Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Rabu, 20 Februari 2013

Forum Muflis Atau Bankrap..Anda Masih Ada Peluang Kedua?

Assalammualaikum dan salam perjuangan, 

Setelah sekian lama tidak mengupdate blog, hari ini terbuka hati untuk berkongsi sedikit tentang perkongsian tentang MUFLIS. Saya sejujurnya tidak pernah pun muflis, tetapi apabila pergi ke suatu program di PWTC saya selaku pendengar telah mendapat pelbagai ilmy baru. Alhamdullilah, disitu saya telah menyingkap pelbagai fakta yang mungkin boleh dikongsikan bersama.

Kebetulan saya jadikannya article untuk laporan saya. Disini saya coretkan ia :-  

AKTIVITI : FORUM MUFLIS@BANKRUP,,, ANDA ADA PELUANG KEDUA
MASA : 8.00 PAGI – 2.30 PETANG
TARIKH : 18 FEBRUARI 2013
LOKASI : DEWAN TUN DR ISMAIL, PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC)


SEKAPUR SIRIH :


  • Menurut Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno (BePU), Datuk Sohaimi Shahadan, terdapat ramai diisytihar muflis takut tampil ke hadapan dan mencari jalan keluar.


  •  Oleh hal demikian, forum anjuran bersama Jabatan Insolvensi dan beberapa NGO diadakan bukan sahaja  bertujuan mendengar pandangan, tetapi membincangkan cara keluar daripada muflis. 
  •  Kajian semula Akta Kebankrapan 1967 diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini dalam usaha kerajaan membantu rakyat muflis akibat beban hutang.
  •  Exco Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pihaknya terpanggil untuk menggerakkan inisiatif itu berikutan rekod sedia ada menunjukkan lebih 240,000 orang muflis termasuk kakitangan kerajaan dan usahawan tidak mendapat pembelaan.
  •  Pertemuan bersama Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) di Putrajaya sebelum berlangsung program forum ini, terdapat ruang untuk mereka kembali menjalani kehidupan seperti biasa dengan komitmen kerajaan untuk mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967 seperti diumumkan Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 lalu.
  • Hanya 20% sahaja golongan muflis yang berjaya dikenalpasti sementara bakinya tidak diketahui. Malah, sekiranya perkara ini tidak dicegah, ia akan mengancam masa depan serta produktiviti Negara.

KEHADIRAN :

  •  Forum itu telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan penutupnya disempurnakan oleh Menteri Timbalan Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.
  •   Panel forum itu yang dijanjikan pada awalnya adalah Ketua Pengarah Jabatan Insovensi, wakil Bank Negara, Sukaguam, Datuk Khairul Anwar, dan Datuk Nadzim Johan. Namun, Ketua Pengarah Jabatan Insovensi dan wakil Bank Negara tidak dapat hadirkan seperti yang dijanjikan.
  •  Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno (BePU) dan banyak pihak telah melahirkan rasa kecewa terhadap Jabatan Insolvensi Negara dan Bank Negara apabila tidak hadir pada forum Muflis @ Bankrap... Anda masih ada peluang kedua.
  •  Selain itu, turut hadir Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad dan Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Abdul Karim Said Khadaied.
  •  Beberapa Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) turut hadir namun tidak sempat menjawab segala perkara berbangkit.

OBJEKTIF FORUM:

  •  Forum dianjurkan ini telah memberi  peluang untuk mereka menceritakan pengalaman dan pandangan bagi mencari jalan penyelesaian lebih efektif.
  • Forum anjuran bersama Jabatan Insolvensi dan beberapa NGO itu bukan sahaja  bertujuan mendengar pandangan, tetapi membincangkan cara keluar daripada muflis.


  • Kebanyakan yang muflis golongan muda di bawah 40 tahun maka jalan penyelesaian diperlukan bagi  membolehkan mereka mendapat peluang kedua bagi meneruskan kehidupan.
  • Melalui idea dan pandangan yang diperolehi daripada forum ini, pihak BePU akan panjangkannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam usaha meminda Akta Bankrap 1967. Hasil daripada forum ini,  sedikit sebanyak mampu membantu pada proses penggubalan Akta Bankrup atau meminda Akta Bankrap 1967 yang terlalu ‘lapuk’ dan perlu penambahbaikan.




SUSULAN DARIPADA FORUM :


  • Setiap agensi yang dipertanggungjawabkan seharusnya berani tampil mendengar rintihan dan keluhan mangsa muflis @ bankrap dan sepatutnya digunakan sebaiknya sebagai ruang kepada agensi terutama Jabatan Insolvensi untuk memudahkan mereka mendekati mangsa muflis @ bankrap. Ramai yang mahu bertemu dengan pihak terbabit untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hal-hal bankrap @ muflis. Hal ini menjadi kerugian kepada pihak mereka sendiri yang sepatutnya hadir bagi mendengar idea-idea bernas dan relevan untuk membantu pindaan.
  • Datuk Sohaimi Shahadan akan bertindak tegas dengan terhadap agensi itu dengan menghantar surat kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN)
  • Pihak BePU menekankan kepada KSN supaya meletakkan pegawai-pegawai tinggi yang benar-benar menjiwai dan memberi nafas kepada agensi seterusnya lebih efektif.
  • Forum Muflis @ Bankrap... Anda masih ada peluang kedua yang diadakan tersebut berjaya mengumpulkan hampir 40 resolusi untuk membantu golongan muflis @ bankrap.
  •  Resolusi tersebut juga telah diserahkan kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai di hadapan lebih 500 peserta yang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
  •  Segala resolusi ini dapat membuka peluang kedua kepada golongan yang disenaraihitamkan serta diisytihar muflis terutama golongan muda bagi mendapatkan kembali hak serta bebas dari belenggu bankrap.
  •  Menerusi pengumpulan maklumat di laman sosial facebook dan twitter, Pemuda UMNO bersama gabungan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) akan membawa semua pendapat berkenaan ke pengetahuan pihak berwajib termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk pertimbangan selanjutnya.
  •  Menurut Datuk Khairul Anwar, beliau mencadangkan medium Sukaguam iaitu Sukarelawan Peguam  dapat diteruskan demi membantu masyarakat secara sukarela dalam memperjuangkan hak mereka tanpa mengharapkan wang. Gerakan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan beban pihak yang tidak berkemampuan atau teraniaya seperti golongan muflis agar memperoleh peluang untuk mendapatkan pembelaan yang sepatutnya. Gerakan ini dipanggil sebagai ‘BG1M’ iaitu Bantuan Guaman 1Malaysia.
 Dengan ini juga saya sertakan link untuk untuk info yang lebih jelas tentang program :Peluang Kedua untuk golongan Muflis ini .Antaranya adalah :-

http://www.sahabat-gunung.com/2013/02/kecewa-jabatan-insolvensi-larikan-diri.html
http://www.muflis-peluangkedua.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..