Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Isnin, 21 Mei 2012

FADHILAT PUASA SUNAT BULAN REJAB : DIMANAKAH DALILNYA?


Yes…!!!!!! Bulan REJAB KEMBALI!!!


Bulan Rejab Kembali lagi. Kejab jer rasa masa Berjalan..opss..BERLALU dan BERGERAK.
Pantas terasa. Lusa dah nak hantar THESIS tapi terasa nak type ini sebelum beranjak terus masanya.  Saya hanya mengambil beberapa minit sahaja sebelum proceed my FYP Final Draft sebab rasa ini lebih penting. (MAYBE …) hukhuk…

Saya TERPANGGIL untuk share ini kerana saya mahu menekankan pada yang sedang sebarkan tentang fadhilat ‘hebat’ di FB dan SMS berantai masing-masing tentang puasa dalam BULAN REJAB ini dengan ayat ini:-

“AWASILAH dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw." (ingatan untuk diri jugak sebab saya juga ada post juga, maka cepat-cepat padam bila dah tahu key kawan-kawan??? :) 


Tentang bulan REJAB. Apa itu bulan REJAB? Ada bentuknya? Adakah warnanya? Sebenarnya…

Untuk pengetahuan pembaca, sebenarnya Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi PERISTIWA-PERISTIWA bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, PEMBEBASAN AL-AQSA DARI TANGAN TENTERA SALIB dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi Muhammad saw. (Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu BULAN SPIRITUAL dimana mereka mempertingkatkan IBADAT SUNAT khususnya ibadat puasa.)

Tarikan dan seruan yg ditiup kedalam jiwa UMAT ISLAM NUSANTARA (kita la tu.....)terutamanya untuk melakukan ibadat kebanyakkannya dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis-hadis yg mengandungi Fadilat-Fadilat beribadat didalam bulan ini.

 Jelas terlihat dari segi jualan buku-buku kecil yg mengandungi fadilat-fadilat bulan ISLAM BEGITU LARIS DIPASARAN menjelang bulan Rejab. Begitu juga dizaman era Internet ini (ICT), e-mail dan maling list yg di forwardkan mengandungi 'cut & paste' dari fadilat-fadilat Rejab yg terkandung didalamnya.

Rata-rata tarikan fad'il (fadilat-fadilat) inilah merupakan faktor penarik kepada kebiasaan orang awam untuk melakukan ibadat sunat. (Sape tak nak kan banyak GANJARAN kannn??)

 Injeksi faktor ini dapat kita lihat dengan jelas penerapannya didalam BUDAYA MELAYU-ISLAM seperti rangkap-rangkap sya'ir dibawah ini:[1]

Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai

Rejab menyuci badannya
Sya'ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya

Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala

Mungkin timbul beberapa persoalan yg tersimpan didalam lubuk hati kita: -MENGAPA BULAN REJAB SAHAJA YG DIPILIH MEMPUNYAI KELEBIHANNYA? (jeng..jeng..jeng…)

Pernah atau tidak kita terfikir yg mungkin berita-berita ini ditokok tambah (exaggerate) oleh manusia biasa yg bercakap atas nama Nabi SAW? (jeng..jeng..jeng lagi)

Mengapa didalam bulan ini terdapat solat-solat khas, zikir-zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan peribadatan?

Ah.. disini kita ingin membawa beberapa penjelasan dari ulama'-ulama' muktabar dan kontemporari mengenai kesahihan fadilat yg terdapat didalam bulan itu sendiri, dan apakah sebenarnya fadilat yg terkandung didalam Rejab.

Bulan Rejab merupakan satu bulan dari BULAN-BULAN HARAM.......(apakah??)

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan 'Haram' didalam Islam. Dalilnya terdapat didalam Firmah Allah swt didalam Surah Al-Taubah ayat 9:

"SESUNGGUHNYA BILANGAN BULAN-BULAN DI SISI (HUKUM) ALLAH IALAH DUA BELAS BULAN, (YANG TELAH DITETAPKAN) DALAM KITAB ALLAH SEMASA DIA MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI, DI ANTARANYA EMPAT BULAN YANG DIHORMATI. KETETAPAN YANG DEMIKIAN ITU IALAH AGAMA YANG BETUL LURUS, MAKA JANGANLAH KAMU MENGANIAYA DIRI KAMU DALAM BULAN-BULAN YANG DIHORMATI ITU (DENGAN MELANGGAR LARANGANNYA) DAN PERANGILAH KAUM KAFIR MUSYRIK SELURUHNYA SEBAGAIMANA MEREKA MEMERANGI KAMU SELURUHNYA DAN KETAHUILAH SESUNGGUHNYA ALLAH BERSERTA ORANG-ORANG YANG BERTAKWA."

Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan "diantaranya empat bulan yg di hormati" ialah:
"EMPAT BULAN HARAM - ZULKAEDAH, ZULHIJJAH, MUHARAM DAN REJAB"

Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 BULAN HARAM. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut.

Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura' (10 hb Muharam).

Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab?

Disini nyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat Rejab.

1. Sheikh Atiyah Al-Saqr.
a. Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yg sangat LEMAH DAN PALSU.

Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap FADILAT SESUATU PERKARA ITU HARUS DILIHAT DARI SEGI NAS YG SAHIH dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:[3]
"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."

Menurut Al-Saqr lagi bahawa:
"AL-HAFIZ AHMAD BIN ALI BIN MOHAMMAD BIN HAJAR ASQALAANI MELETAKKAN DIDALAM RISALAHNYA DENGAN TOPIKNYA : PENJELASAN YG DATANG DIDALAM FADILAT REJAB, PENGUMPULAN JUMHUR HADIS MENYEBUT MENGENAI FADILAT-FADILAT REJAB, PUASA DAN SOLAT DIDALAMNYA. IA DIKELASKAN SEBAGAI LEMAH DAN MAWDHU"

b. Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yg lain.
Fadilat Rejab secara umumnya berada didalam Fadilat bulan-bulan Haram sebagaimana Firman Allah didalam surah Taubah:36 dan terdapat juga Hadis Sahihin mengenai Hijatul Wada', didalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu : ZULKAEDAH, ZULHIJJAH DAN MUHARRAM, DAN YG TUNGGAL IALAH REJAB. Dimasa itu orang Islam ditegah melakukan kezaliman, peperangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.

c. Berpuasa hari pertama atau yg lain sama sahaja fadilatnya.
Berkata Al-Saqr lagi bahawa:
"AMALAN SALEH DIDALAM BULAN REJAB ADALAH SEBAGAIMANA GANJARANNYA DI DALAM BULAN-BULAN HARAM, YG DIDALAMNYA TERDAPAT PUASA, SAMA SAHAJA [BERPUASA] HARI PERTAMA ATAU PUN HARI AKHIR. BERKATA IBNU HAJAR : 'SESUNGGUHNYA BAGI BULAN REJAB TIDAK TERDAPATNYA HADIS MENGENAI FADILAT KHAS BERPUASA, TIDAK TERDAPAT YG SAHIH ATAU HASAN'. "

Beliau memetik beberapa HADIS DA'IF DAN PALSU, diantaranya ialah:

i. "SESUNGGUHNYA DIDALAM SYURGA ADA SEBUAH SUNGAI YG DIPANGGIL REJAB, WARNA AIRNYA SANGAT PUTIH DARI SUSU, MANISNYA LEBIH MANIS DARI MADU, BARANGSIAPA YG BERPUASA SATI HARI DARI BULAN REJAB, MAKA ALLAH AKAN MEMBERI IA MINUM DARI SUNGAI ITU" - hadis ini Dha'if.

ii. "BARANGSIAPA BERPUASA SEHARI DIDALAM BULAN REJAB SEOLAH-OLAH DIA BERPUASA SATU BULAN, DAN SIAPA YG BERPUASA DIDALAMNYA 7 HARI MAKA AKAN DITUTUP 7 PINTU-PINTU NERAKA, DAN BARANGSIAPA YG BERPUASA 8 HARI MAKA 8 PINTU-PINTU SYURGA AKAN TERBUKA, DAN BARANGSIAPA YG BERPUASA 10 HARI, MAKA AKAN DIGANTIKAN DOSA DENGAN KEBAIKAN" - hadis ini Dha;if.

iii. Terdapat sebuah hadis yg panjang mengandungi fadilat berpuasa rejab menurut hari, dan didalamnya terkandung matan :
:"REJAB BULAN ALLAH. SYA'BAN BULANKU DAN RAMADHAN BULAN UMATKU" - HADIS INI PALSU!!!!

d. Tidak ada solat khas didalam Rejab.
Daripada Hadis yg tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat :

"BARANGSIAPA YG SOLAT MAGRIB DI AWAL MALAM DARI BULAN REJAB, KEMUDIAN DIIKUTI OLEH SOLAT 20 RAKAAT SELEPASNYA, DIA MEMBACA PADA SETIAP RAKAAT AL-FATIHAH DAN QULHU ALLAHU AHAD SEKALI DAN DIA MEMBERI SALAM KEPADANYA 10 KALI SALAM, ALLAH AKAN MENJAGA DIRINYA, KELUARGANYA, HARTANYA DAN ANAKNYA, DAN AKAN DISELAMATKAN DARI AZAB KUBUR, DAN PERJALANAN DI SIRAT BAGAIKAN BORAQ, TANPA HISAB DAN AZAB." - ITU ADALAH HADIS MAWDHU'

e. MENZIARAH KUBUR pada bulan Rejab tiada nasnya:

Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-Saqr mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya didalam Islam. Beliau menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-sejarah yg berlaku dibulan Rejab dan mengambil tauladan daripadanya.
"Ini adalah manusia yg prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu, mereka menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama didalam bulan Rejab, tidaklah ada asalnya didalam agama, dan ganjaran yg besar daripada ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini. Adalah lebih aula didalam bulan Rejab ini kita mengingati kembali sejarah yg berlaku kepadanya seperti penaklukan Tabuk, mngingati Salahuddin Al-Ayobi menyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M). Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan. Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra' dan Mi'raj iaitu pengajaran darinya, dimana orang Islam menganggapnya berlaku didalam bulan Rejab. Allah yg Maha Mengetahui."

2] Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain

Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yg terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya [4]:
"tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya - didalamnya ada 4 bulan haram - Al-Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya'ban.."

b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu.

Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas Rejab kebanyakkan merupakan Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah tarafnya:
"Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat Rejab - "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"..... Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama' mengatakan hadis ini Palsu! ....

yakni penipu..!!

Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai agama. Disitu ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg MEMINTA BERISTIGFAR SEKALI kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini....

 Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan didalam Hadis yg memasukkan perkara yg berlebih-lebihan...."

c. Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.

Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan didalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya :
"Berkata ulama' : JANJI UNTUK MENDAPATKAN GANJARAN YG BESAR DIATAS PERKARA YG BIASA, ATAU UGUTAN KEPADA AZAB YG PEDIH KEATAS DOSA KECIL? Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yg bohong."

d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yg Palsu

Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadis yg diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yg boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yg banyak dipasaran mengenai taraf sesuatu hadis. Kata beliau :
"Ulama' telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia terhadapnya...sesungguhnya telah datang hadis :"Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong....."

~> (Riwayat Muslim didalam muqadimahnya yg Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya .... maka disana ada Kitab Hadis yg Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb.........."

3. Ibnu Hajar Al-Asqalani

Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat didalam fatwa Shiekh Al-Saqr[5] mengenai fadilat Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar:
"Ibnu Hajar didalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadis-hadis yg melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yg berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad(niat) yg bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yg dia berpuasa, atau pada malan tertentu dia berqiamullail, maka beliau percaya yg dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg baik atas apa yg diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya di khaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna penegahan itu didalam hadis Nabi saw bersabda :

"JANGAN MENGKHASKAN HARI JUMAAT UNTUK BERPUASA DAN JANGAN [MENGKHASKAN] MALAMNYA BERQIAMULLAIL".  - riwayat Muslim. Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih baik dari puasa lainya yg didalamnya terkandung puasa nazar, Ibnu hajar lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yg dinaqalkan oleh Abi Bakar Al-Thorthorshi didalam bukunya "Bid'ah wa hawadith" bahawa bulan Rejab dibenci olehnya kerana 3 jenis:

1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan.

2. Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yg kekal.

3. Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yg lainnya: Kalau dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya :


"Puasa adalah amalan kebajikan"., Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yg dinaqalkan oleh Ibnu Hajar."


4] Dr. Sayid Saabiq
Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa :
"Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram".

Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh[6].


Hadis-hadis fadilat Rejab yg palsu atau dhaif:-

Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab:

a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya?

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.

b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A'uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.

c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan.
-Hadis sangat Dhaif.

*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk.
*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.

d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpuasa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah.
~~~ > Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk.
*Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.

e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir.
-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.

f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu'.




Bagaimana beramal didalam bulan ini?

a. Shiekh Mahmud Al-Sya'rawi didalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakan bulan dari bulan-bulan 'am yg afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh Musnad Ahmad :

"SEORANG LELAKI TELAH BERTANYA RASULULLAH SAW, KATANYA : BULAN MANA KAMU PERINTAHKANKU BERPUASA SELEPAS RAMADAN? MAKA RASULULLAH SAW BERKATA : JIKA AKU BERPUASA SELEPAS RAMADAN, MAKA BERPUASALAH DIBULAN HARAM, MAKA SESUNGGUHNYA DIDALAMNYA DARI TAUBAT ALLAH SWT KEATAS SATU KAUM, DAN TERDAPAT TAUBAT DIDALAMNYA UNTUK SATU KAUM YG LAIN"

Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan Allah swt didalam bulan-bulan ini.


b. Bekas Mufti besar Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz apabila ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, Beliau menjawab [9]:
"Bulan Muharam dari segi syara' dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu juga Sya'ban, disana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil disan keatasnya, akan tetapi berpuasa dengannya TANPA ber'itiqad yg khusus (khas) atau pribadi, maka tidaklah menjadi masalah."

Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda : ((Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah dibulan Allah Al-Haram)). Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya'ban dimana Nabi saw berpuasa dengannya"

c. Seorang Ulama' Islam dari negara Syria yg terkenal pada masa kini, Dr Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakkan iman empat mazhab (Syafiie, Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai perdapatnya amalan berpuasa sunat didalam bulan-bulan haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya. kata Dr Wahbah Zuhaily[10] :

"Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat disisi Mazhab Maliki dan Syafiie, dan mazhab Hanbali berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi keutamaan berpuasa dibulan Haram, pada mereka itulah puasa yg afdal selepas Ramadan, telah bersabda Rasulullah saw : ((Seafdal solat ialah pertengahan malam, dan seafdal puasa selepas bulan Ramadan ialah di bulan Allah Al-Haram)). Seadal puada dibulan haram ialah Hari Al-Asyura', sebagaimana diantaranya. Dan berkata mazhab Hanafiah : Sunat berpuasa didalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya iaitu :- Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu."


d. Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry didalam buku Kitab Fikh Empat Mazhab[11] juga memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai puasa dibulan-bulan haram kata nya:
"Mengenai sunat berpuasa dibulan Rejab dan Sya'ban, Imam-imam ini telah bersetuju dengannya, cuma terdapat khilaf dengan hanbali.........
Hanbali : Menetapkan puasa Rejab (secara tunggal) adalah makruh, melainkan jika ia berbuka (tidak berpuasa) secara selang-seli, maka tidaklah Makruh."


e. Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa didalam bulan Rejab itu sunat atau bid'ah, beliau telah menjawab [12]:

"Berpuasa didalam bulan adalah maqbul dan mustahab, keatas semua perkara. Tetapi bukanlah datang dari Rasulullah saw bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan. Beliau banyak berpuasa didalam bulan Sya'ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah sunnah nabawiyyah 


... Beliau berpuasa dan berbuka disetiap bulan, seperti riwayat mengatakan : ((Beliau berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, Beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa)) (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud).


Maka beberapa golongan manusia berpuasa seluruh bulan Rejab, sebagaimana yg kita lihat sebelum ini, Aku telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari didalam bulan Syawal, dan menamakannya "Al-Ayam Al-Baidh", selepas berbuka, mereka akan menjadi perayaan pada hari yg ke 8 dari Syawal....

Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling berhubungan, mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari A'id. INI TIDAK DATANG DARI NABI SAW, atau pun dari para sahabat atau pun dari Al-Salaf Al-Saleh.. maka mereka berpuasa sehari dan berbuka sehari.
Tidak ada berterusan didalam puasa. Semua kebaikan adalah menurut Salaf dan keburukan adalah dari rekaan para Khalaf. Barangsiapa yg ingin ber'iitiba' dan inginkan ganjaran, maka ia harus mengikur Nabi saw dimana tidak berpuasa sepenuhnya didalam Rejab, dan tidak berpuasa sepenuhnya didalam Sya'ban. Dan ini adalah yg lebih utama. Wa Billahi Tawfiq."

Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram, tetapi tidak lah sepenuh bulan Rejab dan Sya'ban, kerana ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw, atau sahabat-sahabatnya ataupun para ulama' Salaf.


Puasa-Puasa sunat yg lain.......

Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya'rawi didalam fatwanya[13] menjawab persoalan mengenai puasa-puasa sunat, beliau telah menyenaraikan 8 jenis puasa yg beliau sifat sebagai :"Puasa yg orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah"

Puasa-puasa sunat (sukarela ):

1. Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji.
2. Hari Asyura', disitu ada hari 9 atau mana-mana hari 9 atau 10 Muharam.
3. 6 hari didalam bulan Syawal.
4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu :- hari13,14 dan 15.
5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu.
6. Berpuasa didalam bulan-bulan haram iaitu :- Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1 hingga 9 Zulhijjah.
8. Berpuasa penuh didalam Sya'ban atau dengan banyaknya. "

Para Fuqaha' berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan puasa sunat, tetapi dia masih mempunyai baki puasa wajib, hendaklah ia mengqada'kannya. Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar, maka hendaklah dia melakukannya puasa itu dahulu.[14]

Kesimpulan :

1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)

2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)

3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)

4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).

5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi)

6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:
- hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muharam (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz)
- berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (Hanafiah - Al-Zuhaily)
- Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
- berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).

7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)

8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry)

9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.

10. AWASILAH dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik).

Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali kita disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yg sangat rapuh dalilnya, bahkan ia menjadi pegangan sebahagian umat Islam pada hari ini. Bagi persoalan-persoalan seperti fadilat Rejab atau bulan-bulan yg lain, kita mesti kembali kepada 'role model' atau contoh kita, iaitu Rasulullah saw sebagaimana firman Allah swt didalam surah Al-Ahzab ayat 21:

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Al-Ahzab - 21].

Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram sebagaimana yg telah diajarkan oleh Rasulullah SAW.


SUMBER ini saya kongsikan khas daripada: http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id73.html

Saya juga serta kan video ini ya :)



Terima kasih kerana membaca ya :) Sekali sekala berkongsi tiada salahnya .. :) Wallahu'alam :)

Stress datang lagi.FYP lagi...

23 hari bulan Mei 2012
23 hb...mei...
ya.... tahu..tahu...

Alhamdullilah hari ini 21...
belum lagi 23hb. Sempat ke edit segalanya ni?
Penat rasa menghadap thesis ini.

Stress? Jangan cakaplah. memang mengamit rasa KETABAHAN yang Maha HEBAT.

dulu rasa nak sangat SCORE A untuk FYP ni. Sekarang rasa "alamak, susahnya nak be good'

Saya just nak luahkan jer.
Makan pun tak lalu, just makan ayam goreng jer. Esok last dapat peluang untuk menaip. hari ini nak tak nak kena  setelkan segala.

Result macam ape ntah., saya pun tak leh nak kata apa. RISAU jugak lah dibuatnya.
Lecturer dah mintak baiki. Semalam kononnya nak stay up tapi malangnya ada meeting.

Meeting tu tanggungjawab jugak, thesis pun tanggungjawab gak. tapi tak apalah, pergi ajer. Balik dalam jam 1 pagi. Memang mata kuyup kayap lar tengok laptop. Pastu tidurlah. tak sempat nak baiki apa yang patut dibaiki.

Plannya nak terus hantar draft kedua bahagian result ini hari ini ( Isnin) sebelum jam 5 petang, tapi gamaknya sekarang dah jam 3 petang. Mana sempat kot.

SV saya memang baik orangnya, selalu sabar jer dengan sikap ku yang 'last minute' punya orang. Yup, saya suka STRESS sebab stress boleh buat saya bergerak lebih pantas daripada asalnya.
 Tapi macam ni selalu, boleh sakit jantung saya dibuatnya.

Okeyla, rasa macam dah luah sikit ni, legalah sikit. Moga saya dapat siapkan sebelum jam 5 petang ni. DOAKAN ya :)


~ Speed semakin di MAKSIMUM kan semaksimum yang BOLEH.!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum!

Rabu, 9 Mei 2012

Thesis Writing In Progress!! Argghh..CABARAN dan KESABARAN


Assalamualaikum dan salam 1thesis !

pernah tak jadi macam ini?? Pernah tak...? (angguk jela kawan!)


Dan sekarang saya??


Ahh... Ini bukan saya yer.. saya tak pakai 'pengecat kuku' atau freehair dikhalayak belog  saya ini ya. ini sekadar gambar hiasan semata-mata. Fokus cantik pada GELAS tu ok? :)



Yeahhhhh.....Mood Final Year Project. Bagi yang pelajar-pelajar Master atau phD pastinya akan kata "'Hok'aloh, baru FYP dah kecoh satu DUNIA"..(mana ada satu dunia pun)..Just luahan rasa semata-mata. Memanglah hanya FYP tapi untuk tahap saya sekarang ini, itulah yang paling mencabar buat saya setakat ini. Nak buat macam mana kan.. =)

maka....memang boleh rabun biji mata ini. (*bersedia tukar spek mata baruwww*) 




Sekarang ini saya dah bersedia untuk mengurangkan FACE-BOOKING dan belogging untuk BULAN ini dan BULAN depan. KERANA saya semakin terdesak untuk menyiapkan THESIS FYP saya(*yg masih tak siap-siap lagi kerana MOOD terdesak baru nak SAMPAI..*Aishhh). Apa yang saya mampu lakukan adalah BERUSAHA, BERTANYA SEDAYA BANYAK YANG BOLEH(*mungkin akan ada yang akan lari kerana mungkin tak tahan desakan pertanyaan saya*),BERSEDIA hadapi STRESS,d YAKIN BOLEH, dan juga BERDOA. Harap kawan-kawan boleh membantu saya yer... (*atleast bagi semangat & kata-kata positif pun dah memadai*) huhu...



Oh yess.. ini dia..makin parah kepala ku menyingkap segala researchs yang perlu dipertambahkan.


Yup, tak dinafikan...Bukan saya sorang jer yg kene setelkan, tapi rakan-rakan yang lain juga(*yang final year expeciallynya, yg master PHD pun GOODLUCKk*), Saya doakan yang terbaik juga tuk mrk. Tiada iri tiada rasa cmburu (*baik hati saya ni* huhu~~). Tak adalah sampai nak buat sorok-sorok dalam selimut ke atau tak bagitahu siapa-siapa yang tengah buat thesis takut oran lain buat lagi laju ke, tak adalah sampai macam tu kan. Lagi baik kalau kita sama-sama jadi pendorong untuk orang lain berjaya. Jangan kita suka tengok orang lain susah dan kita bersenang atas kesusahan orang lain. itu adalah 'zalim' sebenarnya. :) Nak berjaya sama-sama. baru sweet dan berkat. Tak mo dengki-dengki yer kita.. :)



Ya...kena mendorong diri sendiri. kalau tak dorong tak ada sape nak dorong kan... 
(Pendorong oh pendorong)


Sama-sama kita lalui hari-hari terakhir sebagai MAHASISWA dengan jayanya yer. All out hingga penghujungnya. Walaupun ada sesetengah pihak pandang saya sebagai MPP (bukan minah penyibuk pelajar yer~~ huhu..bukan) yang sibuk dan juga menjadi 'hot target' masa presentation atau apa jua presentation yg sy buat, tapi saya ambil ini sebagai CABARAN dan semangat utk saya hadapinya. Saya dah terbiasa menerima 'rejection', terbiasa menerima 'underestimation' dan terbiasa dikecewakan oleh mana-mana pihak termasuk perasaan sendiri (*layan perasaan itu merugikan*).. hehe.. Minta maaf sebelum terlambat. Mintak maaf kerana saya juga tidak sempurna mana orangnya (*touching pulak dah*)



Muka punyalah masam tanda stress (konon-konon sampai kena baca majalaah motivasi solusi..perghhh..)


Maka saya ingin memohon maaf, mengharap ihsan dari mana-mana pihak, jika nak contact terus melalui telefon atau ada masalah ke apa ke, terus hubungi saya yer. (takut tak terbuka FB). Doakan lah 40 hari yang saya lalui ini adalah tarikh yang beri makna dan kejayaan utk keluarga.



dah macam belog sudah.. hehe..mmg tulis belog pun nih. Cuma post di facebook saya tu. Namun pada yang baca disini. Thanks sebab ada yg baca (macam la ada,...haha) . Ok.. Take care everyone. C ya !! Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Saya doakan untuk anda semua. Salam sayang daripada saya... :)

Assalamualaikum.....dan salam 1THESIS sekali lagi.!

Ini gambar yang menunjukkan penulis sedang dan sangat fokus pada FYP beliau..  (yaa..sangat fokus...sangat yer..maaf..hukhukk~
^_^


Isnin, 7 Mei 2012

Ahad yang sibuk dan mengantuk

Assalamualaikum.
Hari ini hari Ahad (semua orang pun tahu..huhu)
Tiada yang istimewa pun hari ni (Yekeeww??)
Yelar, I just bangun pagi dan bersiap sakan dengan tudung LAMA dan cuba pelbagai gaya seakan MODEL tudung tak bertauliah...(haiiisshhh....perasan itu kadang kala perlu)

Abaikan jika perlu...scroll mouse cepat-cepat....(*Aishhhh~~*)


Okey, hari ini kononnya nak balik nak terus bersiap sedia memberikan komitmen pada kerja FYP yang masih bersisa... Tetapi sayangnya lupa pula kena ada group janji di mana... I NEED TO GO to tapak pembinaan yang ditarik balik oleh Environment Impact Assessment.... di  K.terengganu to setelkan isu KTCC (Kuala Terengganu City Centre) yang sedang dijalankan di muara Sungai K.Terengganu.....

Kerja-kerja survey macam dah edisi siasat dah aku tengok..haha..perasan....
Abes dikacau semua orang kat tepi jalan dan sebagainya. Kedai makan dan sampai ke Giant..Haha..malau?? Jangan cakap la.. Macam reporter edisi Siasat dah tengoknya.




Kemudian pergi ke Giant dan Mydin. Survey orang di sana untuk melihat kesedaran mereka. Nampaknya mostly tak tahu pun. Aishhh..Kesedaran tidak ada untuk membantu tempat sendiri.

Penat jugaklah time tu. jalan sana.. jalan sini.(sedangkan naik kereta..ayat macam merathon satu KT)

Patutnya pergi BBQ dengan budak kelas yang lain. Tapi nak buat macam mana..sampai jam 8 baru balik. =_=


Muka dan lah mengantuk sebenarnya..
Tapi tetap cuba control kunun-kunun menunggu putera raja turun. ^_^ V


Lepas itu...

makan kat mcd =)

First time rasa. Kurenggg sikit laaa.. sebab pedas.. eh. apa pulak pedas tapi MANIS sangattt~~




tARAAAAAA!!!! Sedap dan mengenyangkan!!

huhu...




memang mengantuklah masa tu.
(sebab mungkin kerana oksigen tak mencukupi untuk sampai ke dalam otakzz)
Tapi sampai sekarang masih tak tidur. Sedangkan jam dah pukul 1.36 pagi dah. =)




Tidoooo time....
~Nak rehatkan otak, minda, badan, mata dan segalanya..
Kesengalan badan dan jiwa yang berserabut dengan Final Year Project memang menyebabkan panggilan my pillow semakin menusukdi telinga...



Bangun waktu subuh.


Dan mulakan hari BARU dengan NIAT baru dan JIWA BARU...
dan 
CINTA BARU?????

HAHA!
(dah..cukup)





Cinta..cinta..
Ini nampak nya just terambil di Facebook...dan ntah apa-apa teerrr masuk ke sini pulak....(spamm kot *sedangkan masuk kan sendiri tanda motif hati sedang bersuara*




Jom sama-sama kita amalkan para sahabat sekalian..
ustaz Don yang hensem-ensem tu yang share kan kat FB.. saya tumpang sebarkan jer...^_^



Okey. dah kering idea untuk hari ini. Rasa BLUR pulak.

Kena tidur dah ni. Kalau tak niaya...


Ini my prince charming ....Sweet dream sayang.!! Muahhhhxxx....

Comey lotey!


*thanks pembaca sekalian*

Jumaat, 4 Mei 2012

Buat apa pagi-pagi tu?

Hari ini tiada perkara YANG dahsyat untuk diceritakan...
Sajer nak meng'update' sebab dah lama tak UPDATE belog yang dah nak bersarang ni 
(nasib tak ada spy-DER)



Pagi-pagi lagi dah bangun ..(uawhhhhhh...*bunyi ala-ala menguap*)



Bukan untuk study apatah lagi menghadap kerja-kerja bertangguh..

Tapi. SOLAT Subuh..dan juga janji dengan kekawan saya untuk bangun pagi. 

Ada kerja yang perlu kami selesaikan....




Apakah????





Taraaaaaa!!!!

Lokasi kami....di Pantai Tok Jembal...

apakah itu? pantai ini berdekatan dengan UMT tempat saya belajar.
Memang kalau dulu tempat ini jadi khazanah berharga.. Eh, bukan sekarang tak berharga tau tapi semakin terhakis akibat daripada pembinaan dan tambakan pembinaan air port.

tapi untuk melunaskan hasrat segeng kekawan yang telah mention nama saya di FB untuk turut serta program mereka 'Melihat sunrise' saya pun ikutkan jugak..

tapi malangnya, agak lewat sikit bersiapnya..
Seperti biasalah, chairman mestila paling lewat kan.. (*winkk~~*)

Apa yang dapat dilihat yer? nama pun nak tengok sunrise..Mata HARI terbit okeyyy ^_^
Bukan mata air atau mata hati tauuu...




Nak naik dah matahari....... Cantik kan..suasana yang cukup indah...

Barang siapa yang membaca yaa Hayyu yaa Qayyuum sejak terbit sampai naiknya matahari, maka ia akan mendapatkan rasa senang dalam dirinya yang tak terhingga..






nak makin kelihatan matahari terbit.... Wahhhh..Subbahanallah..
Barang siapa yang berdoa dengan Asma Allah ini di lautan luas, maka Allah akan menyelamatkannya dari bahaya tenggelam.



Akhirnya dengan penuh cantik, terang dan indahnya ia muncul didepan mata... ;) 
(macam la mata boleh pandang direct ~~ acah je lebih)



dan waktu ini.....


kalau ikut sebuah hadist Nabi Muhammad SAW,
 jika kite membaca “subhaana Allaah wa bi hamdih subhaana Allaah al-‘azhiim astaghfirullah " sebanyak 100 kali antara menyingsingnya fajar dan terbitnya matahari, ia akan membantu kita menjauhkan diri dari mengejar  keberhasilan duniawi, sebab keberhasilan duniawi yang akan mengejar diri kita pula...

Maka amalkanlah sama-sama okey =)

kalau sesiapa takut dikhianati oleh temannya, atau nak menghadapi tetangga yang licik, orang yang iri hati, atau untuk menjaga rumah seseorang dari macam-macam masalah maka kita perlu membaca yaa Hasiib setiap hari sebelum matahari terbit dan sesudah matahari tenggelam sebanyak 70 kali

Maka sebelum satu minggu, Allah sudah menyelamatkannya dari rasa takutnya itu. Membaca Asma Allah ini hendaklah dimulai dari hari Khamis.Insya-Allah... ;)


dan nak share lagi tentang waktu terbit matahari ini..
If someone membaca yaa Mujiib sebanyak 55 kali setelah mengerjakan solat sunat, terutama ketika matahari terbit, maka Allah akan dipenuhi hajat dihati....

dan...ada dan lagi nih..hehe..


Memang time tengok matahari terbit ni..rasa tenang jer.. 
Sebab jika seseorang sangat tertekan dan merasa serabut sangat, 
maka dengan membaca Asma Allah ini sebanyak 500 kali setiap hari sebelum matahari terbit, dia akan mendapatkan kedamaian....


Maka..pendek kata.. bukan sekadar pandang namun sama-sama hayati kebesaran-Nya yer.. ;)

Oraitttt.....




kemudian...
Rasa perut macam berkerok-kerok jer.. ( memang ini adalah lumrah perut ku yang tidak jemu memberi signal nya pada ku~~)

Maka,,, saya pun melantak lah nasi lemak yang sememangnya dijual berdekatan pantai,
seperti memang mengalu-alukan kedatangan kita orang yang comel-comel ini (tiba-tiba tiada motif untuk memuji diri ini)



Sedap jugalah nasi lemak nie.
boleh membuatkan perut ku gembira dan tidak lagi menangis .Yes!



tengok...muka gembira selepas MAKAN... haha..(motif sangat



nampak tak apa kat tangan saya tu..??
Itulah MAMEE yang konon-kononnya sebagai pengalas perut..hehe





yess..inilah gaya gadis yang berpandangan jauh..(sedangkan kepanasan dengan natural lighting..aishhhh..gambar punya pasal, layan jelarrr..)





Walaupun ini terdapat gaya nelayan muda yang baru hendak berjinak dalam dunia ikan, tetapi SENYUM tetap senyumm...


weh...kami ni macam tak ada arah tujuan hidup pulak...
Bukan..bukan.. pagi ni memang untuk bersantai-santai jer..hehe






Teruskan menjaga BARISAN ini sebagai sahabat ya. 
All da best semua untuk berjuang dalam masa 50 hari lagi daripada sekarang. !!!

 ~The memories made are priceless~


Kepada yang sudi baca diari saya hari ini. terima kasih yer,
bacalah lagi ya nanti =) I'll update!!!

See ya next time.. muahh..


PEACE my dearrr !!



Khamis, 3 Mei 2012

Pengalaman ke Bandung.. Indah?

Sahabat sejati bukan memberi pada saat orang meminta, ia mempunyai mata pandang yang mampu menembus relung kebisuan sahabatnya. Ia memberi tanpa kata-kata, tanpa menepuk dada.... -Unknown

Orang isukan Indonesia Ganyang Malaysia..
Orang kecohkan Malaysia dan Indonesia bersengketa....

Maka...ku buka entri ku dengan video ini untuk tatapan semua...



Maka...saya mulakan en
Waktu ni jam menunjukkan jam 7.31 waktu INDONESIA...

Eh.saya di Indonesia? Gosok-gosok mata lagi......Negara Indonesia..negara sahabat sejati Malaysia....

Ya.. ni first time saya ke sini. Mesti ingat sengaja bercuti kan..Ini rezeki yang pernah saya dapat tahun lalu. Anugerah Pengantarabangsaan Bakti Khidmat Cemerlang. Aku bersyukur dengan rezeki yang ada..Diberi pada student yang aktif beberapa tahun di UMT (sesungguhnya aku rasa segan, aku tak adalah aktif mana..waaaa) Tapi aku tetap bersyukur dengan rezeki ini...

Seawal jam 6.30 petang pada tarikh 7hb April 2012, aku bertolak daripada UMT ke KLIA. Dalam jam 4.30 pagi aku sampai di KLIA.

Dalam jam 5.00 pagi, aku pun berjumpa dengan family yang sudi datang daripada rumah. T.kasih mama, abah, aunty dan adik beradik yang lain sebab sudi datang jenguk eqa.

Nanti aku upload gambar banyak lagi.

Macam busy je semua sebelum naik flight ke Jakarta =)





Okey..amik gambar dulu sebelum melantak kan..hehe...





Sesampai jer di Jakarta, ada bas menunggu kami.. =)






Bus Pariwisata....






Menunjukkan 'kekayaan' hehe....tukar duit siap-siap daripada Malaysia yer....
Memang kalau nak jadi 'jutawan', Indonesia lah tempatnya....huhu





Hotel kami duduk di Sukajadi..Kalau tak suka memang tak jadi.. =)




Okey,.. Ini makan malam... Siang kami makan nasi padang...
Tapi untuk malamnya kami pergi KFC...



ini untuk hari PERTAMA...hehe


Bangunan diorang kalau tinggi tu memang tinggi bangat, yang 'rendah' tu memang rendah bangat. Disana....
"kaya, memang kaya sangat....yang miskin tu memang miskin  SANGAT...'



Kesian sebenarnya... bila tengok balik... mereka

Cantik kan? macam negara eropah la pulak....



Sangat nyaman untuk dinikmati...




Makan breakfast.... 4 gadis pingitan...







Ntah apa nama tempat ni. Yang pastinya macam ladang teh kat cameron highland tapi tak sejuk sangatla..


Kat sana ada banyak kereta-kereta bertayar tiga......Tapi tak pernah tryla....

Ketika orang sedang sibuk mencari rezeki dan ada yang bersenang lenang, ada juga yang kesusahan....

Lihat sahaja di tepi-tepi jalan raya...terdapat orang yang bergelandangan dan yang meminta sedekah.....


Kesian mereka....


Hiruk-pikuk kota tidak mampu menyelesaikan masalah kemiskinan tegar di Indonesia.. 
Walaupun Malaysia juga menghadapi masalah yang sama, namun untuk populasi Indonesia yang berkali ganda jauh lebih banyak daripada Malaysia, masalah kemiskinan tegar ini adalah masalah yang meruncing hari ini....




"INDON"...... jangan panggil mereka dengan nama itu....Jangan biarkan orang terus biar kan provokasi mengotori nasionalisme di antara Malaysia dan Indonesia.....

"Mungkin kita tak pernah tau perkataan "Indon" is very offensive to Indonesian."....kata someone ni..

Di Malaysia hampir semua negeri ada short form yg digunakan and accepted by all. "Budak" generally to indicate that person we're referring to is a child/teen/young adult so orang tua (elderly) kita tak guna budak.

Kita tetap serumpun......Cuma kadang-kala kita tidak memahami satu sama  lain....



Adakala...mereka susah....Kita bantu....Jangan gelak tiada yang lucu....
Lihat di tepi kedai makan, rakyatnya mencari rezeki....
Ini adalah lokasi makanan yang agak popular untuk menikmati masakan Padang.....




Di sana ada kedai yang jadi tempat popular untuk membeli belah....Pasar Baru namanya..... :)


Kawasan kedai-kedai.....

Dan ini pula makanan yang first time saya rasa di Kartikasari yang sedap sangat.....
Bananasss~~ 


Saya pun ada beli beberapa barang di sana.. :) Bershopping bagai....
Ini muka bajet yang konon cewek Bandung yang sedang menjadi model tidak berbayar.....


Sesungguhnya pengalaman di Bandung, Indonesia...walaupun sekejap...dapat memahami sedikit sebanyak budaya di sana....



Bersahabat dan berkenalan dengan beberapa pelajar di Indonesia, memberikan pengalaman berharga.... Walaupun dari negara berbeza, hakikat dunia..kita tetap daripada serumpun yang sama...



Macam-macam yang menarik kalau diikutkan. Bukan kerana pencakar langitkah atau apa, tapi budaya dan suasana yang sedikit berbeza dengan negara Malaysia.

Banyak hendak dikongsikan sebenarnya, tapi nantilah.Bila ada masa, saya update blog lagi yer.

Bye-bye. !! ^_^

Memandang kejauhan mengharapkan perubahan yang lebih membahagiakan..




Sahabat adalah dia yang tahu kekuranganmu, Tapi menunjukkan kelebihanmu.Dia yang tahu ketakutanmuTapi menunjukkan keberanianmu
Setiap orang pasti punya sahabat sejati...Siapa sahabat sejati mu??mereka pasti beruntung punya sahabat sepertimu.dan saya beruntung punya sahabat Malaysia-Indonesia Sahabat Malaysia Selamanya (MISS) :)





Jadi penghias penghawa telinga dan sanubari.........



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..