Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Jumaat, 3 Julai 2009

Ada sinar bahagiakah di penghujungnya?

Assalamualaikum para sahabatku...

Sudah lama rasanya aku tidak menulis di laman blog ku ini..bukan niatku untuk menyembunyikan diri atau melarikan diri daripada sesiapa,namun aku perlukan sedikit ruang masa yang secukupnya untuk menghirup nilai motivasi dalam jiwaku supaya dapat menerima hakikat yang sukar diterima bagiku.....

Sebenarnya,sejak tarikh 19hb Jun 2009 yang dah berlalu, aku seperti insan yang hilang arah tujuan...adakalanya aku menangis seorangan mengenang nasibku ini.adakalanya aku membawa hati lara ke daerah yang aku sendiri tidak pasti di mana..yang pastinya aku tidak gembira....pasti rakan kenalan yang rapat denganku tertanya-tanya mengapa aku tidak membalas sebarang sms dalam henfon ku...tidak meng'update'kan facebook ku yg sebenarnya adalah ruang kegemaranku ketika aku kebosanan,tidak lagi menjawap sebarang komen di dalam frenster..dan sentiasa 'menyorok' ketika membuka ym...sememangnya itu bukan jiwaku yang sebenar...sejujurnya,aku juga terseksa kerana seperti seorang pelarian yang aku sendiri tidak pasti ke mana arah aku nak berlari..aku seperti lari dari bayang-bayang aku sendiri...

Panjang berjela aku menulis berkisar permasalahan yang begitu membebankan aku ini..bukan mudah sebenarnya untuk aku meluahkan perasaan ku ini..tetapi tangan ku ini tidak mampu lagi berhenti dari terus menekan keyboard ku ini..sememangnya,aku terlalu rindu pada notebook ku ini,terlalu rindu juga pada sahabatku yang lain...Biarlah kisah bebanku ini menjadi tauladan kepada semua...walaupun kadang-kadang,ku rasakan diri ku seperti sentiasa di rundung malang...tetapi aku sedar,Allah sentiasa menguji hamba-hambaNYa..maka kerana itulah, aku tetap bangkit untuk keluar dari kepompong perlindungan ku..mungkin bebanku tanggung ini tidaklah seberat beban perajurit yang berjihad di medan perang atau insan-insan yang teraniaya di bumi Gaza,namun ia masih memberi kesan yang mendalam pada diriku ini.. Ketika semua rakan-rakanku yang lain berikrar untuk berjaya di IPTA,aku pula masih di rumah..menghadap tiang rumah..menghadap periuk belanga.. Ketika semua rakan-rakanku yang lain sudah abis sesi bersuai kenal(orientasi), aku pula masih menanti dan terus menanti panggilan universiti....dengan penuh harapan..besar harapan itu..iaitu harapan untuk masuk ke IPTA untuk lanjutkan pelajaran ku ke peringkat ijazah.. Sebenarnya,pada 19hb Julai yang lau tu,semua pelajar lepasan matrikulasi/STPM/Diploma/poly-tech semuanya mendapat jawapan ke IPTA..tetapi bukan aku....runtun perasaan aku apabila aku mendapati aku tidak berjaya untuk memasuki ke IPTA..itu merupakan tamparan hebat kepadaku...

Kadang-kadang,ku rasakan diri ku ibarat melukut di tepi gantang sahaja..apatah lagi terpaksa bersaingan dengan beribu-ribu lagi pelajar yang lebih bijak dan mendapat keputusan lebih baik dari ku.... Aku jadi tidak keruan..emosi menjadi tidak stabil..aku tahu pasti ramai menyangka aku berjaya ke IPTA kerana melihat rekod pelajaranku sejak sekolah sehingga ke matrikulasi walaupun tidak secemerlang mana namun masih di tahap yang baik...Aku juga malu yang teramat sangat dengan kawan-kawanku yang telah berjaya ke IPTA.. Namun ku sedar, hidup ini ibarat putaran roda,kadang-kadang kita berada di atas,kadang-kadang kita berada di bawah..Malah,aku sedar dan belajar untuk menerima ujian ALLAH ini dengan penuh keinsafan dan ketabahan..Mungkin Allah hendak menduga ketabahan aku, lalu aku memuhasabah diri dan mencari punca kesilapan ku itu..

Mama dan abah sentiasa memberi sokongan padaku walaupun ku tahu, jauh di sudut hati mereka pasti merasa sedih kerana melihat anak mereka tidak berjaya melayakkan diri ke menara gading.Lebih-lebih lagi aku adalah anak sulung,maka sudah pasti harapan yang tinggi terpikul di bahuku..Namun aku sedar,aku tidak mampu mengubah apa-apa dan hanya berdoa agar permohonan e-rayuan ku ke IPTA di terima oleh badan pengambilan pelajar.. Aku pasrah..aku bukan tidak mahu masuk ke IPTS,bukanlah kerana aku ragu-ragu dengan keupayaan IPTS, tidak sama sekali, sebaliknya aku tidak mahu abahku terbeban dek yuran yg tinggi..Mungkin aku boleh dapat bantuan PTPTN,namun realitinya pasti abahku jua yang terpaksa membantuku untuk melangsaikan hutang ku yang pastinya banyak..gara-gara IPTS adalah swasta.. Oleh kerana itulah..membuatkan aku menjadi sedih dan pilu..aku takut sekiranya aku tidak berjaya menempatkan diri ke IPTA untuk kali kedua.. Bila mengenangkan sijil matrikulasi yang tidak mampu untuk mencari pekerjaan,buat aku makin tak tentu arah..

Aku jadi takut sangat..Bila ku tanya pada orang yang tahu tentang pengambilan pelajar ini, mereka kata kepadaku segelintir pelajar yang memohon jurusan dan universiti yang tidak dipelbagaikan, lebih sukar untuk mendapat tempat di universiti..Agak terkejut juga aku di buatnya..Maklumlah,sememangnya ketika pemohonan yang pertama aku tidak pelbagaikan pemilihan jurusan..Aku tidak tahu kesan di sebaliknya..Maklumlah, tika itu semangat untuk melanjutkan pelajaran sangat berkobar-kobar dan aku juga tidak ada apa-apa pengalaman..Namun, segalanya telah berlalu..yang tinggal adalah harapan yang kedua.. Namun kali ini, harapan ku menjadi makin pudar..kerana ku seperti tersedar bahawa harapan untuk masuk ke IPTA seperti makin tipis..

Aku tak sanggup lagi menanggung kegagalan ini lagi.. Mama ku berulang kali menyatakan, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..begitu jualah dengan nasib ku ini...Aku juga mengakuinya..Allah sahajalah yang MAHA MENGETAHUI segalanya..Kini aku sedar,tak semua yang kita nak kita dapat,dan tak semua yang dirancang itu pasti menjadi..kerana Allah yang menentukan segala-galanya..Namun, kita sebagai khalifah ALLAH ini haruslah sentiasa bersabar untuk menempuhinya..walaupun aku sedar itu terlalu pahit untuk ku tempuh...tapi apakan daya,aku tetap kena tempuh juga dengan kekuatan kerana aku yakin,Insya-ALLAH.,,pasti ada sinar bahagia di penghujung cerita...




p/s-Sahabatku..doakanlah kejayaan ku..doakanlah moga aku berjaya memasuki ke IPTA untuk lanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah..

  "Dream always comes first, followed by the virtual reality that we hope for to happen"

0 Komen-komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..