Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Khamis, 26 Ogos 2010

Lagi kisah insan dibunuh pesakit mental...

Assalamualaikum  dan salam wawasan….

Hati ini sangat berduka ketika ini.Ntah mengapa ketika membaca paper Utusan bertarikh 25 Ogos 2010 ini,mata ku terpaku melihat wajah polos si kecil, Mohd Adam Muszhaffar berusia 3 tahun..sangat comel…sangat cute…sangat polos wajahnya,,
Namun…apakah yang berlaku pada si kecil ini…ketika orang ramai sedang sibuk menunaikan ibadah puasa…siapa sangka anak kecil yang masih tak mengenal erti kehidupan ini telah disembelih dengan kejam oleh BAPAnya sendiri…Ya Rabbi…hati ku runtun bila membayangkan wajah si kecil ini..memang tak dinafikan yang bapanya ada sakit mental tapi aku sangat la pelik dan tertanya2 knp perlu org yang ada sejarah sakit mental berada di rumah itu?

Masihkah kite ingat 2 minggu lalu,bler ada seorang suami ni mengikat isterinya lalu ditetak isterinya itu bertubi2 dengan kejam dan juga mencederakan 2 orang anaknya dengan teruk…apa tak teruknya…isterinya dahla kene tetak…anak perempuannya pulak putus tgn…ya Allah..terbayang sekali lagi jika aku ditempat anaknya itu..menyaksikan pembunuhan dan penyeksaan kejam itu..pasti TRAUMA seumur hidup..

Dan hari ini…apa yang ku lihat bila sekali lagi peristiwa orang GILA membunuh ahli keluarga sendiri…apakah mereka WARAS ketika itu? Tidak bukan? Jadi yang warasnya adalah orang sekeliling….seharusnya jika dah tahu mereka ini sakit mental,maka perlulah di hantar ditempat yang sepatutnya walaupun boleh kata..’dia pun manusia biasa,biarkan jelaa…sekarang tak pernah kacau orang pun’…Memang la sekarang tak kcau orang…tapi risiko tu tetap ada…Buktinya? Si kecil,Adam yang baru je usia 3 tahun dibunuh oleh seorang bapa yang tak pernah marah2 anaknya…adakah ini bukan satu BUKTI?

Hmm..ketika tadi air mata ku tidak henti membasahi pipi..kerana ku kesal anak yang tidak berdosa itu menjadi mangsa akibat ketidakwarasan bapa sendiri..Ku berdoa..semoga tiada lagi mangsa2 yang seterusnya…atau insan2 sekeliling ku atau diriku sendiri yang terjebak dalam kes begini..amin.

Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur........dan setiap mata yang terbuka, belum bererti ia melihat

1 Komen-komen:

shafie berkata...[Reply to comment]

sy hanya mampu menahan sebak,, langsung xmampu manahan si ayah itu... isss3....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..