(Kalau tak jawap dosa, Kalau jawap sayang~~haaa..apa lagi kalau bukan tagline Maria Elena)
Ok..dua tiga hari ini sibuk dengan belog (suka guna Hanis Zalikha punya tagline belognya)
Bukan apa, dah lama tak meng'aktifkan' beloq (aku suka-suka merosakkan bahasa) yang sedia ada ada ini.
Dialog dengan seorang BLOGGER:
Dia: Aktif ke berbelog ni? tak pernah nampak pun...
Saya: Baru jer,sebelum ni sekadar nak main-main jer, tulis pun macam &*@% jer..
Dia: Oh, patutlah i tengok follower u baru 303 orang jer ek..
Saya: Err....ek? ooo... ingat tak ada tadi...
Dia: Tapi awak dah start sejak 2009?
Saya : Err...hmm..nampaknya begitulah... (tahan perasaan)
Dia: Oh..i see...saya dah dapat earning nufnang banyak glerr. baru 4 minggu start blogging..U?
Saya: Wahh ...really?( sambil buat muka exciteddd)..Tahniah??
Saya..errr..... (tahan perasaan lagi)
Dia: Aik..awak kan lagi lama dari saya...Mesti awak punya BANNYAKkkk kan? kan?
Saya: Ermm..takdalah...saya punya baru RM1.50.... (tak mampu untuk tahan perasaan dah)
Wah...Begitulah lebih kurang my conservation conversation antara saya dan dia.Maybe, i'm just envy with some bloggers yang baru menapak dalam dunia bloqqer, tapi FOLLOWERS mak aiiihh, mengalahkan orang yang dah bertahun-tahun jadi bloggers..Hebat dan MIRACLE kan.Tahniah pada mereka....
Terutama setakat yang saya nampak paling menyerlah dengan followers lebih daripada 3riban dalam masa 6 bulan sahaja (damn envy ueww). Nak tahu siapa? carilah sendiri...=)
(Ada tukang jawap: NameeRoslan)
Terutama setakat yang saya nampak paling menyerlah dengan followers lebih daripada 3riban dalam masa 6 bulan sahaja (damn envy ueww). Nak tahu siapa? carilah sendiri...=)
(Ada tukang jawap: NameeRoslan)
Hehe..tapi saya respect dengan Namee atau mana-mana bloggers otai, dorang tak sombong (mungkin ada). Yer, mungkin ada, tapi tak semua.. Betul tak blogger2 otai sekalian?
Ok...dah cerita tentang iri hati saya kepada bloggers hebat-hebat ini. Memang tidak boleh dipertikaikan tentang tarikan blog mereka terutama Hanis Zalikha, Yuyu Zulaikha, Maria Elena, Fatin Liyana, Irine Nadia Marcello sebab mereka ada idea-idea yang penuh sense of humour dan penuh 'kesegaran' bunga kasturi (nak kata fressh sebenarnya).Malah blog Serius dan blog-blog lawak seperti Ayeem Ayam dan geng-geng bapak ayam yang lain yang menyegarkan jiwa, meringankan minda...
Sesungguhnya dunia blogger ni diwarnai dengan pelbagai rencah dan ragam. Malah tak lepas jugak dengan
Ok...dah cerita tentang iri hati saya kepada bloggers hebat-hebat ini. Memang tidak boleh dipertikaikan tentang tarikan blog mereka terutama Hanis Zalikha, Yuyu Zulaikha, Maria Elena, Fatin Liyana, Irine Nadia Marcello sebab mereka ada idea-idea yang penuh sense of humour dan penuh 'kesegaran' bunga kasturi (nak kata fressh sebenarnya).Malah blog Serius dan blog-blog lawak seperti Ayeem Ayam dan geng-geng bapak ayam yang lain yang menyegarkan jiwa, meringankan minda...
Sesungguhnya dunia blogger ni diwarnai dengan pelbagai rencah dan ragam. Malah tak lepas jugak dengan
POLITIK BLOGGER
Macam mana yer boleh wujud politik blogger ni? Bukan blog Raja Petra ke, blog Chedet ke..Bukan POLITIK negara ni..tapi mempolitikkan blog masing-masing untuk menambahkan ranking lar, populariti lar, dan pelbagai cara juga asalkan earning NUFNANG naik mendadak dan boleh berjoli dengan duit-duit tersebut.
BENARKAH?
Tak perlu saya kata betul atau salah. Realitinya memang ini yang terjadi...
Siapa yang tak nak orang baca blog kita?
Siapa yang tak nak orang komen blog kita?
Siapa yang benci orang puji header kita cantik?
Siapa yang menyampah orang share entri dalam FB ke TWITTER ke?
Siapa yang mengelak earning belog mereka tinggi hingga jadi 10 angka (adeh..ada ek?)
Siapa? Siapa? Tolong jawap sikit.
Ok..saya bukan blogger tegar yang ranking tinggi pun. Tengok followe pun dah jelas- jelas tak ada orang baca apatah lagi nak men'ngomen' dalam blog ni..(bagi yang sudi komen, terima kasih)
Cuma apa yang cakap sekadar dari hati dan juga pandangan. Dapat dilihat ramai berebut-rebut menulis belog yang kadang-kadang cuba :-
Menjatuhkan orang lain?
Memburukkan orang lain?
Mengaibkan orang lain?
Gosip-gosip panas keeebabumm sana-sini?
ADAKAH ITU BLOGGER?
i'M sure blogger2 kat luar sana tak macam tu kan? hehe...Sure punye lah..Maaf yer, bukan nak mengkritik atau memerli mana-mana pihak, cuma mengingatkan diri juga. Sebab based on my own experience too. Sebelum memikirkan tentang 'who am i?' dan setelah meneliti tiap ruang litup blog anda-anda semua, maka saya nampak rentak blogger-blogger sekarang..Saya tidak mahu kerana segelintir blogger seperti ini mencacat-celakan nama-nama blogger lain.(cacat ke? )
Yer..memanglah orang kata 'Itu blog gua, suka hati gualah'..But kita sama-sama duduk dalam satu rumpun, yang harus menjaga hubungan kita semua.. Tak salah kan?
Yer..memanglah orang kata 'Itu blog gua, suka hati gualah'..But kita sama-sama duduk dalam satu rumpun, yang harus menjaga hubungan kita semua.. Tak salah kan?
Saya memilih untuk membicarakan tentang hal kehidupan, tentang masa depan, tentang masa belakang yang nak kedepan, hal kemanusiaan yang di depan, hal semasa di pintu depan, hal student-student hari depan, hal remaja masa depan, hal rumah tangga (opsss..lambat lagi tuuu)..Hal diri saya sendiri dan hal-hal muhasabah diri untuk hari depan.. Haha..banyak "depan"nya kerana saya sedar, saya adalah antara anak masa hadapan..
Yeah..NEW BOOK untuk diri saya.. untuk memberikan WARNA pada dunia blog..pada dunia PENA WACANA(cewahh..pena?) hehe...so..hopefully, penerimaan terhadap blog saya ini lebih terbuka pada semua..Jika saya salah, tegurlah dengan berhikmah, jika saya terleka menaip tanpa memandang kiri dan kanan, kejutkanlah..
Alamak, tak ada gambar pulak kali ni..tapi saya sediakan ini. Maklumlah, dah bulan Ramadhan kan..Selamat berpuasa dan berbuka..=)
"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna"
Nota jari-jemari:
Jadikan Keyakinan Sebagai Pegangan Hidup , Dorongan Sebagai Teman Setia , Putus Asa Dijadikan Musuh Durjana , Dan Jadikan Tekun Dan Usaha Sebagai Tangga Kejayaan .
2 Komen-komen:
xperlu libatkan blog cik zulaiqha dgn politik.politik membosankan. byk yg kotor.lebih baik teruskan seperti sedia ada. bicara mengenai kehidupan.bgsla,awk dah ada masa update blog skrg...^^
kira okey lah eqa ade jugak rm1.50. saya nuffnang pun tak register. HAHA.
bukan duit yang kita cari
cuma tempat untuk luahkan dari hati
itu yang paling penting sekali.
Catat Ulasan