Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Isnin, 11 Mac 2013

90 peratus pasangan bercerai tidak bersolat

Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua,

Lama tak menulis, tapi tangan ni rasa nak berkongsi sesuatu sebagai tauladan bersama.
Saya pun bukanlah sempurna mana dalam mengerjakan solat namun, dan juga tak pernah berkahwin lagi...tapi sajer-sajer jer menulis entri kali ini sebagai ingatan dan pengajaran, saya ingin berkongsi pembacaan saya yang mungkin semua dah baca. Cuma sekali lagi saya katakan, sebagai ingatan dalam perkongsian.

Abah saya panggil, dia nak tunjuk artikel dari paper yang keluar.. agak lama dah artikel ini...

Tapi di repost oleh facebooker yang rajin dalam FB (terima kasih yer), maka saya pun terbacalah artikel dalam sinar harian  DAN HARIAN  METRO yang menyatakan :-


JOHOR BAHRU – Sebanyak sembilan puluh peratus daripada bilangan kes cerai yang dicatat di negeri ini didapati berpunca daripada latar belakang keluarga yang mengabaikan solat serta tidak mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.
 Kadi Besar Negeri, Mohd Nooh Kadri berkata, sebahagian besar daripada 3,021 kes cerai yang berlaku di Johor terdiri daripada pasangan suami isteri yang mengabaikan amalan solat masing-masing.
 “Tiga punca utama penceraian yang banyak berlaku di Johor termasuklah masalah ekonomi, jurang komunikasi serta ketidakpuasan hati dalam perhubungan seks.
 “Namun apabila diselami dengan lebih mendalam, setiap permasalahan yang timbul adalah bertilik-tolak dari amalan gaya hidup pasangan suami isteri yang mengabaikan solat mereka.
 “Apabila ditanya, kira-kira 90 peratus daripada pasangan yang merujuk kes cerai kepada Majlis Agama Islam Johor (Maij) mengaku tidak menjaga solat sedangkan Allah telah berjanji akan memberi jalan penyelesaian kepada umat yang bertakwa,” katanya.
 Selain itu katanya, pada tahun lalu jumlah pernikahan dan penceraian meningkat berbanding tahun sebelumnya namun jumlah pasangan yang merujuk kembali menurun hampir 50 peratus iaitu daripada 416 pada tahun 2010 kepada 279 tahun lalu.
 “Pada tahun 2010, jumlah pasangan baru yang bernikah adalah sebanyak 14,584 dan meningkat kepada 17,061 pada tahun lalu.
 “Manakala kes cerai turut meningkat daripada 2,793 pada tahun 2010 kepada 3,021 kes tahun lalu,” katanya ketika ditemui, semalam.
 Mohd Nooh berkata, sesebuah perkahwinan gagal diselamatkan turut berpunca daripada sikap ego yang terlalu sehingga menyebabkan mereka enggan berubah dan memperbetulkan kesilapan masing-masing.
 Dalam pada itu katanya, setiap pasangan perlu mendalami matlamat dan tujuan sebenar mendirikan perkahwinan serta sentiasa mengamalkan sikap sabar dan toleransi antara satu sama lain bagi mengelakkan kes perceraian berlaku.
 “Matlamat utama pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan selain menambahkan lagi bilangan umat Islam.
 “Selain itu, perkahwinan juga mampu memperbaiki akhlak pasangan ke arah yang lebih baik dan menghalang manusia dari melakukan maksiat. 
 “Dan sebab itu penceraian dapat dielakkan jika kedua-dua pasangan memahami dan sedar mengenai matlamat sebenar perkahwinan mereka,” katanya.

Pendek kata, SOLAT itu bukan sahaja TIANG AGAMA, tetapi juga TIANG RUMAHTANGGA. menautkan dua JIWA RAGA.....

tanpa SOLAT...boleh menyebabkan......



Mungkin ramai antara kita memandang enteng tentang solat ni, tapi hakikatnya demi jaminan masa depan didunia dan akhirat, SOLAT harus DI DIRIKAN... harus dilaksanakan sebaiknya.

Perkara ini adalah untuk ingatan diri saya juga,Walaupun saya masih tak berkahwin dan tiada pengalaman, tetapi saya juga sedang dalam mempersiakan diri ke arah itu. Malah bila difikirkan tetang isu cerai zaman sekarang amat  membimbangkan, saya jadi gerun juga... Siapa yang nak berkahwin sekejap dah nak bercerai berkali-kali??

Kerana solat membentuk manusia jadi seorang yang baik dari segenap sudut kehidupan.... Saya juga teringin dan berdoa, semoga Allah kurniakan saya seorang lelaki bukan sahaja boleh jadi ketua keluarga tetapi juga menjadi imam ketika solat... Saya terbayang sekiranya saya berpeluang menjadi makmum mengikut di belakang suami... Samalah juga menjadi makmum yang taat  kepada imamnya dalam setiap segenap erti kehidupan, Insya-Allah. 

Kita harus sedar, hakikat ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus’ adalah hakikat dunia yang sebenar, bukan sekadar peribahasa penyedap rasa. Oleh sebab itu, tidak hairanlah pasangan yang tidak solat ini mampu melahirkan generasi yang tidak bersolat juga, malah menambahkan bilangan umat Islam yang tidak mampu menyempurnakan Rukun Islam tapi  sibuk untuk menyempurnakan RUKUN NEGARA dan RUKUN TETANGGA...

Walaupun saya masih tak berkahwin dan tiada pengalaman, tetapi saya juga sedang dalam mempersiapkan diri ke arah itu. Malah bila difikirkan tetang isu cerai zaman sekarang amat  membimbangkan, saya jadi gerun juga bila fikirkan perkara ni. Tetapi kena OPTIMIS untuk mengharungi kehidupan akan datang. 

Saya ingatkan diri saya juga bawaha SOLAT itu bukan sahaja TIANG AGAMA, tetapi juga TIANG RUMAHTANGGA. menautkan dua JIWA RAGA. Waallahualam~


Terima kasih kerana sudi membaca. Yang baik itu datang dari-NYA, yang buruk itu datang dari kekilafan diri saya sendiri. 
^___^
ASSALAMMUALAIKUM :)

1 Komen-komen:

Ym.Bundle berkata...[Reply to comment]

ade kebenaran yang sahih walaupon yang orang biasa nampak disebabkan masalah2 lain yang menyebabkan penceraian..tp bila solat diabaikan, berbagai masalah tu bleh ade dan sukar diselesaikan bila jauh dari agama..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..