Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Rabu, 20 Oktober 2010

Rooney keluar MU?

Memang dah sekian lama tak menulis blog saya ni..bukan apa..busy skit la..macam2 keje kena buat..
ni pun baru abes kelas dan selesai public speaking...tak tahu la apa yang saya bebelkan..terima jela...
hehe

balik2 terus on9 kejap...konon kejap sangatla..nak reles tension la katanya,..tengok2 blog ditujunya...bukan tak nak menulis kat blog ni..sememangnya nak ...sememangnya rindu...kalo boleh nak jadikan tiap2 hari blog ni macam cerita seharian hidup saya...tapi kadang2 masa tak ada..ditambah STRESs..mungkin kalau orang lain kalau stress lagi banyak menulis,tapi saya pulak tak suka terbawak2 mood stress dalam blog...

Hmm..berkisar dengan tajuk..mungkin ada yang dah tau memang saya minat MU..walaupun saya bukan la pemain bola..tapi kalo setakat main futsal ni,orang tak kata la saya BODO sangat main kot..hehe..so bila cerita pasal bole sepak,makanya Manchester United la pilihan hati dari dulu sampai sekarang..walaupun ramai2 yang dah berpaling tadah...mungkin dorang lupa asal usul masing2...konon nak kata 'tukar angin' atau 'hijrah diri'..tapi bagi saya ..'plssss la...lupa diri la..' hehe...knp saya kata demikian? adakah saya menyekat perbuatan mereka yang dah berkepok duit dalam poket...yang rumah dah tersegam megah di tambah hidup penuh kemewahan dan segalanya dah tersergam indah depan mata...mungkin mereka miskin sesuatu...iaitu sifat BERSYUKUR..dan Tak MUdah berpuasa hati dengan apa yang dah ada.....

Berkisar dengan kisah ni...saya selitkan la satu petikan akhbar..


MANCHESTER, United Kingdom – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mengesahkan, semalam bahawa penyerang handalan Wayne Rooney menyuarakan hasratnya untuk meninggalkan kelab itu.
“Saya telah bertemunya. Dia menjelaskan kepada saya bahawa dia mahu berhijrah,” kata Ferguson yang mengakui terkejut dan kecewa mendengarnya.

Desas-desus mengenai masa depan Rooney di kelab itu kedengaran beberapa hari selepas Ferguson menggugurkan 
pemain antarabangsa England berusia 24 tahun itu bagi pertembungan Liga Perdana dengan West Bromwich Albion, Sabtu lalu.

Ia hanya tiba beberapa hari selepas Rooney terang-terangan menyanggah dakwaan Ferguson bahawa dia masih dibelenggu cedera buku lali dengan memberitahu wartawan dia cergas sepenuhnya.
Ferguson akhirnya membuka mulut mengenai desas-desus itu pada satu sidang akhbar pagi semalam, mengesahkan bahawa Rooney meminta untuk meninggalkan Old Trafford tetapi menafikan wujud perbalahan dengan pemain itu.
Ferguson yang terkejut berkata, dia mula menyedari keinginan Rooney itu mahu berpindah sebelum musim baru apabila dimaklumkan oleh Ketua Eksekutif United, David Gill.

“Ia paling mengecewakan apabila dia mahu berpindah. Kami tidak dapat memahaminya dan saya begitu bingung dengan keputusannya itu.

“Kami perlu membiarkan pintu terbuka kerana dia memang seorang pemain yang bagus,” kata Ferguson yang menaruh harapan tinggi agar karier United Rooney dapat diselamatkan.

“Kami melakukan semuanya untuk membantunya sejak dia datang ke kelab ini, itu sebabnya keputusannya itu menjadi satu misteri kepada kami.

“Kami telah membantunya dalam kehidupan peribadinya dan perkara lain.

“Jadi kami bingung seperti sesiapa sahaja kerana kami tidak dapat memahami mengapa dia mahu meninggalkan sebuah kelab yang berjaya seperti kami dalam bola sepak Britain,” katanya.
Sementara itu, akhbar The Guardian melaporkan, pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti pula dilaporkan berminat dengan Rooney jika pemain terbabit mampu memikirkan peranan yang sanggup didukungnya apabila berpindah ke Stamford Bridge.

Dalam pada itu, City sebaliknya memutuskan mereka wajar melakukan segala yang terdaya untuk mengambil kesempatan keretakan hubungan pemain itu dengan Ferguson.
Brian Marwood, pentadbir bola sepak City mempunyai hubungan yang lama dengan penasihat Rooney, Paul Stretford dan rapat dengan pemain itu, malah pernah bekerja di Nike, salah satu penaja Rooney.
City pada masa ini tertekan untuk mengurangkan tangga gaji pemain demi memenuhi keperluan peraturan kewangan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), namun mereka tenang berdepan isu itu dan percaya ada jalan penyelesaiannya.
Sebagai contoh, jika mereka memperoleh Rooney keluar Old Trafford dengan bayaran gaji RM1.23 juta (250,000 pound) seminggu, mereka masih mampu menampungnya dengan menjual satu atau dua pemain seperti Roque Santa Cruz dan Craig Bellamy...

walaupun ni adalah sekadar DESAS DESUS...tak kisahla...sama2 la kite tgk yer......

Ok...final sudah hampir mengunjung tiba..cuak makin terasa...huhu..doakan yer...

Salam..=)

2 Komen-komen:

Tanpa Nama berkata...[Reply to comment]

molek jugok Roni kuar MU.. masuk team laen la pulak..dh Sir Alex xmo guna, biar la team laen guna... -Fan of Red Devils... =)

Tanpa Nama berkata...[Reply to comment]

da msuk blek..smbung contract 5years..i like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..