Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Sabtu, 27 Oktober 2012

Tersalah CINTA : Cerita yang best dan BERMAKNA


Hari Raya Aidil Adha datang lagi untuk sekian kalinya...

Seperti biasa..Malamnya mestilah nak menonton cerita sebagai penghibur bersama keluarga...

Hari ni cerita di TV3 best..Berbeza sikit berbanding cerita sebelum-sebelum ni..NICE~....

Lalu bukak lah cerita.... bertajuk :-

Ini gambar pelakon-pelakon TERSALAH CINTA....


Lakonan hebat dari si Ustaz Rahimi(Aqasha) yang bukan main SETIA dengan isterinya Farhana (lakonan Rita Rudiani), watak Aqasha memang menjadi sebagai mutawif untuk agensi UMRAH...... Suka sangat tengok dia menahan diri bila di goda oleh Neelofa (watak CINTA) dalam cerita ni.SWEET sangat bila Ustaz Rahimi punya jujur cerita segalanya pada si isteri...

Si isteri bukan main risau lagi di Malaysia...

Cerita ni makin best dan di seri dengan perangai gila-gila dan lawak daripada Johan Asari yang ada part tu siap mencuri lagi duit si Nazim Othman (dia lakonkan watak seorang  pelakon yang belagak sikit...tapi baik hati)...

Ending semua happy jer kecuali Neelofa lar, sebab dia pastinya kecewa bila Ustaz Rahimi tetap setia dengan isterinya yang tengah sarat mengandung time tu...Walaupun ada beberapa dialog dihadapan Kaabah yang nampak 'main-main' dengan JOKE yang ada tak bersesuai di hadapan Kaabah. Mungkin disitu perlu dikaji semula kesesuaian bergurau di hadapan Kaabah semasa sedang mengerjakan ibadah haji....

Apa-apa pun masing-masing pandai bawak watak masing-masing...NICE... (bukan senang aku nak puji nih) haha..

Melihat panorama dan pengalaman jemaah di Masjidilharam dan macam mana indahnya rumah Allah. Pengajaran pun ada....bila mana Ustaz mendoakan semoga CINTAnya terus kekal bersama isterinya walaupun DIGODA...~~ ♥

Dan pengajaran watak bagi si PEREMPUAN, teguhkan IMAN dan kuatkan diri dalam menjaga MARUAH.. jangan terlalu MURAH dalam MENYERAH cinta... Kerana cinta TERLALU TINGGI NILAINYA....samaada kita pilih CINTA NAFSU yang membawa ke NERAKA atau CINTA kerana ALLAH yang membawa SYURGA....Insya-Allah...Ingatan untuk diri saya sendiri juga~♥ ^_^

Apa-apa pun selamat Hari Raya Aidiladha semua muslimin dan muslimat...Jangan 'TERSALAH CINTA' pula yerr.....hehe :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..