Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Khamis, 15 November 2012

Korea Oh Korea.. MEMORI INDAH bersama MPP

Korea oh korea...

"Apalah tajuk yang best untuk dijadikan entri aku pada hari ini yer?" bisik hati aku seorang diri...

Sebenarnya..entri ini bukan nak menunjuk-nunjuk keseronokan diri berada di negara luar..

Sebab saya bukan pramugari 'Awan Dania'  dalam Air Asia ke apa.... untuk menceritakan
Apatah lagi untuk memenatkan jari menunjukkan kecantikan dan kehebatan Korea ...

Tapi just sharing.................

Hari pertama di Korea... (6 November 2012)


Datang ke KLIA dengan penuh semangat....



Masing-masing awalnya mesti keadaan Korea sejuk, tapi bila sampai ke airport Incheon.... air port KLIA lebih canggih la bagi aku (*bangga pulak tertiba*) hehe....Bukan nak kritik..tapi biasalah kan..ada kelebihan dan kelemahan masing-masing kan....




Masing-masing dah ketiduran dalam bas.... Memang letih sebenarnya flight 6 jam nih.... 

Di tambah dengan lapar dan penat, kami pun singgahlah ke kedai makanan halal gaya KOREA disana..

Aku duduk sebelah mantan presiden aku yang memang aku rapat sejak mula kami kenal semasa jadi MPP di UMT

Sufi namanya... Ramai gak junior-junior pelajar baru suka kat mamat ni..haha....Dak Akaun sekarang di Damansara...
Masalahnya, bukan perempuan je yang suka.....LELAKI pun...OPSSS...haha..

Mintak maap sufi...haha...





Makan timeeee... Arrrrrrrrr (nganga besar-besar)





Amik gambar kejap masing-masing....Eh..kebetulan baju sejuk kami sama...Aishhh..


Lepas ni kami akan ke Pulau Nami...Nami Island memang popular di Korea ni..Sebabnya.....

Ini sebabnya....


CANTIK.....

INDAH........


We all datang naik cruise....Sangat nice pemandangan dari jauh..

This is my friend....


Dan saya dah sampai......





Banyak pokok-pokok dan daun-daun yang berguguran menyembah bumi...sangat cantik...sangat menarik...


Yeahhh..this is my family in UMT....

I love them so muchh....

Dari Kiri ....Ihsan Ramai Pemimnat , Sufi  Si Sengal, afizan berbaju Konvo, adam si Romantik, siva si kuning, Oppa Malaysia Style, Vinodh Imam Muda, Syukran si bapa mithali, Ali XY, Aniq Guard Korea, Mazzaid Bonzer Malaysia, 
Dan yang bawah...gadis-gadis pingitan...bermula dari kiri Aina si Manja, Sam, Dila Penceloteh, Kak Bad Penyeri dan saya ZULAIQHA..

MISS THEM So muchhh....! 




Kemudian kami ke muzium.....dekat jer dengan kawasan tu...Dalam Jam 3 petang...



Ambil gambar jap anty....

Senyummmm..Amik ajer gambar...Tak paham tulisan tu belakang cerita...



Mengenali budaya dan salah silah orang Korea..Menarik!

Kemudian...

Kawasan Palace.......Ambil gambar lagi..Yeahhh..



seronok di sini.....Dapat tengok keindahan bangunan tradisional orang Korea....


Malamnya pula.......

Kami naik bukit merentas waktu sejuk....
yang mencucuk-cucuk ke tulang...demi melihat suasana malam bandar Korea...... 


Peace....Ambil gambar itu perlu...



Taraaa...inilah menara yang kami nak tengok sangat tu.. Bentuk macam KLCC..tapi bukan KLCC...

Yeahh..ini adalah pohon 'LUAHAN HATI' yang mana siapa-siapa pun boleh taruk nama masing-masing atau perasaan masing-masing di sini...SWEETT ler pulakk...hehe..





Kerusi unik....


Dan kemudiannya..kami LAPAR.... jom makan...!!




Yeyyy..kenyanggg........hehe....

Nanti esok saya sambung lagi tentang Korea....

Rindu sangat kat Korea... Suhunya yang sejuk. Tak perlu pakai Air-Conditioner....... BESSTT!!


Sebelum tu..saya upload sekali gambar-gambar di Pulau Nami....




















Bye....! 
hihi... ^_^

Sabtu, 27 Oktober 2012

Tersalah CINTA : Cerita yang best dan BERMAKNA


Hari Raya Aidil Adha datang lagi untuk sekian kalinya...

Seperti biasa..Malamnya mestilah nak menonton cerita sebagai penghibur bersama keluarga...

Hari ni cerita di TV3 best..Berbeza sikit berbanding cerita sebelum-sebelum ni..NICE~....

Lalu bukak lah cerita.... bertajuk :-

Ini gambar pelakon-pelakon TERSALAH CINTA....


Lakonan hebat dari si Ustaz Rahimi(Aqasha) yang bukan main SETIA dengan isterinya Farhana (lakonan Rita Rudiani), watak Aqasha memang menjadi sebagai mutawif untuk agensi UMRAH...... Suka sangat tengok dia menahan diri bila di goda oleh Neelofa (watak CINTA) dalam cerita ni.SWEET sangat bila Ustaz Rahimi punya jujur cerita segalanya pada si isteri...

Si isteri bukan main risau lagi di Malaysia...

Cerita ni makin best dan di seri dengan perangai gila-gila dan lawak daripada Johan Asari yang ada part tu siap mencuri lagi duit si Nazim Othman (dia lakonkan watak seorang  pelakon yang belagak sikit...tapi baik hati)...

Ending semua happy jer kecuali Neelofa lar, sebab dia pastinya kecewa bila Ustaz Rahimi tetap setia dengan isterinya yang tengah sarat mengandung time tu...Walaupun ada beberapa dialog dihadapan Kaabah yang nampak 'main-main' dengan JOKE yang ada tak bersesuai di hadapan Kaabah. Mungkin disitu perlu dikaji semula kesesuaian bergurau di hadapan Kaabah semasa sedang mengerjakan ibadah haji....

Apa-apa pun masing-masing pandai bawak watak masing-masing...NICE... (bukan senang aku nak puji nih) haha..

Melihat panorama dan pengalaman jemaah di Masjidilharam dan macam mana indahnya rumah Allah. Pengajaran pun ada....bila mana Ustaz mendoakan semoga CINTAnya terus kekal bersama isterinya walaupun DIGODA...~~ ♥

Dan pengajaran watak bagi si PEREMPUAN, teguhkan IMAN dan kuatkan diri dalam menjaga MARUAH.. jangan terlalu MURAH dalam MENYERAH cinta... Kerana cinta TERLALU TINGGI NILAINYA....samaada kita pilih CINTA NAFSU yang membawa ke NERAKA atau CINTA kerana ALLAH yang membawa SYURGA....Insya-Allah...Ingatan untuk diri saya sendiri juga~♥ ^_^

Apa-apa pun selamat Hari Raya Aidiladha semua muslimin dan muslimat...Jangan 'TERSALAH CINTA' pula yerr.....hehe :)


Selasa, 25 September 2012

Tiba masanya untuk berundur...


Salam sahabat mahasiswa yang dihormati sekalian...

Jam telah menunjukkan 5.00 petang dan proses pengiraan mungkin sedang dijalankan. untuk melihat keputusan PRK pada kali ini secara keseluruhan..Mungkin ada yang peduli, mungkin ada yang tidak peduli..atau sekadar menanti cabutan bertuah laptop dan hadiah-hadiah yang menarik di DSM... Namun... sampai bila kite harus ambil tidak peduli??

Saya sebagai pemerhati dan sebagai mantan Timbalan Presiden MPP 2011/2012 merasa terpanggil mencoret sedikit luahan peribadi tentang PRK kali ini..Ya,ada kata suram, muram, longlai dan seumpamannya kerana hanya 2 fakulti sahaja yang bertanding dan selebihnya menang tanpa bertanding. Maka saya ingin ambil masa sejenak anda semua untuk bersama-sama saya berfikir dan merenung kembali PRK ini bukan unutk mengambil nilai negatif daripadanya, tapi anggap ini positif....

MENANG BERTANDING atau MENANG TANPA bertanding  bukan lagi isu nya.. Kerana ia telah BERLAKU..kita perlu terima..kita perlu menggangap ni proses pembelajaran dalam kehidupan. Bukan sekadar menunding jari pada sesiapa atau mewujudkan siulan2 tidak enak dalam kampus kita...Ini bukan satu konpirasi..ini realiti...

Saya percaya, mereka tidak pernah pinta untuk  menang tanpa bertanding dan mereka bersedia untuk berkorban masa,tenaga dan mentality untuk Mahasiswa UMT keseluruhannya.. Jika tidak mereka tidak akan jejak pentas DSM itu untuk menanti AMANAH yang bakal menanti mereka.

Bila sebut menang tanpa bertanding, MPP 2011 juga ada yg menang tidak bertanding..Tetapi sejujurnya saya kagum dan bangga dengan mereka kerana tidak kira menang bertanding atau tidak, mereka tetap memikul beban bersama..Mewujudkan perpaduan tika mana dicerca oleh masyarakat, bersatu tika mana ada memandang serong, malah macam-macam dugaan berlaku. Kami sentiasa mencuba terbaik untuk satukan titik-titik perbezaan itu menjadi titik persamaan.

Tapi mereka hebat, sabar, kuat, tabah dan saling melengkapi satu sama lain walaupun kadangkala ada juga tidak sebulunya, namun itu kami jadikan kekuatan satu sama lain...Mereka tidak harapkan balasan wang, mereka sanggup menangis bila melihat kesusahan mahasiswa,,dan mereka sanggup bangkit daripada kepayahan supaya segalanya berjalan dengan lancar..Itulah saya belajar drpd MPP ini.. namun, jika ada salah dan silap kami mohon ribuan kemaafan.,,Sesungguhnya kami tidak sempurna....

Terima kasih kepada yang sedia memberikan sokongan, pihak universiti khususnya pihak pengurusan HEPA, pihak PTJ-PTJ dan pihak fakulti yang sedia memberi dorongan dan bimbingan buat diri kami ini. Terima kasih kepada mahasiswa UMT yang sedia memberikan semangat, dorongan, sokongan dan doa sepanjang 1 tahun 7 bulan kami menjadi MPP. Terima kasih yang teramat.

Maka..saya percaya..MPP 2012 juga mungkin bakal melakukan yang terbaik demi mahasiswa. Berikanlah peluang dan kepercayaan kepada mereka, tegurlah mereka secara berhikmah sekiranya mereka leka,kritiklah secara membina jika mereka alpa...Dan sama-sama kita saling bantu membantu bagi memastikan kepimpinan pelajar di UMT terus  gemilang  dan setanding dengan kepimpinan pelajar luar negara :) Jika tidak kita yang memulakannya dan menjadi pecetusnya..SIAPA lagi??

TERUSKAN BERJUANG WAHAI SAHABATKU SEKALIAN.......TAKZIAH DAN TAHNIAH diucapkan kepada bakal MPP akan datang. SEMOGA BERJAYA!!

Ikhlas dari jiwa dan sanubari
Norzulaiqha Binti Zulkifli
Mantan Timbalan Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar 2011/2012

Salam sayang buat semua......

Rabu, 19 September 2012

'Kertas Amanah' untuk Deligasi Baru..


Salam....Sahabatku yang berada di UMT sekalian..........

Esok (19/9/12) adalah tarikh membeli borang penamaan calon Pilihanraya Kampus......
Saya dan MPP yang lain pernah melaluinya.....
Disini..ingin saya coret sedikit luahan peribadi untuk semua.....

Janganlah bertanya kepada kami adakah SERONOK menjadi MPP...
Adakah seronok memegang AMANAH sbgai MPP..
Adakah SERONOK mengalas TANGGUNGJAWAB sebagai MPP.....

kerana.......

kami sedaya upaya bangun ketika yang lain sedang tertidur....
kami sedaya upaya berjalan ketika yang lain sudah bangun....
kami sedaya upaya berlari ketika yang lain sedang berjalan....
Dan kami sedaya upaya terbang ketika yang lain sedang berlari......

Ya.......kami sedaya upaya untuk lakukan terbaik walaupun ada kekilafan...maafkan kami..

tapi percayalah..itu semua bukan untuk kami... segalanya untuk mahasiswa........
untuk anda semua warga UMT....
Kerana ia bukan sekadar KUASA..tetapi TANGGUNGJAWAB....

Semoga....yang bakal membeli 'kertas amanah' yang bakal keluar esok...
Dapat memberi harapan baru...
Dapat memberi cetusan baru...
Dapat meneruskan amanah deligasi kami suatu ketika dulu....
Untuk memperjuangkan suara mahasiswa bukan sekadar di UMT tapi dipersada dunia....Insya-Allah..

Rasulullah SAW bersabda, "Khairunnas anfa’uhum linnas",
"Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim)

Terima kasih semua...... Kami deligasi mantan MPP UMT 2011/2012 sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan bakal MPP akan datang dan kejayaan warga UMT keseluruhan..... Insya-Allah......  :)

p/s : Pada 25/9/2012...., mantan Presiden kami Muhammad Sufi akan menyampaikan amanat terakhir mewakili MPP 2011/2012 kepada bakal menerajui tampuk kepimpinan UMT 2012/2013......
Buat smua pelajar UMT..Selamat mengundi dan memilih.. Memilihlah dengan bijak..... <3 :)

Selasa, 14 Ogos 2012

Secebis kisah tentang praktikal ku...


Alhamdullilah................................

Syukur..syukur..dah selesai membentangkan presentation latihan industri di tempat praktikal ku ini.


Muka depan slide pun nak tunjuk...(amek kau)


Kerja dijabatan laut Malaysia. Tahu Jabatan Laut tak?
Mesti biasa dengar kan.....

Saya dapat surat jawapan terima ke Jabatan Laut. Ibu Pejabat Port Klang...

Ini bangunan Ibu Pejabat kami...


Ini alamat.. kalau rajin boleh lah singgah. Kita buka puasa sama-sama yer..hehe




Ini logo baru jabatan laut Malaysia.
Dulu kat tulisan tu tulisan jabatan laut semenanjung Malaysia..

Sekarang dah nak habis dah praktikal. Countdown tarikh dan masa jer....17hb habis. YES!

Saya tak berkeseorangan di sini.. Ditemani rakan sekelas masa di UMT...

Raihana namanya.......
Maaflah..kami posing terlebih di situ....(aishhh..sogan aku)


Bila dah nak habis ni...PERASAAN?




Rasa sedih? 
Rasa bakal rindu?

Sedih juga..........


Sebab banyak juga belajar yang dapat kat sini...



Diberi peluang untuk ke Johor, ke Langkawi... dan diberikan kepercayaan untuk menyiapkan report berkaitan aset.

Suka.... :)




Hari tu ada pergi Langkawi....


Ini masa kat Langkawi. Besar tak rumah kitorang (hukhuk..bangga diri)
Sedangkan hakikatnya rumah tu besar sangat sampai jadi tak selesa kitaorang...



Maklumlah..Tinggal berdua jer.




Sebelah rumah kitorang.....





adalah pejabat. memang jimat kos dan masa...









Ok...sempat lagi minah ini berposing dikawasan jeti depan rumah dan pejabat.....




Ini gaya muka bahagia dah nak abes LI....YES! 


Harap-harap markah ok....


Dan sekarang menyiapkan report. 17 hb ni dah kena print.. Aku sanggup stay up.SANGGUP.... Malam ni nak kena setelkan sampai chapter 3...
DOAKAN yer..... Moga urusan ku dan rakan ku dipermudakan.. AMIN :)

Thankss... :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..