Bulan April....
Dah nak sampai penghujungnya dah. Kejap jer rasa masa berlalu.
Dah masuk 28 April 2012
Banyak kerja lagi belum diselesaikan. Hari ini mungkin jadi hari bermakna pada yang merasakan ia bermaknya terutama demostran BERSIH 3.0.. Semua hendak dibersihkan.
.
Ramai......dalam group nihhh......
Pada awalnya...segalanya macam OKEY dan TENANG.. Tiada watak thriller action pada awal pagi sampai tengah hari....
ada kawat duri pulakkk...
TENANGKAN semua???
saya konpius kenapa waktu ni macam tiada melayu.. ermmm..tak pe, yang penting tenang lagi...
Bukan nak rasis dalam menegakkan perjuangan ini, namun.. saya tertanya-tanya jer.. Mungkin time ni ada pembahagian tempat kot. ermmm ..
Apa yang mereka semua nak sebenarnya???
BUKAN SUKA-SUKA...
Mereka inginkan ini....
8 TUNTUTAN
Mereka inginkan KEGANASAN? Saya rasa tidak....
SEBAB....???
Mereka juga ada prinsip berhimpun iaitu sejak bersih 2.0
NAMUN....
CARANYA tidak mencetuskan penyelesaian sebaliknya wujud pelbagai perpecahan antara banyak pihak....
bukak lah YOUTUBE..berlambak orang yang provokasi. Malas nak bagi link kat sini. Semua dah sedia tengok, dah sedia maklum.....
kemudian muncul pula......ALAMAK?
Ini bukan FACT and FIGURE walaupun saya tahu Datuk Zaharin ini adalah UMNO TULEN yang pernah dibuang UMNO suatu ketika dulu atas kelantangan penulisan beliau suatu ketika dulu...
Post di FB beliau telah memberikan kelegaan kepada pihak penganjur BERSIH 3.0 untuk mempalitkan kesalahan pada pihak polis yang dikatakan MENYAMAR...(adehh...)
lalu muncul la tentang gambar ini:
Saya tengok dan pandang..dah tengok memang tak samanya...
Tapi yang peliknya...
orang tetap share banyak kat FB nih.. Mencetuskan fitnah itu tidak BAIK wahai sahabat sekalian.....
[banyak lagi gambar-gambar lain]
Tapi saya paling tertarik dengan aura gambar yang nih...
Ramai komen ingatkan ni SB dan polis sebagainya. Persoalannya? Sejauhmana kebenarannya?
Hanya hamba-Allah ni jer yang tau...
Saya tahu apa yang mereka mahu perjuangkan .Demostrasi bukanlah SALAH daripada segi undang-undang, namun bukan BUDAYA di Malaysia dan dianggap 'luar biasa' kerana ia bukanlah kebiasaan rakyat Malaysia berdemo.
Saya menulis sebagai warganegara Malaysia yang cintakan Malaysia, tanah air saya sendiri. Sejujurnya saya mahukan keamanan dan kestabilan POLITIK bukan membiarkan bumi saya ini dalam keadaan SERABUT atau sebagainya. Orang kata saya atas pagar? saya tidak kisah. Sebab pada saya, saya mahasiswa yang BEBAS untuk kritik mana-mana pihak yang salah dan sokong mana yang betul. Prinsip mudah...SEMUA untuk KEBENARAN. Mana yang betul itu, saya katakan BETUL, dan yang SALAH saya katakan SALAH.
Saya tekankan pada konsep Politik ILMU, bukan Politik AMPU. Saya sayang kerajaan yang banyak membantu mentadbir Malaysia namun saya juga tidak menyatakan rakyat yang hadir ke BERSIH itu JAHAT kerana saya tahu mereka inginkan SESUATU yang bukan untuk MEREKA SENDIRI tetapi mereka anggap untuk anak cucu mereka.
oleh itu.....
Toleransi perlu dilakukan...
Pemimpin daripada ke semua parti politik haruskan sama-sama berdiplomasi.Berbincang untuk membangunkan negara, bukan membangunkan parti masing-masing, kerana yang menjadi mangsanya adalah rakyat.
Jika toleransi masih tak jalan..
KEBANGKITAN DALAM PERJUANGAN PERLU DITEGAKKAN!!!
Disini, sebelum menutup tirai..
TERPANGGIL UNTUK KONGSIKAN INI ...
Bagus sebab ada antara kita bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, namun kita sebagai rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri kita jua. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz?
Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpi...n yang jujur dalam harta negara?
Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ?
Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus?
Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?
Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh kerajaan, semak dulu adakah kita sudah berlaku jujur dalam urusan kita dengan kerajaan?
Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'?
Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran.?
Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. ?
Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat?
Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.
Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)
~Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."
Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.
“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)
Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)
“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim.
Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)
“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).
Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juta sebaliknya. Dan kita juga mungkin bakal berada ditempat PEMIMPIN ini.
Fikir fikirkan lah...
1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap mak ayah dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran yang mengikut ajaran islam[credit to pelajar daripada Universiti Medina]
Dan banyak lagi....Ini sekadar muhasabah diri bersama kerana saya percaya bahawa kita adalah Khalifah dimuka bumi ini. Kitalah PEMIMPIN muka bumi ini. Maka, jika kita tidak mengubah nasib kita, siapa lagi akan mampu mengubahnya.
Namun, saya sebulat suara tidak menafikan bahawa PEMIMPIN itu HARUS berada dilandasan yang BETUL. Pemimpin itu harus menunjukkan CONTOH yang BENAR. Maka, pengikut akan menghormati dan lalu mengikuti dengan penuh taat. =)
Dan saya cuma nak satu jer.....Kepada semua PIMPINAN..... SATU jer daripada semua......
Cantumkan semula titik perbezaaan antara kita semua ...............
Wujudkan satu GARISAN persamaan _________
DENGARLAH SUARA KAMI..
Kami anak bangsamu..
Suara hari esok......
1 Komen-komen:
duduk rumah. bersihkan rumah, bilik air, dapur, bilik tidur dan kereta. lagi bess
Catat Ulasan