Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Selasa, 7 Ogos 2012

Bahana Facebook dan Twitter

Assalammualaikum..

Lama sudah rasanya tak menulis. Aku Just ter-bangun pagi....jam 2.30 pagi. Bukak mata terpampang orang tengah solat terawih kat masjid Nabawi...Sedap sungguh bacaannya..buat aku jadi tenang sangat pagi-pagi buta gini...

Bangun...kemas bilik..

Aku baru balik bilik rumah sewa di Klang aku yang dah hampir 1 minggu plus-plus aku tinggal ni..Sebab minggu lepas ada kerja outstation di Langkawi selama seminggu.

Balik terus aku balik rumah aku di Ampang....

Sejuk..terasa air-cond pagi-pagi ini menyelebungi segenap ruang atmosfera bilik aku.. Memang kondusif. Seronok tidur. Tapi mata masih terkebil-kebil.

Lalu aku online twitter...

Kosong...

Terasa jiwa kosong tiba-tiba rasa kosong..
Twitter..
Twitter...

Facebook ...
Facebook....

Kenapa aku dengan twitter?
Kenapa dengan facebook...?
Ntahlah..aku tak tahu nak mula macam mana.

Apa yang aku boleh kata. Aku dulu buat akaun twitter pun sebab masa umur 19 tahun baru aku kenali dunia siber ni.

Maka aku pun buat semua segala  akaun yang disuggestkan dalam email aku.(budak baru nak up..semua nak try...Perghh,,,,hewhew)

Kira aku ni lambat sikit dari korang dalam hal-hal dunia maya ni.


Tak macam zaman sekarang..budak-budak muda (ceh..macam aku dah tua) mostly have facebook. Even mak ayah yang baru dapat anak pertama tak sampai umur 1 tahun dah ada facebook...Dahsyat tak? Agak-agak ini antara bahana aura generasi Y yang dah makin melonjak-lonjak zaman  sekarang........


Baby pun dah ada IPAD....perghhhh..tipu je..aku tak pernah jumpa lagi...

Dulu .... myspace lah, friendster lah, apa lagi ek?
spring? apa..yang dekat dengan nama spring-spring tu? Forspring ek..lupa dah apa kenama yang digunakan... Macam-macam nak try..budak-budak  mencari identiti diri katakan..haha~~


Sekarang..aku memang kira antara jutaan manusia dikurniakan peluang  untuk kenali internet..belajar ber twitter.berfacebook sampai dua akaun (rasa poyo konon macam retis~), hilang terus myspace ke..friendster semuanya dari pandangan malah bukan pandangan je, tapi pemikiran...


Hmm..ada kawan tanya "Zulaiqha, perlu ke facebook sampai 2 akaun, siap ada page bagai.?' Aku jujur cakap.. yang page tu memang aku rasa macam 'euww..kau ingat ada orang nak follow?' haha..tapi main belasah je...gara-gara aku bukanlah kategori rajin untuk check sorang demi sorang kekawan
yang buat friend request di facebook. Malah kadang-kadang aku sedar bahawa aku bukanlah robot hafal semua muka orang yang disekolah lama ke, matrikulasi aku dolu2 yang masa mudo2 dulu tu ke, atau kat universiti aku sekarang ni...Aku juga bukan artis atau ahli politik yang risau kena kacau ke apa ke oleh orang luar.. Mungkin aku terlalu optimis, kena batang hidung baru tahu. =_=


Sebab aku tidak sampai hati mereject request tersebut, maka aku pun approve je... So lepas berjinak sejak usia 19 tahun (sejurus selepas aku habis matrik), maka aku pun jatuh cinta dengan pelbagai 'keseronokan' FB.

haha..sekarang? sedikit bosan lar..cuma apa yang leh aku katakan adalah.....facebook medium untuk kita tahu apa yang berlaku disekeliling kita secara cepat. Sebab kat situ macam 'mulut' besar untuk menyampaikan pelbagai isu..Tapi kadang-kadang mulut besar ni bagi masalah juga pada manusia. Kerana wujudnya penyebaran fitnah, pengumpatan secara luar biasa dan terlebih biasa...aishh susah susah..


Kadang-kadang aku pun jadi risau dengan facebook aku sendiri. Gambar dulu aku masuk kan bukan main banyak...tapi sekarang dah insaf sikit, maka aku kurangkan sikit mempromosikan gambar sendiri di facebook tuh..Bukan nak bajet baiklah..just sebab dah hampir 3 tahun guna FB tu, telah muak untuk lakukan    decoration lagi.


Dan sekarang aku sedang berjinak-jinak dengan twitter walaupun tu pun aku buat masa umur 19 tahun..tapi memang tak aktif lah.. Hehe..tak tahu pada mulanya function sebenar. Tiba-tiba terjumpa perkara-perkara misteri yang aku selama ni tak tahu, tertiba jadi tahu. Ini dikatakan rahsia tidak menjadi rahsia di alam maya.


Aku tak ada hak untuk menghakimi orang lain. siapa aku nak hakimi apa yang orang post, tweet or tulis entri belog masing-masing. Cuma bila aku peduli tentang seseorang yang aku anggap penting dalam hidup aku, maka aku tegur kerana Lillahi taala... Sebab aku pun pernah lakukan kesilapan.. Bila darah naik ke muka...panas membara.Jiwa rasa nak terbakar. Masa tu handphone kat tangan, siap dapat line wifi free.. apa lagi, tangan lajulah type kutuk, marah, tunjuk rasa tak puas hati pada si anu si ani..dan macam-macam..


LEPAS TU?


Bila dah setel sesi luahan di twitter atau di facebook atau apa jua medium media, aku pun jadi lega. Lega ke? Actually, aku rasa bersalah.. Rasa macam tak seronok je, sebab tak tenang. Risau pulak orang
yang baca walaupun tak mention namanya akan terasa hati dan atau mengetuk hati nya. Tambah lagi risau buatnya parents tersayang ternampak ke atau terstalker baik punya......Maka aku akan padam semula post, entri atau apa sahaja yang mungkin menyebabkan orang lain terasa sakit hati.


Aku faham dan aku belajar dari kesilapan aku juga. Benda normal ni sentiasa berlaku. Konsep putaran roda itu sentiasa dalam kehidupan kita semua. Normal...Sebab manusia ini sentiasa bergerak, sebab bumi pun bergerak tiap masa. Kita jer yang tak sedar.. (kalau sedar bumi bergerak, memang nak kiamat lah tu). Maka ia sentiasa berlaku dalam kehidupan kita.


Namun setiap perkara tu ada moral of the story, kita belajar dan perbaiki diri. Kerana setiap masa yang berlalu takkan kembali, kita yang akan kembali kepada Illahi. Maka sedarilah, masa terlalu singkat untuk kita terus sakit- menyakiti. Maaf memaafi itu adalah panji ukhuwah sejati. (saya dah maafkan awak..hehe..tertiba~~)

Aku cerita di sini bukan untuk tunjuk aib diri tetapi aku menulis mengikut mata hati, yang luhur dari sanubari. Bukan nak tunjuk aib diri, tapi semata-mata mahu rakan taulan jadikan ini pendoman bersama...Jangan rasa bersalah pada diri dah k... cuma terus tanam azam untuk gunakan medium ini secara hikmah k .... =_^

Okeylah....
Nak bersahur kejap. Mengantuk pun ada.Selamat bersahur semua..
dan selamat berpuasa yer.. Selamat dan terus selamat.


Terima kasih kerana sudi membaca...Maaf sekiranya kalau . :)


Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt. - Ibnu Qayyum


0 Komen-komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..