Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Sabtu, 18 September 2010

M.Rajoli telah kembali ke rahmatullah..Al-Fatihah...


Setiap yang hidup pasti mati...

Demikianlah boleh saya katakan pada hari ni apabila kita semua mendapat perkhabaran tentang Allahyarham M.Rajali yang telah kembali ke rahmahtullah....

Kehilangan arwah kian terasa....
Demikianlah laporan berita dari pada Mstar..

PETALING JAYA: Pelakon veteran M. Rajoli, 65, yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis.
Menurut adik ipar Allahyarham, Mohlis Md. Din,47, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.45 malam, Jumaat, di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.
Allahyarham di jadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur, Sabtu.
M. Rajoli disahkan menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu dan dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din.
Marilah kita bersama-sama berdoa semoga arwah ditempatkan ditempat dalam golongan mukminin yang bertakwa....
Al-Fatihah..

0 Komen-komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..