Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Rabu, 25 Januari 2012

Masa bergerak begitu PANTAS!!

Bismillahirahmanirahim.....


Masa bergerak begitu pantaS...!

betul ke?

Cuba masing-masing try.....Wat demo jap..Kalau sporting, jom try. Ada beranii?

Cuba set kan jam masing-masing 5 MINIT...


kemudian sorok kan jam korang tu..

Korang melanguk dan tunggu tanpa buat apa-apa kerja dalam waktu yang korang set tadi.
Yang penting....


TAK BOLEH MAKAN
TAK BOLEH TENGOK TV
TAK BOLEH BERCAKAP DAN APA-APA SEKALIPUN....
S
E
N
Y
A
P jerrr....

dan TUNGGU sampai 5 minit.
*tak boleh tengok jam..anggarkan aje.. Jangan tipu diri sendiri.!!


Boleh?

Kemudian korang agak-agakla, kalau dah sampai 5 MINIT..cepat-cepat tengok jam balik..



Berapa minit korang dah 'tunggu' tadi...try tengok semula..


huhu...




Dah cuba?
"Jomla cuba.... kenali masa... 

-Kalau korang melangguk tu korang tengok masa kurang daripada 3 minit..menunjukkan korang penjaga masa dan sentiasa sibuk.
-Kalau terlebeh daripada 3 minit tapi kurang daripada 5 minit, masih dikategorikan releksss2 punye orang..memang jenis suka termenung mungkin.
-Kalau terlebih daripada 5 minit, ni kes naya gak la.. suke terlebih releks dan kurang jaga masa. Suka berangan...Oh my..


Saje jer.. bukan apa, tapi sebenarnya lebih kepada pendekatan nak demostrate kan tentang masa...
Kebanyakan akan kurang daripada 5 minit sebab sangat tak mampu untuk tunggu dan rasa masa sangat lama, bukan? walaupun aku hanya bagi set masa 5 minit jer, tapi bila kita tak buat apa-apa, memang terasa 'aduh..lamanyaaa masa ni,,'..


Masa sebenarnya tak bergerak pantas atau lambat. Segalanya terpulang kepada kita..
Ada masa kita RASA masa bergerak begitu pantas....sekiranya..  sekiranya kita mengunakannya secara maksima.


Kita tengok- tengok.......

'eh.eh dah kahwin aku rupanya..'
Atas tu gambar hiasan jer OK!! (jeles sebenarnya!!)




TENGOK-TENGOK...






Eh, eh..dah ada anak aku rupanya... 
Warna warni pulakkk tuu..Al-maklumlah...Kembar 3 ^_^




TENGOK-TENGOK...






eh..eh dah ada cucu rupanya aku nih..
(cu, makanlah biskut HATI ni cu...)


Nape kita tak sedar..??


Sebab kita jalani hidup dengan seMAKSIMA yang mungkin.
.

Yeke maksima? Dipendek kan begitulah al-kisahnya.






Tapi sayangnya kita kadang-kadang kita tak sedar yang kita dah gunakan masa kita semaksima yang mungkin...
What i'm doinggg????





A'ah...sometimes we din't aware for anything...
Sebab memang mungkin kita rasa kita tak PUAS dengan apa yang kita buat...




Tapi bagi kes yang hidup dia penuh dengan ayat-ayat seperti...:-

'Hahhh..BOSANnnnnya aku.."



ATAU...



"Mak aihhh.. boringlaaa...."





ATAU







'Kenapa lah masa ni bergerak lambat sangat?'






ATAU....








"kenapa aku rasa hidup tak bermakna..baik mati je macam ni!!'



Walaweh...dahsyatnya..!!

takkan lah sampai nak mati kerana BOSAN sayang ku?
Releks lar der.. Hidup ini bukan untuk kita tunggu mati..


Tapi kita kena ingat!! dan sentiasa memanjatkan zikir, beristigfar pada yang Penguasa Alam.. Allah SWT.
Kerana kita kena.. (bukan 'kena' sahaja.. tetapi 'wajib'!!) untuk sedar bahawa MASA yang ada di dunia ni bukan untuk sekadar SUKA-SUKA tetapi bermakna untuk HARI SELEPAS MATI...

Duniawi ada JAMBATAN Ukhrawi....Inilah jambatan hidup seorang aku...

Ya... ramai kata...

'Aku masih muda...masih gantang...lambat lagi kot sakit apatah lagi mati'..
Nauzubillah... 

Ini bukanlah mindset yang BAIK.. (bukan tak baik jer..memang tak leh pakai pun!!)
sebabnya macam tajuk saya tadi..

MASA ITU BERGERAK PANTAS...
Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara: Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati". (Hadith Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Kalau kita tak potongnya, dia akan potong kita semula..
Walaupun masa tu kita pakai kereta Ferrari merah seksi sekalipun.
Smart kan Ferrari ni..? Ahh..jangan terpedaya! Masa LEBIH BERHARGA!





Dulu aku ingat aku masih kecil..
Comel jer kena dukung dek mama...
Cute jer  ada orang mandikan..
disuapkan dan dimanjakan...


Tup..tup dah masuk 2012....What the...what?


Tapi sekarang ni, dah 21 tahun...opss..dah nak masuk 22 tahun..

bULAN OKTOBER nanti.. Lambat lagi (haha..sedap kan hati..~~)

tidak lagi disuapkan..atau ditatang macam baby lagi dah..





sebaliknya aku kena berada dalam satu transformasi BARU..

MARI kita menjana Transformasi.. Tetibe pulak 1MALAYSIA kan..~




Yang lebih mencabar.
Yang lebih berbahaya..
Yang lebih thriller nya.. tapi....




Aku bersyukur....
Bersyukur sangat....
aku masih dijalan agama Allah yang kudus.





Solat dan segala ibadahnya, aku cuba untuk lakukan sebaiknya...

Walaupun aku tidak lah kelihatan begitu muslimahnya, namun aku cuba belajar untuk kearah itu.
Learning never stop...





Aku normal sebagai seorang wanita..yang kadang-kadang tak mampu lari daripada emosi..
Tapi aku tak nak hidup aku sekadar dihiasi dengan tangisan yang tiada isi.


aku pegang ayat ni:


Bekerjalah kita seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi,Dan beribadatlah kita seperti kita akan mati pada esok hari....

Islam bukan focus just one way tetapi ada wasatiah ( kesederhanaan/keseimbangan )!!

Walau apa pun belaku.. Just take ISLAM sebagai panduan... Insya-Allah, everything will be fine...=)


I believe in Islam like the sun rising, not because I can see it, but because by it I see everything else.....

Anyway, thanks sebab sudi membaca. Teruskan membaca belog saya yang tak seberapa ni ya. Love you all..!! Yang baik datang daripada Allah, yang buruk datang daripada kelemahan saya sendiri....

Just doing the honor of sharing my two cents with the rest.. ;)

Waallahualam....

Bila cuti baru update blog !!

Dah semak samun dah belog aku ni..
siap jumpa tapir, itik, ayam dan macam-macam dalam belog yang 'pathetic' nih.....waaaa..



Hmm...sekarang ada kat rumah. hari yang ke-4 rasanya dah mencium bantal sendiri dalam bilik sendiri.
KUALA LUMPUR?alahai..bukanlah tempat yang PERMAI untuk bercuti ye pun. Jam sana..jam sini..sesak sana..sesak sini...Oh tidakkk..

Tapi nak buat macam mana, memang sinilah tempat lahirkan aku.

So...balik niat bulatkan hati untuk jumpa mama, abah...dan adik-beradik..

Alhamdullilah..
Aku happy..
Aku berpuas hati..
Aku tak nak dan berjanji untuk tidak katakan BOSAN (dalam bahasa melayu)..ataau dalam bahasa omputihnyer BORING..
Siap ada berkaraoke .. Bukan sorang-soranglar..ada geng dengan family larrr..hehe

Ini sekadar gambar hiasan. tapi memang muka ku.


Whatever is...

I want to used my precious time with my family dengan sebaiknya..

Sesungguhnya, aku rasa rindu pada mama, pada abah.. pada semua..
Atleast...
terubat sikit rasa rindu yang mencengkam di jiwa nih..=)

with mama.. =) 

hmmmm.....
Belog kesayangan yang tak diupdate sejak 2 bulan lalu, i'm sorry.
Aku bukan tak nak update engkau wahai belog ku, tapi aku takut nak menaip..
Aku takut keluarkan ayat-ayat tulisan daripada hati sebab aku tidak cukup masa untuk menghadamnya.

Pendek kata : AKU TAK CUKUP MASA untuk nukilkan diari hari-hari aku..

Ini memang penuh....dah tinggal kenangan dah.....


Nak kata aku perdana menteri (tak tahu kenapa aku jadikan PM sebagai contoh.aishhh) memangla bukan..
tapi aku memang tak sempat nak update belog. Aku tak nak la nukilkan sesuatu yang hanya membuatkan orang menguap macam sekarang ni, tapi ntahlah...kadang-kadang seni menulis datang dan pergi begitu sahaja ibarat angin (cewahh..bermadah itu perlu)....

Tak dinafikan banyak suka duka pengalaman aku lalui sepanjang semester baru untuk jadi FINAL YEAR student di kampus UMT aku. Nak cerita panjang.

Ya...sebagai marine biology student bukan mudah...:(


Jadi..
Aku pendek kan ayat : Segalanya buat aku jadi kuat. Bukan kuat dari segi otot kaki atau tangan, dan sememangnya aku tak ada SIX pack or SEVEN pack sekalipun. tetapi aku kirakan KEKUATAN dari segi DALAMAN.

Aku sure korang takkan mampu nampak yang DALAM-DALAM..jadi korang janganlah nak mengada-ngada nak tengok yang dalam-dalam ok..



Ok..thanks.. sebab baca.. esok saya try update lagi..(macam la ada orang baca..hahahah..gelak sorang-sorang) Bye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..