Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Isnin, 11 Mei 2020

7 Amalan Zikir Menjemput Rezeki Limpahruah

Assalamualaikum dan selamat pagi!!

Apa khabar semua?

Lama betul tak update blog ni. Last post pada tahun 2014. Allahu. Terlalu banyak telah dilalui dalam kehidupan ini. Syukur ya Allah.

Bila baca balik post-post lama, rasa alahai budaknya aku dulu. Kejap jer dah almost 6 tahun berlalu. 

Tertiba terlayan perasaan dan meluahkan isi hati di blog ini. Semua kerana dah ada Instagram dan Facebook. Banyak dan mudah orang nak reach kat situ.

Cuma sebenarnya sayang rasanya kalau tak gunakan semua medium of social media sedangkan ini juga adalah sangat mudah utk menyampaikan sesuatu ilmu. 

So topik pembuka POSTING tahun 2020 ini adalah AMALAN ZIKIR MENJEMPUT REZEKI.

Ini saya share bila mana Ustaz Ebit Lew share dalam FB beliau tentang amalan zikir beliau. 
  1. Memperbanyak membaca – La Hawla Wala Quwwata Illa Billah 
  2. Membaca – La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin
  3. Membaca – Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Adziim
  4. Membaca Surah Al-Ikhlas
  5. Membaca Surah Al-Waqi’ah
  6. Memperbanyak selawat ke atas Nabi
  7. Melazimkan beristighfar

“Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi’ah setiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup.” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)


INSHAALLAH, Hidup kita dah tak boleh bergantung kepada LOGIK dah sebaliknya biar hidup dalam keadaan MAGIK!

Nak doa mustajab?
Nak doa cepat makbul?

Ustaz  Ebit pesan kita kena ada "pembukaan" doa yg ada 3 lafaz ni  sebelum kita baca doa yg kita ingini

1. Alif Lam Min. ALLAHU LA ILAHA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM

2. Ya Arrahmannirahim

3. Ya Dzal Jalali Wal Ikram 

Kemudian berdoalah.. Sesungguhnya Allah malu utk pulangkan pada kita dengan tangan kosong, dan dia akan makbulkan dalam pelbagai bentuk. 

InshaAllah.

Sama2 kita berkongsi ilmu ini dgn kasih sayang demi mendapat keredhaan Allah SWT. Amin.

Selamat Berbuka Puasa dan beribadah

Setiap faedah ilmu akan saya share dalam telegram saya :

https://t.me/NorzulaiqhaZulkifli

Terima kasih semua pada yang membaca dan singgah di blog saya ni. InshaALLAH saya akan lakukan yang terbaik untuk update blog, Facebook, Instagram dan LIVE setiap hari buat sharing ilmu mengunakan semua medium. 

Niat saya cuma satu, nak reach seramai 100k umat Islam dalam penyebaran ilmu dan kebaikan utk sama-sama kita reach our GOAL dalam menyebarkan ilmu bermanfaat.

Yang Baik itu datang Daripada ALLAH, yg buruk itu datang daripada diri saya sendiri..

Saya juga sediakan video LIVE saya untuk anda semua. 


0 Komen-komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..