Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Selasa, 19 Mac 2013

Warkah untuk LELAKI ITU


 WARKAH UNTUK LELAKI


Wahai Lelaki…
Sejenak membuka mata melihat dunia
Azan kumandang berdendang dicuping telinga
Tangannya terkapai menangkap angin menghirup udara
Asalnya kita seperti sama
Makin lama makin dewasa, dunia makin berbeza
Aku dan dia tidak serupa, jauh berbeza


Wahai lelaki,
Roh jasadnya meronta persis PAHLAWAN DUNIA
siap siaga bidangnya berjatikan tekad bertulangkan kudrat
Kian terpancar semangat perwira beradat
Roh semangat jadi penguat
Urat dan kudrat bukan sekadar nikmat
Memandang kelangit menunduk ke bumi mahu berkhidmat


Oh Lelaki,
Dunia kata dialah pemimpin keluarga mahupun takhta dunia
Akhirat kata dialah makhluk insan pertama syurga
Dunia kata dialah pahlawan tiada gentar pada musuh durjana
Akhirat kata dialah raja berteman bidadari syurga
Benar, dia pelengkap segala detik perjalanan umat manusia


Aku lemah kerana itu adalah fitrah
Namun tak bermakna aku kalah beralah
Hak kita masih sama, kudrat memang berbeza
Adil dunia tidak kemana, adil akhirat it pastinya
Kau pengerak kebenaran penghapus kebatilan
Kekuatanmu bukan pada kuasa kerana itu binasa
Kekuatanmu dari jiwa beragama yang berbisa


Hai Lelaki,
Darah mudanya pemangkin jasa
Darah tuanya tidak membuta
Dialah bapa tegap bergaya
Memimpin si kecil tidak berdaya
Mengalun zikir membimbing agama
Mencantas arah songsang memandu ke syurga
Memacu secupak rezeki pengalas lapar dahaga
Korban masa jua tenaga demi keluarga,
demi agama, demi segala.


Lelaki itu,
Aku dikatakan berlindung dibawah lembayungnya
Selamat dalam didikannya
Sentosa dalam jagaannya
Adakah benar itu berlaku?
Jangan biar aku tertipu….


Kita berbeza namun tetap sama
Lahir dari kepalan tanah lalu turun ke dunia
Ayuh kita bersatu melakar sejarah dunia 
Demi menitip laluan ke pintu syurga


NUKILAN SEORANG WANITA
ZULAIQHA ZULKIFLI

2 Komen-komen:

Unknown berkata...[Reply to comment]

Pandai awk tulis :)

Unknown berkata...[Reply to comment]

Pandai awk tulis, dan sangat bermakna hehe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..