Mari kita lihat video ni pula...
Video beberapa waktu lalu dimana salah seorang jamaah meninggal dunia saat dalam kondisi sedang sujud di Masjid Nabawi, tidak jauh dari raudhah dan makam Rasulullah saw.
Ku menatap diri di cermin. Bila aku mati, bagaimana cara aku mati? Husnol Khotimah atau Su’ul Khotimah ..?
p/s : Al-Fatihah kepada Allahyarham Mohamad Afez Hassan yang sepatutnya bakal menyambung pengajian ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bermula bulan depan namun telah terbunuh dalam kemalangan semasa dalam perjalanan arwah ke surau untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Berita penuh di sini
"Ya ALLAH, ku berdoa memohon Engkau cabutlah nyawa kami, dalam keadaan kami beriman kepada-MU. Matikanlah kami dalam agama-Mu, agama yang ENGKAU redhai ini Ya Allah, agama Islam yang satu. Janganlah ENGKAU palingkan hati kami setelah ENGKAU beri petunjuk dan hidayah kepada kami. Amin..”
1 Komen-komen:
Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah S.W.T. yang baik dan diredhaiNYA. Amin.^^
Catat Ulasan