melalui saat ini lagi..Walaupun aku sedar,berpuasa di kampus ku di Universiti Malaysia Terengganu tidak sehebat menyambutnya di rumah bersama ibonda dan ayahanda yang tercinta..Namun,aku redha...bak kata artis tu..'redah jerrr'..hehe...tapi itulah aku..tak suka merunggut atau merasakan bahawa kehidupan itu terlalu 'comlicated'..walaupun hakikatnya itulah kehidupan..
Aku dah melalui dan merasai kehidupan di universiti..Ya Allah,sememangnya cukup mencabar iman dan jiwaku..Namun,aku sentiasa muhasabah diri,di manakah aku berpijak serta di mana langit ku junjung..Kadang-kadang aku akui aku terleka,mudah moody dengan tiba-tiba dengan ragam manusia yang kadang-kadang menjelekkan pandangan mata,tapi aku biarkan itu semua berlalu..Aku pasrah..Aku mahu insan lain berubah untuk menjadi lebih baik,namun aku sedar yang pertamanya aku perlu memperbaiki diri sendiri terlebih dahulu..Aku perlu berubah..
Kadang-kadang aku mahu mencapai impian ku disini..Mendapat keputusan peperiksaan cemerlang menjadi matlamatku, mendapat anugerah Dekan menjadi impianku, seterusnya mendapat tajaan JPA adalah misiku.Dan terakhirnya aku nak genggam dan bawa pulang segulung ijazah sebagai hadiah buat keluarga ygang tersayang...
Kerana aku bukanlah dari golongan orang senang,dan aku dah lali melalui tahap-tahap kehidupan yg mengajar aku erti kehidupan.
Aku tidak malu untuk mengatakan aku ibarat budak kampung yang duduk di bandar..kenapa?Tak percaya???
...ini bukan fatamorgana,tapi realiti kehidupan yang ku kongsikan bersama insan yang sudi mengambil tahu tentang diriku...Namun,kadang-kadang aku terasa ada gangguan yang menghalang aku mencapai matlamatku..Aku tahu,gangguan itu terbentuk dari dalam diriku sendiri..Seperti ada raksasa yg berselindung dalam diriku ini,aku terasa seperti aku tak mampu nak menjadi diriku sebenar-benarnya di sini...
Persoalannya,kenapa perlu jadi macam tu?Macam mana aku nak raksasa ini keluar dari diri aku.. aku bertanya pada diriku sendiri dan juga insan diluar sana yg mungkin tahu jawapannya atau mugkin ada akan memberi jawapan 'LU fikirlah sendiri..' seperti gaya Nabil Raja Lawak...
Tapi tak kisahlah apa jua jawapannya,aku mahu matlamat jangka 3 tahun ini tercapai dengan jayanya walaupun aku yakin juga pasti akan melalui komplikasi-komplikasi yang Maha Hebat..Tapi aku nak bina diriku yang boleh melalui cabaran dan saat-saat gentir itu...Ya Allah,semoga aku dapat lenturkan nafsu yang berbagai dalam jiwaku ini demi matlamat utamaku di UMT...
Aku dah alami rasa rendah diri apabila aku terpaksa menghadapi keputusan ujian ku yang sangat teruk..yang terlalu membuatkan aku rasa semacam perasaan marah pada diri sendiri dan orang sekeliling....
Aku menyedapkan hati dengan menyatakan pada diri 'Zulaiqa,kau masih ada peluang..jadi jangan undur walau selangkah..' Aku masih cuba menyedapkan hati dan menghentikan air mata dari terus berlinangan..bukan salah siapa,salah diri aku sendiri.. Aku yakin Allah mahu menguji aku,lalu aku akan tidak sesekalipun berputus asa..biar apa jua yang berlaku ,perjuangan mujahid ku medan ilmu tidak akan terhenti sehingga ke titisan darahku yang terakhir...
Biar orang nak kata apa,aku terima..aku pasrah...yang pasti,aku nak perbaiki apa yang kurang,apa yang teruk,,,mungkin aku kurang menuntut ilmu...dan juga tak konsisten belajar..
Jadi lepas ni...ada dua benda yang aku akan buat.. 1) Aku akan study lebih konsisten dan fokus...(berjadual dan berdisplin) 2) Kurangkan
-SMs
-Berchating -Berangan
Kalau nak ikutkan bukan senang aku nak ubah dua benda ni,tapi aku cuba,,,maklumlah,,aku bukanlah pelajar cemerlang sangat dalam bidang sains subjek..Kalau ikutkan semasa sekolah aku pastinya score dalam semua subjek tapi salu terkantoi dalam subjek Sains...Kalau exam dapat score itu pun mungkin nasib baik ajer..hehe...Tapi dah masuk U ni,nak tak nak aku kena cintai ilmu sains ni lebih dari diri aku sendiri(maybe)..sebab markah yang dapat bukan dari 'nasib baik' macam time sekolah ataupun matrik dulu..
Kalau aku tak ubah diri aku dan masih di ulit mimpi,maka aku akan pastinya ketinggalan dan IMPIAN serta MATLAMAT aku alamatnya berkubur macam tu jelah...Addduuuuhh (mengeluh...) Aku tak sanggup jadi macam tu...tak sanggup...tak sanggup rasanya belajar tuk pass...
Salam Aidil Fitri buat semua..Gembira dapat bertemu sanak saudara yang jauh di mata..Tidak dilupakan juga insan-insan yang tidak berkesempatan beraya bersama keluarga yang tercinta atas tuntutan wang dan pelajaran...Salam Aidilfitri diucapkan pada semua..Semoga kalian berbahagia di samping insan yang tercinta....
Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Selasa, 4 Ogos 2009

Aku dan dot..dot...dot...

Assalamualaikum.. Hari ini,aku menjalani kehidupan seperti biasa..kehidupan yg biasa di kampus,… Cume yg pastinya,dalam kepenatan yg pasti..hehe… Hari ini adalah tarikh untuk penghantaran boring PTPTN..aku pula meminta kawan ku unttuk mengambil tanda tgn saksi penjamin. Mungkin esok baru aku boleh hantar untuk PTPTN tu..moga2 tiada sebarang masalah yg berlaku esoknya.. Aku makin berdebar nak menanti exam pertamaku bergelar sebagai pelajar U pada 7 ogos 2009 ni,Jam 9pg sampai 11pg..Aduh..makin aku risau bila memikirkan aku tidaklah power mana dalam kos yg baru bagi ku ini… Berdebar,berdebar jugak..tapi aku tak lupa juga tanggungjwb aku untuk terus study dan pelajari apa yg baru,terpulanglah pada result yg bakal menjelma nnti.. Semalam aku baru tertinggal kalkulator,so hari ini aku pun mencari balik kalkulator ku di makmal semalam..Akhirnya,Alhamdullilah la aku jumpa gak kalkulator aku tu..yu pun atas jasa baik lab assistant yg sudi menyimpankan tuk aku.. Aku pun pagi tu aada makmal microbiology,makmal yg plg strict bg aku…hehe.. Time semua nak wat eksperimen,aku pun mengusyukkan diri pada eksperiment yg dijalankan… Tp malang tak berbau bila aku terjatuhkan penyedut iodine yg kocik jer..... tu..trus muncung dia pecah..adeh…geram lak aku..tapi aku nak jer bgtaw kat lab assisrtant tu..cume akibat termakan idea ketuaku yg menyuruh aku buang ke tong sampah,aku pun ikut jela tanpa memikirkan perkara buruk yg bakal melanda…. Eksperiment pun dah selesai..Aku pun dengan konfidennya nak balik dah.. Tetibaaa… Ketua Lab Assistant lak tnya sapa yg amik penyedut iodine ni …aku pun dah mula gelaabah dah… Pastu dengan semangat kepahlawannya serikandi Melayu terakhir,aku pun beranikan diri untuk mengakui bahawa aku..aku….,aku dah pecahkannya…Aiyo…malunya aku.. Budak laki lain dah mengeluarkan suara sumbang mereka: hehe..group pecah..CAH..CAH..CAH…(dengan nada lawak mereka) Aku pahamla knp dorg kate camtu..sbb….nak dijadikan cerita,time lab untuk makmal subjek lain pun aku pernah tidak sengaja telah memecahkan volumetric flask yg agak mahal harganya tu…aku ulang suara..TIDAK SENGAJA… Sejak tu aku pasti akan diknli dalam kelas pemecah brgan lab tak bertauliah,,Aduh..MALuuuuu..aku bukan sengaja deh..aku dah try dengan penuh jiwa tuk berhati-hati sentiasa..Tapi ntahlah nasib tak menyebelahi aku….aku malu deh..hmm.. Lab Assistant tu tnya lagi: Mane benda yg awk pecahkan tu...?? Aku: (dengan perasaan malu pun jalan pelahan-lahan ke arah tong sampah dan amik balik bnda yg aku dah rosakkan tu) {suara-suara nakal): Wah,nak menghapuskan bukti lah…Huahuahua(suara dari dari mana Ntahla) hehe…then semua bergelak2 sakan(suke nmpak)…adeh..bertambah malu lah aku di buatnya…(dahla aku tak rapat dengan budak laki kelas aku nuh) Aku pun tak tau nak kate pe dah time tu..sebab penyedut cecair tu aku mmg tak sengaja jatuhkan nya tapi ketua assistant tu datang kat kump aku n trus bgtaw markah kami di potong 1 markah..wah,,,,aku agak geram di situ..knp perlu group aku lak yg kene sedangkan aku yg bertanggungjwb dalam hal kecil tu..bukan dorang… Tapi nak wat cmne,dah kne ptong markah pun…waaaaa……sorry geng,aku tak sengaja laaaa…. Hmmm…terus eksiden tu men’spoilkan mood aku pada hari itu..Aduh..bencinya…marah pada dri sendiri jugak dan marah pada ketidakadilan yg berlaku..Aku yg bersalah,bukan kawan-kwan aku yg lain…Sian dorg… Mmgla org leh ckp,knp ko pecahkan?? Ingat aku sengaja2 nak pecahkan ke?aduh…aku rela ganti asalkan kawan2 group aku yg tidak bersalah tu x terima hukuman yg sama… Terus aku tak nak makan sampailah kawan ku ini memaksa aku tuk makan.. Lastly,aku makan gak..hehe… Hmm..kisah ni simple jer…tp ade jugak terselit moral…hmm..moralnya..jangan clumsy…sentiasa peka pada persekitaran..dan kalo org BoooOO kte,,cakap jer..”TAKPE,HARI NI HARI AKU…..bile hari ko..tahulah ko..huhu”

Isnin, 3 Ogos 2009

Ada apa dengan hari ini??

Assalamualaikum… Salam sukses kepada semua pembaca budiman yg di kasihi… Aku sudah lame memendam hasrat tuk masuk kelab AKASIA( KELAB ANGKATAN ANAK SENI)....Maklumlah,aku dah lama nak masuk kelab GEMERSIK...ah..jangan pulak salah paham dengan nama ‘GEMERSIK’ tu...bukan kelab untuk menyanyi atau kelab menari,tapi kelab yg menengahkan bakat ‘pengaracaan’,..cewah..kira aku nak jugak mem’bajet’kan diri dalam kelab yg aku sendiri tak tau macam mane ‘function’ sebenarnya..hehe..yg pasti aku nak ketengahkan bakat ku..wakaka..ada bakat kerrr..... Hehe... Tapi disebabkan ‘curiosity’ ku yg menjadi-jadi membuatkan aku nak SANGAT-SANGAT masuk...lalu bila semalam aku terjumpa Kak Shasha(comel2 n sweet2) yg merupakan pengerusi kelab Gemersik ditgh jalan maka aku mulakan lah dialogku... Aku: Assalamualaikum kak,akak ni pengerusi kelab gemersik kan?? Kak Sha: Ye,saya... Aku: Sy ni budak baru,tapi nak sangat masuk kelab gemersik tu..tapi ada ke lagi tempat2 kosong utk saya ni... Kak Sha: Ada lagi..Kami selalunya buat perjumpaan pada hari Khamis di depan blok B1. Aku: OOOoooo...macam tu,jadi bolehla saya datang dan msuk yer?( dengan muka bercahaya) kak sha: Boleh jer..mmg kami nak carik pelapis pun...So bg la no....nnti kalo ade pjumpaan,akak boleh msg.. Di situlah bermulanya babak aku dan Gemersik..hehe..moga2 kelab ni dapat memberikan ilmu2 tambahan buat diriku ini..hehe..cewah..ayat.. Pada hari ini,rezeki menyebelahi ku,Alhamdullilah...Apabila kak Shasha menghantar mesej bertanyakan tentang no.IC,no matrix,dan nama penuhku....Dia juga memberitahuku yg dia nak hantar aku ke gunung Tebu untuk Kem Kebudayaan.... Tanpa bayaran dan yg lebih membuatkan aku terharu bila dia menyatakan org yg dipilih ke Kem tu sangat limited..Aku macam tak percaya jer..Benarkah??hehe.. . Tapi yg buat aku agak gundah gulana bila akak shasha memberitahuku bahawa tarikhnya jatuh pada 6hb Ogos ini sampai 8 ogos ini..Aduh..exam Botany aku dahla jatuh pada 7hb ini..adus risau lah.. Hm...aku pun terus menulis nota pada Dr.Siti dan memberitahu tentang hal tu dengan harapan untuk membuat penundaan tarikh examku itu..Tapi,ntah macam mana,kak shasha bagitahu aku yg kem di pospone selepas cuti raya..hehe..agak lega jugak aku dengar.... Kehidupan ku pada hari agak mengembirakan juga... Pada hari ini,aku ada subjek Pengenalan Sains Samudera yg memerlukan kami semua untuk ke laut demi mempraktikan pembelajaran ku di kelas.. Bermula jam 2ptg..Aku dan rakan-rakan yg lain bertolak dari UMT dengan menaiki bus… Aku sampai di laut dan menaiki bot…hehe..agak cuak jugak takut gak kalo2 aku ni mabuk laut ke sebab sebelum aku menaiki bot tu,ada dengar2 ura2 menyatakan ada budak yg masuk hospital gara2 kemabukan… Agak kesian di situ… Hmm..aku pun menikmati pemandangan laut. Terasa nyaman jugaklah… Cuma keadaan lautnya yg agak tercemar dan kotor menjejaskan kenyamanan aku tu..tapi nak buat macam, mane,dah nasib….isy2.. Sayang sangat aku tengok lautan yg memang x sedap mata tuk di pandang… Hari ini aku lupa nak bawak duit..hehe…agak kesian gak lah sampai terpaksa berhutang pulak dengan kawan2 yg rapat dengan aku..sory ye wan,kak tira,kak tiya..hehe…. Huhu…hm..aku pun makin rapat gak dengan budak2 lain..contohnya seperti Juliana,banyak jugalah perkara aku kongsikan dengan jue…mesti penat jue nak dengar aku berceloteh…hehe.. Balik bilik terus aku berborak dengan romate2 ku yg merupakan pendengar setia..Alhamdullilah,semua dah sihat2..Walaupun sebelum ini 2 orang daripada mereka dalam keadaan sakit akibat demam…Syukur dorang hanya demam biasa… Demikianlah sedikit sebanyak kisah kehidupan ku pada hari ini..Sekian,salam sayang buat semua insane yg bermulia hati meluangkan masa membaca luahan rasaku ini..

Sabtu, 1 Ogos 2009

UmT...vs H1N1??

Assalamualaikum.. Salam sukses semua.. Hari ini..aku tidak banyak yang aku ingin titipkan disini..Tika waktu ini..semua romate ku yg lain sudah berlayar dalam bahtera mimpi yg mungkin indah2 belaka..Aku jer yg x boleh tidur lg... Hmmm…musim H1N1 yg makin menjadi2 pulak aku tengok…. Aku tengok makin banyak universiti yg ditutup demi mengelakkan lebih banyak pelajar yg mendapat penyakit tu,UKM,UPM,UITM,UteM....banyak jer Universiti yg kne tutup... Baru malam semalam pelajar-pelajar yg menghidap simptom2 H1n1 dipanggil untuk mendengar sedikit taklimat dan mendapat sedikit pengawasan...Aku pulak tengok jer mereka dah mula pakai topeng muka..Ada gaya Zorro gak la... Aku sebenarnya nak jer pakai ni..Maklumlah,ini melibatkan nyawa...so sebelum sakit,baik kita bersedia dengan langkah pengawasan yg sepatutnya..Aku akui aku mmg agak malu gak kalo aku nak pakai toping tu time p kuliah ke pe kan...tp at least aku dah try my best tuk mengambil langkah yg wajar.... Bercerita pulak tentang kisah hubungan aku dengan budak2 kelas... Sekarang keadaan aku dengan budak2 kelas makin menunjukkan tanda-tanda yg positif..Mungkin mereka memerlukan masa untuk menerima aku kot..hehe..Tak pe...aku tak kisah pun tentang hal tu..yg penting aku tak menyakitkan hati org udah la....Yang penting nawaitu aku nak bersahabat..bukan tuk menyombong diri atau membangga diri... Oklah..time to sleep..hehe...hari ini cuti..Tak ada aktiviti yg boleh dalam keadaan ‘darurat’ seperti ini sekarang ni... Aku kena study lebih sikit sebab aku nak amik exam pertama aku tuk subjek Botany Aquatic pada 7 Ogos 2009...doakan aku ya kalian semua...Doa juga tiada penyakit berbahaya yg menyinggah pada diriku ini...Malah pada semua insan2 manusia yg ada di bumi Malaysia ni...Amin...

Ahad, 26 Julai 2009

Hari yang sukar....

Assalamualaikum.. Salam sukses pada semua pembaca budiman sekalian.. Hari ini dah masuk hari ke-5 aku masuk ke kelas...Macam-macam kelas yg ku masuk...Aku ada 4 subjek elektif skrg ni,,,iaitu Aquatic Botany,Kaedah dan Instrumentasi Akuatik,Pengenalan Sains Samudera dan Mikrobiologi Asas. Aku juga ada subjek teras iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Asia,juga Hubungan Etnik. Walaupun kadang-kadang rasa ragu-ragu menghantui diri ini terutama apabila melihat masih banyak maata-mata prejudis memandang aku dan 3 org rakanku ketika memasuki dewan kuliah...entahla..aku sedar aku siapa.namun aku juga ada hak untuk merasai kehidupan pembelajaran yg normal seperti pelajar yang lain juga.Aku tidak mahu dipandang hina dan didiskriminasi.. Aku masih teringat ketika aku berada di dalam makmal,aku dan 3org kawan baik ku terus duduk di barisan hadapan tanpa memikirkan kesan buruk yang berlaku.Aku memilih barisan hadapan kerana itulah aku punya perangai yg suka berada di hadapan,selain kerana aku mahu bertanyakan pada pernsyarah ku tentang assignment yang sepatutnya aku lakukan.. Ketika itu,seorang Hamba-ALLAH ni berbangsa melayu,merupakan kaum hawa itu tertiba memanggil kawanku. Kawanku ini yang tulus ikhlas ini meluru terus ke arah budak perempuan tu..Perempuan terus cakap,Tempat kat depan tu dah berpenghuni,tapi....dorang dah duduk belakang dah..”kata perempuan tu..(ntah macam mana muka dia,tak dapat aku gambarkan) terpana sekejap kawanku itu..Lalu,dengan hati yg gundah,dia memberitahuku tempat yg kami sedang bermastautin itu sudah berpenghuni sebelum ini... Aku tertiba berfikir,sejak bila pulak meja dan kerusi di dalam makmal ni telah ditetapkan pada mana-mana pelajar pulak?Aku betul2 x paham...lalu selama beberapa minit aku tidak dapat tumpu pada pembelajaran...Aku rasa geram..sedih..risau...macam-macam perasaan yang timbul dengan tiba-tiba..Aku benar-benar nak tahu siapakah insan yg menjadi penghuni tempat duduk tu... Lalu,aku tanpa rasa malunya..terus bertanya kepada mana-mana manusia yang kurasakan selalu aku nampak mereka duduk di hadapan,setelah bertanya-tanya..barulah aku tahu bahawa 3 orang kaum Cina yg duduk di situ.dan aku mohon maaflah jika aku dan kawan2 ku seperti merampas tempat mereka.tapi aku agak lega mendengar jawapan mereka,,,Dorang kate,”its ok....u can seat mana awak mahu,before this i seat on the back also”.......aku pun terdiam..Aku berbisik pada diriku..mengapa kaum bangsa lain begitu dinamik pada aku dan kawan2 ku..tetapi bukan kaum ku sendiri???? Kenapa?kenapa?dan kenapa?? Begitu banyak persoalan yg bermain di dalam jiwa ku..aku benar-benar sedih ketika itu..Sejak itu aku merasakan seperti kami berempat ini ibarat melukut di tepi gantang..Sedangkan kami datang ke universiti ini dengan mengunakan wang kacuk mak ayah kami sendiri...Tetapi mengapa perlu orang luar memandang kami penuh tanda tanya??? Memang aku akui kami adalah insan yg terpilih pada peringkat kedua...Tapi perlukah ada mentaliti menganggap kami ini bodoh??perlukah menganggap kami ini penganggu gugat pembelajaran kelas? Perlukah menjeling dan lemparkan senyuman sinis kepada kami??? Adakah mereka menganggap kehadiran mereka yang 3 minggu awal daripada aku menjadi satu lesen kepada mereka untuk merendah-rendahkan kami dan perlu di perbanggakan???Pelbagai perasaan yang tidak puas hati wujud dalam jiwa ku.... Apalah dosa kami...apalah salah kami sebagai insan yg mahu belajar...??? Mengapa perlu wujudnya perasaan bongkak yg menebal dalam jiwa manusia..Yang lebih parah bila ketakburan itu datangnya daripada orang Melayu aku sendiri.....Aku malu sangat....dan terlalu sedih sekali..Ada juga insan menganggap kami ini budak2 repeat gara-gara no matrik kami bermula dengan UK1...sedangkan budak-budak 1st intake no matrik mereka bermula dengan UK2...perkara kecil itu juga dipersoalkan oleh mrk ini.aduh..aku benar-benar geram dengan tuduhan sekap jarang mereka itu..Sedangkan dorang tahu kami ini budak 2nd intake,bukan bdk repeat.... Hmmm..begitulah selingan kehidupan ku setakat ini di UMT..universiti baru yg memberikan aku harapan baru namun terpaksa ku lalui dengan penuh kesabaran dan pancaroba...Aku redha dengan segala ketentuaan ALLAH..Aku berdoa moga ada sinar bahagia di penghujung kehidupan ku disini.... Esok aku ada presentation untuk Pengenalan sains Samudera...Doakan aku berjaya mempresent nya...

Jumaat, 24 Julai 2009

Assalamualaikum.. Sudah hampir seminggu lamanya aku berada di kampus ku ini.. Walaupun aku masih sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai mahasiswi..Maklumlah, disinilah aku terajar melihat insan2 yg penuh kebongkakkan dan prejudis dalam mengenal insan lain... Aku jumpe bermacam-macam ragam manusia..Namun,aku tidak mahu sesekalipun menjadi seperti mereka..Aku redha... Bagi aku tak ada gunanya jika aku berfikir terlalu dalam tentang sikap manusia yang kadang-kadang menjengkelkan juga... Namun aku sedar bahawa apa yg di jengkelkan itu sebenarnya mengajar aku erti kehidupan dan kemanusiaan...Mungkin mereka lupa bahawa Allah menciptakan kita dari tempat yang sama..dari sumber yg sama...Mungkin mereka lupa di mana jua mereka berada,pasti kembali berehat di destinasi yang sama.. Namun,siapalah daku untuk mengingatkan mereka semua,aku insan biasa yg penuh kekilafan dan kelemahan.. Sepanjang aku berada di UMT selama seminggu ini, aku dapat rasakan yang mana insan yg jujur dan yg mana insan yg hipokrit dan penuh prejudis.Aku tidak mahu sesekali menjadi insan prejudis pada insan lain.. Aku bukanlah jenis komplikated sangat,sebaliknya aku sangat dominan pada persekitaran dan tidak banyak songeh dalam menyesuaikan diri...terutama dalam mencari sahabat...aku mmg tidak memilih..bagi ku..biarlah aku berkawan beribu...tapi Cuma agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan ragam manusia..Mungkin aku perlukan lebih banyak masa untuk mengadaptasi dengan dunia baru ini..Dunia kampus... Maklumlah,memegang gelaran pelajar ‘second intake’ bukan mudah..sangat terasa apabila ada insan yg seperti memandang rendah malah menegur dengan penuh prejudis..Sampai bilakah ia akan berakhir?Salahkah aku belajar? Aku pun tidak dapat menjawap persoalan itu.. Namun,aku ambil semuanya di sudut positif.. Tidak semua di antara mereka yg sombong atau belagak.. Cuma ade la beberapa orang yg aku tidak selesa sikit... Yang aku sedih tu,bila melihatkan mereka itu datang dari bangsa ku sendiri..asal dari kaum ku juga... Bila cerita tentang pelajaran.. Banyak juga subjek yang aku fikir agak mencabar kerana aku masih baru dalam era oceanography ni..Namun aku tetap bulatkan hati untuk belajar bersungguh-sungguh dan membuktikan aku bukanlah budak hingusan yg datang ke universiti hanya untuk membuang masa atau mencari gelaran mahasiswa semata-mata.. Doakanlah semoga aku mampu untuk hadapi segala dugaan ini.... Mujur aku dapat juga kawan-kawan yang baik padaku di sini... Dengan romates yang giler2 dan dengan rakan yang masih mahu menemani ku di kelas....terima kasih kalian... Aku cuma mampu berdoa semoga perjalananku sebagai pelajar dipermudahkan..Bukan mudah untuk ku menanggung pelbagai dugaan demi dugaan.. Aku kadang teruja untuk belajar apabila terfikir tentang hari KonVo..huhu..sudah pasti perasaan membuak-buak untuk memegang segulung ijazah sentiasa membara dalam jiwa.. Aku percaya insan lain yg digelar sebagai ‘pelajar’ rata-rata pasti mahukan kejayaan ..Namun,aku kadang-kadang jadi takut…takut pada diri aku sendiri..takut aku tidak mampu melawan segala dugaan yg mendatang… Sememangnya,aku kadang-kadang menginsafi kekilafan diri ini apabila tidak dapat brtegas sepenuhnya pada prinsip DISPLIN yg kukuh dan jitu.. Aku mengaku kadang-kadang aku mudah terleka.. terleka dengan bualan kosong yg tidak mendatangkan faedah.. terleka dengan gurauan senda yg tidak berpenghujung… aku tahu semua itu penting juga sebagai perencah ‘kegembiraan’ dalam diari hidupku…namun,aku tidak boleh biarkan masa yg ada pergi begitu sahaja semata.. Aku perlu sentiasa berwaspada dengan pelbagai perkara retorik yg menganggu gugat pelajaran ku.. bukan ape,,kehidupan di kampus yg lebih bebas ini menyebabkan aku lebih berhati-hati… Dalam kehidupan ini..aku yakin setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya…Sememangnya ALLAH MAHA PENGASIH, Maha Pemurah..Jika tidak aku tidak berada di sini… 'Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?' Saidina Ali...

Jumaat, 17 Julai 2009

Hari baru permulaan yang baru....

Assalammulaikum..
Salam perpaduan kepada semua ...
Sudah masuk 3 hari aku berada di UMT.
Pada mulanya aku agak kegugupan...
maklumlah...orang baru..
Romate2 ku lebih berusia dariku...ada yg lepasan poli,dip dan stpm...
hmm...aku agak segan dengan mereka ni.maklumlah dorang lebih berusia dari aku kan..kira aku paling junior la...
Nasib juga aku berjumpa kawan-kawan ku bekas budak2 matrik.Ada yang sama matrik,ada jugak yg berbeza....huhu..
Dapat jugaklah aku bersama-sama meluangkan masa dengan mereka..
Setakat ni..aku dah berjumpa Kinah,Huda,Ida,Ummi,tin....mereka baik-baik blaka.walaupun kos yg berbeza,namun sedikit sebanyak menceriakan hari ku...
Namun,tidak dinafikan aku tetap merindui familyku yang tersayang..doa sahaja menjadi senjata semoga mereka sentiasa berbahagia di rumah...
Setakat ni aku dalam keadaan baik..cuma agak terkejut memandangkan keadaan bilik ku yang kcik2 belaka...susah aku nak explainkan disini..Namun,apakan daya kan...nsib badan..nak tak nak,terima ajalah..
Berbeza dengan asrama lelaki...mereka lebih best...kondusif,luas...maklumlah...dorg golongan minoriti...so dapatlah banggunan baru yang baru disiapkan...Masih ada banggunan yang masih belum habis siap...
Hmm..makanan kat sini boleh tahanlah...tapi xleh kalahkan makanan kat umahla...hehe...
Aku sekarang tak berapa sihat..sakit tekak ,selsema n tak sedap badan skit...tapi tak pelah..dugaan kcil je ni...
Aku akan lalui malam orientasi pada 19hb..dan mungkin padatarikh tu baru aku mendapat lebih banyak maklumat tentang kos yang aku amik ni.huhu..
Oklah..berjumpa lagi dilain waktu..huhu...

Ahad, 12 Julai 2009

Shoping..shoping...

Assalamualaikum..
Salam wawasan semua..
Hari ini hari kedua membawa lembaran bahagia buatku..
Bershopping dengan family ku...
Maklumlah,kemungkinan selepas ini mungkin aku tidak lagi dapt meluangkan bersama familyku tuk membeli barang dan sebagainya..
Maklumlah, lepas ni dah nak raya...
jadi aku pun ambil masa yang ada ini untuk membeli barang yang perlu..
Walaupun keadaan di lot10,sogo dan sekitar kota raya Kuala Lumpur di banjiri ratusan manusia yg berasak-asak tuk membeli barang-barang mereka.
Lebih-lebih lagi apabila memandang kan 'SALE' di sekitar kedai jualan,apa lagi... Bertambah berpusu-pusu la manusia...
Tidak mengira usia..kaum...bangsa dan agama...
mengejar pelbagai jenis kasut,baju..seluar yang ber'brand'...
Ketika itulah..adik ku ini..Athinis menyibukkan diri untuk mengambil gambar bersama MODEL yg cukup perkasa di belakang tuh..huhu.
Adik lelaki ku ini juga turut sama nak bergambar..hehe..
Penat berjalan mencari kain...aku pilih kain wane pink..dan wane merah tuk dibuat baju raya nnti...xnak la tunjuk kat sini..
Bila dah siap..baru leh tunjuk kot..huhu..
Aku x banyak pun beli pe2...adik2 aku yg beli sakan.
Aku takat beli seluar...pastu kasut jer...Baju cikit.....
Tapi aku ni jenis tak suka berjalan atau bershopping skit..
Apatah lagi untuk memilih barang..
Memang payah untuk beli kasut atau apa jua barang yang kononnya ada 'brand'..
hehe..yang aku tahu..aku selesa sudahla..
Tapi nak jadikan hari ini,rezeki aku membeli barangan 'branded'..
Maka tanpa dipinta,dengan kelenguhan kaki akibat berjalan banyak..
tetiba abahku menawarkan aku untuk membeli sepasang kasut yang sekali ku pandang..
sedap mata memandang..
bak kata orang,rezeki jangan ditolak,bala jangan dicari..
Pepun..'THANKS ABAHKU..MUAHHHH'
Walaupun pada mulanya aku keberatan kerana melihat harganya yang ratusan(aku jenis tidak suka membazir)..tapi bila pikir bukan selalu rezeki begini datang..so aku pun terimalah tawaran tu dengan hati yang gembira sekali...
Namun..aku pun pilih je kasut yang sempoi2 jer..

aku pun bersyukur jela..Inilah kasut baru ku..sayang pulak nak pakai nih..hehe..

Hmmm..tahun ni raya,insya-ALLAH..tema pakaian warna PINK..huhu....Ayu beb..

hehe..Oklah..tak ada apa nak di ceritakan lagi....

Bertemu lagi di masa yang lain pula yer...

SALAM UKHUWAH.....

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

Jumaat, 10 Julai 2009

Hari yang dinantikan....

Assalamualaikum.....
Salam sukses pada semua pembaca...
Semalaman aku tidak keruan..takut pun ade,berdebar pun ada..Maklumlah,aku dah merasai pengalaman 'pahit' sebelum ini..
Aku tidak boleh menahan perasaan tuk menanti jam 12 tengah hari..Sememangnya,benarlah kata orang 'Penantian itu satu Penyeksaan', namun aku yakin Allah Maha Pengasih dan Maha Pemurah...Aku sentiasa berdoa agar ada rezeki ku untuk ke IPTA,walaupun dahulu aku agak takut jugaklah..
Alhamdullilah...akhirnya aku berjaya menempatkan diri ke IPTA dengan kos pilihan ku.
Tepat jam 12 tengah hari,aku terus ke laman web MOHE,semasa nak check,fuh..baca doa dulu..dan aku terus tekan Id aku dan no matrik ku...
Dengan penuh berdebar,aku lihat di skrin terpapar ini....
NO. KAD PENGENALAN / MYKAD
9010081***** NAMA : NORZULAIQHA BINTI ZULKIFLI KATEGORI : N - Kategori Matrikulasi/Asasi Sains NOMATRIK : MS0818525128
TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut : KOD PROGRAM : GS40NAMA PROGRAM : SARJANA MUDA SAINS (BIOLOGI MARIN) IPTA : UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)URL SURAT TAWARAN : http://www.umt.edu.my/tawaran.php
Lalu,tanpa di pinta air mata ku laju jer membasahi pipiku..
Menangis kesyukuran..
Alhamdullilah , Alhamdullilah , Alhamdullilah...
Bersyukur sangat..
Dengan air mata yang masih turun tak henti-henti,
aku terus mendapatkan abahku,
aku bagi tahu abah' eqa dapat masuk U'..
Abah terus datang peluk aku dan....
kami bersama-sama menangis keseduan...
Aku tahu abah bukan insan yang mudah menangis
tapi inilah yang telah berlaku..
Aku lihat abah turun menangis bersamaku...
Tika itu aku dapat rasakan kasih sayang abah yang cukup suci dan tulus dalam hati abah... aku benar-benar sebak..
Babak syahdu beberapa minit itu ditangisi dengan kesyukuran..
Aku telefon mama tuk khabarkan perkhabaran baik itu..
Mama juga bersyukur sangat..
Ya Allah,ku bersyukur atas rahmatmu ini..Amin...
p/s-kepada semua kenalan,terima kasih kerana doa kalian semua..Hanya Allah mampu membalas segalanya..
"cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi"

Khamis, 9 Julai 2009

Esok Penentu Segalanya..

Assalamulaikum.. Salam sukses pada semua pembaca...

Tidak banyak yang ingin ku luahkan hari ini..

Cuma ingat menyampaikan perkhabaran bahawa esoklah tarikh penentu bagi pemohonan e-rayuan ku..Jam 12tgh hari...

Aku amatlah berharap rayuanku diterima...agak kecuakan jugak aku di buatnya...Aku berdoa sangat agar aku dapat IPTA.

Tapi kalau aku tak dapat macamne?Aisy...janganlah..nanti aku nangis tak henti2 lagi...

Adeh...berdebarnya hati ini...waaaa.......

Apa jua keputusan aku terima dan akan ku khabarkan dalam blog ini...fuh...gelabah sampai sejuk badan di buatnya..adeh.

p/s-Doakanlah kejayaanku....
terima kasih..
"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
( Saidina Ali)

Rabu, 8 Julai 2009

Berdebar siotttt....

Assalamualaikum.. Hmm..aku jadi berdebarlah..takut sangat pulak nak menanti keputusan ni.. Ya Allah,lagi 2 hari jer ni nak kuar result.. moga rezeki menyebelahi daku..nak sukses selalu..amin.. tolong doakan yer semua... 'Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. '

Fikirkan Boleh...

Fikirkan Boleh
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh....
" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. ( Harieta Wahab)'

Selasa, 7 Julai 2009

Aku di rumahku...

Assalamulaikum Salam perpaduan buat semua.. Indah juga hari ini..cuaca yang baik..hm...aku sekarang semakin suka menulis..Terasa satu kepuasan jika menulis ini. Aku terasa leka jika mengarang sesuatu... Hmm...hari ini dah 7hb..aku lihat laman kementerian pelajaran tinggi masih tiadak di'update'..hmm..risau aku makin menjadi-jadi pula bila aku merajinkan diri melihat laman friendster rakan-rakan yang ex-matrik dahulu..Ku lihat hampir semua berjaya ke IPTA.. Aduh..agak sedih juga aku di buatnya..Ada seorang kawanku ini,masih bertanya,'jadi sekarang ni kat mana?',sudah tentulah jawapannya DI RUMAH ku...hmm..cuti terlebih panjang pula berbanding kawan-kawan yang lain.. Aku tidak mengeluh lagi.Aku dah makin boleh menerima kenyataan hidupku ini.. Aku harap,sesiapa yang membaca blog ku ini, dapat membaca entry yang sebelum-sebelumnya supaya tidak berlaku konflik 'kenapa dia membisu selama ni','apa yang dia ni cuba sampaikan' atau sebarang kemusykilan... Malam semalam,semasa abahku makan di meja,dia tertiba bertanyakan padaku..'qa rasa dapat tak U ni?'..aku tergumam sekejap..apa yang aku harus ku jawap..? Aku cuma boleh kata 'qa hanya menunggu dan berdoa...kalau ada rezeki,qa dapatlah,kalau tidak..',aku terdiam... Aku tak dapat meneruskan jawapan..aku tidak pasti apakah jawapan yang sepatutnya aku berikan.. Aku seperti merasakan berdiam diri adalah jalan terbaik dari aku memberikan harapan lagi.. Terus-terang ku katakan bahawa aku sememangnya tidak ada plan B sekiranya pekara yang 'tidak diingini' berlaku.. Namun,aku terima apa jua keputusan yang mendatang..Aku berdoa sangat,agar keputusan menyebelahi ku kali ini tanpa sebarang masalah teknikal lagi..Insya-ALLAh. Aku masih ingat pesan cikgu ku,agar aku sentiasa mengingati Allah.Walau apa jua dugaan yang mendatang, aku berdoa moga ALLAH memberikan petunjuk dan kekuatan kepadaku. p/s-kepada semua,ku pohon doa dari kalian semua..Akim qa mintak maaf yer berdiam diri sebelum ni... Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia! dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

sesuatu..

Assalammualaikum.. Salam wawasan buat kalian.. Hari ini dah nak dekat dah hari yang dinantikan iaitu hari keputusan e-rayuan Ada je kawan-kawan ku yang lain bercerita tentang kisah mereka di hari pertama mereka berada dalam kuliah..Rata-rata mengatakan mereka dah ada kerja yang diberikan sebagai assignment..huhu..cepat juga tuh.. Tapi yang pastinya kehidupan di universiti tidak sepadat semasa di matrikulasi..itu pendapat rakan ku,..katanya ada lebih banyak masa yang terluang.. Hmm..aku pula teringat pula cita-cita asalku dalam bidang penyiaran yang menjadi angan-angan ku sebelum ini..Sebelum ini, aku ada menerima interview dalam bidang komunikasi media di UITM,tetapi ketika itu aku meletakkan kos itu sebagai kos yang kedua. Aku masih ingat ketika aku di'interview' itu aku agak terkantoi dengan soalan 'kenapa awak meletakkan kos ini sebagai kos kedua?' tanya pensyarah tersebut.dan aku pun...isy..isy.. apalah nak jawap ni... Dulu ketika pemohonan fasa 1,aku tidak pikir apa-apa untuk meletakkan mana yang utama sebagai pilihan pertama..kesilapan aku yang aku kesali... Pengajarannya,kalau minat sesuatu tu, 100% la minat dan jadikan ia sebagai tempat utama...dan bukan menduakannya.. Sejujurnya dalam hatiku aku sememangnya nak sangat kos tu (walaupun asalnya aku adalah budak sains hayat),tetapi memandangkan pihak uitm mungkin lebih mengutamakan orang yang memohon pilihan pertama..maka aku pun redha jelah..mungkin ada hikmah aku tidak ambil mascom...tiada rezeki aku... Kini,aku adalah aku..masih menunggu dan bersabar menanti keputusan yang kedua..

Aku mohon sangat kehadrat ILLAHI semoga aku dapat ke IPTA... amin....................

'Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.'

Isnin, 6 Julai 2009

Jalani Kehidupan

Assalamualaikum... Salam ukhuwah kepada semua pembaca yang budiman... Hari ini aku seperti biasa duduk di rumah..membaca buku yang ada.. Taklah banyak pun..ada beberapa buah yang menjadi santapan rohani ku..bukunya bertajuk 'Kuasa Hijrah Kuasa untuk Berubah.. Buku tulisan Dato' Dr.Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof....

Membaca buku ini memberi ruang kepadaku untuk melihat kuasa hijrah..sebagai satu kuasa BERUBAH yang sangat mujarab...Aku belajar dengan MUHASABAH, aku dapat buat post-mortem bagi diriku sendiri... Inilah proses ke dalam (intra) dan menginsafi dengan jujur apa yang sudah dan sedang berlaku...Yang penting aku dah tahu bentuk kehidupan ku sekarang..namun benarkah??

Ya...aku mahu berubah untuk mencapai sebuah KEJAYAAN, kejayaan yang beerti sebuah KESEIMBANGAN RODA KEHIDUPAN yang mana aku mahu seimbang dari segi spiritualnya,dari segi kesihatan,kerjaya,keluarga,ibadatnya dan hubungan ukhuwah sesama manusia...itulah erti kejayaan yang sebenar.. Aku sedar aku perlu memperbaiki diri sendiri sepanjang masa dan tidak boleh terleka dek kejayaan aku sebelum ini..Aku teringat petua kejayaan Dr.Rusly Abdullah yang menyatakan 'Untuk berjaya,mesti kenal orang atasan,kenal orang dalaman'..'Orang atasan' yang dimaksudkan adalah Allah dan 'orang dalaman' adalah diri kita sendiri... Kalau kita gagal mengenali Allah, kita sebenarnya tidak mengenali kehidupan ini sebenarnya... Oleh itu,aku sentiasa mengingatkan diri ku yang telah mengalami trauma kegagalan ini agar sentiasa mengenali Allah dan menganalisa diri ku ini... Inilah Permainan Kehidupan di mana aku harus lalui dengan penuh kekuatan dan keyakinan..ya,aku juga yakin semua insan diluar sana juga mahukan kejayaan dan melalui kehidupan dengan penuh kebahagiaan.Namun, TIDAK mudah tetapi tidak MUSTAHIL... Bagi ku,apa jua permasalahan yang telah melanda diriku semalam menjadi iktibar buat diriku juga.. Bukan mudah untuk mengakui kesilapan kerana setiap insan pasti ada ego yang tersembunyi , namun kini aku mahu meneruskan kehidupan dengan penuh tabah dan memperbaiki kesilapan yang ada,Insya-Allah..Aku berdoa ke hadrat Illahi semoga aku berada di lorong kehidupan yang benar..kegagalan yang hadir silih berganti ini ku harapkan dapat memberi sinar bahagia di penghujungnya.. Aku tidak mahu hanyut dengan rasa kesal selamanya.Aku dapat lihat ramai orang yang berada di ambang kejayaan yang memerlukan mereka bergerak dengan hanya satu dan dua langkah sahaja untuk berjaya, namun..walaupun aku sedang melalui saat gentir berhadapan langkah kegagalan ini,aku tidak mahu menjadi mereka yang gagal ataupun enggan memgambil sebarang langkah yang membawa kepada kejayaan..Insya-Allah.... "Keidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

Ahad, 5 Julai 2009

Penantian dan Penyeksaan

Assalamulaikum.. Salam ukhuwah buat semua pembaca... Hari ini aku ingin meluahkan perasaan aku ini..bagaimana rasanya apabila melihat rakan-rakan seperjuangan ku yang lain telah berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA..Aduhai..sedih hatiku ini..aku lihat,ada kawan ku yang mendapat keputusan yang kurang baik dari ku juga mendapat tempat ke IPTA..sedih kepalang aku di buatnya.. Aku bertambah sedih apabila melihat ada rakan-rakan seperjuangan yang lain yang berjaya menempatkan diri dalam universiti impian ku iaitu UKM..ada yang dapat Medic..ada yang dapat Pergigian,Farmasi..dan kos yang kritikal tetapi menjamin masa depan.. Aku sedih mengenangkan nasib aku yang tidak ada rezeki untuk berada di IPTA..sekarang ni ku terkenangkan rakan-rakan ku yang lain yang rata-ratanya mendapat tempat ke IPTA,rasanya seperti tidak ada seorang pun yang tidak berjaya menempatkan diri ke IPTA..yang tidak dapat pun bukanlah di kalangan kenalan tetapi orang luar.. Aku lihat ada kawanku yang dahulunya tidak begitu menitikberatkan pelajaran akibat dari komitmen lain (mungkin kerana kurang menumpukan pelajaran) juga berjaya mendapat pangilan ke U..walaupun ku tidak lah tau apa kos yang diterima.. Aku tertanya-tanya, adakah usahaku kurang selama ini..?aku bersengkang mata belajar..Setulus hatiku merasakan aku bersungguh-sungguh belajar...aku mahu menjadi cemerlang sentiasa, walaupun bukan mudah..Kadang-kadang aku merasakan mungkin ALLAh menguji ku atas dosa-dosa ku (barangkali)..Sejujurnya,aku sering memandang rendah pada insan yang tidak kuat berusaha atau dalam bahasa mudahnya MALAS..tetapi sedar atau tidak, insan-insan seperti itu telah di panggil dahulu ke IPTA...dan bukannya aku yang kononnya RAJIN ini.. Inilah yang membuatkan aku malu pada diri aku sendiri.Aku malu pada keluarga ku..Bila aku kenangkan wajah mama dan abahku yang sering memandangku dengan penuh pengharapan..membuatkan aku sebak...Mungkin ini adalah balasan dosa yang aku telah lakukan..Aku benar-benar insaf...Aku berdoa kepada ALLAh agar memberikan aku peluang yang kedua untuk aku perbaiki diri..untuk aku buktikan pada keluargaku yang aku mampu berjaya seperti orang lain...Jika aku diberi peluang kedua,Insya-Allah,aku akan cuba sebaik mungkin untuk mencapai cita-citaku..itupun jika ada peluang kedua itu..Ya ALLAh.. Sememangnya,aku insaf..sejak aku tidak diterima ke IPTA ini..aku jadi insaf dan sangat rendah diri pada semua orang..Dan sejak itu juga,aku berjanji pada diri aku tidak sesekali memandang rendah pada orang lain..aku akui..aku insan yang tidak sempurna walaupun aku sering memaksa diri untuk menjadi sempurna..Aku malu.. Ketika aku menulis blog ini..aku dapat rasakan pipiku basah mengenang kekilafan diri ini..Aku sedar,begitu banyak kesilapan yang ku lakukan,,mungkin pada sesiapa di luar sana..Aku mohon keampunan dan kemaafan dari hati aku ini jika aku ada melakukan kesilapan atau keterlanjuran kata-kata...Aku benar-benar berharap tiada sesiapa yang makan hati dengan diriku ini... Aku insan biasa yang tidak dapat lari daripada kesilapan..namun aku tidak putus-putus berdoa,moga ALLAH memberikan aku peluang tuk perbaiki diriku ni... Aku memang nak sangat sambung belajar ke IPTA..aku sedar, belajar di universiti bukanlah jaminan untuk berjaya ketika di alam pekerjaan, namun apa yang penting ialah aku mahu menuntut ilmu setinggi yang mungkin..Siapa tak mahu jadi kaya atau jutawan, tapi bukan itu sahaja penentu satu kejayaan,kerana padaku kejayaan yang sebenar datang apabila kita menempuh satu perjalanan yang sukar dan berliku sehingga akhirnya kita sampai ke penghujung destinasi kita dengan jayanya..itulah bagiku satu kejayaan.. Ya Allah,aku berharap dan memohon agar aku dapat ke IPTA(dengan rayuan ke-2).. Aku rasa sesiapa yang membaca luahan hatiku ini pasti merasakan blog ku ini penuh kesedihan dan kebosanan,terpulanglah pada sesiapa yang membacanya..Niatku cuma satu iaitu mahu berkongsi SUKA mahupun DUKA bersama kalian semua...(kalau nak baca,bacalah,kalo nak kutuk,kutuklah..) Cuma sekarang aku sering berdepan dengan kedukaan, jadi rasa sedih itu masih mengganggu fikiranku dan perjalanan kehidupan seharianku.... Para pembaca budiman..ku mohon pada kalian agar doakanlah semoga aku dapat ke IPTA melalui rayuan ku ini..itulah harapan terakhirku kini..Amin.. p/s -Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan... -kepada cikgu kesayanganku,Cikgu Noraini yang banyak mengambil berat tentangku,,,ku mohon kemaafan kerana tidak memberitahu perkara ini seawal mungkin..bukan niatku untuk berahsia,,tetapi rasa malu yang menebal membuatku tidak berdaya untuk menjawap sebarang pertanyaan..malah kepada rakan-rakan ku yang lain juga...maafkan aku semua....doakan aku ya..

Jumaat, 3 Julai 2009

Ada sinar bahagiakah di penghujungnya?

Assalamualaikum para sahabatku...

Sudah lama rasanya aku tidak menulis di laman blog ku ini..bukan niatku untuk menyembunyikan diri atau melarikan diri daripada sesiapa,namun aku perlukan sedikit ruang masa yang secukupnya untuk menghirup nilai motivasi dalam jiwaku supaya dapat menerima hakikat yang sukar diterima bagiku.....

Sebenarnya,sejak tarikh 19hb Jun 2009 yang dah berlalu, aku seperti insan yang hilang arah tujuan...adakalanya aku menangis seorangan mengenang nasibku ini.adakalanya aku membawa hati lara ke daerah yang aku sendiri tidak pasti di mana..yang pastinya aku tidak gembira....pasti rakan kenalan yang rapat denganku tertanya-tanya mengapa aku tidak membalas sebarang sms dalam henfon ku...tidak meng'update'kan facebook ku yg sebenarnya adalah ruang kegemaranku ketika aku kebosanan,tidak lagi menjawap sebarang komen di dalam frenster..dan sentiasa 'menyorok' ketika membuka ym...sememangnya itu bukan jiwaku yang sebenar...sejujurnya,aku juga terseksa kerana seperti seorang pelarian yang aku sendiri tidak pasti ke mana arah aku nak berlari..aku seperti lari dari bayang-bayang aku sendiri...

Panjang berjela aku menulis berkisar permasalahan yang begitu membebankan aku ini..bukan mudah sebenarnya untuk aku meluahkan perasaan ku ini..tetapi tangan ku ini tidak mampu lagi berhenti dari terus menekan keyboard ku ini..sememangnya,aku terlalu rindu pada notebook ku ini,terlalu rindu juga pada sahabatku yang lain...Biarlah kisah bebanku ini menjadi tauladan kepada semua...walaupun kadang-kadang,ku rasakan diri ku seperti sentiasa di rundung malang...tetapi aku sedar,Allah sentiasa menguji hamba-hambaNYa..maka kerana itulah, aku tetap bangkit untuk keluar dari kepompong perlindungan ku..mungkin bebanku tanggung ini tidaklah seberat beban perajurit yang berjihad di medan perang atau insan-insan yang teraniaya di bumi Gaza,namun ia masih memberi kesan yang mendalam pada diriku ini.. Ketika semua rakan-rakanku yang lain berikrar untuk berjaya di IPTA,aku pula masih di rumah..menghadap tiang rumah..menghadap periuk belanga.. Ketika semua rakan-rakanku yang lain sudah abis sesi bersuai kenal(orientasi), aku pula masih menanti dan terus menanti panggilan universiti....dengan penuh harapan..besar harapan itu..iaitu harapan untuk masuk ke IPTA untuk lanjutkan pelajaran ku ke peringkat ijazah.. Sebenarnya,pada 19hb Julai yang lau tu,semua pelajar lepasan matrikulasi/STPM/Diploma/poly-tech semuanya mendapat jawapan ke IPTA..tetapi bukan aku....runtun perasaan aku apabila aku mendapati aku tidak berjaya untuk memasuki ke IPTA..itu merupakan tamparan hebat kepadaku...

Kadang-kadang,ku rasakan diri ku ibarat melukut di tepi gantang sahaja..apatah lagi terpaksa bersaingan dengan beribu-ribu lagi pelajar yang lebih bijak dan mendapat keputusan lebih baik dari ku.... Aku jadi tidak keruan..emosi menjadi tidak stabil..aku tahu pasti ramai menyangka aku berjaya ke IPTA kerana melihat rekod pelajaranku sejak sekolah sehingga ke matrikulasi walaupun tidak secemerlang mana namun masih di tahap yang baik...Aku juga malu yang teramat sangat dengan kawan-kawanku yang telah berjaya ke IPTA.. Namun ku sedar, hidup ini ibarat putaran roda,kadang-kadang kita berada di atas,kadang-kadang kita berada di bawah..Malah,aku sedar dan belajar untuk menerima ujian ALLAH ini dengan penuh keinsafan dan ketabahan..Mungkin Allah hendak menduga ketabahan aku, lalu aku memuhasabah diri dan mencari punca kesilapan ku itu..

Mama dan abah sentiasa memberi sokongan padaku walaupun ku tahu, jauh di sudut hati mereka pasti merasa sedih kerana melihat anak mereka tidak berjaya melayakkan diri ke menara gading.Lebih-lebih lagi aku adalah anak sulung,maka sudah pasti harapan yang tinggi terpikul di bahuku..Namun aku sedar,aku tidak mampu mengubah apa-apa dan hanya berdoa agar permohonan e-rayuan ku ke IPTA di terima oleh badan pengambilan pelajar.. Aku pasrah..aku bukan tidak mahu masuk ke IPTS,bukanlah kerana aku ragu-ragu dengan keupayaan IPTS, tidak sama sekali, sebaliknya aku tidak mahu abahku terbeban dek yuran yg tinggi..Mungkin aku boleh dapat bantuan PTPTN,namun realitinya pasti abahku jua yang terpaksa membantuku untuk melangsaikan hutang ku yang pastinya banyak..gara-gara IPTS adalah swasta.. Oleh kerana itulah..membuatkan aku menjadi sedih dan pilu..aku takut sekiranya aku tidak berjaya menempatkan diri ke IPTA untuk kali kedua.. Bila mengenangkan sijil matrikulasi yang tidak mampu untuk mencari pekerjaan,buat aku makin tak tentu arah..

Aku jadi takut sangat..Bila ku tanya pada orang yang tahu tentang pengambilan pelajar ini, mereka kata kepadaku segelintir pelajar yang memohon jurusan dan universiti yang tidak dipelbagaikan, lebih sukar untuk mendapat tempat di universiti..Agak terkejut juga aku di buatnya..Maklumlah,sememangnya ketika pemohonan yang pertama aku tidak pelbagaikan pemilihan jurusan..Aku tidak tahu kesan di sebaliknya..Maklumlah, tika itu semangat untuk melanjutkan pelajaran sangat berkobar-kobar dan aku juga tidak ada apa-apa pengalaman..Namun, segalanya telah berlalu..yang tinggal adalah harapan yang kedua.. Namun kali ini, harapan ku menjadi makin pudar..kerana ku seperti tersedar bahawa harapan untuk masuk ke IPTA seperti makin tipis..

Aku tak sanggup lagi menanggung kegagalan ini lagi.. Mama ku berulang kali menyatakan, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..begitu jualah dengan nasib ku ini...Aku juga mengakuinya..Allah sahajalah yang MAHA MENGETAHUI segalanya..Kini aku sedar,tak semua yang kita nak kita dapat,dan tak semua yang dirancang itu pasti menjadi..kerana Allah yang menentukan segala-galanya..Namun, kita sebagai khalifah ALLAH ini haruslah sentiasa bersabar untuk menempuhinya..walaupun aku sedar itu terlalu pahit untuk ku tempuh...tapi apakan daya,aku tetap kena tempuh juga dengan kekuatan kerana aku yakin,Insya-ALLAH.,,pasti ada sinar bahagia di penghujung cerita...




p/s-Sahabatku..doakanlah kejayaan ku..doakanlah moga aku berjaya memasuki ke IPTA untuk lanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah..

  "Dream always comes first, followed by the virtual reality that we hope for to happen"

Selasa, 28 April 2009

Salam ukhuwah....

Assalamualaikum... Sahabat.. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk lupakannya. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya...

Sabtu, 25 April 2009

kasih sayang dan perpisahan..

Assalamualaikum~ salam sejahtera.. Ini adalah kali kedua saya mencoret sesuatu di blog saya ini.. Saya ni bekas pelajar Kolej Matrikulasi Kedah taun 08/09.. Banyak sungguh kenangan disana..terasa seperti tak nak balik jugak..hehe..maklum lah terkenang kawan2 dan orang yg tersayang(penjagaku).. hehe.. Tapi benarlah kata orang setiap pertemuan pasti ada perpisahan..dan sememangnya perpisahan itu sesuatu yang menyakitkan..

Tapi itulah kehidupan..

 Di matrik la bermula pelbagai kisah yang mengajar diri ini mengenal erti kehidupan.. mengajar erti menjaga masa..sbb kat matrik sangatlah tight masanya.. mana nak berbual dgn kwn..masa mana nak beriadah..masa mana nak rehat..semua tu kena di ambil kira.. kat matrik juga saya bertemu ribuan manusia yg pelbagai ragamnya..

Ada yang baik sangat,,xkurang jugak yg kadang2 buat2 baik..tp alhamdulilah lah..slama sy 10 bln di kmk x adalah insan yang membuat duka nestapa sangat.. hal2 kecik2 tu biasa lah,normal la tu kan..kat kmk la menjadikan diri ini lebih peka pada perasaan orang lain (wlpn kdg2 tu buat2 xalert jugak..hehe)..dan juga mengenal erti kasih sayang yang tiada tandingnya.. hehe..dalam mengajar erti menjaga ukhuwah ini..saya pelajari banyak benda dalam mengharungi suka duka di matrik yang xlah sentiasa happy..kerana nama pun matrik..tentulah dilimpahi dengan 'tension'..stress' yg kadang menganggu gugat hati dan perasaan jugak..tp kenelah salu sebut mcm cita P.Ramlee.."COBAAN"...hehe.. 

Alhamdullilah..sekarang saya sedang menghadap PC di rumah dan menjalani khidupan sbgai bekas pelajar matrik.. sambil tu saya sedang menunngu keputusan exam..dan semoga keputusan tu memuaskan hati..segalanya saya serahkan pada Allah..

Dats all..=) jumpe lagi..=)

Jumaat, 24 April 2009

Langkahku bermula....

Assalamualaikum... salam sejahtera warga Malaysia.. Pemulaan kata..

Ramai kawan-kawan yang mengajak saya untuk mulakan ‘blog’ sendiri. Maklumlah orang macam saya ni, kadang kala agak ketinggalan. Bukannya apa, selalunya saya sibuk dgn study kat matrik hinggakan tak ada masa untuk bersosial dalam alam maya ini. Harap-harap lepas ini saya akan berjaya aktif untuk hidupkan ‘blog’ ini.Kalau nak diikutkan memang saya banyak cerita yang hendak dikongsi bersama kawan-kawan. Mungkin ini cara yang terbaik yang boleh saya lakukan. Insya-Allah saya akan rajin ‘update’kan blog ini. Terima kasih.

“Learn the art of patience. Apply discipline to your thoughts when they become anxious over the outcome of a goal. Impatience breeds anxiety, fear, discouragement and failure. Patience creates confidence, decisiveness, and a rational outlook, which eventually leads to success.” -Brian Adams
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..