Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Sabtu, 27 Ogos 2011

Jom Join Contest Raya Pertama Terompahcaring!

Klik sini kalau nak join...

Contest sebenarnya.. sambung perkataan.....dan ayat pertama yang jadi pilihan saya adalah......
“Hari raya kali ni tak best kerana…”

Hari raya kali ni tak best kerana pertamanya aku terpaksa pulang ke kampus awal. Tapi tak seawal mana, cuma masih awal berbanding kawan-kawan yang lain (di universiti lain) iaitu pada 4hb September 2011 dah kena balik UMT (universiti malaysia terengganu yer...kang tak tahu pulak apa tu UMT)..hehe...So..saya pun kena balik. Nak menyambut kedatangan bakal-bakal mahasiswa UMT yang baru untuk semester baru dengan semangat baru. Mereka datang, kita sambut la... Jadi senior bukan selalu yer tak?hehe...



Saya bakal melalui semester baru dan menyambut adik-adik baru. .Tapi kali ini agak berbeza kerana tanggungjawab lebih berat. Sebagai pelajar, dan juga sebagai pemimpin. Harap dapat menjalankan tanggungjawab ini sebaiknya..Amin... Dan saya juga kena berjumpa pensyarah waktu tersebut untuk menceritakan beberapa permasalahan tentang projek saya..


pepun samat ali laya...




Kenapa saya TAK GEMBIRA KETIKA HARI RAYA PERTAMA?

Adalah kerana saya punya fikiran masih melayang pada kerja-kerja di UMT. Letih dah nak memaksa otak ini supaya bergembira pada hari raya kali ini. Namun , otak ni degil sangat gamaknya. Mungkin saya sorang je kot rasa macam ni..





Kenapa saya TAK GEMBIRA KETIKA HARI RAYA PERTAMA adalah kerana yang paling utamanya...


Kerana raya kali ini, adalah kali pertama tanpa nenek saya.. Arwah meninggal semasa bulan Syawal tahun lepas, masa meninggal saya tak sempat nak cium arwah masa tu walaupun untuk kali terakhirnya sebab berada kat Terengganu, kat kampus masa tu dan arwah perlu dikebumikan secepat yang mungkin (tak elok biar jenazah tak dikebumikan lama-lama)..

 Maka saya tidak sempat untuk pulang...Rasa terkilan masih berbekas dihati ni  lagi.Sebab tu, bila ada mana-mana ahli keluarga saya yang sakit, mesti saya nak balik rumah sehingga saya dapat lihat sendiri dia ahli keluarga saya sihat. Sebab saya pernah rasa kehilangan dan tiada kesempatan untuk bersama disaat akhir.



Ingat lagi pada 13/9/10 nenek datang rumah....Nenek sungguh-sungguh nak datang rumah...
Kami semua terkejut..tapi  dapat tengok pada raut wajah nenek......

Wajah nenek nampak gembira sangat..
Senyumannya tak lekang kat bibir..


Saya tahu nenek sakit kaki, tak mampu nak jalan jauh-jauh. Tapi nenek kata, nenek tetap nak datang jugak sebab malam tu saya nak balik ke UMT dah..
Ingat lagi nenek cakap..

'Biarlah nenek datang, nak tengok cucu nenek'
(bila teringat ayat ni, rasa sebak tiba-tiba)

Bila nenek datang, saya terus salam nenek dan sangat sayang nenek..
Dulu masa saya kecil lagi nenek selalu jaga saya...

Arwah nenek merupakan ibu tunggal yang sangat tabah, kuat semangat dan tegas masa muda-muda.. 
Abah selalu cerita nenek garang masa muda. Tapi nenek kuat semangat.Walaupun tak pandai membaca rumi, sebab hanya tahu membaca jawi ,nenek berjaya mendidik anak-anak hingga dewasa. Malah pergi Mekah atas titik peluh sendiri. Alhamdullilah.....



Kemudian, seminggu selepas itu, saya dapat tahu nenek masuk hospital.. Tapi saya tak sangka pada hari yang ke-4, Allah lebih menyayangi beliau..





Sekarang...saya hanya mampu menatap wajah nenek di sini jer...dalam kenangan..
Dan kenangan ini pasti terimbau pada saat raya pertama. Rumah neneklah adalah rumah yang kami akan kunjungi untuk kami beraya..

Hari Raya Pertama....
Dan makin sayu hati bila terdengar sayup-sayup 
Bila terdengar takbir raya.....


Menangis lah saya di sini...



[gmbr hiasan]

di sinilah kami akan pergi untuk hari Raya Pertama...................

Al-Fatihah buat arwah nenek..
Nek, eqa sayang nenek sangat.....





nota jari- jemari: saya tag kepada ALI XY dan FADHIL

6 Komen-komen:

Farierahasanz berkata...[Reply to comment]

alfatihah wat arwah nenek sis... =)

n selamat menyambut hari kemenangan juga ..

STORY TELLER berkata...[Reply to comment]

Al-fatihah utk arwah yer.
Semoga ditempatkan bersama golongan yg dirahmati. Ameen.

hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock berkata...[Reply to comment]

selamat hari raya :)

Azizan Zolkipli berkata...[Reply to comment]

Al Fatihah untuk arwah nenek kamu yang dirindui selalu.

Salam Aidilfitri 1432H dari saya untuk kamu sekeluarga & sahabat handai ...

Terompah Caring berkata...[Reply to comment]

tahinah, awak menang. :)
bagitahu line apa awak pakai kat emel ni ya.

terompah_70@hotmail.com

terompahcaring.com

Zulaiqha Zulkifli berkata...[Reply to comment]

Farierahasanz: t.kasih yer...aminnn..Salam Aidilfitri yer..


STORY TELLER : t.kasih...aminn..mudah2an

hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock: Salam Aidilfitri juga...


Azizan Zolkipli : Al-fatihah..terima kasih..Salam Aidilfitri juga...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..