Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Isnin, 8 Ogos 2011

Kesilapan datang dari manusia, Kemaafan datang dari ?


Assalamualaikum!!
(tak jawap dosa…kalau jawap sayang…: ayat maria elena=)

Wassup yo! (mak aihh.. jadi too phat sekejap)

Jangan layan sangat minah perasan kat atas ni tau..Dia suke perasan...tu jer. [sekadar iklan pembuka tirai]


Yes….Berjumpa untuk entri yang seterusnya ini. Saya masih tak boleh tidur walaupun jam dah 6.00 pagi. 

Tunggu subuh agaknya mata ni…aiya.. susah ini macam wo. Talak sihat ini macam. (cina mualap mana ntah menyampuk)

Esok janji nak betulkan semula waktu jam. Dan lakukan aktiviti-aktiviti yang lebih bermanfaat (ceh,,macam baik jerk an..)

Hmm.. cerita pasal apa yer? Ok.nak cerita tentang cinta la pulak. Boleh? Korang kan suka hok cinto-cinto ni kan. Orang kata, baru jiwang romantic guling-guling sikit. Baru macam ‘kuch-kuch ho tak hey’..( ker kuch-kuch otak hang ? ). Tidak-tidak bukan cinta yang ingin saya ceritakan..
Gambar masa saya muda-muda dulu..yang sebelah kiri korang tu la saya dulu. 
sekarang dah insaf..



Ok…first-first cerita pasal sahur. Sahur makan sarding jer..sarding? 
Sardin lar.. cakap gaya ganu sikit..hehe..Sedap jer. Then, kemas rumah macam nak pindah. Sungguh ni. Saya mengemas bagai nak rak. Tak pasti mengemas atau melupuskan barang semata-mata, tetapi apa yang penting, segala barang telah tersusun rapi ala-ala macam rumah olang kayer..(ceh,,,tipu sangat di situ).



Lepas kemas, rehat-rehat. Tengok cerita melayu..Apa? Tak boleh tengok cerita melayu ke? (Ada suara: apa kelas cerita melayu…tak mainlah..)

Aisy..tak kisahlah nak kata apa, saya orang Melayu, tak salah nak tengok pun. Bukan tengok porn movie ke…19sx ke…x kisahlah kan.. 

Cerita tentang pelacur yang dah bertaubat tapi orang kampungnya punyalah anti pada dia sampai bertakbir ‘Allahu Akhbar’ masa perempuan ni nak masuk masjid sebagai tanda tunjuk protes tak bagi bekas pelacur yang nazak  tu masuk masjid, katanya JIJIK dan kotor bagi PENZINA masuk masjid. OMG

What? She already knows her sin lar weh.. Dia dah berubah dan dah bertaubat ok.. (emo pulak AKU)
Ini sekadar gambar hiasan sebab gara-gara pelacur tu miskin jugak la..

Last ending, rumah perempuan tu dibakar, tapi jasad atau abu atau apa-apa jejak yang menunjukkan perempuan tu hangus@mati tak ditemui langsung.(nak jadikan cerita kot). Kira kes hilang macam tu jer. Magic pulak di situ kan..hehe..



Dalam kes ni, bukan nak cerita saya suka pelacur ke atau saya suka rumah dia kena bakar ker, tapi tentang kemaafan. 
bukan Forgive cannot FORGET.....




Hehe..sebab saya pun nak cerita tentang saya seorang pendendam juga macam orang kampong itu agaknya. 


Pernah satu ketika saya rasa sakit hati,saya boleh ketap gigi sampai 1 jam(mungkin lebih) bukan kerana sakit gigi atau kancing gigi tetapi kerana gara-gara marah dan geram  gila pada orang yang menyakitkan hati saya. Dahsyat tak?




Lepas tu...


Saya siap menulis rasa ‘suka hati’ saya pada blog dan muka buku saya gara-gara rasa ‘suka hati’ saya pada hamba-Allah ini dan pastinya ketika itu mengharapkan tuan badan yang dituju itu baca dan rasa sakit hati serta dapat melihat sendiri ekspresi marah saya itu.Haha..hebatkan saya?


Haha..lebih kuran macam nilah luahannya.. hebat tak?



Lepas tu...



Saya juga rasa diri saya macam pada pihak yang benar lalu melaporkan pada kawan yang paling hampir 
kedudukannya dengan saya kerana merasakan saya perlu orang untuk meluahkan supaya tak jadi gila dan yang penting ada orang yang sokong saya dan membuatkan jiwa perasaan saya ‘selesa’ sebentar waktu itu. Itu pada pikiran saya.
Yang sebelah kiri cakap "Kau tau tak si Bedah tu bla..bla..bla...(censored sikit) " 
Yang sorang lagi jawap..'Oh ye ke? lar..baru aku tau..."


Lepas itu....



Saya juga siap pandang dinding dan buat muka tak puas hati dengan mengharapkan dinding itu merekah dan mampu untuk meng’ekspresi’kan diri manusia yang saya marah itu supaya saya dapat tumbuk dia waktu itu juga.
(kebetulan ada blog sorang mamat ni guna header ni..Gua rembat la)Kredit for him...


Lepas tu..(asyik lepas tu jer..) tukar...And then...


Saya juga berharap orang yang buat saya marah itu segeralah melutut pada saya sambil menangis-nangis mengharapkan ihsan dan belas kasihan saya sampai saya berpuas hati kerana saya mahu sentiasa berpijak pada kebenaran. Oh yes, saya rasa saya sentiasa benar ketika itu.

Mak aih... kucing tu pulak landing lebih-lebih apa cite...aiya..(ini sekadar gambar hiasan)



Saya pernah berharap orang yang saya marah itu kena ‘Problem’ itu dan ‘bencana’ ini.Sememangnya saya sangat kejam ketika saya marah. Dan saya mampu bertahan rasa marah saya itu selama 3 hari sekiranya bernasib baik mungkin kurang dari 3 jam.
Amik kau...berat tak MASALAH  tu.Dah, gi bawak jalan-jalan.hahahaha..(gelak kejam dan jahat)


After that....


Saya akan rasa macam tak tentu arah, nak menangis pun ada, nak mengamuk pun ada, nak menjerit pun ada, nak mengeluh pun ada.. kira macam iklan kat Astro Ria tu. ‘macam-macam ada’.. Bila orang kata ‘Sabar..sabar..kuatkan semangat’. Lalu, saya pun dengan ayunya cakaplah ‘ahhh..biarlah.. hati ku ini terluka.kau apa tau…’

panjangnya bulu mata aku....





 Ahh..perlu ke aku maafkan?









Patung tu pun tak suke minah yang eskyen tuhh..Aik?


Lalu saya terpandang dan terbaca satu  artikel ini (sumber


Salah satu sifat mulia yang dianjurkan dalam Al Qur’an adalah sikap memaafkan:

Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh. (QS. Al Qur’an, 7:199)

Saya terkaku dan terleku terkelu lalu bermuhasabah diri.



Ya,sebenarnya saya sedar, bahawa manusia cenderung untuk ekspresikan rasa marah mereka kepada orang yang menyakitkan hati itu.



Dalam ayat lain Allah berfirman: "...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)




Mereka yang TIDAK mengikuti ajaran mulia Al Qur'an akan merasa sulit memaafkan orang lain. SEBAB, mereka MUDAH MARAH terhadap kesalahan apa pun yang diperbuat. Padahal, Allah telah menganjurkan orang beriman bahawa memaafkan adalah lebih baik:


... dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (QS. At Taghaabun, 64:14)




Juga dinyatakan dalam Al Qur'an bahawa pemaaf adalah sifat mulia yang terpuji.




 "Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia." (Qur'an 42:43) Berlandaskan hal tersebut, kaum beriman adalah orang-orang yang bersifat memaafkan, pengasih dan berlapang dada, sebagaimana dinyatakan dalam Al Qur'an, "...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain." (QS. Ali ‘Imraan, 3:134) 


Selepas ini mungkin kita lebih beringat, bila kita marah ke, bila orang try-try sakitkan hati kita ke, paling tak ingat cite P.Ramlee. ‘Kalau marah kena jual’ .hehe… siapa yang rugi? Orang yang marah tulah yang rugi...

Tiada alas yang boleh jadi pengalis AMARAH atau tiada ALASAN yang mampu mengganti BENCI lagi. 

Namun ,


Demi keredhaan Allah.


Demi kesihatan kita (supaya tak sakit jantung atau darah tinggi),
Ini namanya Dr. Frederic Luskin yang bagitahu saya (ye ye jer) bahawa sifat pemaaf sebagai resepi yang telah terbukti BAGUS untuk KESIHATAN dalam buku beliau Forgive for Good


Demi kesejahteraan sejagat,


Demi keharmonian negara,maka pergilah mengundi. huh?
Opss..haha.silap pulak…pergilah memaafkan sama ada orang yang buat silap tu mintak maaf ataupun tak mintak maaf sekalipun, cakap kat diri ni ‘no hal punya lah’..kira macam masuk campur tolak bahagi setel lah semua. Tak perlu masuk buku kaki 5 ke atau buku tiga lima sekalipun OK?


Ingat dalam diri..Kita semua kena sedar manusia diuji di dunia ini,so kita confirm-confirm buat salah dan belajar dari kesalahan, so need to berlapang dada dan rasa loving sikit pada orang sekeliling kita. No need to DENDAM-DENDAM lagi OK?


Saya pun bukan pemarah sangat seperti yang saya laporkan sebentar tadi tapi saya pun tak lepas dari buat salah dan silap juga dan rasa MARAH..hehe..saje nak cover line semulalah tu..

Tapi serius, tak nampak hebatnya kalau ketap bibir ke gigi kerana marah, tak nampak hebatnya tulis dalam FB mengamuk dan memerli-merli, tak hebatnya kalau cakap a.k.a mengumpat kat belakang kerana rasa tak puas hati, tak hebatnya sekiranya biarkan hati bergelumang rasa dendam dan doakan yang tak baik pada orang. Jadi yang situasi atas tadi tu jangan kita ikutkan ok. Biarlah orang kata kita tak menegakkan kebenaran sekalipun, tapi bertoleransi adalah jalan terbaik.

Ok ada 9 STEP untuk hilangkan kemaafan.. Dari SINI 

1. Bla..bla..bla..
2. ok..ok…
3……..
4. Dan….
5. uitttt….
6.then…….
7. ohhhh…
8.ermmm..
9. try sendiri la tengok semua step ni k..…hehe…

Yang ke-10 ni saya tambah sendiri sebab saya rasa lagi penting > 
Kesilapan datang dari MANUSIA, Kemaafan datang dari KEMANUSIAAN….
Comel kan si kecil ni? baby ni pesan lagi 'Kesilapan datang dari MANUSIA, Kemaafan datang dari KEMANUSIAAN…."

Bersama ini saya sediakan lagu yang suka sangat makna liriknya..


Tanya sama pokok apa sebab goyang..Nanti jawap pokok? Ada orang sayang...haha...

Apa-apa pun...
 Terima kasih kerana sudi membaca..=)

5 Komen-komen:

Zulqarnain Musa berkata...[Reply to comment]

wah garangnyer ini senior,btl la tuh maff adlh 1 resepi kejayaan dunia hasilnya dituai diakhirat kelak.....

salam saya junior bakal register umt this 6sept....salam singgah n follow disini...jemput keruangan saya..

Zulaiqha Zulkifli berkata...[Reply to comment]

Zul: hehe...tak garang pun. Dalam kisah diatas tu, lebih kepada ekspresikan apa sifat2 yang biasa orang buat jer.. (coverline..~~~)

haha..Ok.. bakal berjumpalah kita nnti time MJM yer..=) Slmt dtg ^_^

Tanpa Nama berkata...[Reply to comment]

cik iqa,kes tudung pun nak mara ke?haha...xperlu terlalu emo. haha....blaja dari kesilapan...ni entri yg baik utk tatapan ramai...^^

Zulaiqha Zulkifli berkata...[Reply to comment]

@Tanpa Nama hahah..tu saje2 jela...takkan la sebab tudung sama pun nak marah..hehe..tu contoh jer..=)

yad'z berkata...[Reply to comment]

yup... betul... memaafkan adlah lebih baik dari memendam dan membenci.. tapi as manusia.. kadang2 kita khilaf... mulut berkata maaf, tapi dalam hati still terkesan sisa2 marah n dendam.. so, pokok pangkalnya hati.. biar kata maaf tu seiring dengan hati kita yang mengikhlaskannya..^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..