Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Rabu, 25 Julai 2012

Fadhilat Azan & Azan Secara Automatik?


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tiba-tiba hari ni rasa macam nak menulis sesuatu.

Tentang AZAN....



KENAPA TENTANG AZAN?

Sebab kadang-kadang saya rasa Azan itu adalah sesuatu yang indah untuk didengar dan dinikmati...

CUMA...

Kadang-kadang kita tak hargai nikmat tu. Termasuklah diri saya sendiri yang lemah dan naif ini.

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Sekiranya manusia tahu tentang (keutamaan) yang terdapat pada azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak akan mendapatkannya kecuali dengan mengundi, pasti mereka melaksanakan undian tersebut” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kemudian,

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Apabila panggilan azan untuk solat telah dikumandangkan orang, mundurlah atau larilah syaitan sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar panggilan azan itu lagi” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Malahan.....ada dalam kalangan kita yang dengan tanpa rasa bersalahnya. Dengan rasa ego dan bongkak terus tukar saluran @ channel bila terdendangnya azan dan berkumandang dengan lunaknya di radio atau....televisyen..... Sedangkan..

Dari Muawiyah r.a. ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Orang-orang yang melaungkan azan, nanti pada hari kiamat adalah orang yang paling luhur darjatnya” (Riwayat Muslim)

 Tengok.. besarkan fadhilatnya kan.. Bila laungkan azan....malah...

Dari Abu Said al-Khudri r.a. ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Tidak terdengar suara muadzin oleh jin, tidak oleh manusia dan tidak pula oleh sesuatu melainkan (semua) bersaksi untuk dia pada hari kiamat” (Riwayat Bukhari)

sayangnya...makin kita jauh...
Makin kita mengabaikan Azan...
Kadang-kadang kita tahu lokasi kita tak menentu. Kadang dekat dengan masjid...kadang-kadang jauh dari masjid...

Kadang-kadang outstation lah dan sebagainya kan..Oversea ke..apa ke.. jauh dari masjid atau surau. TV pun tak ada channel yang laungkan azan bila masuk waktu.

So...jarang dapat dikejutkan dengan azan sewaktu masuk waktu solat..

TAPI...


Apabila kita dengar? Adakah kita berdiam diri? Tak....
Kebanyakkan terus bercakap..Terus menerus bergelak sakan...

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.


Maka...teruskan menghormati Azan,
Mengalunkan azan,
Mendengar azan....



Kat sini saya nak cadangkan juga rakan-rakan yang ada laptop dan PC masing-masing. Marilah kita download Automatik Azan Mengikut Waktu tempat masing-masing :)

Saya jumpa kat belog orang lain jugak benda ni. Tapi seriusly, berguna,...
  • So u all can choose azan dari Makkah, Madinah atau al-Aqsa
  • Ia tidak memakan memori sistem banyak. So tak memberatkan laptop masing-masing pun :)
  • Ia disokong dengan bahasa yang pelbagai bahasa seperti Arab, Perancis, Bahasa Inggeris, Sepanyol, Itali dan banyak lagi... Bahasa pasar jer xada....
  • Ia termasuk Hirji Gregorian tarikh penukaran dan arah kiblat. 
  • Tarikh Hijri diselaraskan mengikut negara anda....
  • Ia adalah mudah dan teratur

boleh la try yer..


ni contohnya. Kawasan pilih yang terdekat. 
So saya pilih Cheras :) 



Ok...boleh kongsikan pada rakan-rakan. Dan ini semua sebenarnya adalah untuk mengingatkan diri saya yang hina dina ini juga. Selamat Berpuasa dan berbuka...


ASSALAMUALAIKUM...


"Testing-testing ...Dengar Azan Roger..Roger....Azan banyak fadhilatnya..Roger..."

^_^ Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca belog saya ^_^



4 Komen-komen:

Cikgu Noraini berkata...[Reply to comment]

Azan boleh menenangkan jiwa, malangnya di sesetengah negara laungan azan tidak dibenarkan kerana dianggap satu gangguan. Besyukurlah kita kerana mempunyai telinga dan hati yang mampu mendengar laungan azan dan terus menusuk ke tangkai hati..

Zulaiqha Zulkifli berkata...[Reply to comment]

@Cikgu Noraini Bersyukur kan cikgu... itu adalah nikmat yang kita perlu sentiasa syukuri.. :)

nur berkata...[Reply to comment]

setiap saat azan berkumandang d muka bumi ini.

♥ aNNa ♥ berkata...[Reply to comment]

Seronok sbnrnye guna aplikasi azan ni sbb senang ingat bila dah masuk waktu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..