Buat muka sengal..hehe...This about my feeling right now...
Wassup yo..hehe Baru balik dari solat terawih...
Tadi berbuka makan nasi lemak (ahh..nasik lemak? Biar betiq?) yer..sebab teringin makan nasik lemak so tak salah kot berbuka makan nasik lemak kan. Nama pun Fasting..so kenelah break-fast juga..
Yummy..sedap makan nasik lemak. (alar, tak ambil gambar pulak)
Tapi bukan nasik lemak je ada, macam-macam kuih ada terhidang. Al-maklumlah, nampaklah macam memeriahkan meja makan, dengan samosanya, karipapnya, agar-agar buatan abahku, kuaci beli di bazar Ramadhan, kuih sampan..(ala,tau tak?kuih yang macam sampan tu, dalam warna putih hijau...sedappp auw)
Kemudian lepas makan terus jer solat maghrib, hujan rintik-rintik pula masa tu. Bawa payung lepas tu jalan sama-sama dengan adik-adik pergi masjid. (Masjid sebelah rumah jer pun).Walaupun hujan, redah jelah, cuma susah nak lintas jalanlah sebab kereta perghhh melengas bawak kereta, mungkin mereka berbuka lagi kot. Tu macam F1 bawak kereta.Maafkan jelah ek..
Ya rabbi....sekali tengok dah macam.....
Dengan adik-adik....sempat peace2 pulak dorang nihh
Masa makan-makan pun hati teringat juga pada kawan-kawan seperjuangkan di UMT. (ceh..macam bercinta pulak)
Teringatkan diaorang sebab stay kat sana demi MPP dan ada nak siapkan FYP. Bagi yang tak tahu apa itu MPP, MPP ni kira macam pengawas lah kalau time-time sekolah dulu, kalau kat universiti orang panggil 'wakil pelajar' sebab masuk pilihanraya (ceh..macam PRU la konon kan..hehe) Yang...FYP tu pulak Final Year Project yang khas untuk pelajar2 final year terutama bagi subjek berkaitan sains.
Inilah wajah-wajah geng-geng MPP saya...Cun dan ensem-ensem kan semua...=)
Fuhh...Tetapi ,saya harap mereka faham keadaan saya yang tidak diberi kebenaran untuk ke UMT buat masa ini. Saya minta maaf sangat buat rakan-rakan disana... =(
Mereka sekarang dah jadi pasangan yang baik..hehe..gurauuu jer laa..^_^
Masitah yang cepat tension.Sayang, senyum macam ni kan cantikkkk...
Sana hujung tengah berdiri tu saya panggil Kak Bad, diikuti Siva, Sam, Abg Ali dan Oppa..
hehe....smart kan cik abg ini..Dia sangat strict dan protokol nih..sesuai dengan portfolio beliau...Keje tip-top..
Jom bersukan..Main bola tampar...
lawan dengan MPP UPM...
Ini my best fwen...Siva..Bajet jurulatih dalam kes ni..
Perghh..main bola tampar pun penuh bergaya...cayalahh..
Ok fine..semua nak menunjukkan skill masing-masing..
Opsss...belakang JER...haha...sorry sam..
Pijan yang sangat kecoh orangnya..Hey, senyapp larr..hehe
Abg syuk yang baik...penuh kerohanian
Bila Dugaan mendatang, Cabaran bersama kita terokai bersama..
inilah wajah penyambung warisan ni..hehe
Dibawa lembayung jagaan Presiden Sufi...Semoga kita dapat berkerjasama sehingga penghujungnya
Inilah wajah-wajah saya rindui..
Saya rasa bersalah tapi saya dah janji untuk lakukan terbaik sekiranya ada part2 yang memerlukan saya. Yer, saya percayakan dorang dan support dorang sangat. Bagi saya, jatuh bangunnya saya adalah bergantung kepada kesatuan kami semua. Sekiranya kami berpecah, pecahlah jiwa saya juga.Tetapi Alhamdullilah, setakat ini, kami masih boleh menerima kelebihan dan kelemahan satu sama lain seadanya. Kunci bagi sesuatu ukhuwah adalah KASIH SAYANG dan tolenransi. Saya doa setiap masa, setiap hari agar disuburkan perasaan Kasih Sayang ini sentiasa dalam diri kami semua, Insya-Allah.
Oppa yang suka makan..Sam tukang potong kek, dan Aniq jejaka paling macho dan cool dalam MPP
Hehe..gadis yang gila-gila ini memang tak kering gusi duduk dengan dia ni..hehe...
Memang tak dinafikan, kadang-kadang kita tak mampu lari dari perasaan tidak puas hati atau kadang-kadang kecik hati hingga buat rasa nak makan hati..(haha..lebih-lebih pulak kan). Tapi bila duk sorang-sorang dan tanya pada diri 'rugi tak engkau makan hati dan sakit hati?'
Maka hati akan cakap "A'ah..rugi..."
Jadi saya akan cakap pada hati "Cuba muhasabah diri sendiri.Kau juga tak sempurna wahai Zulaiqha dan kau juga takkan mampu memuaskan hati semua orang. Macam tu juga orang lain''
Hati saya pulak jawap "Biarlah aku memaafkan dan teruskan menyayangi walaupun apa jua berlaku''
Ketika hati saya berbisik macam tu pada saya, maka rasa tenang muncul tak semena-mena. macam magic pulak...^_^ hehe..
Sebenarnya, semua ini adalah antara pengalaman.. Yang mungkin mendewasakan kita. Untuk kita lebih matang berdepan dengan manusia.
Maafkan aku sahabat kerana aku juga tidak sempurna. =(
Besday pun sambut sama-sama..
“Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam kesusahan.”
(Luqman Al-Hakim)
KEMAAFAN mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita, Tetapi hanya dengan memberi kemaafan, kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas, umpama pisau bedah yang boleh menbuang segala parut luka emosi.
Terima kasih kerana sudi membaca...=) love u
5 Komen-komen:
abg siva viva! haha ;DD
HIDUP MPP!!!!! yeeehhaaaaaa!!
Bila kita muhasabagh diri, insyaAllah segalanya pun akan jadi baik je kan..
@myra yusreena haha....ingat lagi tagline tu yer
@Afiq Sahidihehe..afiq...hidup kita semua..hehe
Catat Ulasan