Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Ahad, 26 September 2010

Cemerlang walaupun KAHWIN awal? Wahh....hehehe

Graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Muhammad Yazdaan Mohammad Aris, 23, membuktikan tanggapan itu salah apabila menerima Anugerah Pingat Jaya Cemerlang pada Majlis Konvokesyen UTM ke-45 di Skudai semalam.
Muhammad Yazdaan yang merupakan graduan Sarjana Muda Kejuruteraan (Petroleum) berkata, isterinya, Syamimi Samuin, 23, yang dikahwininya tahun lalu banyak memberi dorongan kepadanya.

Katanya, dia mengenali isterinya ketika sama-sama menuntut di Kolej Matrikulasi Perak dan sering berkongsi idea.

"Asalkan bijak membahagikan masa, kahwin pada usia muda tidak menjadi masalah. "Isteri saya yang juga graduan Universiti Sains Malaysia sering berkongsi perkara ilmiah di rumah," katanya.

     Anugerah Pingat Jaya Cemerlang dianugerahkan kepada graduan yang cemerlang dalam bidang selain akademik.
Seramai 5,482 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada konvokesyen tiga hari itu.
Majlis disempurnakan oleh Canselor UTM, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

     Sementara itu, dua pasangan suami isteri, Mohd. Fadzli Merican Md. Affendi Merican, 29, dan Baridah Ahmad, 28, serta Mohd. Faiza Abdullah, 32, dan Rozita Jaafar, 32, juga bertuah dapat menggenggam ijazah menerusi Program Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (UTMSpace).
Kesemua mereka lulus cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) melebihi 3.00.
     Cermelang walaupun berkhawin usia muda ; Hmm adakah ini sudah menjadi suatu alasan / galakkan ? Tidak khawin awal tidak dapat cemelang ke? hehe..tak adalah..semua bergantung kepada diri kita jugak kan....so ...tiada alasan kan kalo betul2 nak berjaya...yang penting kita USAHA dan BERTAWAKAL...
doakan saya ya...bukanlah doakan kawen awal..tapi doakan dapat cemerlang jugak macam ni...amin....=)

daripada kosmo ...=)


Why life is ssooo busyy...?

26 September…
Ya…tak ada apa menarik pada tarikh ni? Sapa kata…setiap hari adalah hari tebaik kita semua sebenarnya tau….

Hehe….oK…tak ada apa nak cerita sebenarnya…cumanya…aktiviti ku terlalu padat..aduhh…bayangkan hari Jumaat yang lepas saya  patut bangun jam 5.30pg…tapi apa yang terjadi bila saya terbangun jam 7pagi dan lalu tertinggal bus..Percaya tak?haha…sapa yang akan percaya kan..tapi hakikatnya begitulah terjadi…

Barulah saya sedar bahawa.TIDUR itu sangat penting…dan saya tak suka sia-siakan waktu tidur.
Bila tidur cukup..maka hati pun akan lebih senang..susah nak marah..moody pun dapat dikurangkan,produktiviti kerja jugak dapat ditingkatkan…hm…gitulah…

Tapi..bila TIDUR TAK CUKUP ginilah jadinya..memang saya tak cukup untuk beberapa hari..dan saya tak bangga untuk itu..tapi apa boleh buat..saya redha je…masalahnya saya dah cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang yang berDISPLIN..saya mahu jadi orang yang patuh pada JADUAL yang difikirannya…malangnya…saya tak berkemampuan..aduhhhh…sedih la …

Then hari yg seterusnya saya kena jadi MC...tapi tak ada suara..serak..serak...tapi tetap jalankan tanggungjawab,Allhamdullilah..program Beach Clean Up yg disertai oleh pelajar2 dari 5buah sekolah berjaya dijalankan dengan baik.....

Tak pe..tak pa…saya pujuk diri saya sendiri..saya yakin saya boleh BERUBAH…saya akan cuba guna kan masa dengan lebih baik..kurangkan BERCAKAP walaupun saya tahu itu adalah HOBI yang tak boleh lari dari diri ini..hehe..=)

Ok…saya sedang menyiapkan slide untuk presentation..saya  mengharap SANGAT pada presentation ini.Moga saya Berjaya unutk menjalankan presentation..Amin..Ya ALLAH,bantulah hamba-Mu ini…

Khamis, 23 September 2010

Sakit hati nangis atas basikal

Agak-agak macam ni kot muka saya time sedih..waaaaaa...=(
Ni  saya tak tahu la nak describe cerita jenis pe…tapi …apa yang leh saya tau…sedih la gak..buat diri saya…perghh..mesti semua terus nak off page ni kan..jap..jap..sabar..ni  just nak kongsi..tuk pengajaran buat semua jugak…pada yang  ada perasaan…pada yang ada kawan2…ada suka duka terluka pahit maung dan yang sekutunya kan..maka..saya pun nak bercerita sikit..

Sekarang jam menunjukkan pukul 8.30malam..esok ada test…esok jugak ada tunjuk slide kat doctor siti tentang kerja lapangan…waaa..tapi tak siap lagi..sempat lagi luah2 perasaan..

Iyala….macam mana nak focus buat kerja kalau kepala serabut dengan masalah dengan manusia kan..bukan dengan kekasih intan payung ke yer..hehe..tapi dengan kawan….

Saya just nak kongsi…harap orang tu tak baca la blog saya..kalo baca pun takkan saya nak marah…dan dia pun tak ada sebab nak marah saya pulak…sebab ni luahan hati saya..maka saya tak boleh menipu hati saya sendiri….Betul tak? Asalkan saya tak mengaibkan dia dah mencukupi..

Saya ni jenis menjaga kawan…senang baca gerak-geri malah percakapa(bukan psikik yer..tapi suka analisis gerak geri org),saya boleh terima kritikan walaupun paahit…(sebab kita tahu yang orang tu kritik kite utk kebaikan kita supaya kita berubah),tapi kalo part PERLI MEMERLI ni memang tak boleh terima sebab sangat menyakitkan hati..sebab tau hati orang yang memerli ni mcam nak menyakitkan hati kita..kalo perli atas sebab rasional xpe la jugak..tapi ni tak…kita elok2 niat nak membantu…bila silap sikit…perli2 plak macam kita tak ada telinga,,,macam kita buta tuli…macam kita orang BODO tak ada perasaan…( saya memang jarang guna word BODO ni sebab tak suka)....

Mungkin dia rasa dia lebih tahu..die rasa dia lebih makan garam( tak takut darah tinggi agaknya)..hehe…dia rasa dia serba serbi sempurna..maka orang macam saya yang hanya umo setahun jagung,yang hanya bermata sepet berhidung pesek ni mana dia nak pandang..tauuu dah..tak payah cakap…tapi hormatla sikit beb…saya nak je cakap..’saya Melayu…awk Melayu tapi mana ADAB KEMELAYUAN awk  yer?’ Hmm…xpe..xpe…mungkin dia fikir…dengan perlian dia..saya tak sedar kot…perghh..bukan nak cakap besar..tapi sekilas tengok muka..siap dengan suara..dengan mulut dia saya tengok,tilik baik punyaa..wa dah tau la beb…huhu…..

Huhu…xpe..xpe…sabarkan hati..sekarang saya dah sedar…kadang-kadang kawan yang kita anggap kawan boleh jadi lawan dalam diri kita…Saya ni pulak punya la senget…pegi macam tu je….Sambil naik basikal,bukak la lagu Maher Zain,,Open Your Eyes(BUKAN pakai radio macam kat dlm kereta yer,,tapi lagu kat henpon je)…haha yang jadi..tak ter’OPEN eyes saya dek air mata penuh kat mata..nasib tak langgar biawak depan mata..kalo tak lagi naya…

Time tu memang EMO..sekarang bler pikir balik..comel pulak aku ni time nangis2 sambil bawak basikal..mcam cite Hindustan lak..(nangis2 bila tengok HERO mati kejong..sian HERO)..haha…xpela….saya sekarang dah kering air mata..nangis tadi sebab sedih tambah tak puas hati… …nak tambahkan?plesss..janganlaaa…. maluuu  kat org tepi jalan..mesti org ingat anak kucing saya mati kne pijak gajah…

Last effect dari menangis..suara hilang…mana pergi? Ntahla….risau sangat2 ni..(tula nangis lagi,sapa suruh,,padan muka…).ada presentation lak nanti..kalo xada suara kang,nak pakai suara sape lak?takkan nak pinjam suara Detektif CONAN pulak?hmm…tp itulah..bila nikmat ALLAH ni..bila2 dia boleh tarik macam tu…MAsya-Allah.kembalilah wahai suara…kembalilahh...Ampunkan aku ya ALLAH…aku syukuri nikmat ALLAH yang sedia ada.ALLhamdullilah…

Oklah..akhir sekali majulah saya tanpa kawan…eh..eh..bukan..majulah kita dengan TAKWA fisabillilah….salam sayang dari saya….=)
Nak senyum balik laa...tak mo sdey2 dah....=)

Isnin, 20 September 2010

Riak,saya tak suka orang riak....

Wahaha…
Yeeee…saya sudah di UMT…
Kenapa? Tak percaya?
Haha…
Apa nak cerita ya pasal kehidupan ku di sini…
Hari pertama yang memenatkan…
Boleh ke jadi topic? Mcm tak menarik je tuk diceritakan…
Hmmm…Jadi..maka…dengan ini saya sekadar cerita apa yang saya rasa…
Maklumla…kata dari jiwa dan sanubarikan….sooo..tak kisahkan cerita pasal apa-apa pun kan?
Hehe…

Bermula ke kelas jam 8 pagi….hati teruja ja masa kelas…
Teruja? Geli je dengar…
Hakikatnya teruja bukan tuk ke kelas…tapi kerana kuih raya kwan2..haha

Hmm…hari ni nak bercerita tentang gelagat kwn2 ku..
Sememangnya kalo cerita tak abes….jadi cerita ku lebih pada kumpulan WANTED ku…wanted ku kumpul sempi yang best..walau kami ni tak pelajar excellent..tp kerjesama tuh..perghh..no.1..hehe

Kini saya kene berdepan dengan macam-macam terkenan…terkenan??haha..bukan terkenan..tapi TEKANAN…waaa…camne tak tertekan macam-macam keje dalam kepala yang belum selesai…alamak…macam mana?
Hmm..Khamis ni dah kene slesaikan slide yang yang sangat2 penting tuk di present  oleh saya iaitu 2 Oktober…aduhhh..sedih rasanya….

Hmm….jangan kata tu je..malah 23 hb ni ada test...hmm.Ocean Bio test nama diberi..saya pun tak study lagi ni,..
baru je pinjam buku kat library untuk selesaikan assignment..buat report..curi masa untuk baca...
time ni tetibe terpikir...orang kata nescafe tak elok..tapi untuk siapkan assigment tanpa kes meniru adalah sangat baik untuk saya BERTAHAN di malam hari..huhu..bersedialah..
tapi saya janji tak minum nescafe di wktu exam ok..=)

hmmm...walaupun saya sibuk..blog tetap tak dilupakan...kwan2 di FB tetap terpahat diingatan,,family tercinta tetap menjadi sebutan jiwa..wahh..hehe..gitula betapa saya mengingati orang sekeliling saya...

Cuma kadang-kadang hati ni tak lari dari rasa tak puas hati jugak..bukan apa..ada jugak kadang-kadang insan yang kita anggap kawan boleh BERUBAH macam tu je...Belagak semacam macam dia hebat sangat...
Aduh..pelik sangat..kenapa perlu riak...ingatlah  hidup ni sementara..dan kita semua akan pulang pada tempat yang sama..Jangan kita fikir orang lain semua buruk,jangan kita pandang rendah pada orang lain ..apatah lagi mengatakan mereka JAHIL sedAngkan diri baru tambah ilmu didada skit tapi dah tunjuk lagak macam 'terlalu MAHA hebat'...isy2...nauzubillah..sakit hati..tapi kena saabar kan hati..anggap ni macam iklan2 kecil je..hehe..tol x??

hehe..apa ni zulaiqa...touching-tounching pulak..dah2...teruskan kehidupan..kalo ada nak kata kita ni teruk ke..nak kata kita ni apa ke..kita terima je k..anggap je tu sebagai obat tuk baiki apa yang ptut dalam diri ni..walaupun cara orang yg pandang rendah atau tunjuk lagak tu menjelek kan mata yang memandang...dan mata yang mendengar...


Ok....demikianlah luahan rasa pada arini..jumpa lagi...
salammm.....

Doakan yer...exam saya...present saya semua ok k...tq...=)

Sabtu, 18 September 2010

M.Rajoli telah kembali ke rahmatullah..Al-Fatihah...


Setiap yang hidup pasti mati...

Demikianlah boleh saya katakan pada hari ni apabila kita semua mendapat perkhabaran tentang Allahyarham M.Rajali yang telah kembali ke rahmahtullah....

Kehilangan arwah kian terasa....
Demikianlah laporan berita dari pada Mstar..

PETALING JAYA: Pelakon veteran M. Rajoli, 65, yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis.
Menurut adik ipar Allahyarham, Mohlis Md. Din,47, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.45 malam, Jumaat, di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.
Allahyarham di jadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur, Sabtu.
M. Rajoli disahkan menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu dan dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din.
Marilah kita bersama-sama berdoa semoga arwah ditempatkan ditempat dalam golongan mukminin yang bertakwa....
Al-Fatihah..

Cuti dah abes,,,,,nak balik UMT sudah,,,,,=(

Ahh...
cuti dah abes...ya..yang pastinya apa boleh saya konklusikan disini.....masa memang bergerak dengan laju..dengan pantas..tak terasa pulak tengok2 dah abis rupanya cuti ku..MACAM MANA ni?
e'ele...macam mana macam mana pulak saya ni...sedarlah diri wahai Zulaiqa Zulkifli...anda itu pelajar..buatlah gaya pelajar yer...
hehe..

ok..ok....so..malam ni...jam 1030malam ni dah nak balik naik bus SANI...apa bas SANI? ada tanya kat saya,'Zulaiqa,ko tak takut ke naik bas SANI..?'
perghh..soklan cepu PERAK...cepu segala cepula..hehe..
adoii...nape tanya lagu tu wak? tak baik tau..jgn kerana nila setitik,rosak susu sebelangga..
AJAL n MAUT berada di mana-mana...

MAkanya.......bukan salah BAS sekiranya PEMANDUnya yang mengantuk..BUKAN salah BAS kalo terBABAS kerana pemandu nak tidur 'SEMENTARA' ke SELAMANYA??.sama jugak analoginya buat pisau dan pembunuh diri..nak salahkan PISAU ke kalau orang tu yang nak bunuh diri? pendek kata..manusia yang menjadi PUNCA segala permasalah...dan kepada MANUSIA lah seharusnya kita persalahkan..bukan benda yang TAK BERNYAWA...ada paham??hehe..kalo paham bagus...nah coklat...=)
Moralnya...berhati-hati...ingatlah orang tersayang..ok??

Okey....esok akan saya curi masa untuk update FB dan blog..(walaupun tau bukan orang baca pun..haha)
walaupun saya menulis secara perasan dan melulu...tapi tak kisahlahhh..nak belajar jadi blogger..tak apa kan?
sambil-sambil kongsi cerita...sambil-sambil tu dapat belajar jadi penulis..perghh...PENULIS tuh...
hehe..jangan terkejut la kalo tiba-tiba ada novelis nama ZULAIQHA ke..haha..(naik tocang sudahhh)

haha...ok,,,ok,,,,sebelum saya melalut lebih panjang sehingga tertinggal bus..maka baik saya bersiap-siap ke,,bersalam-salaman ke...berpeluk-pelukan ke..(alaa..macam selalu kita nampak kalo kat bus stop,,mak peluk2 anak tuhh) ahh..mcm tula....hehe......

Pepun..mmg tak tahan gak rasa jiwa ni bila kena tinggalkan family..(wahh..terlayan jiwang) ..yela...mana taknya..rinduu wooo..mama yang suka masak..abah yang suka belanja barang..mintak je apa,insya-Allah abah tlong belikan..thanks abah...
raya yang best dengan family tak sama rasa dengan WANG ringgit...apa raya dengan wang ringgit? ANGPOW laaa..buat-buat tak tahu pulak yerr..hehe

Wah..panjang dah ni..kang menguap pulak baca ni...isy...jgn2..jangan mengantuk...plesss..
hehe..ok..jumpa lagi...dengan ini ada sedikit gambar terbaru saya...


Jumaat, 17 September 2010

Alaaa.....cuti nak abess....=(

Haha..tak ada apa nak kata..
Cuma terasa gak nak type..
Sekarang jam dah nak menujukkan kul 5 pagi..Gamaknya solat subuh nanti baru aku tidur la..
Hmm...maklum la bila kerja ( asement) yang patut dibuat berselang seli dengan kerje..ni la gamaknya yang terjadi...

hehe..siap aku wat post kat FB...
sape2 yg tak tido lagi sila 'like' post aku..hehe..bole lak cmtu..bosan beb layan keje yang bagi aku ni BUSANN jerr..so aku saje2 ar nak try tgk sape yang like tu means dorang tak tido lagi..hehe..boleh lak gitu ek...konon aku perlu teman la...hehe..last2 keje ntah ke mana....padan muka aku..

Hmm..tetibe kan rasa sedeh...
Kenapa? Apa taknya...hari ni dah masuk 17hb....
18hb aku kena balik umah..eh umah pulak...UMT lorhh..
alaaaa..mama..abah..bantal peluk....TV...ayam goreng yang mama masak punya la sedap...semua benda kene tinggal..alaaaa...

Camne...? Camtula...balik Terengganu,...
Kayuh basikal tua aku..pe tua-tua? cakap baik sikit tau..basikal comel..hehe..tuk ke kelas...alaaa..
Kelas lagi..assignment lagi..adoiii.........COBAAN..COBAAN..COBAAN..(cam cite P.Ramlee) la pulak..huhu..

Then...aku kena gak teruskan hidup..ceh..macam berat sangat bebannya...

Buat FAcebook ku..buat Blog ku,...adoii..baru nak meng'aktifkan' Blog..dah kena balik UMT..alamatnya kurangla aktifnya ek..xpe..xpe...akan ku try tuk aktif2 kan..
mane la tau bole jd penulis ke..ah? angan-angan la...tak salah kan?hehe

Pepun,...i'll try...hehe...

K laaaa...nak sambung wat keje...Tau dek abah kalo aku tak tido lagi ni pastinya kene SOUND tak boleh bLah punya nanti..alaaa..
Berapa banyak 'alaaa' lar..hehe...
Okla..c ya...=)

Selasa, 14 September 2010

Halalkah atau Haramkah FACEBOOK?

Assalamualaikum...


Persoalan tentang Halal HARAM FB ni dari dulu di bangkitkan kan? Memang dari dulu lg kan..so sekarang ni ada satu artikel yg ingin ku kongsikan dengan korang semua..Jom BACA...:-


SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”



Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:


1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi? 


Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).


2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'?
 Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?


3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.


4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah? 


Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had


KESIMPULAN 


Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:



1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:


a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.


b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.
c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.
d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.
e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.
f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.
g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.


Saya kongsikan ini untuk biar anda semua menilai sendiri...TEPUK DADA,TANYA MINDA....

Artikel yang diambil daripada akhbar METRO..

Pintu Taubat Masih Terbuka Luas

Assalammualaikum...


Post ini adalah untuk mengingatkan diri ku..
Aku tau aku banyak dosa...tetibe aku terasa...muhasabah diri amat penting....bile klik2 internet lalu terbaca :-

"Perbuatan orang yang bertaubat ada empat:
Pertama, menjaga lidahnya dari ghibah, dusta, hasad dan kesia-sian.
Kedua, menjauhi teman jahat.
Ketiga, ketika dosa disebut dihadapannya, dia malu kepada Allah swt.
Keempat, mempersiapkan diri untuk kematian.Tanda kesiapan itu adalah dia tidak pernah merasa tidak ridha kepada Allah swt dalam keadaan apapun"
(Hatim Al Asham)



Mungkin ada insan diluar sana merasakan bahawa mereka seperti tidak ada peluang tuk bertaubat...tapi ingatlah bahawa..:- 


"Dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia. Kemudian Tuhannya memilihnya maka Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk." (QS. Thaaha: 121-122)


Apa yang penting...
kita kena sucikan hati kita...bersihkan dari titik hitam yang makin hari makin bertambah..


"sucikan diri dengan berwudhuk...
sucikan jiwa dengan
bersolat..
sucikan hati dengan berzikir.."



Juga...LAWAN NAFSU...sedar atau tidak,kini hari NAFSU telah menguasai kita semua...mcm2 kes berlaku..kalo cerita mmg tak abes..malah aku juga menjadi TAKUT..=(

firman Allah SWT yang menyebut yang ertinya:-

"Dihiaskan dalam diri manusia(lelaki) cintakan syahwat, kepada wanita dan anak-anak dan harta melimpah ruah dari emas dan perak....


Ya...lelaki diuji dengan wanita...wanita pula diuji dengan harta..
Wanita diibaratkan sebagai senjata bagi syaitan untuk menjadikan LELAKI hilang 'kewarasan' mereka sendiri..Tak percaya? Tanyalah pada mereka...


Jadi..bagi semua kaum Hawa...jangan biarkan diri anda menjadi alat senjata SYAITAN durjana yer..Kalo ada yang dah terasa diri itu dipergunakan..maka cepat2lah sedar..tak terlambat lagi..
Kalo saya sendiri buat salah..tegurlah saya..kerana saya juga perempuan..Banyak yang kena jaga selaku wanita ini....waaa...


Ok..jumpe lagi dalam post yang akan datang k....meh la baca blog ni..walaupun dalam blog ni ada artikel yang ayat die terlampau..tapi boleh menyedarkan...tentang >>BAHAYA NAFSU LELAKI..<<< klik je kat sni yer....


sAMA2 RENUNG2 KAN...dan selamat beramal...=)

Isnin, 13 September 2010

Ringgit Malaysia Lebih Tinggi dari DOLLAR US.apa kata kita?


Assalamualaikum dan salam wawasan..

hmm..mungkin inibukan perkara baru yer.tapi just nak berkongsi cite je..=)


'Ringgit Malaysia Lebih Tinggi dari DOLLAR US..'
Tak tau, nak happy ke sedih.
USD dah jatuh yer?
Dengan widget vista dan tengok rate dia dah jadi

USD$1 = MYR 3.11

Apa patut kita harapkan?

Ringgit naik? Or USD naik?

~Ringgit naik, keadaan negara tetap juga macam ni...
~Tetap juga minyak tetap naik...
~Tetap juga gaji sama seperti sekarang.
~Tetap juga harga roti canai dan teh tarik seperti biasa.

TAPI,

Kalau USD naik...

~Kita sebagai Internet Marketeer yang income dalam bentuk USD...
~Akan menikmati kadar tukaran yang memberikan senyuman lebar.
~Akan boleh beli Mazda RX8 dengan income $1000 dari sebuah source sahaja... belum kira source lain.
~Akan boleh bersenang lenang, bawa keluarga melancong ke apa ke...


TAPI

~Ringgit naik adakah bermaksud ekonomi negara menjadi semakin baik?


TEPUK DADA TANYALAH MINDA....^_^


~tambah pengetahuan by klik ini atau yang ini.....

Ahad, 12 September 2010

Datuk Sosilawati mati dibunuh,dibakar?



                                   
BANTING – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi dijangka diketahui hari ini apabila pasukan forensik polis membuat siasatan di sebuah ladang pertanian bersepadu.
Polis telah menyekat laluan masuk ke Ladang Gadong, di Jalan Gadong, Tanjong Sepat dekat sini sejak malam tadi dan tidak membenarkan media yang berkumpul di situ memasuki kawasan itu.
Salah seorang anggota polis yang bertugas memberitahu pemberita mereka diarahkan agar tidak membenarkan media masuk ke dalam kawasan itu.
Difahamkan pihak forensik dari Bukit Aman akan datang pagi ini untuk menjalankan siasatan ketika spekulasi kuat mengatakan bahawa keempat-empat mereka telah dibunuh dan mayat mereka dibakar.
Menurut seorang penduduk di kawasan berhampiran, ladang itu menjalankan pertanian bersepadu seperti ternakan ayam, lembu dan penanaman longan.
Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak hampir dua minggu lepas semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.
Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya. – Bernama
>>>daripada akhbar Kosmo 12 sept 2010.
>>> Ini adalah kronologi kehilangan Sosilawati.


Selain itu..artikel lain dalam Kosmo juga:-








KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.
Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.
Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.
Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.
Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.
‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.
Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.
“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.
“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.
Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.
Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.
Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.
Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.
Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.
Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah.
Bersamalah kita berdoa semoga roh mangsa-mangsa dicucuri rahmat.Amin.
Salam takziah buat ahli keluarga mangsa.Semoga terus tabah menempuh hari yang mendatang.Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka.Kepada penjahat yang masih terlepas itu,percayalah bahawa 'sepandai-pandai tupai melompat,akan jatuh ke tanah jua akhirnya'....
Al-Fatihah.

Sabtu, 11 September 2010

Zulaiqa,siapkan kerja lah weeehh.....cuti nak habis...


click to create your own


Assalamualaikum...
Salam sejahtera.

Wah...hari ni plan nak buat assignment..maklumlah dah masuk seminggu aku bercuti.Dok rumah je...
So aku plan nak wat keje lapangan aku.Aku kena buat...tak kira jugak.Hati aku dah tak sedap.Tak tenang dah ni..

Dah la aku terlalu taksub pada BLOG aku ni..asyik nak tambah2 je...aduh2..
cukup2 la zulaiqa...=)

Pembakaran Al-Quran: Tindakan bunuh diri AMERIKA via Terry Jones



Assalamualaikum...dan salam sejahtera.

Aku percaya ramai dah tahu tentang pembakaran Al-Quran yang dirancang oleh Terry Jones ni..
Tuk pengetahuan semua..aku tak beraya pada hari ni..kenapa? Kerana aku rasa tak semangat langsung tuk beraya..Tamabahan memikirkan bahawa Islam sering ditindas oleh kuasa-kuasa besar.Aku sering berduka cita dengan hal begini.

Maka mereka pilih 11hb September 2010 adalah agenda yahudi untuk mencipta  fitnah ke atas umat Islam dan untuk menghalalkan tindakan  Amerika membunuh umat Islam di seluruh dunia. 11 Sept tidak ada kaitan dengan Osama dan dunia Islam. Bush sengaja membunuh rakyat amerika demi mencapai matlamat penjajahannya ke atas dunia Islam.

Apakah Terry Jones tidak memikirkan kesannya? Adakah beliau telalu untuk memikirkan apakah yang bakal terjadi sekiaranya dia membakar ratusan Al- Quran tu? Wahai Terry Jones...tidak boleh sedarkah????
Aku tertanya-tanya..apakah dia HILANG AKAL?Adakah dia sedang mencabar jihad UMAT ISLAM??
Lalu.....mungkin kerana telah disedarkan bahawa apa yang dilakukan nanti adalah tindakan yang BODOH..makanya keluarlah statement 3 jam yang lalu dalam : http://www.theaustralian.com.au/news/world/terry-joness-koran-fire-protest-plan-burns-out/story-e6frg6so-1225918479142

PASTOR Terry Jones won't burn copies of the Koran in Gainesville, Florida tonight, but his son said: "I can’t speak for the future."

Dan akhirnya.. dia tak jadi nak membakar Al-Quran...


Alhamdullilah.......Jika tidak...Waallahualam...
Kepada seluruh umat Islam..terus berdoa semoga tiada lagi serangan2 menghina ISLAM lagi selepas ini..Walaupun,aku sangat sakit hati dengan Terry Jones ni..Katanya dia hanya membakar Al-Quran bukan membunuh manusia.Apasal lak? Bila dia membakar Al-Quran,dia juga seperti membunuh hati seluruh umat ISLAM...
lihatlah video ni..:






Kesakitan hati ku tetap terasa...Semoga Allah melindungi kita semua.Insya-Allah...

Jumaat, 10 September 2010

Ramadhan ditangisi,Syawal disyukuri...

Assalamualaikum dan salam Ramadhan..

Pejam celik..pejam celik...Bulan Ramadhan kini telah sampai ke penghujungnya...Sememangnya jika diikutkan..ramai tak sabar-sabar nak beraya..persiapan raya yang sangat2 terancang...Segalanya seperti dirancangkan..bermula dari pakaian sehinggalah makanan di pagi raya,semua dipersiapkan dengan penuh prihatin dan berlebih-lebihan..Berlebihan ke? Tepuk dada tanya minda..

Namun,itu kalo kita katakan tentang persiapan raya...tapi jika kita imbas persiapan ibadat ramadhan kita,boleh tak kita lihat perbandingannya?
Jika di negara Islam yang lain,misalnya Arab Saudi,mereka sangat bersederhana ketika 1 Syawal menjamu hari mereka.Mengapa? Kerana mereka iringi pemergian Ramadhan dengan tangisan dan sendu.Ketika itu baru kita sedar,bahawa sebaik-baik bulan adalah bulan Ramadhan..hanya ketika Ramadhan lah syaitan dan iblis di ikat dan dikurung..Kerana bulan Ramadhan lah bulan yang dilimpahi dengan pahala yang banyak dan melimpah-ruah.

Ya..benar..aku sedar aku bukan ustazah untuk menyedarkan sesiapa..Sebenarnya,ini adalah tuk peringatan bagi diri ku jua yang tidak dapat lari dari kelekaan duniawi ni.

Aku sedar,aku bukan sempurna.Inilah hakikatnya...setiap insan perlu diingatkan.Namun,ku sentiasa berdoa moga Allah sentiasa bukakan pintu hati ku dan semua umat Islam tuk tetap menurut perintah-Nya walaupun hidup kita semua tidak lari daari godaan dunia yang selalunya mengiurkan dan melekakan.

Ketika Ramadhan telah meninggalkan kita semua,aku tidak putus2 berdoa semoga kita semua masih diberikan peluang tuk berjumpa dengan bulan mulia ini lagi nanti..jika mendapat keizinan Allah utk meneruskan perjalanan hidup di dunia ini.Aku sedar bahawa dalam ketenangan dan kebahagiaan yang bakal dilalui esok,sebenarnya kita kena sedar ada insan-insan di luar sana yang berkeseorangan...tiada ibu..tiada bapa..apatah lagi sanak-saudara..Suasana raya yang hambar dan sunyi..cuma ditemani takbir raya yang bersahut-sahutan..Namun,ku percaya..keberkatan daripada bulan Ramadhan itu pasti menjadi peneman kebahagiaan mereka.Bagi yang berjauhan daripada keluarga,kekuatan dalam diri perlu ada...anggap ini sebagai satu TEKAD utk menuntut ilmu/mencari rezeki di tempat org.Moga satu hari nanti dapat pulang beraya bersama saudara mara dan keluarga.Amin.

Bagi yang bakal menghadapi hari 1 syawal,Selamat Hari Raya Aidilfitri ya semua bagi yang MUSLIM. Ratapi pemergian Ramadhan dengan keikhlasan.hadapi kedatangan SYAWAL dengan kesyukuran atas kemenangan...

Semoga kita akan terus tidak sabar untuk menanti Ramadhan yang akan datang,insya-Allah...


Ramadhan I wait for U,
Ramadhan I come to you,




Ramadhan I love you,



Ramadhan I miss you.


Ramadhan wait for me,



Ramadhan come to me,





Ramadhan look at me,

Ramadhan be closed to me.

Ramadhan please forgive me,
Ramadhan dont forget me,
Ramadhan please bless me,
Ramadhan dont leave me.

Ramadhan where are you,
Ramadhan I cant see you,
Ramadhan where have you been,
Ramadhan can I meet you again.


Kini terdengar sahutan gema takbir...





MAAF ZAHIR & BATIN....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..