Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Ahad, 4 September 2011

Selamat tinggal rumah, selamat kembali UMT

Pejam celik..pejam celik...sekejap jer rasanya masa berlalu.. 
Dah hampir sebulan aku duduk dirumah..bersama keluarga..

Aku letih menanti hari demi hari berlalu sebenarnya. Bila aku hanya mampu melalui hari dengan keluarga, jauh beza aku lalui dengan rakan-rakan di UMT

Aku tahu, aku hanya perlukanrehat jika di rumah. Namun masa-masa indah dirumah adalah masa untuk aku melemparkan senyuman pada abah, mama, dan adik-adik.

Sekarang, dah 4hb September...aku perlu balik ke UMT..
perlu balik..perlu balik...


Minggu Jalinan Mesra (MJM) untuk pelajar baru yang bakal memberi satu pengalaman kedua sebagai kakak senior....membantu sedaya mampu.


Aku kena setelkan banyak perkara bila dah balik UMT ni.
Persediaan kemasukkan pelajar baru dan juga persediaan pesta konvokesyen.

Dari segi akademik, aku akan cuba sedaya-upaya untuk beri masa sebaik mungkin untuk luangkan masa untuk  proposal FYP aku nih..Letih letih..

Raya? Dah tak ada dah  pasni.
Aku kena bahagi masa sebaiknya.Kalau tidak, aku yang stress nanti. 

Dan aku terpaksa kurangkan berbelog dan juga berfacebook. Itu adalah JANJI dan Azam aku..
Please tegur aku kalau aku masih main FB dan belog lagi. (tegur baik-baik tau..hehe)

Waaaa.....macam tak percaya pulak yang malam ni malam terakhir kat rumah..sedih rasa...



Saya perlu menghadapi....tengok..ni muka menghadapi..

ni pulak muka ketakutan..erk?



Tak per...tak per....aku akan try senyum.senyum please..



SENYUMMM...
takpe...Aku tetap senyummmm...=)

Nak wat camne...cabaran yang BESAR sedang menanti.
Esok naik tiket, jam 1030 pagi.
Insya-Allah, sampai dalam jam 5.30 pagi....



Sebaik sampai di UMT nanti, aku plan nak siap-siap terus turun ke kafe untuk jaga bagi ruang pendaftaran untuk para fasilitator yang bakal datang.
Aku sangat berbesar hati sebab mereka sudi datang sebagai fasilitator.Alhamdullilah..


Kemudian, aku akan ambil sedikit masa untuk buat pengambaran untuk video koperat MPP dengan ALI XY


huhu..HARAP dapat selesai dengan sebaik mungkin.

Kena tidur awal esok.Jam 6.00 pagi aku kena bangun dah.

Solat tak boleh tinggal-tinggal..



Rasa keseorangan pulak dah diri ni nanti...
Sedih pulak..
terima kasih kerana sudi baca...


bye semua.....





1 Komen-komen:

vendoline berkata...[Reply to comment]

wow kak senior..hantam jgn tak hantam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..