Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Ahad, 22 Julai 2012

PEREMPUAN NERAKA

Balik dari masjid...terus hadap tengok TV...

Buka TV3.......

lalu....

ternampak cerita ini....


Dan.... saya yang tak ada kerja waktu itu pun menikmati cerita yang terbuka depan mata ini...

Wah.. 1 jam kemudian...

Rasa hati dan jiwa memberontak.... 
Ya aku perempuan... 
Dengan tajuk perghhhhh..terasa dalam kot..

Macam mana dengan isi cerita??

Sure ada gurl-gurl yang keluar kata "Ishh... gerammnya aku tengok.."

"Panasnya hati aku rasa dia buat laki dia macam tu''

Mana ada orang nak masuk neraka.. Ada ke? Cuba angkat tangan.. tak ada kan?
Termasuklah saya..

Tapi cerita tu.. bagi pengajaran berganda.. 
Pengajaran yang menjadi realiti hari ini. 
Cuma masyarakat saja buat-buat lagak lakonan "Eh, ada ke cerita macam ni..Alaaa.. ini semua dalam TV jer. Yang betul-betul mana ada macam ni..'...

Wekkkk..(*nak muntah dengar orang perlekehkan cerita ni*) 
Jangan perlekehkan cerita ni.
Sebab ada PENGAJARAN..... 

Bukan tipu punya....tapi.... memang FACT...

Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)


Tak cukup dengan itu... ada lagi ku sertakan...


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)


Ye saudara saudari yang tengah baca belog usang saya sekarang ni mesti tengah cakap dalam hati 
"Zulaiqha, awak cakap jer... awak tak kahwin lagi, mana awak tahu masa depan awak..Ntah-ntah awak lagi teruk''

Mungkin macam tu la kot dialog yang sedang baca ni.

Saya pun tak kata saya bagus.. Tak juga kata saya perempuan solehah yang belagak alim dan penuh sopan santun yang ikut segala telunjuk manusia. Sekadar menulis sedikit ruang rasa sejurus selepas melihat cerita tersebut..

Terpana seketika bila muhasabah realiti dunia hari ini bila perempuan makin ramai, kami ni yang perempuan jadi paranoid pada kaum lelaki. Ketidakpercayaan pada lelaki menghasilkan ciri-ciri Perempuan Neraka yang akhirnya boleh memburukkan keadaan. Sehingga menambahkan bilangan penghuni NERAKA....



Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda : “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)



Ya......
Saya tak kahwin lagi...tapi tak salah mengingatkan diri sendiri sambil-sambil mengingatkan juga sahabat kaum ku sendiri. Kaum hawa sekalian... yang dikasihi...:) Sedarlah....taat pada suami itu WAJIB. Kalau masa kawan dah nampak ketokohan boleh jadi Queen Control, cepat-cepatlah berubah ek..

Kalau tak boleh jugak, putuslah 'kawan' (dlm bahasa trend sekarang 'kapel'), carilah yang boleh mengawal kita bukan kita mengawal si dia (lelaki tuue la,takkan perempuan pulak kan..hehe)..... Jangan dapat free-free gelaran "Perempuan Neraka' k.....^_^

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: 

“ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” 

Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” 
Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” 
Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” 
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Tengok...Kan bahaya macam tu. Saya pun tak nak jadi perempuan durjana. Nauzubillah..
tapi ingatan pada kaum lelaki....kadang-kadang kami ni (perempuan ni) emosi...Nanti bila emo masa kawin, senang-senang jer nak mintak cerai bagai.. Kan kes naya tuuuu... Tambah bila ada anak dah...Fuh..lagi haru...

Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

Yang kaum Adam pulak...pun kena jaga kaum perempuan ni..jangan biar si isteri jadi perempuan durjana...Pimpinlah dan bukan dipimpin... Kalau tak boleh jugak, ishh..tak ada yang tak boleh nyerr.. Nothing IMPOSSIBLE... You can be GREAT HUSBAND and be great father.. Insya-Allah....


Hopefully, bagi lelaki dan perempuan yang dah 'menikmati' simptom sakit hati akibat rasa tak puas hati dengan ketidakadilan dan ketidakperikemanusiaan si isteri pada suaminya itu(yang dipaparkan dalam cerita kat TV3 tu), segeralah gunakan ia sebagai satu pengajaran ya. (ingatkan diri sendiri juga). Sebab perempuan ada kelemahannya. Makin dimanjakan kadang-kadang makin mengada-ada. Haha..termasuklah diri saya juga yang tak boleh dinafikan...Kerana setiap perempuan itu ada ketokohan menjadi Queen Control.... :)

So....kaum lelaki....Jangan mendayuskan diri kerana Allah dah kurniakan setiap kaum Adam itu kelebihan yang melebihi kaum Hawa.. Maka.. Gunakanlah sebaiknya. Tak kiralah perempuan itu HEBAT mana sekalipun. Banyak duit kah.. Berpangkatkah, Cantikkah, Bergetah kah...Itu semua NIKMAT DUNIA sementara.Tak perlu tunduk dan perbodohkan diri sehingga menjadi pengelap lantai.. 

Angkatlah 'kekuatan' yang Allah bagi itu untuk membimbing si isteri dengan penuh hikmah dan bijaksana. Jika jahil, tambah ilmu, Jika terasa lemah, tambah kekuatan, jika rasa tidak berdaya... carik lah daya... sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika kita sendiri yang tidak mengubahnya. 

Namun, jangan juga terlalu ego hingga munculkan nama anda di akhbar Metro pulak yang pukul isteri, pijak isteri mengandung, tikam isteri dalam tandas dan macam-macam cerita 'enak' berdendang di akhbar ok. tegurlah dengan bijak... Jangan memperbodohkan diri kerana PEREMPUAN....

Okey... pendek kata, dalam apa-apa jua perkara yang kita lakukan. Ammar Makruf, Nahi Mungkar. Kalau kita pegang ini sebagai DARAH dan NAFAS kita. Insya-Allah, kita akan kecapi kebahagiaan di DUNIA dan di Akhirat.....

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)


Pendek kata....... Bila dah terlafaz "AKU TERIMA NIKAHNYA'.... Bermulalah tanggungjawab baru dan AMANAH baru untuk dipikul.....


2 Komen-komen:

Salleh de Ran berkata...[Reply to comment]

Terpana dengan ulasan kamu itu....

Zulaiqha Zulkifli berkata...[Reply to comment]

@Salleh de Ran yeke terpana ni? terpana tang mana tu? hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..