Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Khamis, 19 Mei 2011

Berdebat itu BAIK? Tinggalkanlah PERDEBATAN

Assalammualaikum dan salam ukhuwah fillah...


Saya terpanggil untuk menulis sesuatu untuk entri kali ini berkaitan berdebat dan tinggalkan berdebat...


Cerita tentang berdebat.. Saya suka berdebat..saya suka 'menang'...Sejak sekolah rendah lagi saya suka berdebat-debat ni.. Kenapa? Maklumlah, sekolah suruh hantar wakil untuk perbahasan.. Mula-mula debat berdasarkan fakta,guna kamus bagai untuk mencari fakta kes terbaik supaya menang dalam perdebatan tak kiralah kita mewakili pihak kerajaan atau pembangkang. Matlamatnya hanyalah...'KAMI NAK MENANG'....

Oppsss....bukan entri nak menceritakan pengalaman berdebat masa sekolah yer..tidak..... bukan itu penceritaan sebenar yer.. tu pertandingan..ada jugak la sebabnya tuk berdebat...Tapi tentang Perdebatan ANTARA kita semua sebagai manusia dalam kehidupan seharian.?? Saya yang suka berdebat sejak sekolah ini makin lam, makin belajar tentang erti kehidupan..tentang apakah impak jika perdebatan yang kita zahirkan boleh membawa kita kearah...DOSA.....




"Sesiapa yang meninggalkan perdebatan dan dia berada di dalam kebatilan, dibina baginya rumah diperkarangan syurga...dan sesiapa yang meninggalkanya dan dia berada di dalam kebenaran dibina baginya rumah di tengah-tengah syurga dan sesiapa yang baik akhlaknya dibina baginya di tempat yang paling tinggi di diam syurga". (Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Badhaqi dan lainnya, dan Tirmizi mengatakan bahawa hadis ini hasan).

Dari Abi Darda ' dan Wathilah bin Al Asqa dan Anas bin Malik berkata. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam datang kepada kami pada suatu hari di dalam keadaan kami berdebat mengenai sesuatu dari perkara ad din. Maka Rasulullah SAW marah dengan kemarahan yang amat sangat, kemudian karni mencela di antara satu sama lain.

Baginda lantas bersabda: "Hentikanlah wahai umat Muhammad. Sesungguhnya umat sebelum daripada kamu telah dibinasakan dengan sebab perkara ini.

Tinggalkanlah perdebatan kerana kurang kebaikannya.

Tinggalkanlah perdebatan, sesungguhnya Mukmin tidak berdebat. Tinggalkanlah perdebatan, kerana sesunguhnya perdebatan telah terbukti kerugiannya.

Tinggalkanlah perdebatan kerana ia cukup berdosa, mengapa kamu masih juga berdebat?

Tinggalkan perdebatan, kerana aku tidak akan memberi syafaat kepada orang yang berdebat di hari kiamat nanti.

Tinggalkanlah perdebatan maka aku menjamin tiga buah rumah di kawasan syurga, di tamannya, di tengahnya dan di atasnya bagi sesiapa yang meninggalkan perdebatan sedang dia berada dalam kebenaran.

Tinggalkan perdebatan. Sesungguhnya perkara yang dilarang kepada aku oleh Tuhanku selepas menyembah berhala ialah perdebatan". (Diriwayatkan oleh Tabrani di dalam Al Kabir juga)....

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Wahai sahabat sekalian...ini sekadar ingatan tuk diri saya juga tuk kita tinggalkan perdebatan yg leh mencetuskan perpecahan..Bersabarlah wahai kawanku...Janganlah marah2 dalam menerangkan sesuatu perkara atau isu.. tetapi berbalik pada toleransi, demokrasi dan rasionalistik... bagilah ruang dan peluang untuk insan sekeliling kita bernafas dgn limpahan kasih sayang dan tolenransi.. Kitakan satu universiti.. Walaupun universiti kte kecik, tapi biarlah jiwa kita BESAR... Berlapang dadalah wahai sahabat2 ku...

Jangan marah2 dan senyum selalu k..^_^

“ Marah adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya” – Imam Syafie-

3 Komen-komen:

Tanpa Nama berkata...[Reply to comment]

ooo..pndai berdebat la ni??

Unknown berkata...[Reply to comment]

debat yg diharamkan adalah debat yg tidak bersandar pada ilmu. Debat yg hanya menurut hawa nafsu serta bertujuan untuk mencaci cerca pihak lain tanpa sebab yg haq. Debat yg tidak berlandaskan pada fakta dan dalil serta tidak pula mahu mencari konklusi dan kebenaran disebaliknya. Debat sebeginilah yg diharamkan

Unknown berkata...[Reply to comment]

debat yg diharamkan adalah debat yg tidak bersandar pada ilmu. Debat yg hanya menurut hawa nafsu serta bertujuan untuk mencaci cerca pihak lain tanpa sebab yg haq. Debat yg tidak berlandaskan pada fakta dan dalil serta tidak pula mahu mencari konklusi dan kebenaran disebaliknya. Debat sebeginilah yg diharamkan

ni komen yg ikhlas dr sy :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..