Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Isnin, 27 Jun 2011

Ada mata pandang, ada jiwa rasa, tetapi....

Nak tulis sesuatu..
Tetapi penuh keraguan..
Kenapa?

Mungkin kerana ada ketakutan dalam diri. Mungkin takut orang hentam. Takut orang mengata.
Benarkah?

Ntah.. Orang sekeliling mudah terasa.(Kadang-kadang diri sendiri pun mudah terasa...
Sensitif kerana dianugerahkan perasaan. Emosi bukan alat untuk main-main. Tikam, sepak, terajang, bunuh membunuh boleh berlaku kerana adanya EMOSI. (Memang dahsyat..)

Type lagi..teruskan type..kemudian padam. Pandang semula apa yang ditype.. Kemudian padam lagi..
Apa penghujung cerita? Aduh.. tersimpan dilubuk hati..
Aduh,selagi tersimpan dibenak..selagi itu rasa lalang menyemak dalam jiwa.

Biarlah.. bukan hal kita. Senyap-senyap sudah.. Eh.pulak? Boleh ke cakap macam tu?
Oh no. Ada mata pandang, ada jiwa rasa, tetapi...tak boleh bersuara...? Apa gunanya.

Ok. Tak apalah. Ada mata pandang, ada jiwa rasa...Tapi jiwa hanya mampu memandang sepi..

Ahad, 26 Jun 2011

Hilang arah laluan..




Hilang arah tujuan
Kadang-kadang  muncul tanpa dipinta,
tekanan menyimbah ,
kemarahan memuncak,
kesebakan tidak terbendung..
kekeliruan terdetik di benak..
ketidakpercayaan tercipta..

Keputusan mula berbeda..
Sesalan lahir mengharap kepastian..
Panahan ketakutan sambung menyambung..
Segalanya celaru, makin haru..
terasa tiada harga, nilai sifar bertahta dihati..
tiada pautan harapan mahupun sokongan..
Rasa tiada daya menanggung beban...
Hilang lagi arah laluan...
semangat hilang entah ke mana..

Hilang lagi arah laluan...
Ini adalah perencah,
Rencah asam garam kehidupan,
Yang penuh ranjau dan liku,
onak dan duri..
Jangan putus harapan sahabatku..
Jangan hanya memandang sinis orang ketika susah
Jangan lari tinggal jejak ketika senang
Jangan halimunankan sayang ketika marah
Jangan lupakan keji ketika dipuji..

Arah laluanku...
Tiupan semangat kembalilah..
Kembalilah bersama nadi kekuatan..
Kembali hilangkan sendu, tetapkan rindu
Semikanlah ingatan amanat,
pahatkan sabar senandung ilmu..
Hilangkan dendam jauhkan kesumat
Tukarkan dengki ingatlah mati..
Bersama harungi badai penuh berani...
Dengan tabah sesuci nurani..
Jangan hilang lagi arah laluan...

Nukilan 
Norzulaiqha Binti Zulkifli
Jun, 26, 2011
11.30 malam


Khamis, 23 Jun 2011

Zahiril Adzim Punca Segalanya..

Ok...Tajuk macam pelik je kan..

Dah lama tak bukak blog sebenarnya..tiada masa?
Alasan sebenarnya tu..

Sesungguhnya aku suka menulis..

Kalau dah mula menulis, susah berhenti. Bosan mungkin orang baca.
Okey, entri hari ini guna bahasa diri 'aku' pula... Entri sebelum ini guna SAYA...
(suka hati akulah, blog aku kan..haha)
Tukar angin kejap, menulis mengikut mood...Aku adalah aku..saya adalah saya..
Orang yang sama, tiada beza.

Baru 20 minit lalu, buka blog Zahiril Adzim.. Siapa dia? Ok..saya pun awalnya tak kenal pun nama tersebut.. Siapa? Siapa?

Tekan link : http://zahiriladzim.blogspot.com/

Kemudian nampak header blog yang menarik (bagi aku...)



Untuk kawan-kawan yang kita suka.....

Tajuk blog beliau mungkin. Tapi, memang aku perasan, ada selit 'Untuk kawan-kawan yang kita suka.....' ni dalam entri-entri beliau.

Entri-entri beliau nampak sempoi tapi menarik dan bermakna. Suka dan senang baca. Mudah faham dan menarik. Siapa yang tak kenal dia, Pelakon. Tapi melalui tulisan, dia nampak berbeza dengan pelakon yang ada sekarang. Lebih nampak seninya, bukan sekadar artis biasa.

Suka. Tertarik. Membuatkan dia antara punca saya buka semula blog yang dah usang ni.

Macam satu azam baru untuk hari ini (harap-harap hari-hari) untuk update blog aku ini.
Ye..aku jenis ekstrovert person.Suka ekspresikan apa perasaan aku kepada sekeliling aku.
Maka blog boleh jadi alat untuk aku pergunakan ...Salah ke? Rasa tak salah kot..
Siapa yang bermasalah dengan sikap aku tu bolehlah hubungi aku untuk bantu aku sikap aku ini k...

Tak apa...yang penting aku tahu memang tak dapat puaskan hati semua orang, tetap tak apa, bak kata Zahiril Adzim, biarlah yang baca blog aku untuk kawan-kawan yang kita suka...bukan yang suka kita..

Tertarik dengan blog beliau... (angau pulak aku ni...)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..