Logo Perdana Leader Fellowship (PLF) |
1. LATAR BELAKANG
1.1 Malaysia memerlukan tokoh/pemimpin yang bijaksana berhemah, berintegriti serta berkeupayaan dalam menghadapi isu dan cabaran semasa diperingkat nasional mahupun global.
1.2 Kepelbagaian adat, budaya dan kepercayaan agama di Malaysia merupakan satu keunikan dan kekuatan jika ia diuruskan dengan baik. Justeru, Kementerian Belia dan Sukan sebagai salah satu agen pembentukan modal insan, perlu bertanggungjawab dalam melahirkan pelapis untuk menggantikan pemimpin-pemimpin berkaliber masa kini.
1.3 Hal ini juga diyakini bahawa Malaysia mempunyai generasi yang kurang kompeten untuk memimpin negara pada masa hadapan. Ciri-ciri kepimpinan generasi muda telah menunjukkan sedikit penurunan dari 67.2 pada tahun 2006 kepada 65.3 pada tahun 2008 (Indeks Belia Malaysia).
1.4 Pemimpin generasi muda yang cemerlang perlu terus digilap melalui platform yang sesuai untuk mendapatkan latihan dan pendedahan formal serta profesional yang dapat mempertingkatkan potensi kepimpinan mereka.
1.5 Generasi-Y memerlukan role model untuk membina kemahiran kepimpinan sehingga ke peringkat tertinggi. Pada ketika ini, golongan gen- Y memilih pembelajaran melalui praktikal berbanding hanya teori.
1.6 Kejayaan program White House Fellow di Amerika wajar dicontohi oleh Malaysia bagi menjamin kesinambungan pelapis pemimpin muda negara. Justeru itu, Kementerian Belia dan Sukan selaku agensi utama dalam pembangunan belia mencadangkan satu program khas ala- program WHF di Amerika iaitu program The Leader. Program ini adalah salah satu daripada initiatif Makmal Transformasi Pembangunan Belia. Bagaimanapun, The Leader telah dibuat penjenamaan semula dengan menggunakan nama baru iaitu ‘Perdana Leader Fellowship’.
Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan pemimpin muda berwibawa sejajar dengan keperluan negara masa kini dan masa hadapan. Objektifnya adalah untuk:-
2.1 membina dan meningkatkan ciri-ciri kepimpinan sejajar dengan nilai bersama masyarakat Malaysia;
2.2 meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pemimpin gen-Y demi kepentingan
2.3 survival dan penerusan/sustainability kepimpinan negara jangka panjang; dan
2.4 mewujudkan barisan pewaris kepimpinan negara.
3 KUMPULAN SASAR
3.1 Peserta
Bilangan peserta 40 orang calon.
Belia yang berumur dalam lingkungan 21 - 27 tahun.
Calon berasal daripada pelbagai kaum dan etnik.
Lepasan universiti/kolej minimum kelulusan Diploma (CGPA tidak kurang daripada 3.0) atau Degree/Bachelor (CGPA tidak kurang daripada 2.7).
Fasih dalam 2 bahasa (Bahasa Malaysia & Bahasa Inggris).
Mempunyai kesihatan yang baik.
Kriteria :
Suka/minat untuk belajar : mendorong mereka untuk membuat sebahagian besar daripada perkongsian mentor.
Berdaya usaha (sendiri) : membentuk keperibadian diri dari program mentoring mereka.
Keyakinan : memiliki keyakinan untuk mencapai potensi mereka yang terbesar.
Berani mengambil risiko : tidak takut menghadapi cabaran.
Ketahanan : mampu untuk bangkit semula dari kesilapan & kegagalan.
Keghairahan : ghairah untuk terus belajar dan mempertahankan
hubungan mentor/mentee dari masa ke semasa.
Berfikiran terbuka : mampu mempertimbangkan semua cadangan, termasuk kritikan yang membangun daripada perkongsian mentor.
Komitmen : elemen penting dalam menjaga hubungan rapat antara mentor dan mentee.
Kesetiaan : memelihara perilaku dan etika terhadap mentor dan ahli-ahli dalam organisasi.
Penghargaan : memberikan komitmen sepenuhnya dan kerjasama untuk mempertahankan kepentingan mentor.
4 KAEDAH PROGRAM & TEMPOH MASA
4.1 Kaedah berkonsepkan gabungan latihan internship dan mentorhip mengikut lima (5) bidang yang telah dikenalpasti iaitu Keusahawanan, Sektor Kerajaan, Aktivis Sosial, Industri Kreatif dan Individu Profesional.
4.2 Pencalonan dan pemilihan peserta berdasarkan :
Permohonan terbuka kepada IPTA/IPTS, NGO, agensi awam dan swasta
Hebahan akan dibuat melalui media cetak iaitu surat khabar dan media elektronik di laman web rasmi kementerian (permohonan on-line) serta blog seperti facebook dan twitter.
Proses saringan/tapisan akan dibuat melalui semakan dokumen calon, sesi temuduga dan kem pemilihan; dan
Tawaran akan dikeluarkan berdasarkan kepada keputusan Jawatankuasa Panel Pemilihan Peserta / Mentee.
6. TEMPOH PROGRAM DAN MODUL
Tempoh pelaksanaan modul adalah sepenuh masa selama enam (6) bulan. Setiap peserta wajib lulus kesemua modul/aktiviti yang telah ditetapkan. Aktiviti fizikal akan dijalankan selama tujuh (7) harisebelum pengisian 4 modul utama dijalankan:
6.1 Sesi Tutorial : Orientasi, aktiviti fizikal, Kemahiran Abad ke-21, asas komunikasi, kepimpinan dan kemahiran pengurusan organisasi, serta elemen integriti (3 minggu).
6.2 Pembelajaran Lanjutan : Latihan kemahiran kepimpinan lanjutan di peringkat antarabangsa dan global (1 bulan). Dalam tempoh tersebut, peserta akan dibawa ke luar negara selama lima (5) hari untuk kursus bersijil jangka pendek, kajian kes dan lawatan.
6.3 Penempatan : Mentee ditempatkan bersama atau dalam organisasi Mentor untuk mempelajari nilai-nilai dan kemahiran kepimpinan melalui tugasan yang diberikan oleh Mentor (3 bulan).
6.4 Projek : Mentee akan melaksanakan projek berprofil tinggi di peringkat akar umbi serta memberikan impak yang tinggi kepada masyarakat khususnya golongan belia (1 bulan). Pelaksanaan projek akan dibimbing oleh seorang penyelia yang dilantik dari awal mereka mengikuti modul tutorial.
7. PENILAIAN
Pemerhatian dan penilaian akan dibuat secara berterusan dengan menggunakan kaedah scoreboard,parameter, 360% oleh rakan kongsi dan mentor. Laporan aktiviti akan dilaksanakan secara berkala bagi mendapatkan rekod pencapaian dan kejayaan semasa setiap mentee. Pihak IPPBM akan melihat semula serta menyediakan bentuk dan format penilaian berdasarkan kaedah yang ditetapkan.
8. PEMILIHAN MENTOR DAN MENTEE
Seramai 20 orang mentor akan dilantik untuk membimbing 40 orang mentee selama 3 bulan. Pemilihanmentor akan dibuat berasaskan kriteria pencapaian, kemampuan dan kualiti. Penempatan menteeadalah berasaskan ratio dua (2) orang mentee bagi setiap anchor mentor dan dua (2) hingga tiga (3)assistant mentor setiap organisasi. Walaupun demikian, mentor perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya 20% dari masa keseluruhan modul penempatan dengan Mentee diadakan.
Daripada dua (2) orang mentee tersebut, satu (1) daripadanya dipilih oleh mentor manakala seorang lagi adalah berdasarkan pilihannya sendiri. Bilangan minimum mentee bagi setiap bidang adalah seramai lapan (8) orang dan setiap bidang melibatkan empat (4) organisasi. Pemilihan individu/organisasi berasaskan kepada kriteria-kriteria berikut :-
8.1 Pencapaian : Profesional dengan pengalaman 5 tahun atau lebih, berpengalaman dan berjaya dalam menjalankan perniagaan, lapangan akademik, berjaya dalam mendirikan model perniagaan baru.
8.2 Kemampuan : membantu dalam penetapan tujuan, memberikan nasihat praktikal dan arahan, mampu membawa yang terbaik pada peserta, mampu memberikan keadilan, jujur dan memberikan maklum balas.
8.3 Kualiti : Ketenangan, sikap positif dan profesional, kesabaran, sifat menyokong, berkemahiran.
9. JAWATANKUASA / PANEL
Jawatankuasa Induk
Pengerusi : Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Ahli : Wakil Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), Rakan Kongsi, Mentor dan beberapa ahli prominent (10 orang)
Jawatankuasa Kerja / Pelaksana
Pengerusi : Ketua Pengarah,
Jabatan Belia dan Sukan Negara
Ahli : Semua TKP Bahagian, P(KS), Penyelaras Rakan Kongsi dan Konsultan
Sekretariat
Caw. Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah,
Bahagian Pembangunan Belia (JBSN)
10. PASCA PROGRAM
Bagi tempoh enam (6) bulan hingga satu (1) tahun selepas program ini dijalankan, pengemaskinian pengkalan data peserta / status pencapaian/aktiviti semasa, penubuhan kumpulan baru yang melibatkan mentee dan mentor dan perjumpaan alumni akan dilaksanakan.
11. ELAUN
Setiap peserta akan menerima elaun sara diri sebanyak RM1,000.00 sebulan sepanjang tempoh program.
12. PENUTUP
Peserta mampu memperoleh hasil positif dan pembelajaran nilai-nilai kepimpinan yang positif melalui pengalaman program dan menyediakan ruang yang lebih jelas bagi belia untuk mengetahui arah yang mereka inginkan. Selain itu, peserta juga akan mampu memberikan sumbangan kepada negara melalui penglibatan dalam program-program belia.
CADANGAN MODUL
a) Sesi Tutorial
- History and Nation Building of Malaysia
- Integrity and Patriotism
- 1Malaysia Concept
- Public Policy
- Ethics and Good Governance
- Politics in Malaysia
- Definition of Leadership & Leadership Styles
- Leadership in a Changing Global Environment
- Leadership and Lifelong Learning
- Issues and Challenges in the Malaysian and Global Economy
- Preparation on Malaysian Budget & How It Affects Us
- New Economic Model (NEM)
- Sustainable Development and Public Policy
- Green Technology and Energy Policy
- Food Security
- Transportation Policy
- People/Social Skills: Etiquette, Fine Dining, Protocol
- Fine Dining
- Communication and Motivational Skills
- Speech, Public Speaking and Media Skills
- Crisis Management
- Crisis Communication
- Negotiation Skills
- Social Networking
- New Media
b) Sesi Lanjutan
- International Trade
- Trends in International Trade
- Regional Trade Agreements and Trade Blocs
- International Monetary and Financial Crisis
- Global Islamic Finance and Services
- Global halal Market, Standards and Development
- World History – Lesson from Ancient Civilizations
- International Politics and Security of Asia
- Major Powers in Asia: The USA, People’s Republic of China (PRC), Japan, South Korea
- BRIC as Emerging Powers (Brazil, Russia, India and China)
- Contemporary Issues in ASEAN: Politics, Security, Economy
- East Asia Community (EAS) and ASEAN + 3
- A Session with ASEAN Diplomats
- OIC and Commonwealth
- Country Focus: Indonesia, Thailand and Vietnam
- Country Focus: Singapore, Brunei and Australia
- Lesson from Japan, Taiwan and South Korea Economic Development
- Potential Threats: Maritime & Economic Security
- Futures Thinking: Scenario Planning & Horizon Scanning
- Understanding Culture & Cross Culture Management
- Visiting and Smart Study to: China, India, Singapore / South Korea, Australia and Hong Kong
CONTOH SENARAI PROJEK MENGIKUT BIDANG
KEUSAHAWANAN
a) Berikan produk, minta Mentee untuk menjenama, memasar dan
mencapai target jualan;
b) Berikan aset dan minta Mentee untuk tingkatkan nilai;
c) Mengatur program amal;
d) Mengatur dan menguruskan program keusahawanan muda di peringkat antarabangsa; atau
e) Diberi modal awal RM 1,000 dan tingkatkan menjadi RM 10.000 dalam jangka waktu tertentu.
SEKTOR KERAJAAN
a) Mengatur dan menguruskan program kempen pendaftaran pengundi;
b) Mengadakan Hari Terbuka Jabatan/Agensi Kerajaan ;
c) Mengadakan Karnival Kerjaya;
d) Mengadakan kajian di peringkat akar umbi (masyarakat), misalnya menyiapkan rencana yang dicadangkan bagi pembangunan wilayah - Pelan Pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur; atau
e) Membantu lepasan universiti untuk mempersiapkan diri mencari dan memasuki alam pekerjaan.
AKTIVIS SOSIAL
a) Mengatur makan malam amal;
b) Mengadakan Konvensyen Organisasi/ertubuhan Sukarelawan Malaysia;
c) Membuat kerja khidmat masyarakat di Kemboja;
d) Mengadakan kursus latihan sukarela; atau
e) Membantu KBS dalam perancangan romosi dan pendaftaran sukarelawan.
INDIVIDU PROFESIONAL
a) Mengatur seminar kepimpinan;
b) Membantu untuk mengadakan konvokesyen universiti;
c) Mengatur program latihan kepimpinan untuk remaja;
d) Mengadakan kempen derma darah dengan sasaran 1,000 penderma; atau
e) Mengadakan karnival pendidikan.
INDUSTRI KREATIF
a) Membuat dan memasarkan rekaan baru, contoh: industri fesyen;
b) Mengadakan karnival, contoh: pertunjukan fesyen, konsert, seni;
c) Mengadakan bengkel dalam bdang industri kreatif;
d) Mengatur kempen kesedaran untuk memelihara budaya warisan melalui media cetak dan elektronik; atau
e) Membantu Istana Budaya untuk mempromosikan persembahan teater.
(Source : Kementerian Belia Dan Sukan )
0 Komen-komen:
Catat Ulasan