Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Selasa, 15 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul 2011


Salam Maulidur Rasul...

Kelahiran seorang Rasul dan Nabi..
 Menghambakan dirinya terhadap Ilahi…
 Wataknya memperlihatkan nilai insani…
 Kekasih Ilahi yang akhlaknya  sentiasa disegani…


MAULIDUR RASUL..
12 Rabiul Awal menjadi tarikh pilihan..
Sambutan kelahiran seorang insan..
Kekasih Allah sepanjang perjuangan..
Menegakkan agama di tangga kemuliaan..


Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  • ·         Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

  • ·         Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

  • ·         Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

  • ·         Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.






MAULIDUR RASUL…

Terus kelam dari dunia keinsafan..
 Untuk memperingati perjuangan seorang insan…
 Yang ketika ajalnya menjemput …….
 Yang meniti di binirnya hanyalah…
 Ummatku…Ummatku…Ummatku..
 Kecintaannya kepada ummah tidak berbelah bahagi…
 Namun kini sebaliknya pula yang terjadi…
 Kecintaan kepada Nabi tidak lagi terisi..
 Bahkan ruang Islami telah dikosongi..


So…marilah sama-sama kita….:

~~~Mengawasi diri kita.
-kadang-kadang saya sendiri terlepas pandang...fikir kita sedang buat perkara yang betul, rupanya kita hanya menutup perkara yang salah....

~~~Menghisab diri kita.
-malam ini,saya insaf....saya banyak dosa...dan sedar atas kekilafan diri ini..Maka saya tekad..untuk membuat keputusan BETUL demi kebaikan diri saya sendiri, keluarga dan semua..=)

~~~ Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t....
-Inilah segalanya sebenarnya..Bila kita ingat pada Pencipta, segalanya pasti akan berada pada jalan yang benar...

Marilah kita bermusahabah diri…
Memperjuangkan Kalimah Allah sehingga mati..

Akhirnya,sempena Maulidur Rasul ini, TETAPKAN KASIH SAYANG PADA RASULLULAH...Semoga kita beroleh manfaat darinya…Seterus terus berjuang menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini…

Terima kasih buat ilmu-ilmu dari sini dan sini



1 Komen-komen:

Bunga berkata...[Reply to comment]

selamat menyambut maulidur rasul..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..