Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Isnin, 25 Julai 2011

Biasalah, manusia mudah LUPA lalu BERUBAH..


Kenapa tiba-tiba saya post tentang sesuatu perkara yang agak biasa-biasa ni? Balik-balik cerita tentang manusia. Mana boleh abis kalau cerita tentang manusia sebab perkara ini kadang-kadang boleh buat kita muhasabah diri kita semula.


Tun Mahathir berkata tentang ‘Melayu Mudah LUPA’…tetapi dalam konteks yang ingin saya rungkaikan dalam entri kali ini bukan tentang Melayu ke, Cina ke, India ke, tapi konteks yang lebih luas iaitu tentang manusia.Mungkin ada yang tertanya-tanya (macam ada yang tanya) kenapa tetiba muncul tentang isu LUPA tak LUPA ini… Kerana saya juga biasa jadi orang yang LUPA.

Ini sekadar pandangan peribadi. Bagi yang terasa, jangan rasa hiba atau terharu pula.
Punca manusia lupa ini banyak ‘species’ nya yang mungkin boleh dirungkaikan melalui ayat ‘simple’ tak perlu terlalu power rangers hingga buat orang mengantuk di sorong batu pun boleh tertidur.


MUNGKIN MEREKA RASA BAGUS

Mungkin manusia lupa diri kerana merasakan diri mereka terlalu bagus. Terlalu hebat.(Mungkin..mungkin jer… tak ada fakta yang jelas pun tentang ayat ini)

Bila lupa mulalah ingat diri ini yang berdiri sendiri, diri ini yang mencari rezeki atas usaha sendiri, diri ini yang menentukan nasib diri dan bla-bla-bla….

Bila dah lupa diri mulalah ingat nafas ni kita punya, nyawa ini kita punya, dunia ni kita punya. Eii…Sudah-sudahlah nak mengatakan diri itu ibarat Tuhan…

Cerita tentang LUPA ini memang panjang. Malah saban hari diri ini juga tidak lari dari lupa diri. Lupa yang diri ini hamba yang hina dina. Lupa yang diri ini masih mengharapkan belas rahmat dari-Nya setiap masa.

MUNGKIN MEREKA TAK NAMPAK

Mungkin mereka tak nampak??? Aik..lain macam jer bunyiknya kan. Apa yang saya maksudkan ini? Adakah saya anggap mereka BUTA? Opss..maaflah, tidak terniat nak menghina. Mungkin sekadar mungkin, tiada fakta yang sohih pun, jadi jangan nak saman saya pulak lepas ini ok..

Bagi saya, yang tak nampak itu adalah HATI. Bila hati kata aku dah senang, aku dah kenyang, aku dah lengang, aku dah ngang2 dan sewaktu dengannya, maka mulalah hati tak nampak dah  bila waktu lapar, bilanya waktu susah, bilanya waktu jadi pengemis tepian jalanan tu, bilanya lupa segala lupa yang rupa-rupanya pernah berpeluh mencari erti hidup, bilanya waktu menangis teresak-esak saat sujud atas sejadah ketika kepayahan. Inilah bagi yang ‘tak nampak’, cuba tutup hati, cuba buat-buat dunno jer, cuba buat-buat hilang ingatan dan rasa ‘NAMPAK’ hebat.

Tak nampak walau seluruh alam ini DIA yang cipta, DIA yang beri kita mata untuk melihat alam ini tapi tetap tak nampak. Tak perasan, tak terfikir, tak peduli dan automatiknya takde la nak ingat kat DIA. Bila solat kita buat-buat ingat walau hati alpa, orang ajak pergi 'rumah' DIA kita mengelak. Lupanya kita kat DIA yang menciptakan kita.

Segalanya ‘mungkin’..mungkin dan mungkin.. Jika dilihat dari segi ayat, bukan nak prasangka pada manusia, apatah lagi kata diri ini hebat dan macam GOOD-GOOD jer, tapi sekadar perkongsian rasa hati. Itu jer.Sekadar ingatan pada diri sendiri semata-mata. Mohon maaf jika ada terkasar bahasa, terlajak kata. Yang tak boleh terima itu tak apa, yang terima tu saya gembira..=)

Apapun, yang baik dijadikan ukuran manakala apa yang tak baik dijadikan sempadan.



Isnin, 18 Julai 2011

Bulan Syaaban Bulan Penuh Berkat

AKTIVITI hari ini… Apa ya saya lakukan hari ini?
Bangun pagi terus terjah Muka BUKU..
Hehe……biasalah, nak elakkan daripada terus tidur. FB jadi penarik utama untuk hilangkan mengantuk.

Semalam seperti kita semua sedia maklum, tarikh 15 Sya'ban jatuh pada tanggal 17 Julai 2011..hari INI…=) Rasa pejam dan celik mata ini,terasa kejap sangat masa berlalu. Tengok-tengok dah nak masuk Ramadhan.Dah nak puasa.



Jadi malam Sabtu merupakan malam Nisfu Sya'ban …Malam Minggu bermula terbenamnya matahari
Rasulullah bersabda, Barang siapa yang mengingatkan sesama kita tentang kedatangan bulan ini. Maka api neraka haram baginya…Maka ambillah peluang untuk saling mengingatkan antara kita ya sebab tiada yang UTAMA selain saling berpesan-pesan kea rah kebaikan.

Terdapat dalam blog Ustaz Rahim :

Hadis yang boleh dipegang dalam Nisfu Syaaban ialah:

“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).”
[Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

Sebenarnya nak menunjukkan betapa bulan Syaaban ini sangat penting pada manusia.
Terdapat dalam hadith Rasulullah SAW bersabda :”Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu, seperti keutamaan aku di atas semua Nabi dan keutamaan bulan Ramadhan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua hamba-Nya.” 


Bulan Syaaban adalah bulan Rasulullah dan bagi kita umatnya berbagai ganjaran yang disediakan untuk setiap amalan bagi persediaan menghadapi bulan Ramadhan.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik :

“Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan laut dari sinar di bawah Arasy, lalu menciptakan satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayapnya di timur dan sayapnya yang lain di barat, sedang kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah lapis bumi ke tujuh. Apabila seseorang hambanya membaca selawat untukku di bulan Syaaban maka Allah SWT menyuruh Malaikat itu, supaya menyelam di air “Hidup”. Malaikat itupun menyelam, kemudian keluar dari dalam air serta mengibas-ngibaskan kedua sayapnya, sehingga bertitisanlah air dari bulu-bulu yang sangat banyak sekali. Maka Allah SWT menciptakan dari tiap-tiap titis air itu, satu Malaikat yang memohonkan ampunan bagi orang yang membaca selawat, sampai hari Kiamat.”

Masa bulan Syaaban ini adalah masa paling orang kata MUJARAB lah bagi kita untuk berpuasa. Kalau sesiapa yang tak berganti lagi puasa tu, cepat-cepatlah setelkan ye.

Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa TIGA HARI dari permulaan Syaaban dan TIGA HARI di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah SWT mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah SWT selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”

Banyakkan pahala yang kita boleh dapat…So, apalagi, gunakanlah peluang yang Allah SWT bagi ini untuk kita gunakan sebaiknya yer…

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”

Sama-sama kita mengamalkan kerana kita kena yakin dan percaya pada JANJI ALLAH..

Petikan dari buku Duratun Nasihin tulisan Usman AlKhaibawi.

Ahad, 17 Julai 2011

Tiada apa ku harap...


Tak ku harapkan kau menghormati ku..
tak ku harap kau menyayangiku..
tak ku harap kau mengagungku..
tak ku harap kau menyokongku..
Yang ku harap KEJUJURAN mu sebagai MANUSIA
Walaupun tak ku harap KAU sebagai KAWAN apatah lagi menjadi LAWAN ku....
Ingatlah...hidup ini selamanya sementara 
dan hanya sementara....


Dosa dengan manusia tak SEMUDAH A.B.C untuk terlupus....

Tetiba muncul pula entri yang macam emosi dalam blog hari ni.

Ntahla.. biar masa menentukan. Ku tidak menunggu MUSUH, ku tidak mengharap MUSUH...
Hanya damai ku inginkan.Ya Allah, ampunkan dosa ku Ya Allah...Hanya kedamaian yang ku pinta...

Damai la ni konon...

'Even ROBOTS have FEELING'

Sabtu, 9 Julai 2011

Salam Damai

[Salam damai..]

Assalamualaikum...salam perdamaian...
 Rasullulah S.A.W menuntut salam(damai)
Sebagai kata pembuka bicara umat
Bahkan pembuka jalan ke syurga...

Memperjuangkan keadilan perlukan pengorbanan,
Namun dalam pengorbanan itu perlukan ketulusan,
Ketulusan tiada tersirat keraguan..
Kerana keraguan pencetus perpecahan..

Moga esok tiada tragedi,
Tiada mimpi ngeri..
Jauhilah dari damai yang dicemari.
Mohon toleransi jangan dipandang sepi
Dengan sedikit rasa kesedaran diri
Dengan secebis rasa rendah diri..
Moga Malaysia damai abadi...

Nukilan Norzulaiqha Binti Zulkifli
Jumaat jam 10.30 malam

Sabtu, 2 Julai 2011

Sugar glider sangat comel...

Baru tadi tengok rancangan Majalah 3...
tengok satu part yang menarik.
bahagian menjaga haiwan peliharaan...

Nama diberi ' Sugar Glider'
Dipanggil sugar sebab sangat suka makan buah yang manis-manis..
Dengan size yang kecil, muka yang comel, Sugar Glider berharga boleh mencecah ratusan ringgit. 
Ni gambar dia.
Sangat cute kan...???

ni baby glider...

comelkan? Bukan saya punya pun...
tapi saya harap saya dapat menjaganya suatu hari nanti..=) 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..