Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Rabu, 11 Julai 2012

Aku rindu sebagai Pelajar Akhir Tahun

21-May-2012

.......Last updated blog

11-July-2012

.........Baru nak menaip semula:)

************************************** Bermulanya cerita singkapan 2 bulan lalu********************************


Assalamualaikum dan salam pencinta keamanan sekalian....

Apa khabar? Terima kasih sebab sudi bukak link belog saya yang dah usang dengan 
spider-WEB ni ya. 

Lama tidak menulis... ( huhu..macamlah pakai pen, hakikatnya pakai tekan-tekan papan kekunci 
notebook yang tersayang ni ajer).

Sedangkan hakikatnya... banyak coretan yang mungkin dah lama nak dikongsikan. 
Tapi tak ada kesempatan. Masa  mungkin ada, yang tak ada adalah keazaman untuk menulis. 

Sekejap jer masa berlalu....

Teringat dan tersingkap kembali saat bila mana waktu itu sampai kesubuhan aku tak tidur,
Teringat lagi di mana aku sibuk menaip dan menaip untuk menulis dengan ketekunan 
dan ketabahan. 
Teringat lagi perasaan aku yang bercampur baur macam air batu campur (ABC).
Sedih ada (sebab tak buat seawal mungkin)
Marah ada (sebab pikir kenapalah perlu wujudnya benda alah bernama THESIS ni)
Penat dan letih (tu jangan cakaplah, memang penat beb~~)
Apa tak nya, macam-macam dugaan membuat thesis yang terpaksa aku lalui. 

Tetapi..
Alhamdullilah.
Betul lah orang kata...............

Hendak seribu daya, mahu itu pasti ada seribu CARA..


Maka... aku lahirkan satu THESIS yang mungkin tidak seberapa tapi bagi aku ia bermakna.
Tanpa thesis ini. memang melalak aku tak berhenti... (Jadilah aku macam cerita anak ku sazali 
nanti...)

Itu kisah menulis. Lepas menulis, aku perlu buat perbentangan pula. (macam-macam kan)
Dan.. Seperti biasa. Aku ini orangnya cepat tertekan sikit. (banyak sebenarnya~~) hehe.

Maka, bertambah sakitlah bila nak menghasilkan satu slide yang terbaik.(Baru satu...)
Ditambah aku asyik risau dihentam, dipalu atau di baling batu (over nya imaginasiku) ketika 
perbentangan. (ada ke jadi macam tu?)

Tapi...

Hakikatnya.. semua perkara yang menjadi mimpi ngeri itu tidak berlaku seperti yang aku asyik 
fikirkan. (Syukur, Alhamdullilah)

Aku jer yang OVER RISAU. 


Aku bukan apa, aku cuma tak mahu memalukan diri sendiri jer. 
Aku pun manusia macam korang jugak, yang mahu dihargai dan dipuji.
Tapi tak perlu puji jika salah, tapi jangan pula dikeji atau dibenci kerana aku tak kuat untuk 
menghadapi.

Sebenarnya, waktu sepanjang menyelesaikan amanah yang diberikan tu, aku sentiasa bersyukur.
Kenapa?

Sebab...ketika itulah.......aku dikurniakan dan dipertemukan oleh insan atau lebih sesuai 
dijamakkan kepada insan-insan yang istimewa. 


Insan yang sudi memberikan ruang masa dan fikiran
Yang sudi membantu menghulurkan salam ukhuwah dan semangat yang tidak pernah henti.


Ya..Ada ketika bila mana aku rasa TAKUT atau dalam bahasa KEY EAL nya aku rasa CUAK , 
namun terisi SMS ku dengan kata-kata hikmah..
Dengan kata-kata positif dan tidak pernah cuba untuk menjatuhkan semangat ku. 

TERIMA KASIH....... :)

Syukur Ya Allah, kepada-Mu aku berlindung. Kau terus kurniakan aku insan sebegini baik 
dalam aku mengharungi perjuangan hidup.
Perjuangan hidup yang tidak akan terhenti selagi mana jantung ku tidak berhenti berdegup.

TERIMA KASIH SEKALI LAGI :)

Maka, pada mana-mana sahabat yang membaca, teruskanlah membantu insan sekeliling kita ya, 
kalau kita tak mampu  dengan kuasa, kita bantu dengan suara.
Kalau kita tak mampu bantu dengan kedua-duanya, bantulah dengan perbuatan..
kalau tak mampu juga, cukuplah sekadar dengan senyuman...
Ya...walaupun sekadar senyuman....
Sebab meringankan beban orang lain itu adalah sifat orang budiman
Dan kerana itu PUNCA UTAMA nikmat syurga hati untuk kita sama-sama nikmati. 
Dalam hidup ini, tiada yang lebih bermakna selain rasa dihargai dan dihormati dengan sepenuh 
hati. 

Bila dah selesai dugaan, ujian dan kepayahan.
Akan hadir dengan sendiri bibit kesyukuran.

ALHAMDULLILAH.... :)


Seronok sangat. Walaupun result masih tak keluar lagi. Tapi aku redha dengan setiap 
keputusan-NYa.
Aku tahu aku bukanlah yang terbaik. Tapi aku dah cuba untuk lakukan yang TERMAMPU. :)


ITU AKU TAHU....

Kisah THESIS dan Final Year Project (FYP) aku tak banyak menarik namun lebih kepada rasa 
kelegaan jer. 
Kelegaan kerana beban amanah yang ditanggung terlerai sudah. 
Apa yang aku boleh bagitahu kepada insan-isann yang bakal mengambil THESIS.
Preparelah awal-awal, belajar untuk mengisi ruang masa dengan ilmu tentang projek anda 
dengan seoptimum yang boleh.

:) :) :)

All the best bagi yang bakal melalui zaman sebagai FINAL YEAR STUDENT :)

Indah sungguh setiap saat itu.
Aku rindu....................................................................................
Ya.. AKU BENAR-BENAR RINDU....




(wajah budak FYP yang dahulu~~) 

2 Komen-komen:

Cikgu Noraini berkata...[Reply to comment]

Tinggal kenangan, kemanisan hanya akan dirasai setelah melalui pelbagai kepayahan. Manis untuk dikenang tetapi tak sanggup untuk diulang. Semoga bergraduat dengan CGPA yang cemerlang...sambung di UPM lah buat MA dan boleh jadi pensyarah, Zulaiqha pandai bercakap...datang UPM boleh kerap cikgu ziarah..

Zulaiqha Zulkifli berkata...[Reply to comment]

@Cikgu Noraini terima kasih Cikgu Noraini.
Wah.lama cikgu tak komen di blog saya ni. :)
Terima kasih yer. Doakan yer Cikgu. Sambung MA yer..Insya-Allah, sekarang nak kerja dulu.. Sebab berkobar-kobar untuk cari pengalaman sebanyak yang boleh. Terima kasih cikgu sebab tetap ingat saya :) Thanks~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..