WARKAH UNTUK LELAKI
Wahai Lelaki…
Sejenak membuka mata melihat dunia
Azan kumandang berdendang dicuping
telinga
Tangannya terkapai menangkap angin
menghirup udara
Asalnya kita seperti sama
Makin lama makin dewasa, dunia makin
berbeza
Aku dan dia tidak serupa, jauh berbeza
Wahai lelaki,
Roh jasadnya meronta persis PAHLAWAN DUNIA
siap siaga bidangnya berjatikan tekad
bertulangkan kudrat
Kian terpancar semangat perwira beradat
Roh semangat jadi penguat
Urat dan kudrat bukan sekadar nikmat
Memandang kelangit menunduk ke bumi mahu
berkhidmat
Oh Lelaki,
Dunia kata dialah pemimpin keluarga mahupun
takhta dunia
Akhirat kata dialah makhluk insan pertama
syurga
Dunia kata dialah pahlawan tiada gentar pada
musuh durjana
Akhirat kata dialah raja berteman bidadari
syurga
Benar, dia pelengkap segala detik perjalanan
umat manusia
Aku lemah kerana itu adalah fitrah
Namun tak bermakna aku kalah beralah
Hak kita masih sama, kudrat memang berbeza
Adil dunia tidak kemana, adil akhirat it
pastinya
Kau pengerak kebenaran penghapus kebatilan
Kekuatanmu bukan pada kuasa kerana itu binasa
Kekuatanmu dari jiwa beragama yang berbisa
Hai Lelaki,
Darah mudanya pemangkin jasa
Darah tuanya tidak membuta
Dialah bapa tegap bergaya
Memimpin si kecil tidak berdaya
Mengalun zikir membimbing agama
Mencantas arah songsang memandu ke syurga
Memacu secupak rezeki pengalas lapar dahaga
Korban masa jua tenaga demi keluarga,
demi agama, demi segala.
Lelaki itu,
Aku dikatakan berlindung dibawah lembayungnya
Selamat dalam didikannya
Sentosa dalam jagaannya
Adakah benar itu berlaku?
Jangan biar aku tertipu….
Kita berbeza namun tetap sama
Lahir dari kepalan
tanah lalu turun ke dunia
Ayuh kita bersatu melakar sejarah dunia
Demi menitip laluan ke pintu syurga
NUKILAN SEORANG WANITA
ZULAIQHA ZULKIFLI
2 Komen-komen:
Pandai awk tulis :)
Pandai awk tulis, dan sangat bermakna hehe :)
Catat Ulasan