Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Selasa, 20 Mac 2012

Dalam busy aku tidak sunyi

Assalammualaikum,

Sedang duduk di bilik MPP yang masih menjadi tempat aku melepaskan segala tekanan dan menyerap segala ketenangan yang ada. Keseorangan.

Tetiba jari ini laju menekan punat-punat di atas keyboard ini. Baru sekejap tadi melayan lelongan di bahagian bawah bangunan. Asalnya nak melayan THESIS dan RESULT FYP... memangnya, aku sangat perlu FOKUS pada dua perkara ini. Tapi..

Aku tetap berlajar sesuatu. Bila kita jalan untuk ke suatu destinasi tu, kita tetap kena pandang kiri dan kanan dan menikmati panorama sepanjang perjalanan itu. Aku juga macam tu jugak. Berhasrat dan berharap, bila mana perjalanan aku di UMT ini bukan sekadar sia-sia untuk GRADUASI tapi TERISI juga dengan nilai tambah yang lain.

Ya, aku sedar, aku banyak kelemahan. Belajar dari kelemahan itu adalah salah satu cara yang terbaik untuk kita perbaiki diri.

Mudah tersasar dari matlamat itu antara perkara yang selalu aku buat. Nak buat thesis, terbukak FB..
Nak susun gerak kerja, ter'update' blog. Banyaklah jalan lain yang memesongkan aku. (sangat menyesal)
Tapi..buat jugak..Aiyaaa.... =(

Aku cuba juga.. Belajar daripada kelemahan ini. Aku menulis. Aku dapat munasabah. Bukan nak menunjukkan kelemahan, tapi untuk berkongsi cerita tentang aku yang tak seberapa ini.

Maka, mulai hari ini, dah alang-alang aku nak final year kat UMT ni, aku akan berkongsi dalam belog bersawang aku ini tentang serba sedikit tentang story-story menarik atau tak menarik sekalipun di UMT ataupun dalam hidup aku. Fulstop. =)

Tentang hari ini.....

Bangun agak lewat. Kononnya nak ke lab seawal 8 pagi. Tapi tup-tup pergi terus ke kelas.. Sebab ada kelas jam 11. Sebelum tu aku pergi jumpa pegawai yang handle tentang LI aku, memang Alhamdullilah, aku dapat dah surat daripada Jabatan Laut Malaysia, Selangor untuk buat LI di sana...

Aku call, tanya tentang penginapan. TAK DISEDIAKAN.. Its ok. Aku call abah aku, dia kata tak ada masalah untuk tinggal di rumah sewa. Sebab memang jauh pun dari rumah. Amik masa dalam 1 jam lebih. Aku tak kisah duk rumah sewa pun, sebab dalam usia 22 tahun ni tak pernah lagi duduk rumah sewa bagai, balik-balik hostel jugak jadi tempat tujunya. Maka inilah masanya untuk tambah pengalaman dalam hidup. Betul tak? hehe...

Tentang cerita-cerita lain. Pergi kelas jer, ada pulak KUIZ... Semua budak-budak kelas pun pulun baca dan baca.Aiyaa...Aku pun baca lah.. pinjam nota yang sebelah sana.. jenguk nota kawan yang sebelah sini.Masuk kepala tak jugak. Bila pensyarah dah masuk, mulalah kuiz. soalan simple jer. SATU SOALAN jer. Formulasi Law Di Malaysia. Jawap jerla mana yang tahu....Dewan Rakyat dan Dewan Parlimen paling asas.

Kemudian, aku pun berlari ke Flash Mop di Kompleks Siswa aku. Bukan berlari lar, naik basikal je. First time kot jadi patung kat khalayak ramai. Memang kaki ketar gak lar. Mesti yang kehulu kehilir tu pelik kenapa kami segeng duk terpacak tengah orang ramai kat karnival tu. Sememangnya, rasa sangat BERBEZA. Pengalaman yang tak dapat kat mana-mana.

Bayangkan terpaksa buat muka serius sedangkan keadaan PEGUN itu adalah sangat macam pelik. Tapi... kerana MISI adalah untuk 'BAN WHITE COFFIN' dan menyahut misi kami untuk membenteras pengunaan polisterin di UMT, maka hati kuatkan untuk bertahan selama 5 minit...(rasa macam lebih jer masa tadi..huhu)

muka punyelah serius. Macam nak tertidur dah mata..


Geng kawan-kawan UMT yang lain jugak memang SPORTING

Pelbagai bangsa.... =)

Siap pegang kain tudung untuk dibeli kepada kekasih...



malu la tu...haha


walaupun ramai beranggapan ini adalah seperti promosi beg, tapi mereka ini tak kisah (ye kot..hehe)



Dan saya di tengah orang sedang membeli belah...tak ada hati dan perasaan..

Lepas tu aku ke makmal, refresh semula tentang apa aku harus buat masa kat Pulau Bidong nanti. Aku akan pergi sampling kali ke-3. Alhamdullilah,otak dan akal masih boleh untuk recall sikit-sikit.. Dah lama tak sampling nih. Risau.. tapi tak sabar pun ada..hehe..Harap Allah permudahkan segala urusan. Amin.

Malamnya, melayan lelongan. Dapat lah barang yang aku kepingin sangat sebab headphone dah rosak kan. So, bila dapat lelong, aku bersyukur sangat dah..Harga potongan RM10. Oklah tu kan.. hehe...

Aku rasa hidup aku makin hari makin terisi. Sangat terisi. Tiap hari dan tiap saat. Aku tetap berjanji untuk sentiasa ingat janji aku pada Pencipta, untuk sentiasa taat pada perintah-Nya. Aku nak bila telah tiba waktu memanggil, bekalan amal aku cukup untuk kesana. Walaupun aku takut apabila 'kesepian' di sana. Teman sejati tinggallah sepi.....

Pada yang sedang baca sampai habis cerita diari saya hari ini, terima kasih ya. Saya akan menulis dan terus menulis lagi nanti. Insya-Allah =)

Assalamualaikum...

Isnin, 19 Mac 2012

Final Year adalah SAAT EMAS

Assalamualaikum semua!

Lama rasanya tak update kan belog aku dah bersawang ni.
Banyak rasanya cerita ingin dikongsikan..

Bermula 13 bulan yang dahulunya, aku terkapai dalam mencari erti hidup. Aku mudah mengharap sesuatu yang luar biasa berlaku pada diri aku, tapi kadang-kadang aku lupa bahawa aku yang perlu mencari semua ini.

Dulu aku rasa berat untuk pikul tanggungjawab ini, sedar atau tidak sedar aku dah patut tinggal tempat ini. Patut keluar dari kepompong ini dan beralih kepada kehidupan yang lebih mencabar.

MPP dihati, dulu kini dan selamanya, namun MAHASISWA itu bukan sahaja dihati tapi tetap menjadi semangat perjuangan yang tidak pernah henti.

Aku sedar, masa bergerak begitu pantas, sepantas angin yang dapat dirasai tapi tidak dapat disentuh apatah lagi ditangkap, namun akan ku gunakan masa yang masih bersisa ini sebaiknya.

Hari ini aku meeting kali yang keberapa puluh aku sendiri tidak mampu kira dengan jari jemari. Alhamdullilah, masalah demi masalah lahir dan dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Aku sayang mereka seperti nyawa aku sendiri. Merekalah pengerak kepada perjalanan kepimpinan di universiti aku ini selama satu penggal ini. Aku hargai mereka sepenuh hati aku.

Aku kena setelkan beberapa perkara berkaitan Final Year Project (FYP) aku yang aku tahu dan sedar, aku perlu setelkan secepat yang mungkin. Thesis pun aku kena start dah. Banyak aku kena buat. Aku dah tak boleh bercanda atau bersuka ria dah. Ini merupakan final destinasi aku dah. Aku tak nak mana-mana subjek menyangkutkan aku di UMT ni, aku nak score untuk final ni. PLEASE lah..Memang, bukan A yang jadi matlamat aku masuk universiti, tapi aku tahu itulah yang 'material' yang boleh dilihat untuk aku tunjukkan pada mama dan abah aku. Aku tak nak sia-siakan harapan mereka. Aku tak nak!

22hb-25hb ni aku akan ke Pulau Bidong, ada sampling. Agak lama masa di situ. tapi kali ni aku kena buktikan aku dapat buat JAUH LEBIH baik daripada sebelum ini. Biarlah orang hina aku, herdik aku atau perkecilkan aku sekalipun, tapi aku kena BUAT yang TERBAIK...Buktikan dan buktikan! Itu jer yang aku perlu buat setakat ini.

Tempat Latihan Industri (LI), Alhamdullilah, dah dapat, Aku bersyukur. Dapat jugak akhirnya. Aku dapat kat Jabatan Laut Malaysia Selangor yang kat Klang. Itu pun kawan aku maklumkan aku terdapat list yang berjaya dapat tempat praktikal. Insya-Allah esok pagi aku akan check sendiri macam mana status dia. Aku syukur sangat.Atleast, dekat dengan my family. =)

Ya final year adalah masa emas bagi aku. Saat terakhir untuk aku nikmati dan gunakan sepenuhnya tanpa ada rasa kesal penghujungnya. Aku harus jalankan dengan baik masa aku. TIADA LAGI MASA BERTANGGUH.KEEP IT UP! TINGKATKAN SPEED!

Doakanlah kejayaan ini ya semua kawan-kawan. Mohon maaf jika ada salah dan silap. Aku cuma manusia yang tidak sempurna. T.kasih sebab sudi baca ya.

Assalammualaikum......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..