Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Isnin, 29 Ogos 2011

Kesedapan menikmati 8 hidangan enak dari Man Utd!!

I'm not born to be Man Utd player's wife but I was born to be Man Utd supporter ..hehe....

Not like entri before this but just share my feeling right now..Bukan apa...cerita tentang keseronokan hati bila Man Utd kesayangan buat catatan sejarah hari ini..

Yup, my Manchester United continued their perfect start to the season with a spectacular 8-2 win over an increasingly beleaguered Arsenal at Old Trafford.......(sure i'm happy)

With family, we seronok2 together watching Man UTd berlawan dengan Arsengal  Arsenal...hehe..Happy..


We can see from here..




 A brace for Ashley Young,

Yeayyy..2 gol !!!!





HERO SETERUSNYA...





 as well as strikes for Danny Welbeck,....[muka belagak pulak dia..haha]




Hero yang bawak 3 gol pulak.....




Wayne Rooney hat-trick...(cayalahhh..siap bawak balik BOLA okeyy)
Alamak...this time Rooney belum buat yun nam lagi..hehe..

Taraaa...makin kacak bergaya...dengan rambut baru..hehe..





Dan hero jugak adalah NANI




Hebatkan....beliau sangat-sangat hebat part2 pusing memusing ni.. Banyak skill..
Pernah dikatakan ada byk persamaan dgn CR..


Nani, is back in action..Suka flip kebelakang...Perghh...





Hero seterusnya: PARK....

Manchester United midfielder 
from South Korea has great performance setakat ini..=) 
Cayalah..proud as Asian...=)


 Thanks to player-player Man  Utd.. coz perform greatly....

Surely Sir Alex Ferguson very happy and satisfied with this game.....


Yess..aku memang layar jd coach terbaik larr..huhu..gumbire den..






For Arsene Wenge try to better OKey..Don't be temper ok....SABAR ok...
gain some motivation ....(haha..mcm dia baca nasihat aku nih) hehe..

Aku tengah sabar la ni...


Apa-apa pun. Tahniah Man Utd bawa habuan 8 gol tu ek..=) huhu...Happyyy toniteee...
Terima kasih kerana membaca..





Nota jari- jemari:


Group-group

Group A: Bayern Munich, Villarreal, MAN CITY, Napoli.
Group B: Inter Milan, CSKA Moscow, Lille, Trabzonspor.
Group C: MAN UTD, Benfica, Basle, Otelul Galati.
Group D: Real Madrid, Lyon, Ajax, Dinamo Zagreb.
Group E: CHELSEA, Valencia, Bayer Leverkusen, Genk.
Group F: ARSENAL, Marseille, Olympiacos, Borussia Dortmund.
Group G: FC Porto, Shakhtar Donetsk, Zenit, Apoel FC.
Group H: Barcelona, AC Milan, BATE Borisov, Viktoria Plzen.

Sabtu, 27 Ogos 2011

Jom Join Contest Raya Pertama Terompahcaring!

Klik sini kalau nak join...

Contest sebenarnya.. sambung perkataan.....dan ayat pertama yang jadi pilihan saya adalah......
“Hari raya kali ni tak best kerana…”

Hari raya kali ni tak best kerana pertamanya aku terpaksa pulang ke kampus awal. Tapi tak seawal mana, cuma masih awal berbanding kawan-kawan yang lain (di universiti lain) iaitu pada 4hb September 2011 dah kena balik UMT (universiti malaysia terengganu yer...kang tak tahu pulak apa tu UMT)..hehe...So..saya pun kena balik. Nak menyambut kedatangan bakal-bakal mahasiswa UMT yang baru untuk semester baru dengan semangat baru. Mereka datang, kita sambut la... Jadi senior bukan selalu yer tak?hehe...



Saya bakal melalui semester baru dan menyambut adik-adik baru. .Tapi kali ini agak berbeza kerana tanggungjawab lebih berat. Sebagai pelajar, dan juga sebagai pemimpin. Harap dapat menjalankan tanggungjawab ini sebaiknya..Amin... Dan saya juga kena berjumpa pensyarah waktu tersebut untuk menceritakan beberapa permasalahan tentang projek saya..


pepun samat ali laya...




Kenapa saya TAK GEMBIRA KETIKA HARI RAYA PERTAMA?

Adalah kerana saya punya fikiran masih melayang pada kerja-kerja di UMT. Letih dah nak memaksa otak ini supaya bergembira pada hari raya kali ini. Namun , otak ni degil sangat gamaknya. Mungkin saya sorang je kot rasa macam ni..





Kenapa saya TAK GEMBIRA KETIKA HARI RAYA PERTAMA adalah kerana yang paling utamanya...


Kerana raya kali ini, adalah kali pertama tanpa nenek saya.. Arwah meninggal semasa bulan Syawal tahun lepas, masa meninggal saya tak sempat nak cium arwah masa tu walaupun untuk kali terakhirnya sebab berada kat Terengganu, kat kampus masa tu dan arwah perlu dikebumikan secepat yang mungkin (tak elok biar jenazah tak dikebumikan lama-lama)..

 Maka saya tidak sempat untuk pulang...Rasa terkilan masih berbekas dihati ni  lagi.Sebab tu, bila ada mana-mana ahli keluarga saya yang sakit, mesti saya nak balik rumah sehingga saya dapat lihat sendiri dia ahli keluarga saya sihat. Sebab saya pernah rasa kehilangan dan tiada kesempatan untuk bersama disaat akhir.



Ingat lagi pada 13/9/10 nenek datang rumah....Nenek sungguh-sungguh nak datang rumah...
Kami semua terkejut..tapi  dapat tengok pada raut wajah nenek......

Wajah nenek nampak gembira sangat..
Senyumannya tak lekang kat bibir..


Saya tahu nenek sakit kaki, tak mampu nak jalan jauh-jauh. Tapi nenek kata, nenek tetap nak datang jugak sebab malam tu saya nak balik ke UMT dah..
Ingat lagi nenek cakap..

'Biarlah nenek datang, nak tengok cucu nenek'
(bila teringat ayat ni, rasa sebak tiba-tiba)

Bila nenek datang, saya terus salam nenek dan sangat sayang nenek..
Dulu masa saya kecil lagi nenek selalu jaga saya...

Arwah nenek merupakan ibu tunggal yang sangat tabah, kuat semangat dan tegas masa muda-muda.. 
Abah selalu cerita nenek garang masa muda. Tapi nenek kuat semangat.Walaupun tak pandai membaca rumi, sebab hanya tahu membaca jawi ,nenek berjaya mendidik anak-anak hingga dewasa. Malah pergi Mekah atas titik peluh sendiri. Alhamdullilah.....



Kemudian, seminggu selepas itu, saya dapat tahu nenek masuk hospital.. Tapi saya tak sangka pada hari yang ke-4, Allah lebih menyayangi beliau..





Sekarang...saya hanya mampu menatap wajah nenek di sini jer...dalam kenangan..
Dan kenangan ini pasti terimbau pada saat raya pertama. Rumah neneklah adalah rumah yang kami akan kunjungi untuk kami beraya..

Hari Raya Pertama....
Dan makin sayu hati bila terdengar sayup-sayup 
Bila terdengar takbir raya.....


Menangis lah saya di sini...



[gmbr hiasan]

di sinilah kami akan pergi untuk hari Raya Pertama...................

Al-Fatihah buat arwah nenek..
Nek, eqa sayang nenek sangat.....





nota jari- jemari: saya tag kepada ALI XY dan FADHIL

Jumaat, 26 Ogos 2011

When sebut FYP, aku jadi TENSION!!

Orang bila dah nak dekat raya HAPPY belaka ...tapi aku masih tak selesai2 lagi ni,.,

Yer..aku tension dengan FYP

Aku jadi tension pikirkan FYP (FINAL YEAR PROJECT),...sangat tension dan bertambah tension memikirkan sem depan makin banyak aku kene setelkan. Bulan Ogos ni, memang supervisor aku tak ada pun..kebetulan aku memang tak boleh balik umt. aku dan sampling dan aku akan sampling lagi..

Sekarang aku kena dan sedang setelkan :-

1) Proposal.
2) Method perbaiki.
3) Sukakan dan cintakan project aku

Segan aku nak bagitahu tapi ini adalah belog aku yang aku boleh luahkan apa jua cerita peribadi dan luahan hati..
Aku segan sebab aku baru lepas menangis kerana takut nak menghadapi semester depan. Yer, memang aku takut berhadapan dengan dugaan Allah. Tapi cuba positifkan diri...bahawa dugaan Allah ini adalah penguat aku sebenarnya.

Semester depan...


-Banyak program MPP bertindan-tindan dengan FYP punya kerja.
(ada akan perli, kenapa tak setelkan masa cuti, aku akan jawap apa yang realiti yang berlaku)
-Aku kena pergi sampling kali ke-2 sebelum monsun...(monsun merupakan cabaran terbesar aku..tapi tak apa, aku pikir positif)
-Aku cuma tak nak extent.. (doa siang malam)
-Aku nak sukses..(semua orang nak)
-Aku nak dapat result baik..AMIN
-Aku akan cuba buat sehabis baik untuk berjuang dimedan ilmu dan juga berjuang demi amanah sebagai MPP..
-Aku harap pensyarah gembira melihat aku selalu datang bilik dia..(plss..jgnlah menyampah dgn sy, sy budak baru belajar..dan masih nak banyak tanya,,,sebab saya memang tak faham sangat ni...=(  )
-Aku kena tabah..dan jangan ikut mindset orang, Aku doa ramai sudi bantu aku..Amin..
-Aku tak nak tekanan yang menyebabkan aku lari dari FYP.. atau nak tukar topik (sedangkan dah 4 bln aku bergelumang dgn topik ttg nitrate effect pada coral ni tapi masih terpikir, alangkah bestnya kalau aku dapat topik itu dan ini...Oh my god..sempat lagi pikir gitu ek...memang tak normal aku nih.)
-Aku harap pensyarah aku mampu bantu aku selalu dan marah aku kalau aku salah (aku perlu disedarkan sentiasa)
-Aku cuma nak perabiskan masa setahun aku lagi kat UMT dengan sebaik mungkin...taknak lah asyik menangis jer...
-Aku harap masa aku present, pensyarah pandang dan senyum kat aku, kerana aku sayang mereka macam mak ayah aku..
-Nak sentiasa cukup kan solat( bukan hanya start sem depan ni..ni setiap masa)
-Nak elakkan diri dari buang masa..walaupun aku akan berluahan di belog, tapi aku tak nak berfacebook lebih daripada 30minit..
-Aku tak nak buat muka tension depan orang..
-Aku nak sayang semua orang sentiasa (dengan harapan orang pun sayang aku..hahaha..perasan sangat)
-Aku nak fokus dalam dua-dua  bidang..FOKUS perlu tuk berjaya..


Ini antara harapan aku semester depan....

Dan pembaca semua..doakan lar aku yer...

Doakan yer......Aku akan cuba buat yang terbaik..demi

-ALLAH
-DIRI AKU
-KELUARGA AKU

Keluarga ku...ni gambar raya tahun lepas ni..Demi mama (sebelah kiri aku)
Abah tukang amik gambar..

KALAU AKU GAGAL SEKALIPUN, YANG PENTING AKU DAH BERUSAHA SEDAYA UPAYA AKU! 


Terima kasih kerana sudi baca luahan aku.
Kurang sikit stress aku..Ok..nak sambung kerja jap..BYE!

Khamis, 25 Ogos 2011

Follower ku yang ke-333 telah ditemui...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hehe..untuk pertama kalinya...
Saya buat entri special untuk FOLLOWER saya yang bertuah pada kali ini...

Seperti yang telah dijanjikan pada entri yang lepas, bahawa aku akan membuat entri bagi follower ku yang ke-333...bukan apa, saje jer nak meraikan beliau..



Masa aku bukak blog ni, tengok-tengok dah jadi 334...tak sempat nak printscreen yang 333...hehe
tapi tak apalah, yang penting dah ada orang yg ke-333 tu...


Beliau di kenali dalam belog sebagai Cikgu Mat...
Nama belog beliau adalah 'Art of motion' dan link blog beliau adalah www.realitiseni.blogspot.com...
Bukan hanya satu blog, beliau juga ada satu lagi blog, namanya GENG.DESIGN.BAJU...

Saya ada datang ke blog Cikgu Mat ni semalam..Beliau berasal dari Tanjung Malim, Perak.
Telah menjadi blogger sejak 2010...memang ada banyak talent, photographer boleh, puisi boleh, kira seni abes lah....tengok banyak gambar2..cantik2 pulak tu....

Inilah wajahnya... saya curik dari photo blognya...hehe.sorry..

Ada baca-baca entri dalam blog beliau, banyak juga cerita menarik di situ.. dan saya tahu, beliau juga merupakan pemimpin pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris ...Kita rupanya pada satu perjuangan yang sama lar Cikgu Mat atau dalam MPP dikenali sebagai Wan Mohd Razuha b. Wan Md Zuhaidi, beliau memegang jawatan selaku Exco Penerbitan dan Informasi dalam MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2011/2012...

Semoga teruskan perjuangan dan amanah sebaiknya yer.. All da best !! 

sumber dari sini

Sejujurnya sukar jugak nak tahu nama sebenar Cikgu Mat ni, tapi kena baca entri demi entri..dah search google..Hehe...

Tapi  saya juga baca dan akhirnya menjadi follower beliau yang ke-240..ehh.bukanyg ke-230....



Okey..Terima kasih yer kepada Cikgu Mat...My follower yang ke-333 yer...
kalau ada salah dan silap info diatas minta maaf yer...^_^ TQ


Rabu, 24 Ogos 2011

"Saya Join Cabutan Bertuah Kaspersky 2012"

Hari ini saya rajin BW (blogwalking)..maka saya ke satu blog ni >http://codekasper.blogspot.com

Almaklumlah,,saya pakai kypersky...

My license just tinggal 40 days more...

So,,bila ada contest..mesti ada hadiahkan..=)

Ada contest...hadiahnya:


Kesemua hadiah bernilai RM100!!


HADIAH
1st : KIS 3 USER / 1 YEAR
2nd :  KIS 1 USER/1 YEAR
3rd : KAV 1 USER / 1YEAR




 SYARAT2 :
1.Mestila blogger 
[OFCOZ AKU BLOGGER..HEHE]







2."Saya Join Cabutan Bertuah Kaspersky 2012"




3. Dah copy banner letak kat blog aku nih.




4. Dah setel klik LIKE kat fanpage Kaspersky ni ye.. KLIK SINI



5. Lepastu tag lagi 3 orang blogger :)



Semoga Menang...haha...So sesiapa nak join, boleh la singgah ke BLOG INI k...

Selasa, 23 Ogos 2011

Raya dah nak DEKAT!!


I am practicing to write and speak in english just to 'menjiwai' my FYP mood. haha..Poyo kan...hope, its ok for you all...And  I apologize if there are grammatical errors or cannot be understood. 


Huhu..now, i can't believe it, we are 3 weeks into the month of Ramadhan and next week’s already Raya! Omy God...Time sure flies...There are no doubt the time passed so quickly.

Have you had the opportunity to explore the variety of kuih raya and baju raya yet? Or just listen to lagu Raya? haha...

Today, I feel a regret for not using my holiday time wisely.From the beginning of holiday, my initial plan to get my car license, but unfortunately time does not really appropriately for that because my father was busying with his shooting and everything, at the same time he not let me return to UMT, then reluctantly I had to follow his rule. In addition, my sister sick and I need to monitor her.


Hmm...how about your Raya Preparation? Of coz, the Raya preparation is always the fun part, don’t you think? You get to shop for new clothes, groceries for all the ketupat, bunga api, rendang and kueh-mueh you’ll be serving & indulging in. Even my raya preparation just biasa-biasa, but i am grateful with what i already got. Now, that’s the raya spirit.

However I still sad coz will leave Ramadan..................


Suddenly, i think ''Facebook was disrupt everything"....[This can be considered as only an excuse for me maybe..haha]

Not my hand..not my phone...



That is the magic word that my mother said to ​​me that make me berazam  'I have to change'..aku dapat result A untuk FB...but, how about more important matters?

-Final Year Project Presentation still pending ...Then my heart is still fear and my heart still nervous all the time...

Maka jalan penyelesainya...


-Forget MY lovely FACEBOOK for TEMPORARY

-Focus Fully TO MY WORK FIRST


Sekadar gambar hiasan..harap dapat tebal macam ni juga..hahaha




Time with family should be used sebaiknya.bukan waste time ber'FACEBOOK ... ' better do my homeWORK...^_^

Selamat menyambut Hari Raya!!! Maaf zahir batin!!

Terima kasih kerana membaca.

Merdeka dalam derita...





"Janjiku, harapanmu inginku laksanakan..." : kataku untuk pertama

"Ada penghalang.... langkahku jadi rapuh bukan kerana tua.."

Tidak mampu bergandingan...... kerana ku lepaskan sayapku.. 

Dulu ku genggam sayapmu dengan semangat membara..

"Mari kita terbang bersama," janji kita ketika dulu...

Kini, berjuta harapan makin kacau kerana DERITA.

Ya Allah, aku perlu semangat..
Beri petunjuk,

Jangan biar sayapku terus rapuh..

Jangan biar jiwa makin kacau..

Akan perlu ku mamah DERITA ini..

Aku perlu...

Kerana aku adalah anak warisan.....


Salam Kemerdekaan.......!!


Ahad, 21 Ogos 2011

Baru lepas tengok cerita di TV3. Touching pulok!!

Baru lepas tengok cerita kat TV3...tajuknya 'Mengurai Rindu'...Menceritakan tentang seorang ibu tua yang kehilangan anak tunggalnya, menantu lelaki dan seorang cucu sbbkan excident.. Lepas 3 tahun kematian anak-anaknya, masih lagi dia fikir anak dia hidup dan sentiasa menunggu-nunggu bila tiba hari raya..

Sedih rasa..Orang kampung pulak siap perli-perli, ngumpat-ngumpat tentang beliau..Kesian sangat....
tapi satu yang menariknya ialah: Walaupun dia kelihatan NYANYUK..tapi dia tetap BERDOA..BERDOA..BERDOA untuk dapat jumpa anak2 nya..Ahh..nampak macam tak logik kan..memang tak logik pun..Mana ada orang mati hidup balik pun...

Tapi dalam cerita ni menunjukkan dengan DOA.. Allah kurniakan sebuah keluarga yang datang ke kampunt tersebut untuk melawat kubur arwah ibu bapa mereka tetapi akibat kereta rosak, maka mereka pun menumpang rumah makcik tersebut... Dah lar muka mereka semua sama dengan arwah anak makcik yang meninggal tadi..(aik...sama pulak?) .. Tapi sebenarnya makcik tu sedar yang anaknya dah meninggal..cuma dia rasa sunyi sangat. Tapi akhirnya keluarga 'baru' tadi menerima makcik tersebut..

Inilah namanya berkat DOA..DOA DAN DOA....

jom dengar lagu ni..



Lagu Menuju Wawasan...
UNIC

Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu

Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah

Umat islam harus cemerlang hari
Ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh

umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat

aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari

umat islam harus cemerlang hari ini
umat islam sentiasa boleh

akhirnya islam cemerlang seluruh dunia..

Huhu...Selamat berdoa..selamat menyambut saat2 terakhir Ramadhan..dan juga kedatangan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi, Insya-Allah..

Terima kasih kerana sudi membaca.....

Jumaat, 19 Ogos 2011

Video Youtube yang buat aku MELALAK sorang-sorang!

Aku di tag oleh seorang sahabat dalam FACEBOOK..
Macam biasalah part-part kena tag ini normal kat facebook..

Tapi kali ni lain....aku ditag di video ini...

SANGATTT MENYENTUH PERASAAN, KALBU, PARU-PARU dan seangkatan dengannnyaa...



Video ini ditujukan kpd yg masih ada naluri & perasaan. Yg ada nilai kasih & sayang.Ye,ada jiwa yg perlu kita hargai waktu ini saat ini..Yg kadang2 kita lupa, kadang2 kita BUTAKAN JIWA,MATA & HATI kita.

Ingatlah..seburuk mana pun ayah kita,seteruk mana pun ayah kita, sedarlah dia TETAP AYAH kita yg SAYANGKAN kita..sedarlah sebelum terlambat.

Sangat sedih... Sangat meyedarkan..


Khamis, 18 Ogos 2011

Nervous coz time too fast..

i'm scared of the world.
things can happen and in a split second, it can all be lost.
i can be lost.


BUT...

I need to........

Work It
Make It
Do It
Makes Us
Harder
Better
Faster
Stronger
More Than
Hour
Our
Never
Ever
After
Work is Over

Work It Harder Make It Better
Do It Faster, Makes Us stronger
More Than Ever Hour After
Our Work Is Never Over
Sumber ayat: maria elena


Yeah..now i' m this my face when i have to do my FYP  which is freaking complicated...oh no...Don't like it..and still keep trying...

Yeahh.. this picture can discribe my feeling right now. 
Haha,..Muka macam nak mintak penampor ...






Just smile for again some strength....
Have a nice night everyone..my night?so miserable i think..me being me..alone in the room, with my loyal lappy, my cute fan, my bed..of coz....seems like its calling me to sleep..argh...i cant sleep lately..a lotsa things in my mind...

FYP..FYP..FYP....
Need to be strong...

Yeah..I'm BIG BIG GURL..but if FYP leave me?


Siapa gerangan FOLOWER belog aku yang ke 333

Ok...entri ini bukan apa..sahaja nak menghilangkan kebosanan...
Siapa lah yang jadi follower yang ke 333 ni yer.. Aku akan buat entri special untuk dia, Insya-Allah...



Muka sedang menunggulah konon ni..Erk......




dan terus menunggu....siapa gerangan 333 ni.....siapa..siapa...?

Alamak...tertiba muka serius pulak..

Hari ni tak seseronok mana.. Kena setelkan proposal dan slide presentation untuk final year project...Dah lah tak sihat....





Benci dan tak suka....





Muka bosan mcam ni..muka menunggu. [tapi taklah senyum rasanya macam ni..]





Oklah..entri membebel dan syok sendiri saya akhiri dengan TERIMA KASIH..
Bye...saya jalan dulu yer....




Moga esok saya lebih happy...ANDA juga...


Rabu, 17 Ogos 2011

Wordless Wednesday #1 : Facebook Is Like Dating?



Nota jari-jemari: My first time Wordless Wednesday.....

Saya sayang awak, awak sayang saya?

[Entri mengada-ngada]
hahah...orang kat belakang inteprem...beliau adik lelaki ku yang senget..


Ok...fine...tajuk macam manja bertambah romantik gitu.
Perlu ke saya tulis entri tentang cinta ni? Perlu ke? Bukan apa..

Sejujurnya......saya...saya...hmm...(suspen tak? suspen tak?) hehe...tak ada apa-apa pun sebenarnya.

Ada satu dialog yang dari seorang perempuan dan seorang lelaki :


Si gegel: Awak..saya sayang awak...
Si boboy : Kenapa tetiba sayang sayang saya?
Si gegel: Ntah..dah saya sayang, nak buat macam mana...
Si boboy: alahai...saya pelik..awak demam kepialu ke? ke rabun semalu?
Si gegel: Sampai hati awak...saya betul-betul suka awak ni..Awak kan kata awak sayang saya juga dulu.
Si boboy: Isyy...mana ada.. Awak yang mana satu ni yer..? (sambil garu-garu kepala yang berkelimumur)
Si gegel: Waaa..jahatnya awak..awak betul-betul saja permainkan perasaan saya yer..
Si boboy: Saya banyak lagi alat permainan untuk saya mainkan. Apa best sangat main perasaan awak tu?
Si gegel: OMG... awak..awak ni memang lelaki tak guna lar...sakit jiwa dan raga saya macam ni tauuuu...

Ahh...lebih kurang macam tu lah dialog yang berlaku (bukan pada saya..ini contoh)

Apa pendapat u'all as reader? hmmm..mesti ada 3 kemungkinan kenapa si boboy tu cakap macam tu kan

1. Kerana merasakan terkejut sebab betul-betul tak kenal si gegel tu.. 
2. Kerana memang banyak gegel2 lain yang mengkonpiuskan beliau. [mungkin kerana lebih banyak gegel daripada bob0y...] 
3. Kerana memang sengaja buat-buat tak kenal dengan kegembiraan mempermainkan perasaan gadis tersebut.


Wah...benarkah? Benarkah? Fakta ke auta yang mengatakan lelaki lebih sedikit dari perempuan? Menyebabkan perempuan-perempuan menjadi terlebih kuantiti?wah...inikah orang kata detik-detik akhir zaman?

Maka..macam mana keadilan dalam mengwujudkan CINTA???
Aiyaaa..macam mana nak jawap ni? Sekadar buat cadangan 'konon-konon' cinta boleh lar...Apa-apa pun antara tips cinta yang adil adalah....

1.Cinta Allah dulu..sure keadilan sentiasa ada.. 
2.You have to love yourself too...Jangan sampai buat kerja yang memudaratkan diri kita tau.

3.Cinta insan yang menjadi punca kita dapat bernafas dalam hidup kita.. Ibu..ibu..ibu...dan ayah kita...Sayangi mereka sementara masih ada.Luahan melalui video ini:-
4.Kemudian cepat-cepat ingat pula sapa yang ajar kita A B C (bukan AllahBagiCuti.. yer) tapi ILMU kepada kita.Sayanglah guru-guru kita.. 
5.MEMBER..cinta member anda? After that, oleh sebab hampir most our time as a student di universiti atau di mana-mana tmpat belajar adalah bersama kawan2..That's why, MEMBER adalah antara penentu siapa kita masa akan datang..... So.let's start untuk mencarilah kawan yang setia bersama kita ketika kita diatas, BERSAMA KITA ketika dibawah dan menegur ketika kita SALAH.....
6.Kemudian mulakan cinta-cinta yang bercanda..oh tidak...[nanti ada yang blacklist belog aku ni.]

>>>>Akan ada pulak yang mengatakan aku mengalakkan orang bercintan, berkapel selam atau sebagainya....Oh tidak..bukan itu aku maksudkan. Bercanda..opss..bukan bercanda..bercinta. bukan berjanda ya<<<<<



 [jeling-jeling pulak dah..]


KALAU BERCINTA.......


1.Jangan beri duit anda seperti mengambarkan anda penderma kaya-raya kepada kekasih yang boleh lari sekelip mata..
 2.Jangan mudah percaya... test market sikit. Jual mahal sikit OK... 
3.Selidik senyap-senyap, jangan terlebih paranoid OK... 
5. Jangan serahkan kemahkotaan anda yer..(expecially for gegel ok..yang boboy pun hope jaga kemahkotaan anda yer....hiasilah sebaiknya untuk yang berhak k...) 
4. Cepat-cepat kawin dan dapatkan baby comel anda.


Kadang-kadang cinta kita macam ni....




Happy ending.....





Tapi macam mana kalau yang macam ni...


Maka, buatlah pilihan yang bijak OK???

haha..terima kasih kerana membaca...^_^



1 minit : utk jatuh aty pd seseorang..
1 jam : utk sukakan seseorang......
1 hari tuk menyintai seseorang....
.........TAPI........
SEPANJANG HIDUP utk lupakan seseorang ....
....NAMUN, CINTA KEPADA MAHA ESA ADALAH CINTA ABADI SELAMANYA....

Isnin, 15 Ogos 2011

Frust..Yer..saya sangat FRUST!!

Okey..kenapa entri bunyi seperti sangat frust?

Adakah saya baru putus cinta?
atau saya sedang berputus asa?

Oh nooo...

Masih tak percaya saya sedang frust?

Try tengok bukti ni......
Haaaa..nampak kan MUKA saya FRUST....
Fuhh..sangat frust..
Cuma gambar ni saya tak menonggeng kerana menjaga tatasusila dibulan Ramadhan ^_^





Napa saya FRUST sangat nih??




Nampak tak muka frust ni? Bawa diri...jalan KELUAR pun tak tahu mana dah...
eh..eh..mana ni..





Dapat lihat dari wajah ini... nampak kan muka frust...bukan apa....Tadi tengok TV....
Kekasih lama saya Datuk Lee Chong Wei...








Berlawan BADMINTON dengan.......




Lin Dan menang larrr...
Seperti biasalah bila menanglah ini merupakan peluang untuk tunjuk badan...euwww








tak apa......
dia dah wat terbaik dah,,,
Memula chong wei (22-20) , pastu lin dan (14-21), pastu last lin dan (23-21)...




fuhh..frustt...





Sikit lagi nak menang kot..aishh..kesian bekas kekasih ku ini..tak apalah..nak wat camne....




Tapi mujur ada yang wat saya tersenyum....





Nampak kan saya senyum semula....




sebab nampak seseorang..yang kacak bergaya...







Young..Man Utd punye game tadi...dia penyelamat kedua selepas Rooney....huhu....menjadikan Man UTD menang 2 gol..YEssss....GooooLLLL (sumber)



Berlawan dgn West Ham. Brom..dan RESULTNYA.....





Nota jari-jemari: Mesti ada yang bengang nih..Maaflah bagi yang anti-Man utd yer.. Wa peminat Man Utd la awak....hehe..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..