Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Selasa, 22 Februari 2011

Berdebar tunggu esok...

DUP DAP DUP DAP....

Debaran esok makin terasa, wah..cecite...cecite......

Esok tarikh penanti bagi semua calon yang bertanding untuk MPP.....

Pilihanraya akan berlangsung esok jam 9 pagi....

Saya hanya berdoa yang terbaik buat diri saya dan MPP...

Harap semua MPP yang bertanding, terus menjalankan kerja sepatutnya....

Ahad, 20 Februari 2011

Menjelajah dunia baru....dunia PILIHANRAYA KAMPUS

(INI BUKAN ENTRI RAIH UNDI..HARAP MAKLUM)

Assalamualaikum wbt warga manusia seluruh jagat...

Huhu...hari-hari nak diluahkan dijiwa...tapi ada je yang menghalang...saya Zulaiqha Zulkifli dengan ini telah tercalon sebagai wakil MPP..apa MPP???? 


Majlis Perwakilan Pelajar...Majlis Perwakilan Pelajar..Majlis Perwakilan Pelajar....Majlis Perwakilan Pelajar..Majlis Perwakilan Pelajar..?
Yer..benar..betul...tak tipu..baru tercalon..belum dikira 'confirm' menang pun.......





What? Zulaiqha Zulkifli masuk MPP??? TIDAKKKKK...mesti ada suara yang menjerit2 ketidakpuasan hati atau tidak percayakan dengan tindakan diri saya ini,,,,Benarkah??
Yer....ini adalah benar, bukan cobaan...


Tapi saya update blog dengan menceritakan kisah MPP?? Ohh..tidak,,,bukan gunakan blog untuk raih undi..blog ini masih tempat luahan rasa, menulis biarlah dari hati..bukan hipokrasi...


Yer sayang-sayangku...Saya tetap Zulaiqha..yang suka jadi MC...walaupun apa jua orang kata,saya akui, saya tidak pandai berhipokrasi....Saya masih pelajar yang nak melalui kehidupan yang sama juga dengan pelajar lain jugak...


Niat cuma satu, saya yg juga pelajar biasa nak rasai hak kebajikan sebagai pelajar universiti...Maka, mestilah saya nak pertahankan apa yang sepatutnya menjadi hak pelajar...Apa-apa pun, saya juga  sangat respect pada insan-insan lain yang berani tampil untuk bertanding...Tahniah...^_^


Harap semua calon tiada agenda-agenda lain bila dah bertanding...Semua niat mesti kerana Allah... Kalau ada orang hentam ke, caci maki ke, tuduh yang bukan-bukan ke, saya akan cuba kuatkan semangat...cuba merenung tiap musabab yang menjadikan orang 'marah pada MPP'.....Kalau kita tak buat salah, takkan orang nak marah kan....(tapi orang tua salu kata,marah tanda sayang...tu macam mana pulak?)



Rasa nak wat tagline
: "Anda ada masalah? Cecite....cecite...."

(mingung mu,...hingat ni pilihan raya Kampung Pisang ke?..^_~)

ke tagline nih...
"Anda ada masalah? Tak payah cecite. Kita bakor! Kita bakor! Kita bakor!!!"

Ah...korang nak undi tak agak2?

Eh... ..hehe..sabar..sabar.jangan baling laptop plak..sabar kan separuh dari IMAN...hehe...Ok..ok..fine..nak joke sikit pun tak boleh ke?..anggap ayat atas tadi adalah iklan senja dari saya,OK?...^_^

Saya paham, MPP bukan ada kuasa VITO, tapi atleast bertindak sebagai pemudahcara dan suara buat mahasiswa... itu yang sepatutnyalah...harap saya sendiri mampu realisasikannya...AMINNNNN...(jangan pandai tulis je wahai cik Zuzu)

Kalau perkara utama ni pun saya tak mampu bawak, maka tak terjawablah bila diakhirat kelak...mau ke?? (opkos tak mau..)

Kalau nak pemes, tak perlu guna MPP....MPP ni tempat tuk 'korban' kan banyak perkara..maka adakah saya antara manusia yang sedia berkorban??? Saya cuma boleh menguji diri dengan mengikut rasa gerak hati, mohon petunjuk dari-Nya...dan lakukan apa yang saya rasa betul..

Saya tak pernah kata 'Yer..saya kompem boleh buat semua apa yang anda-anda semua nak'....bukan..bukan..semestinya tidak...saya cuba boleh wat sehabis baik untuk membantu....bantu orang, samalah macam bantu diri sendiri...

YerSebaik-baik Manusia Adalah Yang Bermanfaat Kepada Manusia Lain....Saya pastinya tak mampu jadi sebaik-baik manusia pun, tapi atleast...saya NAK MENCUBA  untuk buat perkara yang BAIK sementara saya masih bernafas lagi ni....sebab kita tak tau kan ajal kita bila..Pagi karang ke, esok petang ke, 15 minit akan datang ke kan...ushh...(sejuk-sejuk aku bila teringat hal KEMATIAN)


Ok....itu je tuk hari ini..22hb ni adalah tarikh mengundi kat UMT......Bagi yang menang, jangan bersenang hati, tapi teruskan berbakti....Bagi yang kalah, jangan makan hati, tapi USAHA lagi....All da best semua..!!! ^_^


"Sesiapa yang ditaklifkan (dipertanggungjawabkan) oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya syurga" - Muhammad S.A.W (HR Bukhari & Muslim)


nota tangan: ramai tanya apakah manifesto saya...yang pastinya manifesto saya bukan macam PM yer..hehe...malam esok saya akan kabor kan time rapat umum..(jangan terlebeh rapat sudahh...) 


THANKS BUAT INSAN-INSAN YANG SUDI MEMBANTU EQA YER...NANTI NAK WAT SATU ENTRI KHAS ISTIMEWA BUAT YANG BERKAITAN JASA MEREKA INI...^_^

Selasa, 15 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul 2011


Salam Maulidur Rasul...

Kelahiran seorang Rasul dan Nabi..
 Menghambakan dirinya terhadap Ilahi…
 Wataknya memperlihatkan nilai insani…
 Kekasih Ilahi yang akhlaknya  sentiasa disegani…


MAULIDUR RASUL..
12 Rabiul Awal menjadi tarikh pilihan..
Sambutan kelahiran seorang insan..
Kekasih Allah sepanjang perjuangan..
Menegakkan agama di tangga kemuliaan..


Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  • ·         Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

  • ·         Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

  • ·         Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

  • ·         Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.






MAULIDUR RASUL…

Terus kelam dari dunia keinsafan..
 Untuk memperingati perjuangan seorang insan…
 Yang ketika ajalnya menjemput …….
 Yang meniti di binirnya hanyalah…
 Ummatku…Ummatku…Ummatku..
 Kecintaannya kepada ummah tidak berbelah bahagi…
 Namun kini sebaliknya pula yang terjadi…
 Kecintaan kepada Nabi tidak lagi terisi..
 Bahkan ruang Islami telah dikosongi..


So…marilah sama-sama kita….:

~~~Mengawasi diri kita.
-kadang-kadang saya sendiri terlepas pandang...fikir kita sedang buat perkara yang betul, rupanya kita hanya menutup perkara yang salah....

~~~Menghisab diri kita.
-malam ini,saya insaf....saya banyak dosa...dan sedar atas kekilafan diri ini..Maka saya tekad..untuk membuat keputusan BETUL demi kebaikan diri saya sendiri, keluarga dan semua..=)

~~~ Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t....
-Inilah segalanya sebenarnya..Bila kita ingat pada Pencipta, segalanya pasti akan berada pada jalan yang benar...

Marilah kita bermusahabah diri…
Memperjuangkan Kalimah Allah sehingga mati..

Akhirnya,sempena Maulidur Rasul ini, TETAPKAN KASIH SAYANG PADA RASULLULAH...Semoga kita beroleh manfaat darinya…Seterus terus berjuang menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini…

Terima kasih buat ilmu-ilmu dari sini dan sini



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..