Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Rabu, 2 Mac 2011

Dunia baru MPP, What? I'm here now???

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Itu baru ayat permulaan...ayat pembuka kata....

Ada beberapa kawan-kawan yang bertanyakan tentang hal blog saya...Mungkinkah bersawang, kenapa tak update? busy ke? Macam tulah lebih kurang ayat yang ditanyakan pada saya...

Saya pun jawaplah...'Nanti saya update..nanti saya update...' Tapi hakikatnya bukan tak mau update...tapi tak cukup kuasa yang HEBAT untuk membuka blog ini...Terasa beban tanggungjawab banyak gila atas bahu ni...(ceh..ceh..macam atlet angkat berat pulak dah)..Tapi ni kisah betul..




Barisan MPP UMT....

Actually, bukan tak mau update..tapi sebenarnya membuak-buak jiwa nak meluahkan sesuatu dalam hati ni...
Bila saya berjaya mendapat undian majoriti selepas pilihanraya, apa yang bermain dalam kepala saya adalah 
" Biar betul apa yang berlaku pada aku hari ni?'

Tapi memang itulah yang berlaku..Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang membantu, pada semua yang mengundi...2576 undian itu bukanlah sesuatu yang saya jangka..
terduduk dan tergamam saya ketika itu....Tapi inilah dikatakan kehidupan..Kadang-kadang ada benda yang kita tidak jangka mungkin berlaku pada kita...Hanya Allah je yang tahu disebalik apa yang terjadi ni...

Saya sudah dalam MPP...sekarang dalam bilik gerakan MPP..yang kami gelarkan konon-konon macam OPIS kamilah kan..hehe...tapi sebenarnya ini adalah tempat buat suara-suara mahasiswa UMT... apa jua yang berlaku, insya-Allah, saya akan cuba sedaya-upaya untuk membantu selagi mampu...
Kepada semua pelajar, pintu kami sentiasa terbuka untuk anda semua..(seriusss niiihh)

Kami sempat buat group untuk buka lembaran baru dunia MPP 2010/2011 ni....Group yang diberi nama sebagai BICARA MAHASISWA UMT  (boleh klik kalau merasakan anda pelajar UMT yer) ini adalah salah satu platform para pelajar untuk meluahkan cadangan, perasaan atau apa jua bentuk ayat yang mereka mahukan.....asalkan tak menyalahi undang-undang sudahlah......
BMU...huhu...klik kalau nak besarkan k...


Memang tak dinafikan banyak sungguh luahan yang diutarakan, tak terjawap jugak saya kadang-kadang...mujur ada kawan2 MPP yang boleh menjawap dan kebanyakkan aduan pelajar tu kami terus take note sekiranya merasakan tindakan susulan harus diambil....

Bagi yang tak suka lambakan notification dalam email masing-masing, boleh la tekan tempat setting dalam group ni macam ni...UNCLICK email korang k..

Yer....ini sekadar suggestion jer..sebab dalam masa 6 hari Group BMU dah cecah seribu lebih, mungkin komen akan bertambah, so dgn hilangkan notification dlm email korang, tak lah buat korang rasa serabut ke ape...^_^


'Segalanya melibatkan PENGORBANAN...tak ku harapkan disanjung tinggi atau dihormati..cukuplah sekadar tahu aku juga manusia yang mempunyai perasaan...'
- Ini ayat yang saya tulis dalam post FB saya, kenapa? Kenapa saya tiba-tiba mencelah tentang saya juga mempunyai perasaan? Kerana saya dapati ramai pelajar diluar memandang MPP adalah jalan bermatlamatkan nak pergi LUAR NEGARA, nak pergi MELANCONG, nak itu dan nak ini....Benarkah semua tu? Oh..pastinya saya secara individu yang masuk MPP tidak bertuhankan itu semua....Tidak sama sekali...
Dengan penuh jiwa dan raga...


Inilah barisan-barisan MPP baru....=)

Bila dikenang saat kemenangan semasa PRK, terasa satu pengalaman yang saya tak mungkin dapat lupakan selamanya....Namun, bila dikenang masa kini, segalanya hanya satu kenangan,...Apa yang ku hadapi hari ini dan bakal hari esok adalah tiap detik yang mendebarkan....Jika saya tidak bawa amanat ini pada jalan yang benar, maka tidak terjawap di akhirat kelak...Nak ke??? Kompem saya takut...kompem saya tak nak.....
HAha...kepoyoan terserlah...

Watikah pelantikkan selesai sudah...Saya mendapat amanat yang bagi saya satu kejutan pada saya lagi...TIMBALAN PRESIDEN MPP 2010/2011 bukanlah satu nama gah yang saya idamkan, tapi syukur atas kepercayaan angkatan barisan MPP, saya terima tanggungjawab ini sebaik-baiknya....Segalanya saya doakan semoga mendapat keredhaan dan keberkatan...
Masinh-masing menunjukkan 'tanggungjawab' masing-masing...



Terima kasih sekali lagi pada semua yang sudi membantu, yang sudi menghulurkan telinga mendengar luahan saya, yang sudi menyediakan masa untuk membaca belog saya yang tak seberapa ni yer...Thankssss sooo muccchhh...
Dan saya...yer saya juga adalah antara mereka yang akan cuba buat sedaya mampu..

.Bagi saya, jgn kita bnding2 kan antara kepmpinan yang dahulu ataupun yg sekrg....kami baru mula melangkah setapak...jauh lg perjalanan kami, byk pncaroba lg yg nak diredahi....Tanpa MPP dulu, tiada juga MPP yg skrg.... apa diperjuangkan, itu juga kami perjuangkan...cuma mgkin cara yg berbeza dan org yg berlainan...... Apa jua kami lakukan, adalah mcuba sedaya mmpu utk kita semuaaa..ingat utk kita semua

Tanpa MPP dulu, siapakah MPP sekarang.....



Bersama mantan MPP ...=) Moga ukhuwah terus terjalin hendak-Nya...



Hmm...esok sambung lagi lah..mengantuk pulak sudah rasanya..jumpa lagi di masa yang lain k..^_^
Saya sediakan sekali gambar yang kami semua k...=)

1JIWA, 1SUARA, KEBAJIKAN UTAMA, MAHASISWA PERKASA

NOTA TANGAN: Walaupun kadang-kadang orang memandang kami seperti kami  tiada perasaan, tapi tak apa....Saya terima ini sebagai dugaan Allah...Dan kami  barisan MPP akan cuba sedaya-mampu untuk belajar sedikit demi sedikit.masa ke semasa...Insya-Allah....

Lagu ini saya tuju pada semua...


7 Komen-komen:

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali berkata...[Reply to comment]

felo kak bad n ali pown mpp jugak ?

Cik Aien berkata...[Reply to comment]

congrat sahabat!
anda mmg layak, seorng pemimpin :)

nourel A berkata...[Reply to comment]

cong8..smoga dpt menjalankn tggjwb y diamanahkn..

Senyum Man berkata...[Reply to comment]

wah tahniah kak ika!!!!!

Unknown berkata...[Reply to comment]

wah, bila ika berkata-kata! hehehe

Fizah Ibrahim berkata...[Reply to comment]

Hye teman seuniversiti. Tahniah atas perlantikan.. Semoga berjaya menjalankan amanah yang telah diberi kepercayaan..=]

Zulaiqha Zulkifli berkata...[Reply to comment]

Terima kasih daun keladi....suungguh terharu terasa dihati.... Thanksss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..