Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Isnin, 25 Julai 2011

Biasalah, manusia mudah LUPA lalu BERUBAH..


Kenapa tiba-tiba saya post tentang sesuatu perkara yang agak biasa-biasa ni? Balik-balik cerita tentang manusia. Mana boleh abis kalau cerita tentang manusia sebab perkara ini kadang-kadang boleh buat kita muhasabah diri kita semula.


Tun Mahathir berkata tentang ‘Melayu Mudah LUPA’…tetapi dalam konteks yang ingin saya rungkaikan dalam entri kali ini bukan tentang Melayu ke, Cina ke, India ke, tapi konteks yang lebih luas iaitu tentang manusia.Mungkin ada yang tertanya-tanya (macam ada yang tanya) kenapa tetiba muncul tentang isu LUPA tak LUPA ini… Kerana saya juga biasa jadi orang yang LUPA.

Ini sekadar pandangan peribadi. Bagi yang terasa, jangan rasa hiba atau terharu pula.
Punca manusia lupa ini banyak ‘species’ nya yang mungkin boleh dirungkaikan melalui ayat ‘simple’ tak perlu terlalu power rangers hingga buat orang mengantuk di sorong batu pun boleh tertidur.


MUNGKIN MEREKA RASA BAGUS

Mungkin manusia lupa diri kerana merasakan diri mereka terlalu bagus. Terlalu hebat.(Mungkin..mungkin jer… tak ada fakta yang jelas pun tentang ayat ini)

Bila lupa mulalah ingat diri ini yang berdiri sendiri, diri ini yang mencari rezeki atas usaha sendiri, diri ini yang menentukan nasib diri dan bla-bla-bla….

Bila dah lupa diri mulalah ingat nafas ni kita punya, nyawa ini kita punya, dunia ni kita punya. Eii…Sudah-sudahlah nak mengatakan diri itu ibarat Tuhan…

Cerita tentang LUPA ini memang panjang. Malah saban hari diri ini juga tidak lari dari lupa diri. Lupa yang diri ini hamba yang hina dina. Lupa yang diri ini masih mengharapkan belas rahmat dari-Nya setiap masa.

MUNGKIN MEREKA TAK NAMPAK

Mungkin mereka tak nampak??? Aik..lain macam jer bunyiknya kan. Apa yang saya maksudkan ini? Adakah saya anggap mereka BUTA? Opss..maaflah, tidak terniat nak menghina. Mungkin sekadar mungkin, tiada fakta yang sohih pun, jadi jangan nak saman saya pulak lepas ini ok..

Bagi saya, yang tak nampak itu adalah HATI. Bila hati kata aku dah senang, aku dah kenyang, aku dah lengang, aku dah ngang2 dan sewaktu dengannya, maka mulalah hati tak nampak dah  bila waktu lapar, bilanya waktu susah, bilanya waktu jadi pengemis tepian jalanan tu, bilanya lupa segala lupa yang rupa-rupanya pernah berpeluh mencari erti hidup, bilanya waktu menangis teresak-esak saat sujud atas sejadah ketika kepayahan. Inilah bagi yang ‘tak nampak’, cuba tutup hati, cuba buat-buat dunno jer, cuba buat-buat hilang ingatan dan rasa ‘NAMPAK’ hebat.

Tak nampak walau seluruh alam ini DIA yang cipta, DIA yang beri kita mata untuk melihat alam ini tapi tetap tak nampak. Tak perasan, tak terfikir, tak peduli dan automatiknya takde la nak ingat kat DIA. Bila solat kita buat-buat ingat walau hati alpa, orang ajak pergi 'rumah' DIA kita mengelak. Lupanya kita kat DIA yang menciptakan kita.

Segalanya ‘mungkin’..mungkin dan mungkin.. Jika dilihat dari segi ayat, bukan nak prasangka pada manusia, apatah lagi kata diri ini hebat dan macam GOOD-GOOD jer, tapi sekadar perkongsian rasa hati. Itu jer.Sekadar ingatan pada diri sendiri semata-mata. Mohon maaf jika ada terkasar bahasa, terlajak kata. Yang tak boleh terima itu tak apa, yang terima tu saya gembira..=)

Apapun, yang baik dijadikan ukuran manakala apa yang tak baik dijadikan sempadan.



1 Komen-komen:

Tanpa Nama berkata...[Reply to comment]

entry yg baik,cik eqa..^^
yg baik dijadikan ukuran,yg tak baik dijadikan sempadan(zulikha 2011)..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..