Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Sabtu, 28 Ogos 2010

Berbuka puasa bersama anak yatim Darul Falah.


Bersama anak-anak yatim Darul Falah


Pada 28hg Ogos 2010 merupakan hari cuti di kampus ku...Ada program Beach Clean Up Rakan MUda dan majlis berbuka puasa bersama anak yatim Darul Falah...

Daku esoknya ada kelas dan exam Coral..aduh..11 bab beb..tapi still curi masa tuk meluangkan masa bersama anak2 yatim ini..
Moga sentiasa dalam ingatan
Ada di antara mereka meminta lagu raya 'ku pohon restu ayah bonda.',..aduh..terasa tak nak main kan lagu tu..tp adek2 tu dab beriya-iya nak dengar jugak..jadi ku mainkan lagu tu...
Terdetik dalam hati..kesian adek2 ni menadi yatim dalam usia yang masih muda....sempat ku ambil masa tuk berbual dengan mereka...

Hmm..balik dalam kul 10.30malm...bersiap tuk study pada malamnya..
Terasa kadang2 semangat tuk study akan menurun sekiranya diri ni dalam kepenatan...
Maka kne lah selalu muhasabah diri dan motivate dri sdri...Walau penat camne pun aku kene ingat tanggungjawab aku datang ke Universiti Malaysia Terengganu..


Kesian mengenangkan anak-anak ini ketiadaan ibu dan bapa...

Semoga mereka tetap menjadi hamba-Allah yang taat pada perintah agama


Sayang adik-adik semua...

Demikianlah sedikit sebanyak pengalaman yang tak seberapa dari ku namun besar erti yang tersurat disebaliknya.Semoga kita sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan hargai ibu dan ayah kita sementara masih ada.Saya mengingatkan diri saya juga...Insya-Allah...

Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur........dan setiap mata yang terbuka, belum bererti ia melihat

Khamis, 26 Ogos 2010

Lagi kisah insan dibunuh pesakit mental...

Assalamualaikum  dan salam wawasan….

Hati ini sangat berduka ketika ini.Ntah mengapa ketika membaca paper Utusan bertarikh 25 Ogos 2010 ini,mata ku terpaku melihat wajah polos si kecil, Mohd Adam Muszhaffar berusia 3 tahun..sangat comel…sangat cute…sangat polos wajahnya,,
Namun…apakah yang berlaku pada si kecil ini…ketika orang ramai sedang sibuk menunaikan ibadah puasa…siapa sangka anak kecil yang masih tak mengenal erti kehidupan ini telah disembelih dengan kejam oleh BAPAnya sendiri…Ya Rabbi…hati ku runtun bila membayangkan wajah si kecil ini..memang tak dinafikan yang bapanya ada sakit mental tapi aku sangat la pelik dan tertanya2 knp perlu org yang ada sejarah sakit mental berada di rumah itu?

Masihkah kite ingat 2 minggu lalu,bler ada seorang suami ni mengikat isterinya lalu ditetak isterinya itu bertubi2 dengan kejam dan juga mencederakan 2 orang anaknya dengan teruk…apa tak teruknya…isterinya dahla kene tetak…anak perempuannya pulak putus tgn…ya Allah..terbayang sekali lagi jika aku ditempat anaknya itu..menyaksikan pembunuhan dan penyeksaan kejam itu..pasti TRAUMA seumur hidup..

Dan hari ini…apa yang ku lihat bila sekali lagi peristiwa orang GILA membunuh ahli keluarga sendiri…apakah mereka WARAS ketika itu? Tidak bukan? Jadi yang warasnya adalah orang sekeliling….seharusnya jika dah tahu mereka ini sakit mental,maka perlulah di hantar ditempat yang sepatutnya walaupun boleh kata..’dia pun manusia biasa,biarkan jelaa…sekarang tak pernah kacau orang pun’…Memang la sekarang tak kcau orang…tapi risiko tu tetap ada…Buktinya? Si kecil,Adam yang baru je usia 3 tahun dibunuh oleh seorang bapa yang tak pernah marah2 anaknya…adakah ini bukan satu BUKTI?

Hmm..ketika tadi air mata ku tidak henti membasahi pipi..kerana ku kesal anak yang tidak berdosa itu menjadi mangsa akibat ketidakwarasan bapa sendiri..Ku berdoa..semoga tiada lagi mangsa2 yang seterusnya…atau insan2 sekeliling ku atau diriku sendiri yang terjebak dalam kes begini..amin.

Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur........dan setiap mata yang terbuka, belum bererti ia melihat

Rabu, 11 Ogos 2010

Apa dah jadi pada ku pada 1 Ramadhan????

Assalamualaikum dan salam wawasan semua…

Lepas menceritakan pengalaman di Pulau Redang,mak angkat ku masih sentiasa mengambil beratku..sehinggakan ada ura2 planing tuk datang ke K.Terengganu..Aduh2..sangat2 terharu aku dibuatnya…

Baru ini ada meeting pulak…aku ingatkan pas Pulau Redang,aku bole dok relek2….tapi rupanya tak..ada pulak Karnival Pengucapan Awam…yang mengkehendaki aku tuk turut sama mengendalikan program…makanya…aku pun terima.Mujur event tu dijangka pada 24hb Sept 2010.Ada gak masa tuk aku tumpu pada penambahan amalan ibadat di bulan Ramadhan ni..insya-Allah..

Then aku pun bgnkan diri pd jam 8pg…sedangkan kelas kul 10 pg…aku plan arini nak pakai baju kurung….Then aku dgn semangatnya pun pegila meng’iron’ baju kurungku itu…ape jadi? Dgn excitednya aku gosok baju tuh..tetibe dgn hanya sekali gosok..baju kurung ku BERLUBANG…aduh….ter’bakar’ la plak kain baju kurung ku…aiyaaa….

Lalu ku gosok baju yg lain…Pastu..time naik basikal..aku dah bajet pakai seluar pnjg di dalam..jgn salah salah paham na…seluar PANJANG okk…hehe..then,aku pakai..tp bile naik basikal nmpk ok je…tp bila dah kayuh dgn speed yg agak tinggi maka dengan automatiknya terangkat kainku..hingga wat aku tak keruan dan tak selesa…alamak,..camne ni??

Tp aku cover gak diri ni tuk mgayuh basikal dgn gaya plg ‘ayu’…..aduh2…

Bila dah sampai…aku terasa ‘nervous’ la pulak..maklumla ni giliran aku tuk wat presentation tuk Public Speaking ,,,,mmg aku dah prepare sjak minggu lepas lagi…tapi aku bkn suke pun speak2 bhs LONDON ni…hehe..namun ku gagahi gak bercakap dgn sore ku yang agak payau bile di pagi hari…dah la x bole minum…haha..mmg la..name pun Bulan Ramadhan kan..zulaiqa..zulaiqa…sabar ati mu..hehe..

Then,,,miss Syahida..lecturer public speaking ku komen sorg per sorg… bile tiba giliran aku..dup dap dup dap..hehe..then,alhamdullilah,nasib dia bagi feedback positif gak..( lega aku dibuatnya) ….dia kate aku pandai persuasive org..dia katela..bkn aku kate..yg aku pikir time tu adalah …grammar..grammar je…nasib dia tak komen grammar ku yang pastinya arca marba skit...hehe..

Jam 2 ptg nya pulak ada exam..aku pun dgn jiwa kental mencari pot yg kire ‘baikk punyerr’ tuk aku menelaah subjek aku tuh …..aku pun rasa dah cukup hafal kan..then amik keputusan utk rehat dan bersedia tuk jwp…tetiba…time aku solat..spek mata kesayangan aku pulak rosak…skrew tercabut…time2 gini jugak la die nak tercabut..maka aku pun dgn rasa sedih try memasangkan balik..kebetulan ada senior2 ku yg baik2 belaka cuba membantuku…ni la senior2 yg boleh dicontohi oleh semua mahasiswa…dorg siap bagi tips2 jwp test lagi..thanks kak..

Tp spek mata ku msih x leh dibaiki waktu tu..maka aku amik keputusan tuk pakai je walaupun kesengetan yg melawakkan…aiyooo…

Bile sampai turn aku masuk lab..aku pun dgn hrapan moga2  soklan mudah la,,tapi tgk2 payah gak… lalu dgn bacaan doa bismillah aku jawap…yang menarik dan mencabar tuk test ni ialah pelajar2 di minta tuk menjawap 1 soklan secara bergilir2 dan setiap soklan hanya diberi masa selama 1minit setengah je..setiap kali dgr bunyi loceng,pelajar perlu bertukar tmpat dan soklan…Tapi aku rasa tak sampai pun 1minit pakcik tukang jaga masa tu dah tekan loceng..maka kelam kabutla kami dibuatnya….Jawapan pun main sedap rasa mengikut kemampuan otak tuk keluarkan blik data2 yang dah dipelajari secara cepat…

Aku pun balik dengan rasa tak berapa nak puas hati 60 peratus…lagi 40 peratus mestila yang puas hati sebab ada gak soklan yang aku leh jawap..Cuma aku rasa kalo diberi masa yang lebih efektif,insya-Allah aku leh jwap lagi dengan lebih baik lagi.…tapi its ok..aku anggap ni pengalaman…yang lepas kite hanya mampu belajar daripadanya…dan esok kite perlu mencipta pelajaran yang lain pulak….

Sekarang ni pulak aku sedang tunggu tuk berbuka…( sedangkan jam baru pukul 4.47ptg) haha…lama algi rasanya tuk berbuka…Aku tengah pikir kat mana aku patut baiki spek mata ku ini..dahla power spek ni ‘HEBAT’ sgt….then nak tak nak aku kene gak baiki…tertiba terlintas di pikiran tuk beli baru..walaupun hakikatnya aku syg pada spek mata ku yg sedia ada ni…

Jadi dikesempatan ini..aku nak ambil peluang tuk mengucapkan SALAM RAMADHAN buat semua insan2 yang beragama ISLAM,,,,sesungguhnya bulan mulia ni amat bererti buat diri umat ISLAM kerana di sini lah kita bermula tuk muhasabah diri dan memperbaiki diri dan amal ibadat kita supaya di hormati oleh masyarakat.

Malam ni jom pegi terawaih....=)



Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur........dan setiap mata yang terbuka, belum bererti ia melihat...

Anak Pulau via Pulau Redang...

Asslamualaikum dan salam perpaduan buat semua...

Wah..rasa rindu yang teramat untuk mengukir sesuatu pada blog kesayangan ku ini...
Hehe...ketika sedang menulis ini aku baru jew balik daripada pulau Redang pada 6 Ogos sampai 8 Ogos 2010 ni....

Begitu bsingkat rasanya masa berlalu..pejam celik,pejam celik aku sudah berada di UMT semula..
Macam baru semalam jew aku bertolak ke Pulau Redang...Banyak pengalaman untuk dikongsikan bersama..

Bermula dengan penceritaan bagaimananya  susah aku nak meminta kebenaran abah ku yang secara totalnya tidak benarkan aku pergi...kerana bimbang dengan keselamatan ku..dan juga pelajaran ku..katanya aku dah terlalu aktif di UMT,maka merasakan aku perlu masa tuk berahat dan mengawal aktiviti luar kampus..Aku faham ape yang ingin dia maksudkan..mmg aku faham ape yg ingin di sampaikan.......Tapi hati aku ni..ati aku ni yg selalu agak keras dan degil terutama bile ia melibatkan perkara yang aku minat dan suka..maka aku akan cuba tuk dapatkannya...

Kalo aku nak sesuatu...aku akan cube sebaiknya tuk mendapatkan nya.malahn aku boleh siap membayangkan aku dah dpat perkara tu,....Tapi bila awal2 lagi abah tak bagi..maka aku redha...namun last2 minute...abah kol aku dan mengkhabarkan perkabaran baik...'eqa boleh pergi.....' wahhh...time tu terasa macam 'adakah daku bermimpi?'hehe..lalu sangat la ku gembira atasa keizinan abah tu..

Bagi ku...ape jua keputusan family ku,akan ku cuba akur dan taat kerana merekalah segalanya buat diri ku...Lalu pada hari pertama aku ke Pulau Redang,sepanjang perjalanan aku ketidoran dalam bot sebab aku sgtla mengatuk sebab tak cukup tidur gara2 persiapkan teks tuk majlis2 di Pulau Redang...hehe...Kali ini aku pegi pulau redang bkn dgn dak2 kelas,tapi dengan mahasiswa dari UMP,UNISZA,dan UMK.....huhu...

Aku diserahkan lagi tugas sebagai emcee..jadi buatla macam biasa...aku juga sgt seronok dapat keluarga angkat yang baik2 belaka....ada anak yang masih kecil2..Mak angkat ku agak muda daripada mamku...jadi dia sendiri telah memanggil dirinya Kak Ha....nama sebenarnya Puan Zainab,,katanya panggilan 'Ha' tu terlekat sebab masa kecil2 suka nangis...hehe...

Pertama kali menjejakkan kaki kat pulau redang tu..mmg terasa agak kagum...jika dulu mereka tinggal dalam perkampungan atas air..kini masa yang merubah segalanya...dah macam perkampungan di daratan juga.......Sempat juga aku pegi kenduri..ada orang kawin pulak time tu..hehe

Pastu,,,,kami yang anak angkat ni perlu menjadi FASI untuk anak2 murid sekola rendah...memang bukan mudah tuk menguruskan pelajar2 sek rendah ni.....tapi utk sesi yang pertama ni...semua berjalan dengan lancar..Alhamdulilah..


Pengalaman yang tidak boleh ku lupakan bila aku dibawa oleh anak2 pulau ini ke satu tempat air terjun yang sangat sejuk dan menenangkan..aku rasa seronok dan bahagia…melihat gelagat2 anak2 pulau yg cukup keletah dan sangat menghiburkan wat aku rasa tak nak balik dah..hehe..mereka sangat independent..walau pada usia yg masih kecil,tapi kemampuan tuk berenang pada tahap pro sgt memberangsangkan…

Ku mendengar ada luahan sorang daripada anak pulau ini…anak pulau mempunyai semangat pantang dicabar…pasti dia akan memberontak dan cuba membuktikan mereka mampu melakukannya…ya,memang aku tak nafikan  langsung perkara tu.

Tapi ada juga yang tidak sedap didengari bila ada sekolah di daratan yang tidak dapat menerima anak2 pulau ini gara2 ada beberapa kes samseng yang melibatkan anak pulau….jadi jika ada sekolah yang mengamalkan dasar begini..tidak mustahil masa depan anak2 pulau makin terganggu…

Ku percaya tidak semua anak pulau sebegitu…bagi ku didikan ibu bapa sangat penting…dan apa yg mencorakkan anak pulau adalah ibubapa mereka sendiri.Aku ketika menjadi anak angkat bagi keluarga Puan Zainab,,aku sangat selesa dengan anak2 beliau yang cukup baik dan sopan,…bagi ku …inilah salah satu contoh keluarga yang patut di contohi oleh keluarga lain di kg.Pulau Redang...

Masa berganti masa...akhirnya...aku dah berada di sini..di dalam blik hostel ku....melalui hari2 yang tidak pasti...Walaupun apa jua berlaku...akan ku singgah ke Pulau Redang itu untuk mencurah sedikit bakti,insya-Allah.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..