Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Jumaat, 24 Julai 2009

Assalamualaikum.. Sudah hampir seminggu lamanya aku berada di kampus ku ini.. Walaupun aku masih sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai mahasiswi..Maklumlah, disinilah aku terajar melihat insan2 yg penuh kebongkakkan dan prejudis dalam mengenal insan lain... Aku jumpe bermacam-macam ragam manusia..Namun,aku tidak mahu sesekalipun menjadi seperti mereka..Aku redha... Bagi aku tak ada gunanya jika aku berfikir terlalu dalam tentang sikap manusia yang kadang-kadang menjengkelkan juga... Namun aku sedar bahawa apa yg di jengkelkan itu sebenarnya mengajar aku erti kehidupan dan kemanusiaan...Mungkin mereka lupa bahawa Allah menciptakan kita dari tempat yang sama..dari sumber yg sama...Mungkin mereka lupa di mana jua mereka berada,pasti kembali berehat di destinasi yang sama.. Namun,siapalah daku untuk mengingatkan mereka semua,aku insan biasa yg penuh kekilafan dan kelemahan.. Sepanjang aku berada di UMT selama seminggu ini, aku dapat rasakan yang mana insan yg jujur dan yg mana insan yg hipokrit dan penuh prejudis.Aku tidak mahu sesekali menjadi insan prejudis pada insan lain.. Aku bukanlah jenis komplikated sangat,sebaliknya aku sangat dominan pada persekitaran dan tidak banyak songeh dalam menyesuaikan diri...terutama dalam mencari sahabat...aku mmg tidak memilih..bagi ku..biarlah aku berkawan beribu...tapi Cuma agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan ragam manusia..Mungkin aku perlukan lebih banyak masa untuk mengadaptasi dengan dunia baru ini..Dunia kampus... Maklumlah,memegang gelaran pelajar ‘second intake’ bukan mudah..sangat terasa apabila ada insan yg seperti memandang rendah malah menegur dengan penuh prejudis..Sampai bilakah ia akan berakhir?Salahkah aku belajar? Aku pun tidak dapat menjawap persoalan itu.. Namun,aku ambil semuanya di sudut positif.. Tidak semua di antara mereka yg sombong atau belagak.. Cuma ade la beberapa orang yg aku tidak selesa sikit... Yang aku sedih tu,bila melihatkan mereka itu datang dari bangsa ku sendiri..asal dari kaum ku juga... Bila cerita tentang pelajaran.. Banyak juga subjek yang aku fikir agak mencabar kerana aku masih baru dalam era oceanography ni..Namun aku tetap bulatkan hati untuk belajar bersungguh-sungguh dan membuktikan aku bukanlah budak hingusan yg datang ke universiti hanya untuk membuang masa atau mencari gelaran mahasiswa semata-mata.. Doakanlah semoga aku mampu untuk hadapi segala dugaan ini.... Mujur aku dapat juga kawan-kawan yang baik padaku di sini... Dengan romates yang giler2 dan dengan rakan yang masih mahu menemani ku di kelas....terima kasih kalian... Aku cuma mampu berdoa semoga perjalananku sebagai pelajar dipermudahkan..Bukan mudah untuk ku menanggung pelbagai dugaan demi dugaan.. Aku kadang teruja untuk belajar apabila terfikir tentang hari KonVo..huhu..sudah pasti perasaan membuak-buak untuk memegang segulung ijazah sentiasa membara dalam jiwa.. Aku percaya insan lain yg digelar sebagai ‘pelajar’ rata-rata pasti mahukan kejayaan ..Namun,aku kadang-kadang jadi takut…takut pada diri aku sendiri..takut aku tidak mampu melawan segala dugaan yg mendatang… Sememangnya,aku kadang-kadang menginsafi kekilafan diri ini apabila tidak dapat brtegas sepenuhnya pada prinsip DISPLIN yg kukuh dan jitu.. Aku mengaku kadang-kadang aku mudah terleka.. terleka dengan bualan kosong yg tidak mendatangkan faedah.. terleka dengan gurauan senda yg tidak berpenghujung… aku tahu semua itu penting juga sebagai perencah ‘kegembiraan’ dalam diari hidupku…namun,aku tidak boleh biarkan masa yg ada pergi begitu sahaja semata.. Aku perlu sentiasa berwaspada dengan pelbagai perkara retorik yg menganggu gugat pelajaran ku.. bukan ape,,kehidupan di kampus yg lebih bebas ini menyebabkan aku lebih berhati-hati… Dalam kehidupan ini..aku yakin setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya…Sememangnya ALLAH MAHA PENGASIH, Maha Pemurah..Jika tidak aku tidak berada di sini… 'Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?' Saidina Ali...

2 Komen-komen:

Cikgu Noraini berkata...[Reply to comment]

Zulaiqa, kursus itu amat menarik untuk dijelajahi. Semakin luas pemandangan, semakin kuatlah ingatan kita terhadap pencipta alam.
Walaupun zulaiqa second intake, bukankah Allah telah memakbulkan doamu dengan memberi peluang untukmu melanjutkan pelajaran?
Usahlah dipedulikan apa tanggapan orang dan sikap prejudis mereka. Tonjolkan bakat anda sekarang, sertai pelbagai aktiviti yang mencabar, terutamanya debat, syarahan dan apa-apa sahaja yg berkaitan dengan penulisan. Masanya sudah tiba sekarang.
Bangkitlah dari tidur yg lena..cikgu tetap doakan Zulaiqa.
Salam sayang...
Cikgu Noraini.

Unknown berkata...[Reply to comment]

second intake is never a question,,but always to some,,

apa yg penting is that u work to show them what u have in urself,,

ingat,,to show themm,,bukan to prove them,,there is nothing to be proved, when u are taken in,,u have to prove to one,,except urself,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..