Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Ahad, 26 Jun 2011

Hilang arah laluan..




Hilang arah tujuan
Kadang-kadang  muncul tanpa dipinta,
tekanan menyimbah ,
kemarahan memuncak,
kesebakan tidak terbendung..
kekeliruan terdetik di benak..
ketidakpercayaan tercipta..

Keputusan mula berbeda..
Sesalan lahir mengharap kepastian..
Panahan ketakutan sambung menyambung..
Segalanya celaru, makin haru..
terasa tiada harga, nilai sifar bertahta dihati..
tiada pautan harapan mahupun sokongan..
Rasa tiada daya menanggung beban...
Hilang lagi arah laluan...
semangat hilang entah ke mana..

Hilang lagi arah laluan...
Ini adalah perencah,
Rencah asam garam kehidupan,
Yang penuh ranjau dan liku,
onak dan duri..
Jangan putus harapan sahabatku..
Jangan hanya memandang sinis orang ketika susah
Jangan lari tinggal jejak ketika senang
Jangan halimunankan sayang ketika marah
Jangan lupakan keji ketika dipuji..

Arah laluanku...
Tiupan semangat kembalilah..
Kembalilah bersama nadi kekuatan..
Kembali hilangkan sendu, tetapkan rindu
Semikanlah ingatan amanat,
pahatkan sabar senandung ilmu..
Hilangkan dendam jauhkan kesumat
Tukarkan dengki ingatlah mati..
Bersama harungi badai penuh berani...
Dengan tabah sesuci nurani..
Jangan hilang lagi arah laluan...

Nukilan 
Norzulaiqha Binti Zulkifli
Jun, 26, 2011
11.30 malam


5 Komen-komen:

haslinda berkata...[Reply to comment]

pandai ika karang puisi :)

Norzulaiqha Binti Zulkifli berkata...[Reply to comment]

@haslinda eh..terima kasih ye..baru nak bertatih dalam dunia penulisan je..

noraliman berkata...[Reply to comment]

@haslinda

White Phoniex berkata...[Reply to comment]

dalam betul maknanya..:) kuatkan semangat...
Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya.

Norzulaiqha Binti Zulkifli berkata...[Reply to comment]

@White Phoniex Wah..memahami makna diatas ibarat satu penghargaan buat sy..terima kasih.=) Insya-Allah, moga ada kejayaan dipenghujungnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..