Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Sabtu, 21 Mei 2011

I LOVE REJECTION!!



Pernah rasa menjadi insan yang di'reject' atau tidak disukai?
Pernah rasa dikritik dengan sehingga merobek-robek jiwa?
Pernah berhadapan dengan situasi rasa terhina dan dihina?
Pernah tak KENA REJECT????

MESTI  atau sure kita akan bengang tahap gaban, Orang kata ibarat TAMPARAN HEBAT buat kita kan..

Sedih tahap dewa 19........................OMG... Rejection so PAIN.......
dan mulalah keluar paper kes bunuh bagai semua plus penuh dendam dan kegeraman.......

hmm...Hari ini saya terasa terpanggil untuk menulis entri kali ini berkaitan 'I LOVE REJECTION'.....
Berkisar tentang pengalaman sendiri sebagai perkongsian motivasi bersama.

Secara terus-terang, saya bukanlah boleh dikategorikan berjaya sakan macam orang KAYA-RAYA atau orang yang telah mencapai 'SESUATU' dlm hidup mereka. Tetapi saya berkongsi berdasarkan pemikiran dan pandangan saya tentang perkara ni..

Bila telah memegang JAWATAN di universiti, kita dapat rasakan kuasa 'hentaman' tu sangat-sangatlah kuat. Kadang-kadang tengok apa yang dicanangkan adalah dah jelas-jelas lebih banyak AUTA daripada FAKTA.. maka apa patut dilakukan??

Hmm..pertamanya, saya menggunakan pendekatan....

"Yang BAIK jadikan SEMANGAT, yang KUTUK jadikan KEKUATAN "

- kenapa saya kata yang baik contohnya kritikan membina ke, pujian ke, apa je semuanya boleh dijadikan sebagai pendinding SEMANGAT supaya kita dapat elakkaan diri daripada kelekakan.

-Maklumlah, kadang-kadang bila orang puji sikit, kita pun melayang-layang, kembang-kempes hidung tak tentu arah...haha, normal la kan..Tapi sebaiknya bila kena puji atau dapat sokongan, kita bersyukur dan jadikan SEMANGAT..

-Bila part yang KUTUK  pula, contohnya macam kena fitnah, kena KUTUK KAUW2 punya lar orang kata, jangan kita cepat MELATAH (kecuali memang sakit latah tu tak apa) atau MENGAMUK (sampai baling kerusi, tembak-menembak pulak),

sebaliknya...... 

Lebih kepada TENANG dan cipta KEKUATAN supaya kita dapat gunakan perkara kutukan tu sebagai cara terbaik untuk perbaiki diri. Sapa yang untung sebenarnya? Orang yang kutuk ke yang kena kutuk? hehe..jawaplah kalau ada berannnn..nii....
Tau pun...pandai pun.. mestila yang pemerhati..opsss..bukan, mestila orang yang kena kutuk kannn.....

Kita bagi situasi la... Contohnya..malaslah nak bagi contoh banyak-banyaklah. Yang penting hati tu ar, bukak luas-luas dan terima dengan RASIONAL dan SABAR.,,walaupun secara EMOSInya..perghhhh..sangat SAKIT.. (tipula kalau tak sakit kan..)

saya sedihhh......waaa.......

Tapi kan..banyaknya orang selalu kata  "I FEAR REJECTION but I want Attention Because I Perfection" Actually....Boleh nak jadi Perfect (kalau rasa sempurna la kan) tapi jangan lah kita TAKUT bila kena REJECT k... 

Sebaliknya GUNAKAN sebagai PEMBAKAR SEMANGAT OK?
Sekadar renungan dan pembakar semangat untuk diri juga...



Buat barisan MPPUMT....sentiasa kuatkan semangat selalu..
Walaupun ada 'reject' kita..tapi masih ada yang menyokong..Asalkan kita lakukan tanggungjawab kita ok?
Support Each Other Always....Susah senang bersama...
Perjuangan yang menongkah ranjau fitnah pasti sukar,
 demi perjuangkan hak mahasiswa..
......Kita tetap MELANGKAH BERSAMA.....

Khamis, 19 Mei 2011

Berdebat itu BAIK? Tinggalkanlah PERDEBATAN

Assalammualaikum dan salam ukhuwah fillah...


Saya terpanggil untuk menulis sesuatu untuk entri kali ini berkaitan berdebat dan tinggalkan berdebat...


Cerita tentang berdebat.. Saya suka berdebat..saya suka 'menang'...Sejak sekolah rendah lagi saya suka berdebat-debat ni.. Kenapa? Maklumlah, sekolah suruh hantar wakil untuk perbahasan.. Mula-mula debat berdasarkan fakta,guna kamus bagai untuk mencari fakta kes terbaik supaya menang dalam perdebatan tak kiralah kita mewakili pihak kerajaan atau pembangkang. Matlamatnya hanyalah...'KAMI NAK MENANG'....

Oppsss....bukan entri nak menceritakan pengalaman berdebat masa sekolah yer..tidak..... bukan itu penceritaan sebenar yer.. tu pertandingan..ada jugak la sebabnya tuk berdebat...Tapi tentang Perdebatan ANTARA kita semua sebagai manusia dalam kehidupan seharian.?? Saya yang suka berdebat sejak sekolah ini makin lam, makin belajar tentang erti kehidupan..tentang apakah impak jika perdebatan yang kita zahirkan boleh membawa kita kearah...DOSA.....




"Sesiapa yang meninggalkan perdebatan dan dia berada di dalam kebatilan, dibina baginya rumah diperkarangan syurga...dan sesiapa yang meninggalkanya dan dia berada di dalam kebenaran dibina baginya rumah di tengah-tengah syurga dan sesiapa yang baik akhlaknya dibina baginya di tempat yang paling tinggi di diam syurga". (Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Badhaqi dan lainnya, dan Tirmizi mengatakan bahawa hadis ini hasan).

Dari Abi Darda ' dan Wathilah bin Al Asqa dan Anas bin Malik berkata. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam datang kepada kami pada suatu hari di dalam keadaan kami berdebat mengenai sesuatu dari perkara ad din. Maka Rasulullah SAW marah dengan kemarahan yang amat sangat, kemudian karni mencela di antara satu sama lain.

Baginda lantas bersabda: "Hentikanlah wahai umat Muhammad. Sesungguhnya umat sebelum daripada kamu telah dibinasakan dengan sebab perkara ini.

Tinggalkanlah perdebatan kerana kurang kebaikannya.

Tinggalkanlah perdebatan, sesungguhnya Mukmin tidak berdebat. Tinggalkanlah perdebatan, kerana sesunguhnya perdebatan telah terbukti kerugiannya.

Tinggalkanlah perdebatan kerana ia cukup berdosa, mengapa kamu masih juga berdebat?

Tinggalkan perdebatan, kerana aku tidak akan memberi syafaat kepada orang yang berdebat di hari kiamat nanti.

Tinggalkanlah perdebatan maka aku menjamin tiga buah rumah di kawasan syurga, di tamannya, di tengahnya dan di atasnya bagi sesiapa yang meninggalkan perdebatan sedang dia berada dalam kebenaran.

Tinggalkan perdebatan. Sesungguhnya perkara yang dilarang kepada aku oleh Tuhanku selepas menyembah berhala ialah perdebatan". (Diriwayatkan oleh Tabrani di dalam Al Kabir juga)....

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Wahai sahabat sekalian...ini sekadar ingatan tuk diri saya juga tuk kita tinggalkan perdebatan yg leh mencetuskan perpecahan..Bersabarlah wahai kawanku...Janganlah marah2 dalam menerangkan sesuatu perkara atau isu.. tetapi berbalik pada toleransi, demokrasi dan rasionalistik... bagilah ruang dan peluang untuk insan sekeliling kita bernafas dgn limpahan kasih sayang dan tolenransi.. Kitakan satu universiti.. Walaupun universiti kte kecik, tapi biarlah jiwa kita BESAR... Berlapang dadalah wahai sahabat2 ku...

Jangan marah2 dan senyum selalu k..^_^

“ Marah adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya” – Imam Syafie-

Ahad, 15 Mei 2011

Hobi Mahasiswa : Faedah @ Buang MASA?

[Ok...Entri kali ini nampak macam lapuk dek zaman, tentang hobi bermanfaat atau membuang masa.]

Assalamualaikum dan salam perjuangan penuh inpirasi buat semua mahasiswa. Jika diluar, kita dihidangkan dengan pelbagai isu panas yang menghiasi paparan skrin  televisyen atau terpampang dalam dada-dada akhbar. Disini isu tidak sepanas mana tetapi  masih bermakna. Sekadar untuk berkongsi pandangan sebagai mahasiswa tentang hobi bermanfaat atau membuang masa.

Kalau kita berbincang tentang hobi,apakah yang tergambar di pemikiran anda semua sebagai mahasiswa? Semestinya  ketika ini ada diantara kita akan terfikirkan tentang sesuatu yang menyeronokkan, perkara yang dapat mengurangkan stress, dapat meningkatkan tahap ketenangan dan segala perasaan positif atau seronok yang menyebabkan anda merasakan bahawa hobi sebagai penanda aras kepada 'release tension',bukan?

Sekiranya kita melihat hobi daripada sudut takrifannya pula,maka kita sedia maklum bahawa hobi adalah sesuatu aktiviti untuk mengisi masa lapang. Maksudnya di sini, hobi dilakukan ketika kita mempunyai waktu terluang atau orang kata waktu sengang. Maka, tidak menjadi satu kesalahan untuk kita melakukan hobi kita untuk perkara tersebut.

Dewasa kini, dengan kecanggihan teknologi dan media elektronik telah mengubah takrifan sebenar hobi itu secara tidak langsung. Hal ini berlaku apabila kebanyakan mahasiswa atau belia hari ini memandang hobi sebagai perkara keperluan dan bukannya kehendak. Contohnya, hobi yang paling menjadi kegilaan mahasiswa hari ini adalah melayari internet sehinggakan sesetenggahnya sanggup bersengkang mata melayani laman sembang sosial iaitu Facebook sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai mahasiswa. Hal ini menjurus kepada pembaziran masa yang sudah pastinya merugikan mahasiswa itu sendiri.Sekiranya hal ini terus berlaku, maka untuk membentuk generasi belia yang mempunyai nilai modal insan kelas pertama pastinya sukar.

Dalam membentuk mahasiswa sebagai modal insan yang mempunyai pemikiran kelas pertama, melayari internet tidak menjadi satu permasalahan sekiranya laman web yang dilayari adalah laman web yang berfaedah dan bukan sekadar hiburan. Saya percaya kebanyakan mahasiswa sudah bijak untuk memilih hobi yang terbaik untuk memberi manfaat kepada diri masing-masing. Terdapat dalam kalangan mahasiswa yang gemar bersukan (futsal, olahraga, bermain badminton, berskuba, memancing, bola sepak dan sebagainya), bagi yang minat menulis mereka akan mengekspresikan tulisan melalui laman blog (wordpress, blogspot dan dll), dan pelbagai jenis hobi yang terbaik.Dalam membentuk satu mekanisma hobi yang bermanfaat ini, kesedaran adalah amat penting. Tidak mahu budaya lepak atau merempit mendominasi keadaan mahasiswa kerana mahasisiwa/i merupakan tunjang harapan negara. Adakah ini hanya suatu omongan kosong? Terpulang kepada anda untuk berfikir kerana kesedaran bukan satu paksaan tetapi hadir sekiranya kita membuka hati dan pemikiran kita untuk bersedia menerima pandangan positif dan membuang segala yang negatif.

Konklusinya, sebagai mahasiswa kita haruslah bijak memilih kebebasan kita dalam mencari hobi yang berkualiti. Demikianlah pandangan saya yang juga menjadi satu ingatan buat diri saya agar tidak terleka dalam hobi duniawi yang kadang-kala melekakan dan 'mengkhayalkan'. Ingatlah, bahawa sisa-sisa usia sebagai mahasiswa di menara gading merupakan saat-saat yang cukup berharga kerana ketika waktu ini kita mempunyai peluang untuk kita melakar harapan keluarga dan masa depan kita kelak.

Salam perjuangan,
Norzulaiqha Binti Zulkifli
Timabalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar 2011/2012

Selamat Hari Jadi Sahabatku..


Kepada saudari Kak Ila.....
Selamat Hari Jadi yer..Moga dipanjangkan umur dan murah rezeki yer...

Siapa dia???



Seorang sangat frenly dan KECOH....

Macam makcik kantin..huhuhu



kadang-kadang macam tak betul...tapi tuk jaga hati..layan jelaaa...hehehehe..tgk tu...dengan garpu pun leh berangan....adehhh..

hopefully u will always happy gurls....LOve u so muchhh...

thanks for your support dear...


Always keep your smileee....



dun ever give up.....


always support me...

Kurangkan BARAN, tingkatkan SABAR k..hehe
stay cute~~~


We always frens..

Walaupun kadang-kadang Eqa PERLU profersional dalam 'keadaan' eqa sekarang...
Antara KERJA & KAWAN....
Maaf yer sekiranya sebelum ni kita ada bertegang leher (tegang leher aku)...

Hopefully..akak memahami situasi eqa k....
Tiada niat untuk melupakan akak...


Selamat Hari Jadi Kak Ila..........
Yang ke------ tettttt.
Moga panjang umo dan murah rezeki.....

huhu....Kurangkan Baran, Tingkatkan Skandal...haha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..