Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Isnin, 30 April 2012

Bersihkan bersama....Satukan semula...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bulan April....

Dah nak sampai penghujungnya dah. Kejap jer rasa masa berlalu.

Dah masuk 28 April 2012

Banyak kerja lagi belum diselesaikan. Hari ini mungkin jadi hari bermakna pada yang merasakan ia bermaknya terutama demostran BERSIH 3.0.. Semua hendak dibersihkan.

.

Ramai......dalam group nihhh......



Pada awalnya...segalanya macam OKEY dan TENANG.. Tiada watak thriller action pada awal pagi sampai tengah hari....





ada kawat duri pulakkk...



TENANGKAN semua???





saya konpius kenapa waktu ni macam tiada melayu.. ermmm..tak pe, yang penting tenang lagi...



Bukan nak rasis dalam menegakkan perjuangan ini, namun.. saya tertanya-tanya jer.. Mungkin time ni ada pembahagian tempat kot. ermmm ..




Apa yang mereka semua nak sebenarnya???
BUKAN SUKA-SUKA...




Mereka inginkan ini....






8 TUNTUTAN



Mereka inginkan KEGANASAN? Saya rasa tidak....


SEBAB....???



Mereka juga ada prinsip berhimpun iaitu sejak bersih 2.0





NAMUN....

CARANYA tidak mencetuskan penyelesaian sebaliknya wujud pelbagai perpecahan antara banyak pihak....



bukak lah YOUTUBE..berlambak orang yang provokasi. Malas nak bagi link kat sini. Semua dah sedia tengok, dah sedia maklum.....



kemudian muncul pula......ALAMAK?






Ini bukan FACT and FIGURE walaupun saya tahu Datuk Zaharin ini adalah UMNO TULEN yang pernah dibuang UMNO suatu ketika dulu atas kelantangan penulisan beliau suatu ketika dulu...

Post di FB beliau telah memberikan kelegaan kepada pihak penganjur BERSIH 3.0 untuk mempalitkan kesalahan pada pihak polis yang dikatakan MENYAMAR...(adehh...)



lalu muncul la tentang gambar ini:




Saya tengok dan pandang..dah tengok memang tak samanya... 
Tapi yang peliknya...

orang tetap share banyak kat FB nih.. Mencetuskan fitnah itu tidak BAIK wahai sahabat sekalian.....

[banyak lagi gambar-gambar lain]

Tapi saya paling tertarik dengan aura gambar yang nih...




Ramai komen ingatkan ni SB dan polis sebagainya. Persoalannya? Sejauhmana kebenarannya?
Hanya hamba-Allah ni jer yang tau...




Kalau mereka mungkin ke dataran, saya pula ada cara lain untuk BERSIH....Bersihkan pemikiran daripada terpengaruh daripada mana-mana pihak.

Saya tahu apa yang mereka mahu perjuangkan .Demostrasi bukanlah SALAH daripada segi undang-undang, namun bukan BUDAYA di Malaysia  dan dianggap 'luar biasa' kerana ia bukanlah kebiasaan rakyat Malaysia berdemo.

Saya menulis sebagai warganegara Malaysia yang cintakan Malaysia, tanah air saya sendiri. Sejujurnya saya mahukan keamanan dan kestabilan POLITIK bukan membiarkan bumi saya ini dalam keadaan SERABUT atau sebagainya. Orang kata saya atas pagar? saya tidak kisah. Sebab pada saya, saya mahasiswa yang BEBAS untuk kritik mana-mana pihak yang salah dan sokong mana yang betul. Prinsip mudah...SEMUA untuk KEBENARAN. Mana yang betul itu, saya katakan BETUL, dan yang SALAH saya katakan SALAH.

Saya tekankan pada konsep Politik ILMU, bukan Politik AMPU. Saya sayang kerajaan yang banyak membantu mentadbir Malaysia namun saya juga tidak menyatakan rakyat yang hadir ke BERSIH itu JAHAT kerana saya tahu mereka inginkan SESUATU yang bukan untuk MEREKA SENDIRI tetapi mereka anggap untuk anak cucu mereka.



oleh itu.....



Toleransi perlu dilakukan...
Pemimpin daripada ke semua parti politik haruskan sama-sama berdiplomasi.Berbincang untuk membangunkan negara, bukan membangunkan parti masing-masing, kerana yang menjadi mangsanya adalah rakyat.

Jika toleransi masih tak jalan..
KEBANGKITAN DALAM PERJUANGAN PERLU DITEGAKKAN!!!

Disini, sebelum menutup tirai..
TERPANGGIL UNTUK KONGSIKAN INI ...


Bagus sebab ada antara kita bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, namun kita sebagai rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri kita jua. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? 
Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpi...n yang jujur dalam harta negara? 
Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? 
Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? 
Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh kerajaan, semak dulu adakah kita sudah berlaku jujur dalam urusan kita dengan kerajaan?
Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'?
Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran.?
Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. ?
Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat? 

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.
Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)
~Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."
Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.
“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)
Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)
“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim.
Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)
“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).

Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juta sebaliknya. Dan kita juga mungkin bakal berada ditempat PEMIMPIN ini.

Fikir fikirkan lah...

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap mak ayah dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran yang mengikut ajaran islam
          [credit to pelajar daripada Universiti Medina]
Dan banyak lagi....Ini sekadar muhasabah diri bersama kerana saya percaya bahawa kita adalah Khalifah dimuka bumi ini. Kitalah PEMIMPIN muka bumi ini. Maka, jika kita tidak mengubah nasib kita, siapa lagi akan mampu mengubahnya.
Namun, saya sebulat suara tidak menafikan bahawa PEMIMPIN itu HARUS berada dilandasan yang BETUL. Pemimpin itu harus menunjukkan CONTOH yang BENAR. Maka, pengikut akan menghormati dan lalu mengikuti dengan penuh taat. =) 

Dan saya cuma nak satu jer.....Kepada semua PIMPINAN..... SATU jer daripada semua......



Cantumkan semula titik perbezaaan antara kita semua ...............
Wujudkan satu GARISAN persamaan _________

DENGARLAH SUARA KAMI..
Kami anak bangsamu..
Suara hari esok......






Khamis, 5 April 2012

Kegelisahan sebelum Kegirangan

Setiap orang mesti pernah merasai perasaan sedihkan..
Mesti pernah melalui hari-hari yang sukar..
Pernah menjalani detik-detik yang payah...
Macam saya sendiri,
Kerja masih berlambak.Tapi katakan pada HATI..SEMUA akan SELESAI. Tiada apa yang tidak akan selesai selagimana kita usaha untuk menyelesaikannya. Bukan lari meninggalkannya.

Bercerita kisah gelisah, sedih dan segala emosi yang ada. Ada perkara ingin saya kongsikan.
Di mana kisahnya bukanlah satu kisah tetapi satu ingatan dan nasihat buat semua.

Kerana saya ini antara wanita yang pun ada rasa STRESS, mudah SEDIH dan sangat cepat terasa kadang-kadang tu, maka menulis tentang topik ini juga sangat best pada saya.

Berpegang dengan kata-kata dalam diri saya sendiri..

MUKMIN SEJATI TIDAK AKAN MEMANJANG-MANJANGKAN KESEDIHAN..

Itu yang saya boleh rumuskan. Kerana melihat satu belog iaitu LUAHAN RASA saya ada terbaca tentang ini.

Sesungguhnya apa yang menariknya hati menjadi senang dan tenang bila mana kita sejukkan dengan 'hujah'....
Bila kita sedih, kita kena ingat...

'AKU ADA ALLAH...DAN ALLAH BERSAMA KU'....

maka hati akan kembali tenang.

Tambahkan lagi ketenangan...Mari sama-sama kita singkapkan ayat bicara Allah.




“Kami berfirman: Turunlah kamu semua dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” Surah Al-Baqarah ayat 38.

 ” Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati. “ Surah Al-Baqarah ayat 62.

 “(Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” Surah Al-Baqarah ayat 112.

 “Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” Surah Al-Baqarah ayat 262.

 “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” Surah Al-Baqarah ayat 277.

 “Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.” Surah Ali Imran ayat 120.

 “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” Surah Ali Imran ayat 139.

 “Hai Rasul, janganlah hendaknya kamu disedihkan oleh orang-orang yang bersegera (memperlihatkan) kekafirannya, yaitu di antara orang-orang yang mengatakan dengan mulut mereka: Kami telah beriman, padahal hati mereka belum beriman; dan (juga) di antara orang-orang Yahudi. (Orang-orang Yahudi itu) amat suka mendengar (berita-berita) bohong dan amat suka mendengar perkataan-perkataan orang lain yang belum pernah datang kepadamu; mereka merobah perkataan-perkataan (Taurat) dari tempat-tempatnya. Mereka mengatakan: Jika diberikan ini (yang sudah dirobah-robah oleh mereka) kepada kamu, maka terimalah, dan jika kamu diberi yang bukan ini, maka hati-hatilah. Barang siapa yang Allah menghendaki kesesatannya, maka sekali-kali kamu tidak akan mampu menolak sesuatu pun (yang datang) daripada Allah. Mereka itu adalah orang-orang yang Allah tidak hendak menyucikan hati mereka. Mereka beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar.” Surah Al-Maidah ayat 41.

 “Katakanlah: Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikit pun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil dan Al Qur’an yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan dari mereka; maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu.” Surah Al-Maidah ayat 68.

 “Dan tidaklah Kami mengutus para rasul itu melainkan untuk memberi kabar gembira dan memberi peringatan. Barang siapa yang beriman dan mengadakan perbaikan, maka tak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” Surah Al-An’am ayat 48.
 “(Orang-orang di atas A’raaf bertanya kepada penghuni neraka): Itukah orang-orang yang kamu telah bersumpah bahwa mereka tidak akan mendapat rahmat Allah? (Kepada orang mukmin itu dikatakan): Masuklah ke dalam surga, tidak ada kekhawatiran terhadapmu dan tidak (pula) kamu bersedih hati.” Surah Al-A’raf ayat 49.


Allah dah bicara banyak perkara. Sama-sama kita perkongsikan bersama dengan umat manusia yang lain.Detik masa yang ada bukan sekada untuk bersedih tetapi untuk dihayati memberikan kepekaan pada hati dan menghidupkan jiwa rohani..


BEBASKAN DIRI DARI TERUS DIBELENGGU DENGAN KESEDIHAN!



Terima kasih kerana sudi membaca.=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..