Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Ahad, 15 Mei 2011

Hobi Mahasiswa : Faedah @ Buang MASA?

[Ok...Entri kali ini nampak macam lapuk dek zaman, tentang hobi bermanfaat atau membuang masa.]

Assalamualaikum dan salam perjuangan penuh inpirasi buat semua mahasiswa. Jika diluar, kita dihidangkan dengan pelbagai isu panas yang menghiasi paparan skrin  televisyen atau terpampang dalam dada-dada akhbar. Disini isu tidak sepanas mana tetapi  masih bermakna. Sekadar untuk berkongsi pandangan sebagai mahasiswa tentang hobi bermanfaat atau membuang masa.

Kalau kita berbincang tentang hobi,apakah yang tergambar di pemikiran anda semua sebagai mahasiswa? Semestinya  ketika ini ada diantara kita akan terfikirkan tentang sesuatu yang menyeronokkan, perkara yang dapat mengurangkan stress, dapat meningkatkan tahap ketenangan dan segala perasaan positif atau seronok yang menyebabkan anda merasakan bahawa hobi sebagai penanda aras kepada 'release tension',bukan?

Sekiranya kita melihat hobi daripada sudut takrifannya pula,maka kita sedia maklum bahawa hobi adalah sesuatu aktiviti untuk mengisi masa lapang. Maksudnya di sini, hobi dilakukan ketika kita mempunyai waktu terluang atau orang kata waktu sengang. Maka, tidak menjadi satu kesalahan untuk kita melakukan hobi kita untuk perkara tersebut.

Dewasa kini, dengan kecanggihan teknologi dan media elektronik telah mengubah takrifan sebenar hobi itu secara tidak langsung. Hal ini berlaku apabila kebanyakan mahasiswa atau belia hari ini memandang hobi sebagai perkara keperluan dan bukannya kehendak. Contohnya, hobi yang paling menjadi kegilaan mahasiswa hari ini adalah melayari internet sehinggakan sesetenggahnya sanggup bersengkang mata melayani laman sembang sosial iaitu Facebook sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai mahasiswa. Hal ini menjurus kepada pembaziran masa yang sudah pastinya merugikan mahasiswa itu sendiri.Sekiranya hal ini terus berlaku, maka untuk membentuk generasi belia yang mempunyai nilai modal insan kelas pertama pastinya sukar.

Dalam membentuk mahasiswa sebagai modal insan yang mempunyai pemikiran kelas pertama, melayari internet tidak menjadi satu permasalahan sekiranya laman web yang dilayari adalah laman web yang berfaedah dan bukan sekadar hiburan. Saya percaya kebanyakan mahasiswa sudah bijak untuk memilih hobi yang terbaik untuk memberi manfaat kepada diri masing-masing. Terdapat dalam kalangan mahasiswa yang gemar bersukan (futsal, olahraga, bermain badminton, berskuba, memancing, bola sepak dan sebagainya), bagi yang minat menulis mereka akan mengekspresikan tulisan melalui laman blog (wordpress, blogspot dan dll), dan pelbagai jenis hobi yang terbaik.Dalam membentuk satu mekanisma hobi yang bermanfaat ini, kesedaran adalah amat penting. Tidak mahu budaya lepak atau merempit mendominasi keadaan mahasiswa kerana mahasisiwa/i merupakan tunjang harapan negara. Adakah ini hanya suatu omongan kosong? Terpulang kepada anda untuk berfikir kerana kesedaran bukan satu paksaan tetapi hadir sekiranya kita membuka hati dan pemikiran kita untuk bersedia menerima pandangan positif dan membuang segala yang negatif.

Konklusinya, sebagai mahasiswa kita haruslah bijak memilih kebebasan kita dalam mencari hobi yang berkualiti. Demikianlah pandangan saya yang juga menjadi satu ingatan buat diri saya agar tidak terleka dalam hobi duniawi yang kadang-kala melekakan dan 'mengkhayalkan'. Ingatlah, bahawa sisa-sisa usia sebagai mahasiswa di menara gading merupakan saat-saat yang cukup berharga kerana ketika waktu ini kita mempunyai peluang untuk kita melakar harapan keluarga dan masa depan kita kelak.

Salam perjuangan,
Norzulaiqha Binti Zulkifli
Timabalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar 2011/2012

3 Komen-komen:

MaZu Freelance berkata...[Reply to comment]

lama i duk tunggu blog awak.. huhu..

Norzulaiqha Binti Zulkifli berkata...[Reply to comment]

@MaZu Freelance wahhh..tunggu blog sy ? perghh.. trimas..trimas...

fad fadello fadzil berkata...[Reply to comment]

assalam cik Norzulaiqha Binti Zulkifli ..
terpanggil untuk singgah sebentar membaca entri yang ada isi ni..not bad.
kdg2 hobi 2 xslh pon..menyalahgunakan hobi 2 yang salah 2..yang asyik ngn hobi tu sampai lupa masa,lupa diri,lupa menda yang lebih penting 2 yang jadi buang masa tu.sy tidak berhajat untuk menyenaraikan aktiviti yang berkenaan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..