Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Ahad, 5 Julai 2009

Penantian dan Penyeksaan

Assalamulaikum.. Salam ukhuwah buat semua pembaca... Hari ini aku ingin meluahkan perasaan aku ini..bagaimana rasanya apabila melihat rakan-rakan seperjuangan ku yang lain telah berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA..Aduhai..sedih hatiku ini..aku lihat,ada kawan ku yang mendapat keputusan yang kurang baik dari ku juga mendapat tempat ke IPTA..sedih kepalang aku di buatnya.. Aku bertambah sedih apabila melihat ada rakan-rakan seperjuangan yang lain yang berjaya menempatkan diri dalam universiti impian ku iaitu UKM..ada yang dapat Medic..ada yang dapat Pergigian,Farmasi..dan kos yang kritikal tetapi menjamin masa depan.. Aku sedih mengenangkan nasib aku yang tidak ada rezeki untuk berada di IPTA..sekarang ni ku terkenangkan rakan-rakan ku yang lain yang rata-ratanya mendapat tempat ke IPTA,rasanya seperti tidak ada seorang pun yang tidak berjaya menempatkan diri ke IPTA..yang tidak dapat pun bukanlah di kalangan kenalan tetapi orang luar.. Aku lihat ada kawanku yang dahulunya tidak begitu menitikberatkan pelajaran akibat dari komitmen lain (mungkin kerana kurang menumpukan pelajaran) juga berjaya mendapat pangilan ke U..walaupun ku tidak lah tau apa kos yang diterima.. Aku tertanya-tanya, adakah usahaku kurang selama ini..?aku bersengkang mata belajar..Setulus hatiku merasakan aku bersungguh-sungguh belajar...aku mahu menjadi cemerlang sentiasa, walaupun bukan mudah..Kadang-kadang aku merasakan mungkin ALLAh menguji ku atas dosa-dosa ku (barangkali)..Sejujurnya,aku sering memandang rendah pada insan yang tidak kuat berusaha atau dalam bahasa mudahnya MALAS..tetapi sedar atau tidak, insan-insan seperti itu telah di panggil dahulu ke IPTA...dan bukannya aku yang kononnya RAJIN ini.. Inilah yang membuatkan aku malu pada diri aku sendiri.Aku malu pada keluarga ku..Bila aku kenangkan wajah mama dan abahku yang sering memandangku dengan penuh pengharapan..membuatkan aku sebak...Mungkin ini adalah balasan dosa yang aku telah lakukan..Aku benar-benar insaf...Aku berdoa kepada ALLAh agar memberikan aku peluang yang kedua untuk aku perbaiki diri..untuk aku buktikan pada keluargaku yang aku mampu berjaya seperti orang lain...Jika aku diberi peluang kedua,Insya-Allah,aku akan cuba sebaik mungkin untuk mencapai cita-citaku..itupun jika ada peluang kedua itu..Ya ALLAh.. Sememangnya,aku insaf..sejak aku tidak diterima ke IPTA ini..aku jadi insaf dan sangat rendah diri pada semua orang..Dan sejak itu juga,aku berjanji pada diri aku tidak sesekali memandang rendah pada orang lain..aku akui..aku insan yang tidak sempurna walaupun aku sering memaksa diri untuk menjadi sempurna..Aku malu.. Ketika aku menulis blog ini..aku dapat rasakan pipiku basah mengenang kekilafan diri ini..Aku sedar,begitu banyak kesilapan yang ku lakukan,,mungkin pada sesiapa di luar sana..Aku mohon keampunan dan kemaafan dari hati aku ini jika aku ada melakukan kesilapan atau keterlanjuran kata-kata...Aku benar-benar berharap tiada sesiapa yang makan hati dengan diriku ini... Aku insan biasa yang tidak dapat lari daripada kesilapan..namun aku tidak putus-putus berdoa,moga ALLAH memberikan aku peluang tuk perbaiki diriku ni... Aku memang nak sangat sambung belajar ke IPTA..aku sedar, belajar di universiti bukanlah jaminan untuk berjaya ketika di alam pekerjaan, namun apa yang penting ialah aku mahu menuntut ilmu setinggi yang mungkin..Siapa tak mahu jadi kaya atau jutawan, tapi bukan itu sahaja penentu satu kejayaan,kerana padaku kejayaan yang sebenar datang apabila kita menempuh satu perjalanan yang sukar dan berliku sehingga akhirnya kita sampai ke penghujung destinasi kita dengan jayanya..itulah bagiku satu kejayaan.. Ya Allah,aku berharap dan memohon agar aku dapat ke IPTA(dengan rayuan ke-2).. Aku rasa sesiapa yang membaca luahan hatiku ini pasti merasakan blog ku ini penuh kesedihan dan kebosanan,terpulanglah pada sesiapa yang membacanya..Niatku cuma satu iaitu mahu berkongsi SUKA mahupun DUKA bersama kalian semua...(kalau nak baca,bacalah,kalo nak kutuk,kutuklah..) Cuma sekarang aku sering berdepan dengan kedukaan, jadi rasa sedih itu masih mengganggu fikiranku dan perjalanan kehidupan seharianku.... Para pembaca budiman..ku mohon pada kalian agar doakanlah semoga aku dapat ke IPTA melalui rayuan ku ini..itulah harapan terakhirku kini..Amin.. p/s -Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan... -kepada cikgu kesayanganku,Cikgu Noraini yang banyak mengambil berat tentangku,,,ku mohon kemaafan kerana tidak memberitahu perkara ini seawal mungkin..bukan niatku untuk berahsia,,tetapi rasa malu yang menebal membuatku tidak berdaya untuk menjawap sebarang pertanyaan..malah kepada rakan-rakan ku yang lain juga...maafkan aku semua....doakan aku ya..

6 Komen-komen:

Cikgu Noraini berkata...[Reply to comment]

Salam Zulaiqa,
Terjawablah sudah pertanyaan cikgu mengapa Zulaiqa menyepi diri.Cikgu dah baca semua luahan rasa Zulaiqa dan cikgu rasakan seolah-olah umpama gunung itu diruntuhkan.
Janganlah begitu Zulaiqa. Masih ada peluang demi peluang, mungkin tidak dipanggil sekarang, akan datang akan diterima juga?
Cikgu ingin berkongsi cerita, adik angkat cikgu, dah lapan kali memohon kursus perguruan akhirnya kali kelapan baru diterima.
Cikgu juga pernah kecewa, langsung tak diterima masuk ke mana lepas SPM sehingga ting 6 sajalah satu2 peluang utk menebus kegagalan.
Zulaiqa boleh memohon semula dgn result SPM yg cukup kuat tu dan kelayakan matrik yg ada.
Mungkin juga masa yg terluang ini, Zulaiqa ditakdirkan untuk menulis novel atau cerpen. Cikgu akan membawa karyamu jika Zulaiqa berjya menyiapkannya.
Siapa tahu, Zulaiqa akan menjadi penulis hebat suatu hari nanti.
Cikgu percaya segala yang berlaku tentu ada hikmahnya. Semoga Zulaiqa akan tetap sabar dan tabah menghadapinya.
Luv u very much,
Bye.

Zulaiqa zulkifli berkata...[Reply to comment]

Assalamualaikum cikgu..
Terima kasih atas kata-kata semangat yang diberikan..sememangnya cikgu seorang guru yang cukup mengambil berat..Saya sekarang masih menanti pemohonan e-rayuan saya di terima..Kemungkinan dalam 10julai ni baru dapat result....tarikh yang sebenar masih di nantikan...saya mengunakan result SPM dan Matrik...
Doakanlah..semoga saya berjaya ke IPTA ye cikgu..
sayang cikgu selamanya....

Cikgu Noraini berkata...[Reply to comment]

Benar kata orang, penantian itu suatu penyiksaan.Apabila kita diuji, sebenarnya Allah sedang melihat sejauh mana kekuatan diri kita. Dalam diri kita ini sendiri terlalu banyak penyakit yang tersembunyi. Mungkin kesempatan yang ada ini membolehkan kita berpeluang menyucikan dan membersihkan hati kita.
Walau apa pun, Zulaiqa tetap terus bersyukur dengan nikmat Allah yang masih banyak tidak terhitung. Dikurniakan akal yang sempurna, ibu yang penyayang, paras yang indah menawan sukma, dan segala-galanya ada di sekelilingmu.
Lihatlah mereka yang jauh lebih malang, menghabiskan sisa-sisa waktu dengan perkara yang sia-sia dan lebih malang lagi ialah mereka yang tidak mendapat nur Islam.
Dunia ini hanyalah persinggahan. Tiada pelaut yang handal, seandainya lautan yang dilaluinya tidak bergelora.
Semoga Zulaiqa tetap tabah, bacalah buku 'Jangan Bersedih'.
Teruskan berdoa, semoga kejayaan akan menjadi milikmu jua.

Norzulaiqha Binti Zulkifli berkata...[Reply to comment]

salam cikgu..
semakin hari semakin saya rasakan kekuatan dalam diri saya cikgu terutama apabila cikgu sentiasa memberi kata-kata azimat buat diri saya ini..Saya rasa saya yang bertanggungjawab diatas apa yang berlaku..saya percaya apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..sesungguhnya ini semua mengajar saya erti kehidupan..Saya tidak mahu bersedih lagi dan memohon kepada Allah agar diberi peluang untuk perbaiki apa yang patut..Saya juga tidak mahu menyalahkan takdir..Saya sedar ini semua adalah fitrah..terima kasih sekali lagi cikgu..
Doakan saya juga...

Cikgu Noraini berkata...[Reply to comment]

Salam,
SECEBIS KISAH.....
Di sekolah cikgu ada kelas Pendidikan Khas. Muridnya lebih kurang 80 orang dengan tenaga pengajar hampir 30 orang. Ada yang down sindrom, hiperaktif, masalah gangguan otak, dan macam-macam. Ada yg terjerit-jerit minta perhatian, ada yg terberak kencing dalam kelas dan pelbagai rupa paras.
Kemudahan yang diberi kerajaan cukup banyak, ruang kelas yg selesa, peralatan ict, percetakan, guru2 yg mahir. Bil kelas 4 orang satu kelas, biasanya.
Melihat wajah mereka cukup meruntun perasaan.
Ada yg terlampau cantik, malangnya telah dinodai 'syaitan' bertopeng manusia lantaran kurangnya akal, maka dia menjadi mangsa.
Inilah hakikat dunia akhir zaman...

Norzulaiqha Binti Zulkifli berkata...[Reply to comment]

Salam cikgu..

Terima kasih cikgu kerana berkongsi cerita..
Sedih saya dengar kisah pelajar2 tu cikgu...
Insan-insan yang lebih disayangi oleh Allah,namun di uji sedemikian rupa..
Namu,saya sangat terkilan dan geram dengan 'syaitan' yang mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain ni..geramnyan saya..
Kesian juga pada yg teraniaya...
hakikat dunia yang mengerunkan..
Mungkin inilah petanda akhir zaman...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..