Ya...aku mahu berubah untuk mencapai sebuah KEJAYAAN, kejayaan yang beerti sebuah KESEIMBANGAN RODA KEHIDUPAN yang mana aku mahu seimbang dari segi spiritualnya,dari segi kesihatan,kerjaya,keluarga,ibadatnya dan hubungan ukhuwah sesama manusia...itulah erti kejayaan yang sebenar.. Aku sedar aku perlu memperbaiki diri sendiri sepanjang masa dan tidak boleh terleka dek kejayaan aku sebelum ini..Aku teringat petua kejayaan Dr.Rusly Abdullah yang menyatakan 'Untuk berjaya,mesti kenal orang atasan,kenal orang dalaman'..'Orang atasan' yang dimaksudkan adalah Allah dan 'orang dalaman' adalah diri kita sendiri... Kalau kita gagal mengenali Allah, kita sebenarnya tidak mengenali kehidupan ini sebenarnya... Oleh itu,aku sentiasa mengingatkan diri ku yang telah mengalami trauma kegagalan ini agar sentiasa mengenali Allah dan menganalisa diri ku ini... Inilah Permainan Kehidupan di mana aku harus lalui dengan penuh kekuatan dan keyakinan..ya,aku juga yakin semua insan diluar sana juga mahukan kejayaan dan melalui kehidupan dengan penuh kebahagiaan.Namun, TIDAK mudah tetapi tidak MUSTAHIL... Bagi ku,apa jua permasalahan yang telah melanda diriku semalam menjadi iktibar buat diriku juga.. Bukan mudah untuk mengakui kesilapan kerana setiap insan pasti ada ego yang tersembunyi , namun kini aku mahu meneruskan kehidupan dengan penuh tabah dan memperbaiki kesilapan yang ada,Insya-Allah..Aku berdoa ke hadrat Illahi semoga aku berada di lorong kehidupan yang benar..kegagalan yang hadir silih berganti ini ku harapkan dapat memberi sinar bahagia di penghujungnya.. Aku tidak mahu hanyut dengan rasa kesal selamanya.Aku dapat lihat ramai orang yang berada di ambang kejayaan yang memerlukan mereka bergerak dengan hanya satu dan dua langkah sahaja untuk berjaya, namun..walaupun aku sedang melalui saat gentir berhadapan langkah kegagalan ini,aku tidak mahu menjadi mereka yang gagal ataupun enggan memgambil sebarang langkah yang membawa kepada kejayaan..Insya-Allah.... "Keidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."
Luangkan sedikit masa bersama....
Isnin, 6 Julai 2009
Jalani Kehidupan
Assalamualaikum...
Salam ukhuwah kepada semua pembaca yang budiman...
Hari ini aku seperti biasa duduk di rumah..membaca buku yang ada..
Taklah banyak pun..ada beberapa buah yang menjadi santapan rohani ku..bukunya bertajuk 'Kuasa Hijrah Kuasa untuk Berubah.. Buku tulisan Dato' Dr.Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof....
Membaca buku ini memberi ruang kepadaku untuk melihat kuasa hijrah..sebagai satu kuasa BERUBAH yang sangat mujarab...Aku belajar dengan MUHASABAH, aku dapat buat post-mortem bagi diriku sendiri...
Inilah proses ke dalam (intra) dan menginsafi dengan jujur apa yang sudah dan sedang berlaku...Yang penting aku dah tahu bentuk kehidupan ku sekarang..namun benarkah??
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Komen-komen:
Catat Ulasan