Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Jumaat, 10 September 2010

Ramadhan ditangisi,Syawal disyukuri...

Assalamualaikum dan salam Ramadhan..

Pejam celik..pejam celik...Bulan Ramadhan kini telah sampai ke penghujungnya...Sememangnya jika diikutkan..ramai tak sabar-sabar nak beraya..persiapan raya yang sangat2 terancang...Segalanya seperti dirancangkan..bermula dari pakaian sehinggalah makanan di pagi raya,semua dipersiapkan dengan penuh prihatin dan berlebih-lebihan..Berlebihan ke? Tepuk dada tanya minda..

Namun,itu kalo kita katakan tentang persiapan raya...tapi jika kita imbas persiapan ibadat ramadhan kita,boleh tak kita lihat perbandingannya?
Jika di negara Islam yang lain,misalnya Arab Saudi,mereka sangat bersederhana ketika 1 Syawal menjamu hari mereka.Mengapa? Kerana mereka iringi pemergian Ramadhan dengan tangisan dan sendu.Ketika itu baru kita sedar,bahawa sebaik-baik bulan adalah bulan Ramadhan..hanya ketika Ramadhan lah syaitan dan iblis di ikat dan dikurung..Kerana bulan Ramadhan lah bulan yang dilimpahi dengan pahala yang banyak dan melimpah-ruah.

Ya..benar..aku sedar aku bukan ustazah untuk menyedarkan sesiapa..Sebenarnya,ini adalah tuk peringatan bagi diri ku jua yang tidak dapat lari dari kelekaan duniawi ni.

Aku sedar,aku bukan sempurna.Inilah hakikatnya...setiap insan perlu diingatkan.Namun,ku sentiasa berdoa moga Allah sentiasa bukakan pintu hati ku dan semua umat Islam tuk tetap menurut perintah-Nya walaupun hidup kita semua tidak lari daari godaan dunia yang selalunya mengiurkan dan melekakan.

Ketika Ramadhan telah meninggalkan kita semua,aku tidak putus2 berdoa semoga kita semua masih diberikan peluang tuk berjumpa dengan bulan mulia ini lagi nanti..jika mendapat keizinan Allah utk meneruskan perjalanan hidup di dunia ini.Aku sedar bahawa dalam ketenangan dan kebahagiaan yang bakal dilalui esok,sebenarnya kita kena sedar ada insan-insan di luar sana yang berkeseorangan...tiada ibu..tiada bapa..apatah lagi sanak-saudara..Suasana raya yang hambar dan sunyi..cuma ditemani takbir raya yang bersahut-sahutan..Namun,ku percaya..keberkatan daripada bulan Ramadhan itu pasti menjadi peneman kebahagiaan mereka.Bagi yang berjauhan daripada keluarga,kekuatan dalam diri perlu ada...anggap ini sebagai satu TEKAD utk menuntut ilmu/mencari rezeki di tempat org.Moga satu hari nanti dapat pulang beraya bersama saudara mara dan keluarga.Amin.

Bagi yang bakal menghadapi hari 1 syawal,Selamat Hari Raya Aidilfitri ya semua bagi yang MUSLIM. Ratapi pemergian Ramadhan dengan keikhlasan.hadapi kedatangan SYAWAL dengan kesyukuran atas kemenangan...

Semoga kita akan terus tidak sabar untuk menanti Ramadhan yang akan datang,insya-Allah...


Ramadhan I wait for U,
Ramadhan I come to you,




Ramadhan I love you,



Ramadhan I miss you.


Ramadhan wait for me,



Ramadhan come to me,





Ramadhan look at me,

Ramadhan be closed to me.

Ramadhan please forgive me,
Ramadhan dont forget me,
Ramadhan please bless me,
Ramadhan dont leave me.

Ramadhan where are you,
Ramadhan I cant see you,
Ramadhan where have you been,
Ramadhan can I meet you again.


Kini terdengar sahutan gema takbir...





MAAF ZAHIR & BATIN....

0 Komen-komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..