Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Sabtu, 25 Disember 2010

Anugerah Skrin beri kejutan?


PELAKON Wanita Terbaik Filem, Sharifah Amani dari filem Mualaf (kiri) dan Pelakon Lelaki Terbaik Filem, Anugerah Skrin, Bront Palare (kanan), dari filem Belukar, di Anugerah Skrin 2010 di PWTC, malam tadi. 
Foto Halimaton Saadiah Sulaiman 


Kemenangan kedua ABPBH selepas kali pertama dinobatkan juara kategori sama pada ASK 2006. ABPBH program berprestij anjuran Berita Harian yang mula diadakan pada 1987. Edisi 2009 disiarkan secara langsung oleh TV3, April lalu menewaskan empat program hiburan hebat lain yang dicalonkan kali ini.
Sementara itu, drama Antara Garisan arahan Shahrulezad Mohameddin mengungguli kategori Drama Terbaik, manakala filem Muallaf diumumkan Filem Terbaik pada malam Anugerah Skrin 2010 (ASK 2010) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam tadi. 

Drama terbitan Radius One Sdn Bhd itu yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) mengetepikan 16 drama (telefilem) lain yang berentap, selain 12 drama rantaian dan lima drama komedi yang dicalonkan tahun ini. Sebanyak 24 kategori dipertandingkan pada ASK 2010 membabitkan pelbagai karya drama, filem serta karyawan muka baru dan lama. 

Fauzi Nawawi menang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama, Noorkhiriah (Pelakon Wanita Terbaik Wanita), Isma Yusoof (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama), Fadilah Mansor (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama), Antara Garisan (Anugerah Lakon TV Terbaik) dan Datang Bulan (Videografi Terbaik). 

Sementara itu, filem Muallaf diangkat Filem Terbaik menewaskan 24 calon lain dengan Pengarahnya, Allahyarham Yasmin Ahmad dinobatkan Pengarah Terbaik Filem, manakala kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem diraih menerusi lakonan hebat, Sharifah Amani. 
Aksi hebat Bront Palarae dalam filem Belukar sekali lagi menghadiahkan gelaran buatnya. Pelakon berdarah campuran Melayu-Siam-Pakistan-Cina itu dinobatkan Pelakon Lelaki Terbaik Filem selepas sebelum ini meraih gelaran Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23, Oktober lalu. 

Aaron Aziz melalui filem Evolusi KL Drift 2 dan Nor Fazura (Pisau Cukur) meraih Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, manakala pengarah muda, Syamsul Yusof menang kategori Lakon Layar Terbaik Filem. 
Ensemkan..amik kat abg Google..=)


Drama Rantaian Terbaik dirangkul Nur Kasih lakonan Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz, sementara Simpang 3 (Drama Komedi Terbaik), Epik Suatu Ketika - Laskar Senoi siaran Astro Prima (Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik), Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu terbitan RTM (Rancangan Bual Bicara Terbaik). 

Anugerah Juara Lagu ke-24 terbitan TV3 mengungguli kategori Rancangan Muzikal Terbaik, Showdown 2010 terbitan 8TV (Rancangan Realiti Terbaik), manakala program Aduan Rakyat terbitan TV3 (Laporan Khas/Berita Terbaik). 

Majlis gemilang itu menyaksikan pelakon, Shaheizy Sam menerima Anugerah Khas Juri. 

Hadiah utama ni disampaikan Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaafar dan Ketua Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan. 

Info 
  • Drama Terbaik - Antara Garisan 

  • Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat) 

  • Pelakon Wanita Terbaik Drama - Noorkhiriah (Antara Garisan) 

  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Isma Yusoof (Antara Garisan) 

  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Fadilah Mansor (Sebelum Akhirat) 

  • Pengarah Terbaik Drama - Murali Abdullah (Sebelum Akhirat) 

  • Drama Rantaian Terbaik - Nur Kasih 

  • Drama Komedi Terbaik - Simpang 3 

  • Lakon TV Terbaik - Antara Garisan 

  • Videografi Terbaik - Datang Bulan 

  • Filem Terbaik: Muallaf 

  • Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Bront Palarae (Belukar) 

  • Pelakon Wanita Terbaik Filem: Sharifah Amani (Muallaf) 

  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2) 

  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Nor Fazura (Pisau Cukur) 

  • Pengarah Terbaik Filem: Yasmin Ahmad (Muallaf) 

  • Lakon Layar Terbaik Filem: Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2) 

  • Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik: Epik Suatu Ketika - Laskar Senoi (Astro Prima) 

  • Rancangan Bual Bicara Terbaik: Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu (RTM) 

  • Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 

  • Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu ke-24 

  • Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2010 (8TV) 

  • Laporan Khas/Berita Terbaik: Aduan Rakyat TV3 

  • Anugerah Khas Juri: Shaheizy Sam   



  • Info khas dari berita harian
    Sooo..kepada semua pemenang...tahiahh..tahniahh..tahniah di ucapkan yer...teruskan tingkatkan prestasi...kurangkan KONTROVERSIIIII!! HUHU...

    Nota tangan: hmm..bila pulak la aku pulak nak dapat anugerah ni ek..aduhhh..^_~


    0 Komen-komen:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Celoteh Sayang..